..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Wednesday, January 13, 2010

..got something from the net..


"If someone throws a stone at you, throw back a flower at him" - Gandhi. "...but make sure you throw it with the pot" - Someone Else :P


..perasaan tak best..

Agaknye kita tak boleh rasa happy sangat sebab kelak nanti ada berita duka..selalu saya beringat kala terlalu happy..tapi kali ni..tak beringat lak..main happy2 gitu je..even saya bz tapi tetap happy..

Ada cite tak best..rumour yang saya rasa 98% betul..sebab kuar dari mulut my boss sendiri..that useless mamat dapat naik pangkat..hmm..how i envy him..dulu memang la saya wish dia dapat naik..but not this time..we fight man..tapi rezeki dia..rezeki orang nak kawin selalu murah, ye tak..

Hmm..tak pasal2 darjah kebencian saya meningkat kembali..waduh2..camne ni..

Tapi kalau dia bertukar tempat keje kan best..sbb post tu di Penang..bukan kat tempat saya..pegila..pegiiiiiii..tak kuasa nak mengadap dia lagi..

Hmm..saya terpk lak cite Nurkasih..watak Aidil..betapa Aidil berkenan sangat nak jadikan Nur Amina isteri tapi adik dia yang dapat..so dia sabar dan terus sabar..last2 dia dapat jodoh yang lebih baik...mungkin saya boleh pinjam semangat Aidil..

Tuhan hilangkan matahari, kemudian Dia turunkan hujan, rupa-rupanya Dia nak anugerahkan kita pelangi..

Semua yang terjadi adalah ketentuan-Nya..siapalah saya untuk menidakkannya..saya yakin lagi percaya Tuhan Maha Adil dan Maha Penyayang pada hamba-Nya.

Tuesday, January 12, 2010

..sambung cite cameron sikit lagi..

Actually plan saya malam ni nak siapkan proposal master yang tertangguh..tu sebab bukak laptop..tapi jadi tulih blog lak..hehe..nak update lagi cite cameron hari tu..

On the last day..kami check out kul 11 pagi..pegi market dia..pegi kedai buah yang banyak2 tu..saya borong roses lagi..well..i love roses..tapi tak minat tanam pun..haha.. Selain tu, beli buah, sayur..takde la murah sangat..just beli yang takde kat sini..

Tapi yang paling best adalah acara petik strawberry..best gila..kami satu family petik masuk dalam bakul..asyik sangat petik..mula tu ingat nak 1/2kg je..alih2 jadi 1kg++..siap $$$$ le..masa petik tu tak pk lak yang kene bayar..macam la pokok2 tu sume kami punya..

Pastu terus turun...sampai di Simpang Pulai..sempat singgah Riamoda lak..borong kain..dah tempah semalam..hopefully leh siap cepat..leh pakai masa annual dinner this Friday..erk..sempat ke..erk..

Saya upload lagi pics kat sana...

..hari yang penat..

Hari ini..saat ini..saya kepenatan yang amat sangat..jadual keje saya yang sibuk..saya pun tak tau nape..tak boleh dok diam..ada je bende..ad-hoc or planned..belum masuk phone calls lagi..sampaikan kawan2 yang nak chat thru ym pun saya tak boleh nak entertain..iyela..sekadar bertanya khabar..dulu boleh je sambil2 buat keje..

Kesibukan saya ni sampai ada ketika..hp melekap di telinga..telefon opis berdering minta diangkat..depan saya pulak ada orang yang sedang ada discussion dengan saya..fuhhh..cabaran tu..anyway saya tetap amalkan cara yang lembut semasa bercakap di telefon..setakat ni..camtula..

Dalam kesibukan tu..ada bende yang quite urgent yang saya tak sempat nak siapkan..which is saya rasa ralat jugak..esok ada meeting kene update progress report yang saya tak sempat tengok pun lagi..hmm..nak bagi alasan tak best lak..camne ye..

Tapi..sibuk2 saya pun..saya nak pegi gym gak..semalam posa..so hari ni gi gym..teruk saya 'didera' oleh si instructor..sampai satu tahap saya dah nak muntah..baru la stop..tapi saya memang semangat nak loose weight..oleh itu saya kene buat jugak..

Sampai rumah at 9pm..ni ha baru sampai..lepas mandi n solat di gym..penat tak terkata..sampai2 lak baru duduk je..mak suh panaskan makanan untuk hidang makan malam..waduh2..rasa geram gak..sebab penat sangat...tapi sabarrr..bagus tu hidangkan makanan..bukan kene masak pun ye tak..tapi saya nak berdiri pun dah tak larat..hmm..tapi saya tak makan la..malam ni makan roti wholemeal je 2 keping dengan strawberries..seksa gak eh nak loose weight..tapi saya nak buktikan yang saya BOLEH!!

Saturday, January 9, 2010

..cite cameron lagi..

Semalam tangkap banyak gak gambar..saya memang suka bergambar..semalam saya jalan gi mana ye..tengok pokok..tengok strawberry..gi MARDI..tgk pokok epal tapi buah takde..pokok pear, pokok anggur, tomato..tu je la...

Kami dinner tomyam yang mak masak dengan sayur yang dibeli di sini..sedappp...hari ni nak balik dah...huhu...tak tau nak pegi mana lagi hari ni...

Saya upload few of my pictures..

Friday, January 8, 2010

..salam dari cameron highlands..

*gambar google je..lum sempat amik gambar lagi..*

Berjaya jugak akhirnya saya sampai ke Cameron Highlands untuk percutian keluarga..saya sampai semalam, pada pukul 4 petang setelah beberapa halangan yang dihadapi..antaranya tayar kereta pancit sesampainya di Simpang Pulai..nasib baik tak naik bukit lagi..saya pulak jenis tak tau pape..hehe.. adik yang ikut dari belakang cakap..syukur Allah menyelamatkan kami sekeluarga..

Sesampainya di Brinchang..rasa tak sejuk sangat..maybe kat town..tapi sampai je kat Villa Dahlia..sejukkkk..ni baru suhu dalam..saya agak sekitar 18-24 darjah celcius..macam mana la agaknye adik saya kat UK sekarang..suhu -6..isk..tak dapat bayang..tapi tingin gak nak merasa..satu hari nanti..insyaallah..akan sampai jugak kt UK..

Actually..saya sangat sibuk sejak masuk bekerja pada tahun 2010..namun memandangkan percutian ini telah dirancang awal..saya proceed juga..tetapi..along the way..saya dihujani dengan a few phone calls..nasib baik boleh hands free..tapi my parents pulak rasa annoyed..ye la..I'm driving..agak bahaya..semalam pun saya duduk ngadap laptop to reply few emails..erk..saya gila keje ke..erk..

K..back to this Cameron matters..semalam saya shopping sayur dan buah kat sini..untuk dinner plannye nak masak tomyam..tapi dah penat..beli KFC je..the best part is saya berjaya control nafsu tak makan ayam KFC ..mkn coleslaw skit n makan salad yg baru beli tu..tapi saya makan skit sosej yang digoreng kat sini..*sosej pn gemuk gak..huhu..*

Yang paling sedap..strawberry cecah coklat..haha..siap bawak Hersheys chocolate syrup..tapi bukan tu je yang dibawak..kami bawak..udang, french fries, sosej, nugget, beras, sos, gula, garam, bawang, serai dan segala macam mak nenek ada..tengok keadaan barang2 yang dibawak tu..macam nak pindah terus kat Cameron ni...hehe..

Apartment yang saya sewa selama dua malam ni dengan harga RM180 semalam sangat selesa..ada tiga bilik tdo, ruang tamu dgn tv berastro, ruang makan dan dapur yang almost complete..tak perlu bawak pinggan mangkuk, kuali dan sebagainya..ada microwave, fridge, gas stove..rasanya sangat berbaloi..scenery pun cantik..

Hmm...hari ni plan nak jalan2 tapi tak tau nak gi mana..lum plan..baru nak tengok map..harapnya program hari ni berjalan dengan lancar dan diberkati Allah..aminn..

Friday, January 1, 2010

..happy new year 2010..


Happy New Year..2010...selamat tinggal 2009 yang penuh kepahitan..semoga 2010 menjanjikan sesuatu yang membahagiakan..

Normally dalam tahun baru..akan cite tentang azam la kan..hmm..bagus untuk letakkan target yang nak dicapai pada tahun ni..

Azam saya..

@ Nak loose weight..target saya by 28 February..I can loose 10kg..and another 5kg by 31 March..
--> Tindakan: Pegi gym 3 kali seminggu under personal instructor..dan jaga makan mengikut menu yang diberikan.

@ Rancang setiap kerja yang dilakukan dan siapkan tanpa bertangguh.
--> Tindakan: Teruskan penggunaan features dalam Ms Outlook dan Samsung Omnia saya..

@ Teruskan pelajaran di peringkat Master
--> Tindakan: Dah dapatkan supervisor dan tajuk since bulan Oktober tapi belum siapkan proposal..kene siapkan dalam weekend ni.

@ Kurangkan shopping
--> Tindakan: Dah shopping seksiap hujung tahun 2009..haha..

@ Simpan duit lebih banyak setiap bulan sebelum bayaran rumah bermula
--> Tindakan: Limitkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja.

@ Selesaikan hutang credit card
--> Tindakan: Duit claim yang belum dapat lagi akan digunakan untuk tujuan ini.

@ Pergi umrah pada bulan Mac
--> Tindakan: Kumpul duit extra dan tingkatkan pembacaan dan pengetahuan bagaimana menunaikan ibadah tersebut.

@ Rajin bangun untuk solat sunat di awal pagi
--> Tindakan: Tidur awal setiap malam.

@ Teruskan amal solat sunat dhuha
--> Tindakan: Cari masa di antara waktu kerja.

@ Baca Yassin setiap pagi
--> Tindakan: Bangun awal dan seterika baju siap² untuk seminggu(salu iron baju pagi²..tu yang jadi tak sempat tu..) .

@ Baca Al-Quran setiap malam selepas Maghrib/Isyak
--> Tindakan: Mandi awal.

@ Amalkan rutin mengemas bilik kat rumah dan opis setiap hari
--> Tindakan: Bangun awal untuk siapkan semua.

@ Belajar masak..ingatkan nak belajar satu menu seminggu (akan ditingkatkan)
--> Tindakan: Bermula lepas Februari, lepas tercapai target kurus.

@ Teruskan kelas menjahit kat Epal..lama dah tinggal
--> Tindakan: Start by first week of February.

@ Online business..nak jual gelang kristal..tak buat² lagi..huhu..
--> Tindakan: Start by 2nd week of February.

@ Rajin dan bersemangat
--> Tindakan: Bilik yang kemas yang menjadi pemangkin kepada semangat.

@ Kawal perasaan marah dan jangan lepaskan pada orang
--> Tindakan: Berfikir sebelum melepaskan kemarahan dan banyakkan istighfar.

@ Sabar, jangan kerap potong cakap orang dan bertindak defensive, dengar dan bagi komen kemudian
--> Tindakan: Banyakkan bersabar.

Banyaknye..tercapai ke eh..a'ah..lagi satu lupa...isk..target dari dulu sampai sekarang yang tak tercapai lagi..

@ Mendirikan rumahtangga
-->> Tindakan: Panjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar ditemukan dengan pasangan yang sesuai dan menyayangi saya setulusnya kerana Allah SWT.


Erk.. besar lak font dia..hehe..tu menandakan saya memang serius untuk mengakhiri zaman bujang ni dan mohon ditemukan dengan seseorang..dan saya benar-benar berharap 2010 ini akan menokhtahkan penantian saya ini...Aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...