..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, September 30, 2013

..wholegrain bread Gardenia..

2x update dalam satu hari..wow..lama dah tak buat cenggini..banyak tuu..takde keje ke..isk.idok le..banyakkk keje..

Tengah makan wholegrain bread cecah milo..lapo le..tadi lunch kebab je..healthy diet kot..hehe..hujan ni..cepat lapo..

Sejuk...hari ni pun pakai baju dengan inner bagai..still sejuk lagi..siap off aircond jap tadi..

Jap lagi balik kene panaskan badan..kite cycling sambil tengok movie...yahoooo..lupakan nafsu makan..huhu..mampukah? Yeah..kene mampu..nak kurus kan..

Makan wholegrain ni bagus la..perut kenyang..kita minum dulu....




..a fresh monday..

Selamat pagi Isnin..pagi yang penuh warna. Pagi yang ceria..erk..saje nak bagi sedap hati. Semalam sesi meluahkan rasa hati..huhu..dengan my other half. Bila dah kawin ni, susah senang sama-sama gitu..hehe.

Eh..macam pernah terdengar lagu lak..susah senang..kita sama-sama..itu janjimu..itu janjimuuuu..lagu apa erk..jap nak google..

Haha..lagu Bunga dan Kumbang by Endang S Taurina..erk..baru tau tajuk lagu ni..salu main dengar je..sedap pulak ye..



Ok done with it..hari ni saya dah start diet. Hari ni saya nak start exercise. Hari ni jugak saya dah buat azam baru. Saya nak fokus dan rajin. Selama ini agaknya saya tersasar kot. Banyak berkhayal. Ingat hidup dalam fairytale kot..haha..

Hari ni berazam to be a better person..better wife..better daughter..better staff..better leader. I know I can do it. Macam tak pernah buat dulu. Pernah tapi mana pegi semangat tu. Hilang...semangat yang hilang...ooo...tapi kene cari semangat tu balik.



Hari ni juga..saya nak bangkit..

"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula..."

Friday, September 27, 2013

..4 months & 3 days ago..




The akad nikah..dah 4 bulan++ rupanya..semoga berkekalan sehingga ke Jannah..aminn...

Sunday, September 15, 2013

..resipi chapati dan kuah dhal..

Got the recipe from a friend of mine..when attending a workshop at Century Pines Resort, Cameron Highlands..

CHAPATI

KUAH DHAL

Bahan-bahan ( 6 orang )

· 1 cawan kacang dal

· 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)

· 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat

· 2 biji kentang dibelah

· sedikit serbuk kunyit

· **1 inci halia diracik

· **2 biji bawang putih diracik

· **3-4 biji bawang kecil dimayang

· **sedikit daun kari

· **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis

· **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)

· 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)

· minyak untuk menumis

· garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.

2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.

3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.

4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau.

5. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.

6. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

 

Thursday, September 12, 2013

..i am in the meeting..

Blog ni dah bersawang..viewer yang sikit pun makin bertambah sikit..

Apa ke halnye la..blogging masa dalam meeting ni..

Sebab meeting ni saya tak bape suka atau pun secara kesimpulannya..memang saya tak suka meeting pun..tapi saya kene meeting..gomen staff..huhuhu..

Agaknye..saya dah dipengaruhi oleh my other half..huhu..*cewah cewah..dah terms baru..my other half gitu*..dia cakap..meeting banyak2 tapi tak menghasilkan duit watpe..huhu..betui gak..gaji tetap je..takpe la..dah keje saya..dah 10 tahun keje..gini je la..belum ada rezeki naik pangkat lagi..tu sebab kdg2 mood down jugak..tapi bangkit balik..pastu down balik..tak stable..

Kali ni ada lagi iklan naik pangkat..saya cuba nasib lagi..mana nak tau ada rezeki..kalau xde rezeki..redha je la..what to do..hidup mesti terus gitu..kita kene cari other passion to make our life meaningful..thanks my other half.

Esok nak pegi Cameron..ada bengkel..takut nak pegi sorang2..so ajak my other half..tolong drive and teman..Cameron kan sejuk..kalau tdo sengsorang..macam sedih je..*ek eleh..selama bertahun2 ni tdo sorang ok je..huhu..*

Sekarang musim hujan..pagi petang hujan..sejukk..baju pun tak kering..lembab je..pastu baju bertimbun saya tak lipat..huhu..apa nak jadi la Azura ooiii..angin malas dah datang..walaupun saya agak rajin di dapur..bukan masak hari2 tapi memastikan kesehatan dapur terjaga..dulu saya x kesah..mak ada..huhu..sangatla malas. Dah dok umah sendiri..nah..amik ko..

Lantai dah lama x mop..eeeiii..tadi pagi sib baik si dia tolong buang sampah..bukan lama sgt pun sampah tu..baru 2-3 hari je..since tak penuh lagi saya x buang la..dh nampak ulat..lembab2 ni ulat suka kot...eeiii..

Life as a wife is totally different..ada yang best..ada yang tak best..part tak best tu bila kene jadi suri rumah la bila balik umah..dulu2..balik je boleh bumm kalau penat..sekarang dah x boleh aa. Yang best..ada teman..nak tdo pun ada teman..tak rasa lonely..ada orang nak bercakap..ada orang nak pandang. Rutin weekend saya adalah basuh baju, vacuum rumah, kalau rajin saya masak dan gi lepak umah mak saya dan juga umah mentua since dua2 dekat..tapi dekat lagi umah mak saya.

Saya belum tau lagi apa fav dish my other half..adala satu dua yang saya tau. Santan dan ubi kentang memang dia pantang..so memang saya tak beli. Dia suka maggie sup, kueytiau kungfu, tomyam, ayam grill, ikan cencaru belah belakang, ikan bawal goreng, sambal belacan..erk..saya masak ke sume tu..huhu..ye saya masak ye..except ikan belah blkg sbb hari tu tak jmpa ikan cencaru kat market. Wow wee..congrats to myself..haha..so far dia suka cuma sekali tu buat terpedas sbb terlebih lada hitam.

Dah masak macam2..confirm la makan kan. Bila dah makan malam selalu dan x exercise maka jadila saya seorang yang overweight..waaa!!! Melebih2 beratnya. Baju pun dah sendat. Dah 2 hari saya cuba x mkn malam..makan skit je..mintak si dia suapkan. Sejuk2 ni cepat lapo. Selera saya lak makin menjadi2. Bila la nak exercise ni.

Saya dah berdua for nearly 4 months..tp betul2 dalam nearly 3 months je la sebab dalam bulan Julai saya gi jenjalan tinggal dia..3 minggu gitu. Banyak nak cite edisi jalan2 saya tu..tapi penyakit 'M' melanda. 'M' - malas. Si dia cakap kalau 'M' tu takde..memang perfect..tp sib baik dia x marah..huhu.



Ok la kot bebelan hari Khamis ni. Tak tau bila lagi nak bebel. Hopefully ada reader la lagi..huhu.

Wednesday, September 11, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG: PEKERJA CAR WASH DIPERLUKAN

::Pekerja Car Wash diperlukan:: Pencuci Kereta dan Sale Admin



Waktu bekerja: 8.00pg - 6.30ptg
Gaji: Boleh dirunding, gaji dibayar secara harian
Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
Waktu bekerja: 7 hari seminggu, off day mengikut giliran
Part time / full time
Makanan dan tempat tinggal disediakan.


Pengetahuan serta mahir selok belok kereta adalah satu kelebihan.

Jawatan diperlukan SEGERA!

Sekiranya berminat, boleh hubungi 017-543 3587 / 019-528 0651.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...