..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Thursday, March 12, 2015

..setelah lama tidak bersua..

Dah lama tak bersiaran kat blog yang terchenta ni. Apakah yang terjadi?

MALAS.

Tu sebenarnya.

Banyak cerita. Tapi tak reti nak cerita. Yang penting..saya dok kisah2 nak diet tapiii...hasilnya..makin bertambah berat. Atkins ke mana, exercise ke mana.

Tapi...

Saya baru tersedar...

Hari ni hari ke-4 saya exercise secara konsisten. Exercise pagi2 sebelum keje.

Saya datang awal opis..try sampai kul 7.30am tapi asyik sampai 7.35 or 7.40 je. Hmm..kalut la pagi2. Kene cuba awal lagi.

Pastu saya dengan opismate lagi 2 orang menari salsa bercikgukan Youtube kat lab.

Sebab apa kat lab? Sebab lab ada pc dan projector n speaker. Hihi.

Kunci pintu, bukak tudung, bukak jacket..there you are. Menari tak ingat.

Penat..berpeluh, pastu mandi kat toilet opis..tukar baju, solat dhuha..bersiap..lapar dan terus gi kantin..makannnnnnn.

Perasaannyaa...hmmm..sangat fresh..energetic. I love the feeling.

Hari ni ada hal sikit so takleh sampai opis awal sebab kene hantar husband pegi tmpt keje.

So saya cycling dalam rumah for 25 mins...bestttt sangat bila berpeluh.

Pagi ni datang keje...fresh. Rasa nak melompat2. Tapiii..makan pun selera...haha..sedap je semua.

Nape saya joget salsa? Simple salsa je pun...guna video ni..



Simple je step ni..nampak senang..tapi takde la senang sangat. Berpeluh boleh tahan gak.

Kalau salsa macam ni...



mau patah pinggang saya..haha. Badan lentik gitu.

Cerita lain.....

Saya...dah nak sambut 2nd anniversary lagi lebih kurang 2 bulan tapi belum ada ciri-ciri mengandung lagi. Uhuk2..sedih. Tak pegi check Dr pn lagi. Husband bz. Keje hari2. Bisnes baru nak berkembang.

Cite pasal husband ni..hmm..kagum dengan semangat dia. Dia keje keras sangat tapi kadang2 persekitaran tak membantu. Manusia dengan perasaan hasad dengki ni tak habis2. Baru saya tau camne dunia perniagaan sebenarnya. I hate all those people. Nape la perangai camtu..huhu.

Banyak membebel..cukupla kali ni. Nak makannnn...







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...