..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, February 28, 2011

..sunyi..

Hmm..yup..rasa sunyi sangat, keje banyak dok tunggu tapi rasa malas..

Hari ni berazam nk diet balik tapi terbabas skit sebab rasa sunyi..makan tu macam terapi..

Nape eh rasa sunyi, rasa macam ada yang tak kene..

Sebab hari ni hari Isnin ke? Hmm..

Jap lagi nak gi cuci rambut la..bagi relax sikit..

Rasa lapar..nak makan yang pedas dan panas..

Tapi yang betulnya rasa sunyi...

Rasa nak tdo je..melayan mimpi..hmm..bestnya..

Tapi bila bangun tdo, perasaan sunyi tu datang lagi..

Nape ye..





Jawapan dah tau tapi solution belum ada..:(

Thursday, February 24, 2011

..masuk bakul..


Buat kali pertama nak masuk bakul, boleh?  Masuk bakul, angkat sendiri.  Boleh la kot..hihi.  Hari ni kan, x semena2, ada 2 org puji saya..

"Nampak cantik la hari ni." (secara lisan)

"Awak nampak cntik arini." (copy paste dari sms)

Mau tak kembang setaman.  Takut je baju saya koyak sebab badan mengembang, huhu.

Heran pulak sebab yang saya tau sekrg saya tgh put on weight.  Macam mana leh cantik lak, haha.

Maybe padanan baju dengan tudung kene kot.  Aiseh lupa snap gambar diri sendiri pulak.

Actually, salah satu pujian datang dari Mr Y.  Hmm..Mr Y?  Nape jumpa lagi lepas dah break?  Hmm..this week jumpa 2x lagi.  Actually ada hal skit, so terpaksa jumpa.  How do I react?  Macam biasa2, macam kengkawan.  Manja2 tu biasa la.  Sekarang rasa lebih bebas, tak yah control.  We're just friend.  Kawan.  Takde perasaan.  Kawan sampai bila2, insyaAllah..:)

Insiden masuk bakul lagi satu..

That somebody tu yg datang umah saya tu, yg nak tgk saya tu.  Dia cakap kat kawan dia, agak2 ayat dia camni la...

"Aku nak cari yang 30-an, yang ko tunjuk budak muda umur 20-an sape suruh."

Erk..muda ke..erk..kembang lagi..waduhhhhhhhhhhh...

Dah2..entry syok sendiri masuk bakul ni tak perlu diteruskan lagi..dah cukup dahhhh...

Tuesday, February 15, 2011

..ada 'somebody' nak datang rumah..

Hmm..macam tajuk entry kat atas tu..waiting for 'somebody' to come to my house.  Sesi taaruf kot..huhu..
Berserah kepada Yang Maha Esa..saya terima segalanya..semoga yang terbaik.

Taaruf as stated in wikipedia..

Taaruf adalah kegiatan bersilaturahmi, kalau pada masa ini kita bilang berkenalan bertatap muka, atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Bisa juga dikatakan bahwa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf bisa juga dilakukan jika kedua belah pihak keluarga setuju dan tinggal menunggu keputusan anak untuk bersedia atau tidak untuk dilanjutkan ke jenjang khitbah - taaruf dengan mempertemukan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal.
Sebagai sarana yang objektif dalam melakukan pengenalan dan pendekatan, taaruf sangat berbeda dengan pacaran. Taaruf secara syar`i memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin nikah. Perbedaan hakiki antara pacaran dengan ta’aruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Jika tujuan pacaran lebih kepada kenikmatan sesaat, zina, dan maksiat. Taaruf jelas sekali tujuannya yaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan.

-----------------
Update: Dah jumpa.  Tapi x bercakap pun.  He..hmm..quite..hmm..dunno what to say..just wait and see what will happen next..huhu..  But..my heart not really pounding..erk..

Thursday, February 10, 2011

..jom terbang..

Badan saya rasa ringan sekarang ni.  Dah rasa ringan, maka saya tambahkan sedikit isi agak berasa berat sikit..saya amik dinner..huhu..

Ringan? Saya dah loose weight ke?  Dah kurus ke?  Oh tidakkkk...belum lagi.  Saya gi urut badan lepas keje tadi.  Sebab rasa lenguh sangat badan.  Hari tu saya pernah gi urut sekali kat salon ni.  Salon Sweet Memory.  Salon ni adalah tempat saya potong dan cuci rambut sejak bertahun2.  Servis dia tip top.  Ada tempat untuk wanita bertudung yang tertutup.

So ni kali kedua saya pegi urut.  Marvelous!  Masa dia urut tu..sakit gila..geli pun ada jugak.  Akak tu cakap banyak angin.  Ada gak yang sakit tak tahan.  Tapi hasilnya lepas tu..fuhhhhhhhhhhhh...badan ini rasa macam nk terbang.  Ringan je..jom terbanggggggggg!!!

Wednesday, February 9, 2011

..penat..

Hari ni saya meeting dari pagi sampai petang, penat seh.  Penat gila.  Badan terasa sakit2.  Nape ye?  Salu tak pun.  Salah tdo ke smlm..erk.  Ada keje gak nak kene buat.  Tension ah.  Dengan ada meeting esok pagi.  Sungguh tak larat.  Bila masanya nak buat keje.  Meeting je manjang.  I tension u.

Tapi malam ni tingin nak tgk cite Matters Of Life And Dating, kul 10 mlm kat 8TV.  Rasa macam lama je tak tengok filem omputih.  Baca sinopsis macam best.  Hopefully tak tetdo.  Penat gila ni.  Baju untuk esok lum jahit cangkuk n iron lagi.  Actually dah ada baju lain siap iron tp tingin nak pakai baju baru...huhu.  Lum solat Isyak lagi ni.  Karang tetdo camne.

Aduhhh..nape penat semacam ni.  Sindrom berganjak umur ke.  Oh tidakkk!!

Serius penat ni, rasa lemah je badan ni.  Nak demam ke?  Adeh..jangan la.  Keje banyak gila ni.

Boleh ke mata saya bertahan sampai kul 12 mlm ni, utk abiskan tgk cite tu.  Silap2 kul 10pm dh selamat tdo.

Haishhh..presentation pun lum siap.

Kuku lak panjang tak potong lagi.  Rimas ah.  Malam ni lak panas semacam.  Erk..apa kaitan kuku saya dalam entry ni.  Ntah.

Potong kuku malam2 tak elok kan.

Yaaa...saya sudah merepek.

Dah..dah..nk gi solat, nk simpan baju, nak jahit cangkuk kat kain, nak iron baju, nk buat coffee bg ilang ngantuk.  Nak tgk cite kat 8TV.  Tapi kalau tak best..siap ko 8TV.

Dahhhhhhhh..cukupppp...
------------------------
Additional comment:  Cite Matters of Life And Dating memang tak best langsung.  Grrr..tak berbaloi tunggu nak tgk, siap ko 8TV.  Anyway, hari ni ceria skit sebab pakai baju baru and ada orang kata segak..gaga..perasan..

Tuesday, February 8, 2011

..doa jodoh..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

..alhamdulillah..

Nak cite apa ye hari ni.  Hmm..hari ni terlerailah semua teka-teki.  Alhamdulillah.  Semua dalam keadaan dan bersangka baik.  Pertemuan di wad pediatrik.  Semua berjumpa, bermesra.  Tiada dendam.  Tiada kemarahan.  Good for both of us.  Semua ok.  Kami akan menjadi saudara.  Kami tak dapat bersatu atas satu sebab yang sangat konkrit and a bit complicated.  So, terima.  Redha.

Semoga ada pengganti yang lebih baik.  Lebih ikhlas.  Lebih sesuai dan terpenting..diredhai oleh Yang Maha Esa.

Erk..maybe pakcik C..erk...hehe..

..bernafas dalam lumpur..

Lagu yang sangat saya suka..dari dulu sampai sekarang..tapi pagi tadi tetiba dengar kat radio dan saya halusi liriknya..hmm..ada makna tersirat..selepas sekian lama..dulu just suka melodi dia je..

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku dikandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan..

Monday, February 7, 2011

..Singapura yang tidak ‘Cina’..


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan suatu perkara baru dan menarik dalam interviu dengan Mingguan Malaysia (30 Januari 2011) mengenai kesilapan perhitungan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman bahawa kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan dapat mengurangi jumlah penduduk Cina dalam Malaysia.

Tetapi setelah menyedari jumlah penduduk Melayu Sabah dan Sarawak kecil berbanding dengan 75 peratus penduduk Cina di Singapura selepas penubuhan Malaysia, Tunku telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura yang mendatangkan ancaman perkauman menerusi slogan Malaysian Malaysia.

Tunku menyimpulkan sebab utamanya yang disebut dalam bukunya Looking Back ialah ucapan Lee Kuan Yew di Parlimen Malaysia pada Mei 1965 yang mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan sistem Raja Berperlembagaan yang amat menyakitkan hatinya sehingga ‘lebih menyakitkan daripada sakit kayapnya ketika di rawat di sebuah hospital di London.’

Bagaimanapun seorang bekas wartawan Singapura, Anthony Oei dalam bukunya What If There Had Been No Lee Kuan Yew?, menulis “Tunku lebih takut penguasaan komunis ke atas Singapura daripada jumlah penduduk Cina yang mendorong Tunku untuk menerima penyertaan Singapura dalam Malaysia.” (muka surat 135). Tunku takut Singapura menjadi pangkalan komunis seperti negara Cuba mengancam Amerika Syarikat.

Tunku melihat bahaya ini apabila People Action Party (PAP) kalah teruk dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada 21 April 1961. Penyingkiran Singapura pula dibuat setelah Tunku mengambil kira Singapura telah terselamat daripada bahaya komunis di Singapura dan yakin Singapura akan dapat mengatasinya.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan keadaan yang wujud sehingga hari ini iaitu menolong Singapura adalah ibarat melepaskan anjing tersepit.

Juga yang menyakitkan hati Tunku ialah Kuan Yew melanggar janjinya untuk tidak menyertai pilihan raya Malaysia tetapi di dalam buku Men In White, menteri-menteri kanannya mendakwa keputusan PAP menyertai pilihan raya Malaysia 1964 merupakan keputusan PAP yang tidak diketahui oleh Kuan Yew yang ketika itu berada di luar negara.
Adalah sukar untuk sesiapapun mempercayai bahawa PAP berani membuat keputusan begitu besar tanpa pengetahuan Setiausaha Agungnya, Kuan Yew.

Menurut Kuan Yew sendiri dalam buku tersebut memang ada ‘gentleman agreement” antaranya dengan Tunku di padang golf bahawa UMNO tidak akan menyertai pilihan raya Singapura dan PAP tidak akan menyertai pilihan raya pertama selepas penubuhan Malaysia.

Tetapi setelah kegagalan besar dalam pilihan raya 1964, Kuan Yew telah menjalankan kempen Malaysian Malaysia yang menceroboh hak pribumi Malaysia dan UMNO menyerang balas di Singapura dengan membangkitkan perkauman Melayu yang berjaya ditekan oleh kerajaan Singapura selepas berlaku rusuhan.

Sementara Singapura dengan dasarnya yang tegas berjaya memadam perasaan perkauman di Singapura tetapi di Malaysia, bibit api perkauman yang ditanam oleh PAP menerusi Malaysian Malaysia terus menjadi api dalam sekam sehingga meletuskan peristiwa berdarah 13 Mei dan menampakkan sinarnya kembali hasil Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Ini kerana Malaysia tidak ada keberanian dan ketegasan seperti Kuan Yew dalam membunuh puncanya terutama dengan menggunakan satu bahasa sebagai alat perpaduan. Singapura tegas dalam pelaksanaan Bahasa Kebangsaannya iaitu bahasa Inggeris dengan menutup sekolah Cina, Melayu dan Tamil sejak tahun 1960-an.

Di Malaysia, sekalipun Bahasa Malaysia diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi dasarnya tidak menyeluruh, malah telah melanggar prinsip-prinsip asal kerana dasarnya yang demokratik. Sebaliknya di Singapura setelah 30 tahun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal di sekolah, sehingga akhirnya sekolah Menengah Cina terhapus di pulau itu (lihat buku Man in White, muka surat 612).

Dalam tahun 1980, Universiti Nanyang telah dipaksa bergabung dengan Universiti Singapura untuk menjadi Universiti Nasional Singapura dengan menggunakan bahasa pengantar Inggeris.

Dicatitkan juga dalam buku ini bahawa antara 1960 hingga 1980 adalah tahun yang amat mencemaskan dan membimbangkan intelek Cina kerana mereka melihat keruntuhan bahasa Cina dan kehilangan kedudukannya yang penting dan tidak lagi mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Keadaan itu sebenarnya berterusan sehingga hari ini, malah pada suatu ketika apabila dasar ini berjaya sepenuhnya dan sebelum wujud geopolitik baru berikutan kebangkitan negara China, orang Cina di Singapura malu untuk membawa akhbar Cina dan akhbar Tamil juga telah mati apabila Kuan Yew menutup sekolah Tamil yang ditangisi oleh penjual-penjual akhbar Tamil yang telah dapat menjangkakan akibatnya.

Di atas keruntuhan institusi pelajaran Cina dan juga Melayu di Singapura dan dengan Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal maka terbinalah bangsa Singapura. Dalam hal ini, kejayaan besar Singapura ialah menghapuskan perkauman Cina dan sikap orang Cina yang terlalu kecinaan dan membentuk masyarakat Cina yang kebaratan.

Kepada masyarakat Singapura, Kuan Yew sukar untuk diterima sebagai menjalankan dasar perkauman Cina tetapi di Malaysia, beliau telah mengocakkan perasaan perkauman untuk menjadi Perdana Menteri dan kesan Malaysian Malaysia ternyata berpanjangan menyuburkan perasaan perkauman, malah menampakkan kegigihannya semula berikutan keputusan PRU 2008.

Ini adalah kesilapan besar perhitungan strategi politik Kuan Yew sekalipun beliau berjaya menunggang Singa di Singapura untuk mencapai matlamat politiknya di Malaysia.

Dia boleh mengajar kaumnya sendiri di Singapura kerana telah lama terdedah kepada kosmopolitan tetapi dia tidak mengambil perhitungan Malaysia masih dalam proses kampung hendak menjadi bandar.

Tidak mungkin kita tidak boleh mencapai satu bangsa Malaysia sekiranya dari awal kita telah menjalankan dasar pelajaran dengan tegas iaitu menjadikan Bahasa Malaysia sebagai pengantar tunggal dalam sistem pelajaran kebangsaan, di samping memperkukuhkan dengan tegas pengajaran bahasa Inggeris.

Kuan Yew telah menjalankan semua tindakan dasarnya secara keras dan berani yang menampakkan keazamannya yang jelas dalam mencapai arah tujunya tetapi Malaysia setelah 50 tahun merdeka masih terjerumus ke dalam kancah yang tidak pasti kerana dasar perimbangannya yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Dasar ini nampaknya lebih diperlukan setelah BN kehilangan dua pertiga majoriti dalam PRU 2008.

Kuan Yew tetap tidak percaya kepada dasar kebebasan mengikut penilaian Barat dan kehendak globalisasi tetapi kita yang berada dalam keadaan ‘mabuk’, memberikan kebebasan mengikut penilaian asing dan bukan penilaian kita sendiri.

Singapura yang majoritinya kaum Cina tetapi tidak kecinaannya sebaliknya kebaratan, stabil, makmur dan maju adalah lebih baik kepada Malaysia walaupun pemerintahannya bersifat autoritarian.

Malaysia sendiri pun tidak mungkin menjadi sebuah negara Malaysia yang bermaruah tanpa Mahathir yang dianggap dunia barat sebagai tidak demokratik.

Kepada saya, Mahathir dan Kuan Yew adalah pemimpin bertaraf dunia yang lebih banyak baiknya daripada buruknya tetapi sayangnya di Malaysia segala yang telah diasaskan oleh Tunku, diperkukuhkan oleh Tun Abdul Razak dan diberikan maruah oleh Mahathir telah diruntuhkan pada suatu era yang lemah oleh kerana hendak berbangga kita lebih bebas atas nasihat ‘budak- budak’ politik.

Semoga kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat membina semula negara di atas keruntuhan itu.

Oleh TAN MELAKA

dipetik dari UTUSAN MALAYSIA online, 7 Februari 2011.

Tertarik dengan rencana ni, especially the 2nd last paragraph yang saya highlightkan.  Saya tak pro kepada mana² pihak tapi saya percaya kita perlu sentiasa memandang unsur baik pada setiap diri seseorang, tambahan pula kepada Tun Mahathir, insan yang sangat saya kagumi.

Setiap manusia ada unsur baik dan buruk..dah nama pun manusia, takde la perfect mana pun.  Jadi selalulah mencari sisi positif dan samarkan sisi negatif jika ada.

..perpisahan..

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Kasih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu
Lagu ni xdela kena sangat dgn saya..ada seskit je..tapi rasa syahdu lak dgr Anuar Zain nyanyi..
Tapi kan..nape bila tgk muka Anuar Zain, saya terasa sesuatu..erk..mcm ada yang tak kene...dan terus saya tak minat dia..nape yek..erk..

..ibarat novel..

Saya dah makin tenang dan boleh menerima apa yang terjadi..suratan yang terjadi..

Pk2 tu boleh buat novel..cite tentang semua pengalaman saya..kisah suka duka saya dalam mencari sebuah cinta yang sejati..yang still tak kesampaian..ewahhh...tapi ada ke orang nak baca ye.  Novel perasan sorang2..hihi..but why not kan..

Agaknye..kene tukar la nama blog ni..satu doa kot..'owner of a lonely heart'..sampai bila2 la lonely..

Apa ye nama best lain..any idea? Tapi blog ni pun dibuat asalnye dari sebuah kekecewaan..huhu..

Persoalannya..takkan nak kecewa lagi..nahi..nahi..nahi...

Saturday, February 5, 2011

..macam fasha sandha..

Hmm..what to say..di pagi sabtu nan indah ni..angin tak ada, ribut tak ada..tau2 putus..haha..

Yup..hubungan saya tak menjadi buat kesekian kalinya dan perlu ditegaskan di sini..salah adalah di pihaknya.  Bukan masalah orang ketiga dan sebagainya...cuma..too private to jot down here..it's his.

Walaupun saya telah cuba mengaku kesilapan diri tetapi..semua di pihaknya.  Bukan salah dia 100% tapi keadaan dan takdir.

Tak nampak cara lain lagi..so fasha sandha, diana danielle..kita sekapal..hehe..

Saya dah nangis berhari2..termasuk hari ni.  So now..waktu kita enjoy...shopping..jln2..yehaaa!!

Tapi nanti tension sebab gemuk lak..huhu..gi gym pn satu sesi terapi gak kan.

Kita cari orang lain..mana nak tau pakcik S lak nk kt saya..pakcik C pun ada gak..mana la nak tau kan..ada backup ke...huhu..

Apa apa pun..semua yang terjadi, ada hikmah.  Dan bersyukur diberi peluang untuk mengenal pelbagai sifat dan sikap manusia. Manusia tak sama, rambut je sama hitam, hati lain2.

Mula ingat nak EL lusa tp pk2 balik..keje banyak..kene keje sungguh2..bagi excellent..tahun ni target dapat F44..and kita cuba kumpul duit dan berjimat.

Lastly..jom kita enjoy!!!

Wednesday, February 2, 2011

..trilogi cinta..

Buat masa ini, saya adalah penonton setia drama Trilogi Cinta ataupun saya panggil cite Kak Ji.  Cite ni best gila.  Lakonan Rosyam Nor, Fouziah Ghouse, Amyza Adnan, Aida Khalida...sangat MANTAP.

Actually cite ni adaptasi dari 3 novel Sharifah Abu Salem..Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian & Tiada Lagi Mimpi which is saya dah baca semua novel itu dulu2..cuma ingat2 lupa cite dia.

The synopsis taken from here.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. 

Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

Cite ni boleh gak ditonton secara online di http://www.rtm.gov.my/new/eng/sub_tv1.php?pg_ID=158.


Videoclip from http://spostenterprise.blogspot.com.

Nota Kaki: Sedih dan rajuk belum hilang lagi...:(

..tenang..

Tenang..macam PRK Tenang...erk..tenang ke..actually cuba didik diri untuk duduk dalam tempoh bertenang.

Tempoh bersabar.
Tempoh untuk check balik.
Tempoh untuk menguji dan diuji.
Tempoh untuk berfikiran rasional.
Tempoh untuk membuat keputusan, maybe..erk..?
Tempoh untuk bersedia.
Tempoh untuk bergembira dan bersyukur dengan apa yang ada.
Tempoh untuk selesaikan kerja yang banyak gila.
Tempoh untuk merenung kekhilafan diri.
Tempoh untuk mengabdikan diri dan berserah kepada Allah.

Setiap sesuatu itu datang dari Allah.  Mungkin untuk menguji.

Salah di mata, jika tidak nampak.
Salah ditafsir, jika tidak menilai.
* Nice words dari cite Trilogi Cinta@cite Kak Ji.
..bestnye..tenang..damai..

..gaduh..

Seriously..sekarang saya tengah gaduh.  Memang saya geram, angin dan sebagainya.  Saya sayang tapi..saya geram bila call saya dia tak angkat, berkali2.  Bila dah dapat, line tak clear pulak and dia tak kesah pun.  Suh sambung cite esok.  OK la..kalau dah tak nak, takpe.  Saya malas nak amik kesah dah.  Cukup!

Actually saya sedih..sedih sesangat.  Nape dia tak pk perasaan saya?

I hate this feeling..this situation..arghhhh!!!!

..nak nangis......hujan dah lebat...:(

Tuesday, February 1, 2011

..cinta sejati..mana nak dapat camni..

Terbaca kat satu blog...cinta sejati seorang Chris Medina yang masih menyayangi tunangnya yang cacat otak sebab kemalangan.  Zaman sekarang, tak sangka ada lagi orang camni. Serius terharu..bertuah sungguh tunang dia.

Ayat Chris yang menusuk kalbu..

"What kind of guy would I be if I walked out when she needs me the most"



Rasanya boleh dapat camni tak?

Credit to http://rotikaya.com/.

..remy ishak & maya karin dalam cun..

Cute la pulak tgk videoclip ni..lagu dalam filem Cun.  Ni cite wajib tengok kot tahun ni.  So sweet aa Remy n Maya.  Jadi couple betul2 pn not bad..
Credit to Forum Cari.


Nota kaki: Saya tengah weng..nak buat keje pun tak jadi..hopefully jap lagi boleh settle masalah ni..tgh tunggu signal dari pakcik tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...