..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Wednesday, May 30, 2012

..i am cycling..

Tgh test update blog guna app Blogger kat gym..tgh kayuh basikal ni..nape x rasa penat sgt eh..padahal skrg ni dh burn 302 kalori dlm masa 15 minit..another 15 mins to go..pasni nk buat exercise lain lak another 30 mins..lala..

Sunday, May 27, 2012

..be mine..

Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

* Hmm..pelik gak lirik ni..rupanya dia suka orang yang dah berpunya..susah jugak eh..elok2 feeling..rupanya orang punya. Mesti ada kes macam ni..hanya orang yang alaminya je tau macam mana rasanya. Nak salahkan dia 100% pun tak boleh..tapi salah tetap ada..cuma soal hati..hanya tuan punya diri yang lebih mengetahui..

Tuesday, May 22, 2012

..ayat untuk hadapi perasaan putus asa..

Setiap manusia di muka bumi ini pernah merasa putus asa apabila menghadapi ujian dan dugaan. Itu memang fitrah seorang manusia. Tapi jangan layankan sangat. Saya pun banyak kali alami perasaan tu. Ada ayat Quran dari surah Al-Imran, ayat 200 (ayat terakhir) untuk diamalkan.

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


Saya dengar Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah cakap kat Suria FM last week. Terus cecepat catat. Kepada mereka yang memohon kepada Allah tetapi masih tidak dikabulkan, bersabarlah. Tuhan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Sesuai diamalkan selalu kepada mereka yang berharap kenaikan pangkat, zuriat, jodoh dan sebagainya.

Monday, May 21, 2012

..satu hari di hari isnin..

Hari ni hari Isnin..esok Selasa..dan esok 1 Rejab. InsyaAllah nak puasa sunat kalau takde halangan la. Lately saya asyik kuarkan entry tentang cinta je..tapi bukan saya tulis sendiri..copy paste je..sebab ayat² dalam artikel tu sangat bagus dan saya nak park dalam blog saya.

Saya tengah bercinta ke? Tak...cuma..a'ah..too complicated to jot down here. Ada yang menyayangi tapi dia bukan dalam kategori yang boleh disayangi. I'm trapped in this don't-know-what-to-call-relation. Ah..forget about it.

Hari ni saya lebih bersemangat. Saya rasa sebab exercise kot. Semalam saya dah selamat abiskan 8 round stadium..jogging and walking..tapi banyaknye walking la...rasa macam relax je..dengan kawan² opis lama saya. Sembang²..relax..balik tu makan roti canai..haha.

The day before, saya pegi tengok The Avengers dgn kakak sorang ni..best gilaaaaaa..we all tengok 3D version. Memang berbaloi² la. Cuma saya tetido kejap di tengah cerita..apa la saya ni..tengok movie pun tido. Ala..masa part cakap² tu..boring lak rasa. Kalau rajin saya buat la ulasan pasal filem tu. Cite pegi Korea pun tak buat lagi..isk..tahap malas melampau la tu. Hari yang sama gak saya telah berbelanja sakan kat Body Shop sebab sale gila²..sampai 70%..then + 10% lagi sebab bawak kawan kot.

Semalam, saya baru amik baju kat satu butik kat Kulim ni..Butik Kerawang. Saya test je sehelai baju..sedap ke idak dia buat..pastu dengan sulam simple. Test kain murah je dulu, tapi hasilnya..wow!! Fantastik! Tak nampak murah langsung kain tu. Baju terletak elok, jahitan kemas, selesa dipakai dan sangat puas hati...cumaaa....harganya je la..huhu. Sangat mahal ye..standard butik la kot. Saya tak pernah tempah baju kat butik lagi.

Baju kurung - RM48
Tambah piping - RM10
Sulam simple - RM60
Diamond - RM10
TOTAL: RM128

Erk..harga kain tu RM42 je..so total harga untuk baju dah siap tu adalah RM170. Mahal la bagi saya. Unexpected. Boleh tempah lain kali tapi tak selalu la. Koyak purse kalau selalu. Tapi saya target nak tempah baju kahwin kat situ la nanti. Kahwin? Nanti? Erk..persoalan yang tak boleh dijawab..tak salah buat perancangan awal kan..huhu.

Saturday, May 19, 2012

..hafiz juara mania kali pertama..


Saya ni takdela tgk sgt Mania kat Astro tapi since banyak org cite ckp best..mlm final ni saya tengokla..tambah pulak ada Siti Nurhaliza buat performance. Show yg paling saya suka tadi...HAFIZ. Nampak comel je dia malam ni..dan cara dia bawa lagu I Believe I Can Fly..perghhhhhh!!!! Ahmad Dhani cakap dia tak expect ada penyanyi dari Asia boleh nyanyi lagu tu sebaik ini. His pronouncation is superb...

Dan keputusannya...as stated in my blog title..HAFIZ jadi juara..and he won RM500k..1/2 juta tuuu..STACY second and she got RM200k..followed by JAC, RM100k..based on my reading..JAC ni calon favorite tapi nombor 3 pun not bad. HAZAMA dan ARIL tak dapat pape. Sian jugak kat HAZAMA..ARIL saya tak suka sangat show dia.

Ahmad Dhani lak dpt RM300k..sebab HAFIZ anak didik dia..isk..kaya juta2 rupiah dia malam ni..

Congrats HAFIZ!!!!!!!!

..panduan ketika jatuh cinta..


Tidak seorang pun daripada manusia yang mampu membohongi hakikat, bahawa di dalam tubuhnya itu ada hati. Dan hati tersebut pula diciptakan oleh Allah dengan satu keistimewaan, iaitu menjana al-hub yakni rasa cinta,kasih dan sayang.

Itulah yang dinamakan sebagai fitrah.

Menidakkan peranan dan hakikat fitrah seumpama cuba menukar manusia menjadi satu makhluk yang lain. Kerja yang sia-sia dan hanya mengundang derita tiada sudah.

Justeru terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bercakap dengan diri sendiri. Bisikkan kepada diri sendiri bahawa tidak ada salahnya mengakui hakikat penciptaan seorang manusia, yang ada jiwa dan ada cinta.

Islam tidak pernah menyekat fitrah dan naluri manusia. Jika manusia melihat Islam sebagai suatu peraturan dan cara hidup yang menyekat, bermakna manusia tersebut masih belum mengenali Islam dalam ertikata yang sebenar.


TERIMA HAKIKAT, FAHAMI DAN BERTINDAK


Lihatlah jam di dinding. Perhati detikan jarum panjang dan pendeknya. Renungi dan tanamkan dalam diri anda, bahawa lambat laun fitrah dalam diri tetap akan bersuara. Kebenaran itu tidak bisu. Sampai masanya, ia tetap akan bercakap dengan anda.

Menyedari hakikat tersebut, maka jalan yang bijak bukanlah ‘memerangi’ sebaliknya bersedia untuk menerima. Jangan perangi fitrah dalam diri anda mahupun diri orang lain. Apabila seorang saudara anda mengeluh jatuh hati atau jatuh cinta, jangan dikecam orang tersebut. Begitu juga apabila hati anda bersuara dengan jelas kepada anda tentang fitrahnya, maka jangan dikecam jiwa anda sendiri.

Jika dari awal, anda menyediakan otak untuk ‘menerima’ dan bukannya ‘memerangi’ , maka saya kira anda boleh bertindak dengan lebih rasional, matang dan bijak. Bertindak atas dasar kefahaman dan bukannya emosi semata-mata.


PANDU KE JALAN SELAMAT

Anda perlu faham bahawa jatuh cinta itu bukan suatu kesalahan. Jika ditakdirkan tiba-tiba anda terjatuh hati, atau terpikat, atau tersuka kepada seseorang yang mana sebelumnya perasaan tersebut langsung tidak ada, maka terima dan raikannya perasaan ataupun ‘suara jiwa’ anda terlebih dahulu.

Ini kerana ada golongan yang kelihatannya langsung tidak mahu bertolak ansur dengan suara jiwa mereka sendiri. Kata mereka itu suara Syaitan. Suara nafsu. Bukan suara Iman. Lantas mereka bersifat keras terhadap suara jiwa mereka sendiri, dan lebih malang apabila orang sekeliling mereka turut dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama.

Meraikan suara jiwa anda bukan bermakna membiarkan diri anda hanyut. Itu kena jelas.

Sebab itu saya bercakap soal panduan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Setiap perkara, ada tempat duduknya. Soal hati dan perasaan juga begitu. Ada tempat duduknya sendiri. Justeru menafikan tempat duduknya adalah suatu bentuk kezaliman.

Raikan perasaan suka. Raikan perasaan minat. Raikan perasaan terpikat. Jangan kecam dan jangan salahkan diri sendiri. Ini step yang sangat penting ketika anda jatuh cinta.

Kemudian, setelah anda mampu meletakkan diri anda dalam konteks yang betul, stabil dan meraikan bahasa jiwa, maka barulah anda boleh ‘memandu’ fitrah tersebut ke jalan yang sepatutnya.


PANDUAN PERTAMA : HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Ini paling penting. Saat jatuh hati dan terpikat itu, bagaimana sebenarnya hubungan anda dengan Allah? Solatnya bagaimana, zikirnya bagaimana, bacaan Al-Quran dan amalan sunat yang lain di tahap mana?

Ini kerana, suara hati yang selamat adalah suara hati yang paling teguh dan kukuh hubungannya dengan Allah. Di dalam hadith Nabi s.a.w menyebut bagaimana hati boleh menjadi hitam, gelap dan keras akibat daripada amalan dosa tanpa taubat.

Justeru hati yang seperti itu – semoga Allah jauhkan – bicaranya sangat bahaya. Bicaranya lebih condong ke arah kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Maka berhati-hati. Tatkala mahu mendengar suara hati tersebut, perbaiki dahulu perhubungan dengan Allah ta’ala.


PANDUAN KEDUA : IMAN ATAU NAFSU

Tanya kembali pada hati, apa yang membuatkan anda terpikat? Anda mungkin sukar untuk jujur dengan orang lain. Tapi anda secara hakikatnya boleh jujur dengan diri sendiri. Kalau faktor rupa paras atau bentuk tubuhnya sangat dominan di pertimbangan anda, besar kemungkinan anda akan berdepan dengan jatuh hati pada banyak lagi keadaan yang lain. Maknanya, hari ini terpikat dengan Timah, esok dengan Yati pula. Lusa nampaknya Ina lebih baik, dan sebagainya.

Tetapi jika faktor budi bahasanya, atau kecantikan akhlaknya yang mendominasi, anda lebih dekat dengan zon selamat. Tinggal lagi untuk mengawal dan mengemudi hati ke landasan yang sepatutnya.


PANDUAN KETIGA : MASUK SECARA TERHORMAT

Dalam Islam, bab hubungan manusia sesama manusia adalah bab yang diperakui. Tidak ada mana-mana bahagian pun dalam Islam yang mencacatkan atau menidakkan soal hubungan manusia sesama manusia, sebaliknya sangat dititkberatkan dan disertakan pula dengan pelbagai panduan dan peraturan.

Maka untuk menyambut suara hati dan memandunya ke jalan selamat, cara terbaik adalah dengan ‘masuk’ secara terhormat. Masuklah ke dalam hidupnya dengan cara yang paling baik. Bukan melalui pintu belakang.

Rumah buruk macam mana sekalipun, kalau kita masuk ikut tingkap atau pintu dapur, tuan rumahnya tetap pasti merasa marah.


PANDUAN KEEMPAT : KETUK PINTU DENGAN ADAB

Sebelum masuk ke rumah orang, terlebih dahulu ketuklah pintu dan berilah salam. Kita sebagai tetamu, kalau datang dengan cara baik, insyaAllah tuan rumah juga akan layan kita dengan cara yang baik.

Apa yang penting adalah kita lakukan dengan adab sebagai seorang muslim. Cara untuk ‘mengetuk pintu’ itu pelbagai. Samada sendiri atau menggunakan perantaraan seperti orang tengah dan sebagainya.


PANDUAN KELIMA : MENGENAL BESAR DAN LEBIH BESAR

Ketika perasaan tersebut menyesak jiwa dan mengganggu hati kita, biasanya kita terdorong untuk menganggap bahawa itulah persoalan paling besar yang perlu diatasi. Dengan apa cara sekalipun, perasaan tersebut mesti tertunai dan si dia mesti dimiliki.

Sebab itu ada yang mengistilahkan ia sebagai soal ‘hidup dan mati’. Seolahnya, kalau tak dapat akan menderita hingga mati.

Islam ternyata lebih awal menyediakan solusi untuk kita. Islam mendidik kita supaya membezakan antara perkara besar dengan yang lebih besar. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda tentang takdir : Telah diangkat kalam dan telah keringlah dakwat.

Bermakna, semua perkara telah ada ketetapannya, termasuklah apa yang sedang kita usahakan. Justeru, melipatgandakan usaha dan ikhtiar itu tidak salah, cuma perlu dikawal supaya tidak ‘mencabar’ perkara yang lebih besar iaitu TAKDIR.

Paling cantik, mantapkan dahulu iman dan keyakinan dalam diri sebelum ‘mencabar’ diri untuk tampil ‘mengetuk pintu’.


PANDUAN KEENAM : BAHAGIA DAN TERSENYUM

Dalam melaksanakan beberapa panduan di atas, kita akan berdepan dengan beberapa natijah :

a) Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.

b ) Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.

c ) Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.

d ) Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.

Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.

Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?


Sekian.

Credit to myilham.com.

Friday, May 18, 2012

..what is love..?






Taken from here.

..hati menangis..

I'm in a middle of something. Something bad. Tanpa saya duga..hati saya tetiba terasa sesuatu. Sesuatu yang tidak boleh terjadi. Saya tidak meminta jadi begini, in fact saya adalah orang yg sangat anti perasaan macam ni. Sebab ia sememangnya salah. Nasib baik, ia hanya di permulaan..belum sampai ke dalam. Nasib baik saya cepat sedar. Nasib baik saya melakukan tindakan yang sepatutnya.

Tetapi rahsia hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ini dugaan-Nya pada saya. Saya tahu Allah takkan duga hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu tidak mampu. Di saat ini, air mata melonjak-lonjak ingin keluar. Saya tahan. Actually tadi dah bape mililiter kuar..skit je..hehe..tapi mata membengkak la jugak.

Tadi saya lakukan solat dhuha dan solat istikharah..saya mengadu pada-Nya. Kepada-Nya saya mohon pertolongan kerana Dia sahaja yang tahu hati saya. Cinta itu sesuatu yang manis dan sesuatu yang subjektif..saya tidak hanya mencari cinta..tetapi mencari mahligai cinta yang utuh untuk saya berteduh.




Wednesday, May 16, 2012

..wahai sayang yang bukan sayangku..

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman..Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.



Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
Taken from here.

Tuesday, May 15, 2012

..korea trip: intro..


Dah lebih seminggu meninggalkan bumi Korea..malasnye nak buat entry..huhu..dalam hati membuak² nak nulih tapi dalam masa yang sama..malas melanda..saya upload je semua gambar dalam fb.. Tapi dalam setiap gambar ada ceritanya..kene cerita la kan..

Dalam keadaan yang malas ni..saya share dua gambar dulu la..masa ni kat tempat sejarah kat sana..ketuk tepung apa ntah..untuk dijadikan kuih colorful Korea..

ketuk bende ni..and it will become...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

this....

Wednesday, May 2, 2012

..annyonghasaeyo..

Annyonghasaeyo...saya kat Seoul sekarang..baru smpi smlm..kat sini best la wifi dia..lajuuuu..n ada kt merata tempat..x tgkp gambar sgt lagi sebab baru sampai semalam...hari ni nak pegi beli brooch kat Namdaemun..tak reti sebut ah..

Anyway..ni gmbr my mum kt airport smlm..minum air pisang susu..sedappp..

** Kamus korea pg ni, Annyonghasaeyo - Selamat pagi..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...