..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Friday, October 24, 2014

Thursday, October 23, 2014

..i love both of u..

Just now..having breakfast with 2 lovely people in my heart..my father and my hubby. Saya order air suam je..salu saya pau sikit nescafe ais hubby..nak minum skit je. Tapi hari ni bapak ada..saya pau jugak teh tarik bapak..haha.

I love them so much..so much...

Tuesday, October 21, 2014

..my birthday: 211014..



Happy Birthday to me. Alhamdulillah..cukup 36 tahun hidup di muka bumi ini. Syukur kepada Tuhan yang memberi rezeki dan rahmat kepada saya sekeluarga.

Dapat hadiah terawal dari Mr Hubby as early as yesterday..tetiba ada je beg kertas atas katil..hehe..thank you sayang..love you so much.

Tapi actually ada lagi hadiah untuk diri sendiri yang agak.....hmm.....bagi saya besar la jugak. Baru je sign tadi. Maybe this week kot hadiah diri sendiri tu sampai. Tak sabar nak tunggu.

Teringat besday tahun 2011, ada hadiah besar untuk diri sendiri. Kali ni pun..alhamdulillah..dipermudahkan rezeki oleh Allah. Syukur.

Till the next besday..sekiranya diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.,insyaAllah.

Friday, October 3, 2014

..alhamdulillah..

Alhamdulillah..syukur..rezeki hari ni..

  • Chocolate chip crunch
  • Almond choc mini pretzel
  • Aurora shawl
  • Ephyra
Tak banyak..tapi syukur..Allah sangat mengasihani hamba-Nya..







Tuesday, September 30, 2014

..hasil gayaan tudung anggun zara..

Ni adalah entry syok sendiri..cubaan pakai shawl macam anggun zara..tiru entry youtube dalam post sebelum ni.




Sama tak? Muka of course la tak..sebab model cun. Tapi boleh la..cara gayaan tudung camni..kene pakai inner neck.

Monday, September 29, 2014

..long shawl tutorial by anggun zara - inara..



Tingin nak pakai tudung camni,,esok nak try la..kene bangun super awal kot..

Friday, September 19, 2014

..kenduri kawin di JB..

Lalalala..happy..happy..

Tak happy sangat tapi saje bagi rasa happy..lalalala..

Tak happy sebab berat dah naik..stop Atkins kejap sebab pegi kenduri..sampai membawak ke hari ni..haha..enjoy eating nasik beriani..junk foods..chocolate..cakes..maggie goreng..capati..egg benjo..isk..sedapnye..

Sedap sampai tak berani nak timbang..huhu..

Tapi orang dok kata kurus lagi..haha..ok la tu..

Ingat minggu depan nak start balik la..susah oo nak mula balik..

Plus nak exercise jugak..

Cukup dah enjoy makan²..

Tapi aktiviti makan² ni memang best la..

Actually nak cite, last week pegi kenduri best friend of mine..got married already.

Alhamdulillah..sume kawan rapat saya dalam group Belalang Penyek (apa punya nama daa..) or singkatannya Nyeks dah selamat berteman.

Jauh oo..sampai ke JB kendurinya.


Sweet kan pengantin..congrats Lina!!!

Dalam gambar ni, saya la yang tergemuks sekali...haha..tu pn dah turun 5kg..kalau tidakkk..oppss..

Dan saya jugak pakai tudung paling terang..haha..kalau tak baju pun nak pakai terang..tapi hubby suh pakai baju yg warna lembut ni.

Dia tak suka baju terang²..macam orang tua katanya..tapi saya suka je...hihi..tengok la..tak baju terang..tudung lak terang.

Patutnya Nyeks ada 6 orang tapi tak cukup sorang, Nor..takleh datang sebab sepupu hubby dia kawin.

Sume dah beranak pinak..Yan - 5, Efi - 2 (dalam perut ada no 3), Ati - 2, saya - 0 (dalam perut pun takde..huhu..)

I miss all of them..dah kawan since 1996..campur tolak dah 18 tahun..lamanyaaaaaa. Bila eh nak jumpa lagi..miss u guys..

Thursday, September 4, 2014

..my breakfast today..


Resipi suka hati..
  • 2 biji telur rebus dilecek
  • Kobis
  • Bawang holland
  • Capsicum
  • Cili padi
  • Mayonis Kewpie
  • Black pepper
Senang je..dah siap makanan berkhasiat dan patuh Atkins. I'm still on Atkins diet tapi minggu ni ada gak cheat seskit macam makan cendawan goreng tepung..erk..tepung tuuu..makan sikit je la..dan makan keropok ikan..sikit gak la..penurunan pun slow sikit tapi janji turun kan..tak boleh tahan nafsu..huhu

Ni pun tak sabar nak tunggu hari Sabtu..my cheating day..nak makan kek. Seksa jugak ye menahan nafsu makan. Sabtu tu tak lama..lusa je. Tapi bila cheating day..berat akan naik 500-600gm..huhu..sayangnya...


Sunday, August 17, 2014

..atkins diet: from monday to saturday (6 days)..

I totally love this diet. In 6 days..I've lost 2.8kg..nearly 3kg..for this stage, I wanna loose another 7kg to make it 10kg. I'm too fat. Yang bestnya ada baju yang boleh masuk dah. Esok boleh la melaram pi opis.

After I lose 10kg..I'll try another 10 kg to make it 65kg..quite a long journey huh. Tu la sape suh makan banyak. Agaknya dah kurus senang sikit kot nak preggy, InsyaAllah.

My menu:

Saturday
Breakfast: Telur dadar + minced chicken + cendawan
Lunch: Try nak buat butter prawn tapi tak jadi, so makan je la apa yang jadi tu + salad
Dinner: 2 portion ayam goreng kunyit (makan kat kedai)

Sunday (today)
Breakfast: Scrambled egg + tiau miau
Lunch (early lunch): Cadang nak buat ayam kukus
Dinner: Belum tau, malam ni kene tdo umah mak mertua (satgi diet lari lak..takutnya..adeh..maybe beli kot..tengok la nanti)

Ok..nak pi iron baju seksiap..nak melaram esok..yehooo!!!

Friday, August 15, 2014

..atkins 5th day..

Hari ni Atkins hari ke-5..pagi tadi timbang..after 4 days Atkins..yeah..turun lagi..0.8kg..so total penurunan in 4 days is 2kg. Wow..wow and wow! Orang lain maybe turun banyak lagi dari ni..tapi memang dah besar rahmat dah..at least nampak la figure lain kat weighing scale tu.

Semalam pun last day puasa 6..so hari ni kita raya. Saya makan KFC sambut raya..haha.. Tapi KFC tanpa kulit tepung yang rangup tu ye. Sos dia cicah seskit je. Tak habis pun sepeket. Lepas tu makan coleslaw. Rasanya macam manis and ada gula. Hmm..ok kot..cheat sikit je. Hopefully tak tambah carb banyak sangat.

Malam ni ingat nak kukus ikan salmon, buh brokoli and ratah. Mu hubby makan je dengan nasi. Senang je..hehe.

Secara ringkasnya, menu hari ini adalah:

Friday
Breakfast: Scrambled egg + kobis + capsicum + bawang + udang
Lunch: 2 ketul ayam KFC bahagian dada (dibuang tepung) + 1 cup coleslaw
Dinner: Nak kukus ikan salmon + brokoli

Best..best!!!!
My dream..

Thursday, August 14, 2014

..start balik atkins..

Saya start buat balik Atkins..this time strict Atkins.

Bulan April lepas saya buat Atkins main²..buah pun makan..penurunan is lembabs ye sebab tak ikut rules Atkins. I just started last Monday..so today is the fourth day. Since Tuesday until today, I'm fasting..posa 6 + qada..sekalikan je la..so hari ni last day fasting..fasting + Atkins, a great combination I guess.

Saya start dengan induction week dulu..2 minggu tuu...so sebelum induction..saya makan 6 pieces durian crepe..huhu..nanti lepas 2 minggu, on cheating day, saya nak makan lagi durian crepe tu. Sedap oo...

Kali ni saya try susun jadual pemakanan saya. Saya dah beli banyakkk ayam dalam frigde. Telur saya dah kurang lalu la. Tuna is another option. Salmon some more..saya try grill salmon tapi kan macam tak bape suka la rasa dia. Ada lagi 2 ketul..nak tak nak..kena habiskan jugak la.

My Atkins menu is inspired by this blog, http://www.fieza.net/tips-diet-atkin-hari-pertama/. Takde la ikut sangat tapi sebagai mempelbagaikan menu. Sebab macam hampir no idea nak masak apa.

Menu saya sepanjang Atkins 3 hari lepas:

Monday
Breakfast: Egg scrambled  + sedikit cendawan + mayonies Kewpie + Sos Peri-peri Nandos
Lunch: Telur dadar + salad balanced kuah spageti + balance ayam bakar + balanced rendang ayam. (Ni semua balanced makanan hari² sebelum)
Dinner: Salmon grill + sup sawi

Tuesday
Sahur: Minced chicken + salad
Berbuka puasa: Ayam goreng kunyit + ayam goreng halia (beli kat kedai)

Wednesday
Sahur: Ayam paprik (beli kat kedai)
Berbuka puasa: Ayam bakar + coleslaw kobis + mayo Kewpie + brokoli rebus

Thursday (today)
Sahur: Ayam + udang goreng (buh kunyit, garam, black pepper + chili flakes) + salad
Berbuka puasa: Cadangnya nak beli Ayamas

Semalam tak pegi keje sebab sakit kepala sangat. So gatal pi timbang. How amazed..after 2 days..berat asal 84.7kg, turun jadi 83.5kg..total turun 1.2kg in 2 days..menarik jugak ye.

So esok pagi pulak la timbang tengok ada kesan tak. Sebab berdasarkan pembacaan saya, bila kita buat Atkins diet ni, badan akan mengalami ketosis and normally it happens after 3 days. Masa tu berat akan turun banyak.

May my journey with Atkins success!! Nak kurusss...huhu..


Tuesday, August 5, 2014

..jom puasa 6 di bulan syawal..

Alhamdulillah..hari ni dah 9 Syawal.

Selamat Hari Raya
Maaf ZahirBatin

Gambar raya saya? Huhu..ada dalam DLSR adik saya. Dia tak bagi² pun lagi.

Jom jom pakat puasa..

Actually saya baru hari pertama berpuasa hari ini. Tetiba rasa selesa pulak puasa. Agaknya perasaan berpuasa dari bulan Ramadhan masih lagi terbawak² kot..so alhamdulillah..sehingga saat ini tak rasa penat sangat puasa. Maybe cuaca yang redup pun banyak membantu.

InsyaAllah saya akan cuba puasa sampai hari Sabtu ni. Puasa qada awal² senang, tak payah pikir dah. Kalau boleh saya nak puasa ganti dulu..ada 5 hari..lepas tu diikuti dengan puasa 6. Tengok la macam mana. Selalunya saya sekalikan dua² sebab sibuk nak makan² raya.

Saya pun rasa nak kuruskan badan..so ok jugak puasa ni kan. Bulan puasa lepas takdenya berat badan turun. Sama je. Maybe sebab minum air manis kot.

Tetiba pulak saya rajin nak masak. Boring dah kot dengan makan di luar. Ingat nak kukus ikan tenggiri je. Macam senang. Then..masak nasi..siapppp!!

Semoga dipermudahkan semuanya. Ok nak solat dan nak balik rumah dah. Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa. Adios!



Tuesday, July 8, 2014

..peristiwa sahur..

Selalu sahur saya tak masak pun..panaskan lauk beli je. Hubby cakap tak nak susahkan..lagipun kami berdua je.

Saya yang menurut perintah..hehe..

Tapi pagi tadi kalut sikit la..sebab bangun kul 5..nak panaskan nasi n lauk. Buat air nescafe. Plan nak buat telur dadar pun tak sempat.

Lepas dah makan seadanya..hubby cakap..

"Terima kasih yang..siapkan semua² ni.."

Walaupun simple je..tapi bila dia cakap terima kasih..hati banyak happy oooooo. Mata pun tak jadi ngantuk. Fresh je. Power sungguh ucapan 'terima kasih' tu.

Love you sayang.



..kuih hijau..

Jam 6 petang

Saya: Sayang, jap lagi pegi pasar Ramadhan, boleh tak belikan popia, bengkang kaler hijau, kuih seri muka, buah melaka, karipap & murtabak. Nurul & Johan yg request. (*they are my niece).

Hubby: Ok..sayang whatsapp la..nanti lupa.

Saya: Ok dah whatsapp..jangan lupa ye. Kesian depa tingin nak makan.

Jam 7 petang

Hubby: Sayang..meh cepat amik kuih banyak ni.



Saya: Thank you yang. Pandai sayang beli. Yang Azura order tadi satu pun tak sama ye. Cuma sama part perkataan hijau je. Huhu..

* Gambar ihsan Pakcik Google.

Friday, June 20, 2014

..wang pos RM20..

Tadi, dapat surat hantar kat opis. Dalam tu ada wang pos RM20.


Thanks to Miss 'Your friend, you know who'. I have no idea. I'm totally speechless. Tak ingat pun bila masa short RM20 masa kat sekolah dulu..kesah 20++ tahun dulu..huhu. Anyway..thanks for the thought.

Thursday, June 19, 2014

..after one year married..

Peristiwa pukul 12.15 tghari di opis.


Saya: Kenapa sayang call tadi? Sorry la..Azura tengah meeting.

Hubby: Sayang dah makan?

Saya: Tengah makan ni.

Hubby: Makan apa?

Saya: Makan ayam. Tadi nape sayang call?

Hubby: Takda apa la..saje je call..rinduuuuu..

Saya: Ooo..ingatkan apa tadi, ok bye.

Hubby: Buat keje elok2 ye yang.

Saya: Ok.


Terukkan saya..huhu. Sape yang caring sekarang ni..haha. Thanks hubby for missing me at this hour.

Ok dahhh..nak sambung makan..nyum nyum.

Monday, May 19, 2014

..simple je..

Sekarang ni, pegi keje senang je..lama dah tak tempek foundation, bb cream dan seumpama dengannya.
Sebabnya..senang nak solat Dhuha masa kat opis.

Kalau dok tempek segala macam mak nenek..rugi pulak sebab satgi nak amik wudhuk.
Hehe..macam la rajin sangat buat Dhuha..kadang tu miss jugak sebab bila dah leka ngadap komputer kan. Tapi tengah cuba istiqamah, insyaAllah.

Bersiap pun cepat..just apply toner and oil of olay total effect, pastu lip gloss..siappp. Bedak pun dah tak pakai..sempoi je..pegi keje je pun..

Ni gambar baru snap lepas solat Zohor di satu petang nan hening..pakai baby powder je..lipgloss malas lak nak pakai..erk..nampak ok lak texture kulit..hehe..perasan sorang².

So betulla apa yg EPHYRA claim tu..kulit flawless..so memang takde masalah sangat..cuma kadang² jerawat gatal nak tumbuh satu dua..ala manja² gitu.

EPHYRA ada diskaun sekarang ni..RM180 je..harga asal RM197..diskaun RM17..murah sangat dah tu. Nak ke? Kalau nak contact je la dealer ni...013-5211078.



Friday, May 16, 2014

..kene excema..

Baru-baru ni, saya terkena eczema (kene google camne nak eja..huhu) dekat satu spot kat badan ni. Penat la menggaru. Pastu dia macam melepuh. Then kuar darah dan saya sedap menggaru lagi. Masa garu sedap gila. Tapi hasilnya..huhu..spot tu kuar darah..pedih sangat bila kene air. Waduh² camne ni. Apa perlu saya buat.

Lebih kurang camni la kesan excema kat saya..tp gambar ni google je..saya tak teringat nak snap gambar pun kt spot tu sebab syok menggaru pastu pedih..pastu pening kepala pk camne nak bagi hilang.
Teringat EPHYRA. Saya stop sat EPHYRA sebab tengah buat Atkins diet (tak boleh amik gula langsung). Dah jadi camtu, terpaksa la saya stop Atkins diet dan start balik amik EPHYRA.

Guess what? Within a few days..dah hilang..erkk..rasa macam tak percaya je.
Alhamdulillah...thanks to EPHYRA. So sekarang nak tak nak kene consistent amik EPHYRA balik le. Habis la diet Atkins. Camne nak kurus ni..huhu..baru je download clip senamrobik..boleh kot workout kat rumah.

Ni iklan sesaje ni..kot² ada sesiapa nak dapatkan EPHYRA dengan harga diskaun RM180, (harga asal RM197) boleh terus sms/whatsapp 013-5211078. Kalau tanya saya, memang berbaloi² la minum EPHYRA ni..sebab berkesan kat saya..:)


OK dah.

Thursday, May 8, 2014

..i need to change..

Saya dalam proses untuk mencari balik diri yang hilang.

Sedang mencari motivasi diri.

Saya ingin mengubah kehidupan.

Sekarang ni saya berada dalam zon selesa.

Tapi dalam jiwa macam ada yang tak cukup.

Rasanya ibadah tak cukup, ada yang wajib je, sunatnya ke laut.

Rasanya penghayatan dalam ibadah kurang.

Jadi terbit rasa tak selesa.

Jarang sangat saya bersyukur.

Terasa ada yang kurang dalam hidup.

Saya terasa malas..rasa nak makan, tdo dan tengok movie je.

Exercise? Kemas rumah..alahai..kalau ranking 1-5, saya bagi 1 je.

Motivasi kejap naik dan turun.

Well..i need to change.


Kalau dulu saya pernah cemerlang, kenapa tidak sekarang.

Di mana diri saya yang cemerlang dulu??


Wednesday, April 30, 2014

..bunga..

Asyik cite Atkins je kan..hmm..meh kite cite lain pulak..anyway update Atkins sikit..semalam takde penurunan..euwww...sabarrr...

Hari ni nak cite pasal bunga. My hubby tak romantik pun. Tak pernah bagi bunga.*erk..ada kaitan ke romantik dengan bunga?* Saya memang tingin tapi dah dia tak bagi kan. Tambah² kalau dapat bunga ros, bestnye.

Saya ada baca kat mana ntah.."berterus teranglah dengan pasangan, apa yang kita mahukan"..so dengan selamba mintak bunga kat hubby. Hari² mintak. Hari² dia tak bagi. Hari² dia cakap lupa. Memang dia kuat pelupa sekarang.

Tapi yang terharunya dia tulis kat FB:

Ooo..rupanya dia ingat..tapi taktau kat mana kedai bunga. Biasala..dah namanya tak romantik kan. Saya faham.

Ye..saya faham..

Tapi..

Saya nak jugak bunga tu..NAK JUGAKKKKK!!!!





Tuesday, April 29, 2014

..sixth day atkins..

Hari ke-6 ber'atkins'..boleh panggil Atkins lagi ke..erk..sebab saya makan buah. Semalam..sedap punya menyicah. Mak mentua bagi jambu air n mempelam. Harus la makan kan..kalau tak rugiiiii..n kalau biar..busuk je..

So apa dah jadi dengan Atkins saya..yang tak boleh makan buah. Hmm...semalam saya makan laksa Johor..huhu..jap²..meh nak cite..camne leh jadi laksa Johor.

Gini..sebelum decide nak start Atkins..saya ada order laksa Johor kat sorang lecturer ni..*fuyooo..lecturer buat jual² makan..saya?? hampeh..* Order still on..saya pun lupa..alih² pagi semalam dapat whatsapp, laksa Johor saya akan di'deliver' pagi..erk..so how..how..how..n how. Bukan setakat laksa Johor..order jugak sambal tumis ikan bilis utk simpan dlm freezer..pastu dapat lak free donut oreo..3 ketui lagi..sempena promosi katanya.

Haa..macam mana diet saya..huhu..adakah terbabas? Haha..nasib baik saya kuat semangat. Saya tak sentuh pun donut. Laksa Johor tu..balik rumah makan dengan hubby..tapi saya punya without the laksa aka spaghetinye..saya makan kuah berlaksakan timun dan carrot n buh telur rebus. Ok gak kan. Janji takde karbohidrat. Walaupun keinginan membuak² nak makan gak spagheti tu. Sabar...sabar. Nak kurus..nak loose weight. What happen to the donut? Hubby dah le tak makan sangat..so..saya simpan dalam fridge. Hopefully masa cheating day, saya dapat merasa. Lamanya nak tunggu cheating day..alahai. Dalam fridge pun ada seketui lagi durian crepe. Sabarrrrrr.

Hasil kesabaran saya..hmm..not bad la kan..timbang pagi tadi..gigih ni...turun 400gm lagi..alhamdulillah. Yehaaa..rasa nak melompat!! Terus rasa badan ringan..padahal...lots of kilos lagi la untuk dibuang..takpe..sabar..sabar..tahann..you can do it.

So nak kata saya ni buat Atkins sepenuhnya pun idak le kan..cuma saya elakkan karbohidrat. Buah saya makan...tapi yang menyicah kuah rojak tu..erkk...gulaaa tu..hmm..hantam saja la.

Breakfast and lunch hari ni..pagi tadi secara kelam kabut..saya berjaya kukus ikan dori untuk bawak bekal. First time masak ikan dori ni. Ok la..kukus je pun..confirm menjadi..tapi rasanya x sempat simpan untuk lunch la..makan sikit tadi rasa lapo..lunch satgi ada yang pi cari bende lain. Takpe..as long as ia bukannya carbs.

Lalalala..saya adalah happy..lalalala..

Monday, April 28, 2014

..fifth day atkins..

Wahh..gigih saya update..hari ni hari ke-5 Atkins diet..hmm..yee..saya terbabas..huhu..makan buah cicah kuah rojak..euwwww..pi umah mak mertua..dia suh makan..kalau tak..siap suh makan char kuey tiau lagi...tu lagi la tidakkk kan..so tak nak hampakan dia..cicah la kuah rojak dengan jambu, mempelam n sengkuang..jambu dan mempelam tu amik dari pokok.

Saya pun terbabas makan keropok ikan yang saya goreng..asalnya nak bagi hubby makan..tapi..erkk..I can't say NO to keropok..isk..nak bagi sedap hati..keropok tu buat dari ikan kan..ikan tu kan protein..tapi..tepung tu...erk..abaikan..

Hmm..macam mana la Atkins saya ni..dah cacamerba..dah tak boleh panggil Atkins dah..anyway..I'm trying..

Tapi timbang lepas 3rd day Atkins..turun 1.9kg dah..isk..betul ke..macam tak caya je..tapi pagi tadi tak timbang la sebab tido umah mak mentua..

So hari ni takleh bawak bekal pape..so I end up beli ayam goreng kat RnR Juru..on the way datang keje tadi..jap nak ngap ayam goreng as breakfast..tak sabar nak timbang esok pagi..hopefully ada la perubahan..serious nak loose weight ni.

Friday, April 25, 2014

..second day atkins..

Selamat pagi..selamat sejahtera..

Second day of Atkins diet..alhamdulillah..semalam berjaya dilalui dengan jayanya.

Semalam lepas keje, pegi shopping groceries kat Tesco..leka cari barang..alih² sampai kul 8..dengan belum solat Maghrib..balik rumah..kalut² mandi..solat..pastu rasa lapar gilaaaaaaa..

Husband sampai je..terus ajak dia kuar makan...yeah..I had chicken tandoori at Restoran Kapitan..legaaa...dah le sedap..

So hari ni, second day of Atkins diet..

Opps..dah timbang..hilang 300gm..good..permulaan yang baik..hopefully saya berjaya..seksa jugak ni..takleh makan karbohidrat..takpe²..saya boleh..yehaaa!!!!

Thursday, April 24, 2014

..first day atkins..

Semalam saya masak spageti aglio olio..simple dan sedap..makanan karbohidrat terakhir yg saya makan sebelum start atkins hari ni..opss..bukan terakhir la sgt..smlm mkm pop corn masa tgk movie Captain America. Makan banyak gila..last la katakan..

So pagi tadi timbang..naik lak sekilo..takpe..saya confident dengan diet atkins..cuma takut tak confident dengan diri je..boleh bertahan atau tak dgn induction weeks ni...2 weeks gitu..

Pagi tadi bangun lambat tapi sempat gak goreng telur cendawan n sosej..

Saya nak kurus..yeahhh!!!

Wednesday, April 23, 2014

..atkins diet..

Malu nak cite..tapi sekarang saya dah gemuk.

Gemuk yang tahap naik tangga sikit dah mengah.

Gemuk yang tahap tangan sangat besar.

Gemuk yang tahap almost semua baju dalam wardrobe takleh pakai.

Gemuk yang tahap buat keje sikit dah penat.

Gemuk sampai asyik melecet kat celah pelipat...

Gemuk sampai muka nampak bolat..seketui gitu.

Gemuk yang tahap, orang semua dah tegur tentang tahap kegemukan ni.

Gemuk yang tahap diri sendiri pun dah tak suka dengan badan sendiri *tapi hubby pulak suka..pelikkk...*.

I gained 10kgs..padahal niat asalnya nak buang 10kg..so mission impossible is to sack 20kg..but start dengan 10kg dulu.

So saya bertekad nak start atkins diet balik starting from tomorrow.

Saya tengah aktif cari resepi yang bersesuaian.

Saya nak make sure bekalan protein kat rumah cukup.

Saya nak make sure saya boleh masak malam sebelumnya.

Saya nak kurus sebelum raya *kain baju raya dah beli tapi takut nak tempah sebab saiz badan besaq sangat..*

Saya kena akur dengan janji saya untuk disiplin masa makan.

Semoga saya berjaya..



Monday, March 3, 2014

..jom jadi extra comel dengan ephyra..

Hmm..hi blog..I'm here..lalala..
Tadi baru buat satu blog lain..
Blog untuk kurus..

http://mazlinazura.blogspot.com/

Blog yang ada ni pun tak terlayan..huhu..ada hati nak buat blog lain pulak kan..haha
Tapi blog tu share dua orang..with my best friend..Mazlina Aziz..
So campur dua nama jadi la..mazlinazura..
Cite pasal impian dan cara² nak kurus..
Rasa semangat sikit..

Semangat yang ada ni dah lama hilang
Tapi hari ni ada dua bende yang menaikkan semangat
Something to look forward
The new blog and pelanggan Ephyra
Semalam ada sorang pelanggan..hari ni pun ada sorang
Stok dah nak habis
Nampak gaya kene order baru la..

Kesan Ephyra boleh tengok kat bawah ni..


So rasanya yakin dengan Ephyra ni. Walaupun kesannya amat lambat kat saya..Ikut orang la kot..ada yang cepat dan ada yang lambat..tapi ia berkesan. Khasiat Ephyra ni boleh check kat sini..
https://www.facebook.com/oceanlife2u. Saya pengedar untuk kawasan Nibong Tebal. Tapi saya cover jugak area Permatang Pauh dan Kulim. Yang dok jauh dari area ni..saya kene pos la tapi postage is free.


Pastu fb saya lak https://www.facebook.com/azurashoppe. Sesiapa yang nak beli Ephyra boleh call/sms/whatsapp saya at 013-5211078. Kalau beli lebih dari 1..ada diskaun ye.

Ok dah..

Monday, January 13, 2014

..perubahan diri memerlukan 'reset minda' dan 'celik hati'..

Wanna share a very nice article..copy paste dari utusan online.

APAKAH yang membezakan antara psikologi dengan spiritual? Psikologi melibatkan minda dan spiritual melibatkan hati. Banyak orang membuat ‘kajian psikologi’ (tentang minda/akal), tetapi jarang-jarang orang yang membuat ‘kajian spiritual’ (tentang hati). Banyak orang boleh menjadi ‘ahli kata’ (tasawuf), tetapi tidak banyak orang boleh menjadi ‘ahli hati’ (ulama sufi).

Kita perlu menjaga dengan baik kedua-duanya sekali, (minda/akal dan hati). Sebab dalam hidup ini, kalau kita hanya seorang yang bijak tetapi tidak baik hati, orang tidak suka. Sebaliknya jika kita tidak bijak tetapi kita baik hati, orang suka akan kita. Oleh sebab itu amat perlu kita perbetulkan hati kita (dari segi niat dan sikap kita), untuk memperbetulkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan, kita perlu melaksanakan kedua-duanya sekali, iaitu ‘reset minda’ dan ‘celik hati’. Kerana jika kita ‘reset minda’ sahaja, iaitu berubah daripada berfikir secara negatif kepada berfikir secara positif, tetapi tidak ‘celik hati’ pasti tidak akan ada tindakan.

Hal ini adalah kerana kita bertindak daripada hati bukan daripada akal. Maknanya, kita ‘tahu’ kita perlu berubah setelah akal/minda dapat berfikir secara positif, tetapi jika hati kita belum ‘mahu’ berubah tidak akan ada apa-apa perubahan kepada diri kita. Hati melibatkan perasaan dan emosi; perasaan positif akan 
memberikan semangat positif. Kesedaran adalah perasaan, kesedaran akan timbul hanya di hati.

Sesuatu perubahan itu hanya berlaku dengan formula, ‘Tahu - mahu/sedar - tindakan’ atau lebih jelas lagi, ‘Tahu (akal) - mahu (hati) - mampu (badan)’. Kemampuan kita untuk melaksanakan apa yang kita ‘tahu’ dan apa yang kita ‘mahu’ bergantung kepada fizikal/badan kita yang mampu melaksanakan tindakan dan mendisiplinkan diri dalam melaksanakan tindakan, yang akhirnya terhasillah hasil kehidupan (kebahagiaan, ketenangan, kesihatan, dan kekayaan).

‘Reset minda’ mesti disertai dengan ‘celik hati’, barulah akan diikuti dengan hasil tindakan yang akan membuahkan hasil kehidupan. Demikian jugalah formula ‘peristiwa + respons = hasil kehidupan’, yang membawa maksud, setiap peristiwa (positif/negatif) mesti diikuti dengan respons atau tindak balas (positif/negatif), dan kesan daripada responsnya itu yang menentukan hasil kehidupannya (positif/negatif).

Perlu diingat bahawa setiap respons/tindak balas itu datangnya daripada hati. Oleh sebab itulah perlunya kita menjaga niat hati kita dalam setiap tindak-tanduk kita (‘celik mata hati’). Kalau kita ‘celik mata hati’ apa-apa sahaja peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita, sama ada baik atau buruk, positif atau negatif, kita akan memberi respons yang baik/positif.

Oleh sebab itu marilah kita membina wawasan dan niat baharu, iaitu untuk berubah. Pertama, mengubah keperibadian diri atau personaliti dari segi naluri dan kerohanian. Berubah daripada minda yang negatif kepada minda yang positif. Daripada hati yang buta kepada celik hati. Daripada mengejar cita-cita dalam kehidupan kepada mencari makna dalam kehidupan. Daripada memenuhi keperluan hidup kepada mencari tujuan hidup. Daripada suka mencari berita kepada suka mencari ilmu. Daripada suka kata saya sudah tahu kepada saya ingin tahu. Daripada sifat kasar kepada sifat lemah lembut. Daripada berwajah masam kepada sentiasa tersenyum. Daripada malas kepada rajin. Daripada orang yang selalu sakit kepada orang selalu sihat. Kesihatan akan memberikan kita kebahagiaan dan ketenangan.

Berubah
Kedua, berubah dalam menjalin dan menjaga hubungan sesama manusia. Daripada suka menerima kepada suka memberi. Daripada mencari perhatian kepada memberi perhatian. Daripada suka bersaing kepada suka bekerjasama. Daripada ingin dihormati kepada menghormati. Daripada sombong dan mementingkan diri kepada menjaga silaturahim. Daripada suka bercakap kehebatan tentang diri kepada suka mendengar tentang kehebatan orang lain. Daripada orang yang suka melihat dan menilai orang kepada orang yang suka melihat dan menilai diri sendiri. Daripada orang yang gemar menyebar aib orang kepada orang yang menutup aib orang. Daripada hendak betulkan orang kepada hendak betulkan diri sendiri. Daripada orang dimaafkan kepada orang yang memaafkan. Daripada orang yang ingin difahami kepada orang yang memahami. Daripada ingin mencari kebahagiaan kepada ingin memberi kebahagiaan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.

Ketiga, berubah menjadikan diri kita insan yang beriman. Kita berubah daripada berada dalam zon syaitan kepada berada dalam zon Allah. Daripada hidup bergelumang dengan maksiat kepada hidup penuh taat kepada Allah. Daripada banyak membuat dosa kepada banyak mencari pahala. Daripada selalu mengeluh kepada selalu bersyukur. Daripada ingat dunia kepada ingat akhirat. Daripada cuma beribadah (pergerakan ketika beribadah) kepada ubudiyah (beribadah dengan hati dengan rasa penuh kehambaan kepada Allah). Daripada terlalu bergantung kepada orang kepada bergantung hanya kepada Allah. Daripada mencari penghargaan manusia kepada mencari reda Allah. Orang yang paling bebas ialah orang yang bebas daripada penghargaan manusia.

Kita semua akan mati tetapi masing-masing bertindak seolah-olah tidak akan mati. Kalau setiap orang ‘tahu’ (reset minda) dan ‘sedar’ (celik hati) bahawa suatu masa kita akan mati, tentu kita tidak akan buat apa yang kita suka buat. Bayangkan kita berada di Padang Mahsyar nanti dan bayangkan buku timbangan macam mana (yang berat di sebelah kanan atau yang berat di sebelah kiri) yang menunggu kita di sana? Agak-agaknya bagaimanakah nasib kita kalau kita tidak berubah dalam membayangkan kehidupan di Negeri Abadi itu?

Kalau kita membayangkan nasib kehidupan kita di sana pasti kita akan berubah dan tidak akan melengah-lengahkan perubahan. Sebab apabila sudah sampai masa ajal kita, tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan kematian tidak mengenal usia.

“Bilakah waktu yang paling penting dalam hidup kita?" Jawapannya, ‘sekarang.’ Maka, kalau hendak berubah, berubahlah sekarang. “Siapakah yang paling penting dalam hidup kita?" Jawapannya, “Orang di hadapan kita atau yang terdekat dengan kita. Maka berubahlah dan ajak isteri/suami dan anak-anak berubah. “Apakah perkara yang paling penting dalam hidup kita?" Jawapannya, ‘Berbuat baik.’ Maka berubahlah untuk diri sendiri dan keluarga, serta berubahlah ke arah kebaikan. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak".


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140112/re_10/Perubahan-diri-memerlukan-reset-minda-dan-celik-hati#ixzz2qFdlMzrB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, January 3, 2014

..happy new year 2014..and I am hungry..

Saya lapar..lapar..lapar..

Tadi lunch makan roti wholemeal yang ada kismis.

Kenyang jugak la tadi.

Tapi sekarang dah lapar.

Nak bancuh Nestum jap.

Oh ye..lupa..dah new year ye..Happy New Year..welcome 2014.

Resolusi new year..KURUS..berat dah naik 10kg in 5 months..what a great performance..:(

Baju semua dah ketat.

Macam mana nak tahan nafsu ni..adeh.

Semalam dah start tak makan malam tapii...makan coklat..erk..boleh ke.

Hari ni..petang satgi ingat nak makan laksa yang takde laksa..timun n telur je..boleh kot.

Hai la perut dan lidah..bertahanlah..

Sesungguhnya overweight itu adalah tak best..ke dah obes..isk..ngeri²..

Dah..dah nak bancuh Nestum..


..lebih indah..

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding-dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding-dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana

Di sekelilingmu ada dinding-dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...