..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, October 21, 2013

..my birthday: 211013..



Untuk kesekian kalinya..saya menyambut lagi ulangtahun kali yang ke-35 tahun..lagi 5 tahun nak masuk 40..huhu..serasa sudah lama dikurnia Allah nafas untuk menyedut udara di bumi yang berkat ini, diberi kesempatan untuk menikmat rezeki yang melimpah ruah..rezeki makanan, rezeki pendapatan, rezeki kasih sayang, rezeki hidup berkeluarga, rezeki kesihatan dan macam-macam lagi. Terima kasih ya Allah di atas anugerah yang tidak terhingga ini.

Tahun ini ditakdirkan ulang tahun pertama kali disambut bersama insan yang saya cintai sepenuh hati..my beloved hubby..tak ada apa yang saya inginkan selain kasih sayang yang kekal sehingga ke Jannah *tapi kalau nak bagi best la jugak..hehe*.

Syukur ya Allah..kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik serta amal yang diterima..berkatilah usia kami..kepada-Mu aku berserah..dan aku redha dengan segala ketentuan-Mu.

Thursday, October 17, 2013

..test apps blogger..

Best ke app blogger ni? Nak try guna lah..nak godek2 sat tengok..boleh update bila2 masa je..klau rajin..

Thursday, October 3, 2013

..cross trainer Bremshey..


Jom naik jom..kayuh la bape km pun..tapi tetap dok situ gak tak pegi mana pun..hehe. Best..kayuh sambil tengok tv cite Love You Mr Arrogant. Memang penat..tapi keazaman yang kuat. My other half yang belikan cross trainer ni sebab dok ngadu kat dia..dah gemuk n x sempat nak exercise.

Saya nak jadi rajinlah..gerakkan badan tapi sekarang ni asyik makan je..hmm.ntah la..asyik nak ngunyah je..lemas kalau takde bende makan..erk..adakah..erk..tak..belum lagi..masih lagi perut kempis..buncit la skit dengan lemak..huhu..tapi lemak yang sangat banyak adalah di bahagian paha dan punggung..sangat perlu dihilangkan.

Sekarang dah ada personal trainer (PT) kat rumah..so harapannya tak culas la ye. Malam² makan oat..boleh ke bertahan..tak sabar tunggu Ahad sebab boleh makan macam². Berat saya sekarang..erk..ngeri ah..tak nak sebut..sume dah ketat..huhu. Hopefully saya berjaya turunkan all those extra kgs ni.

Monday, September 30, 2013

..wholegrain bread Gardenia..

2x update dalam satu hari..wow..lama dah tak buat cenggini..banyak tuu..takde keje ke..isk.idok le..banyakkk keje..

Tengah makan wholegrain bread cecah milo..lapo le..tadi lunch kebab je..healthy diet kot..hehe..hujan ni..cepat lapo..

Sejuk...hari ni pun pakai baju dengan inner bagai..still sejuk lagi..siap off aircond jap tadi..

Jap lagi balik kene panaskan badan..kite cycling sambil tengok movie...yahoooo..lupakan nafsu makan..huhu..mampukah? Yeah..kene mampu..nak kurus kan..

Makan wholegrain ni bagus la..perut kenyang..kita minum dulu....




..a fresh monday..

Selamat pagi Isnin..pagi yang penuh warna. Pagi yang ceria..erk..saje nak bagi sedap hati. Semalam sesi meluahkan rasa hati..huhu..dengan my other half. Bila dah kawin ni, susah senang sama-sama gitu..hehe.

Eh..macam pernah terdengar lagu lak..susah senang..kita sama-sama..itu janjimu..itu janjimuuuu..lagu apa erk..jap nak google..

Haha..lagu Bunga dan Kumbang by Endang S Taurina..erk..baru tau tajuk lagu ni..salu main dengar je..sedap pulak ye..



Ok done with it..hari ni saya dah start diet. Hari ni saya nak start exercise. Hari ni jugak saya dah buat azam baru. Saya nak fokus dan rajin. Selama ini agaknya saya tersasar kot. Banyak berkhayal. Ingat hidup dalam fairytale kot..haha..

Hari ni berazam to be a better person..better wife..better daughter..better staff..better leader. I know I can do it. Macam tak pernah buat dulu. Pernah tapi mana pegi semangat tu. Hilang...semangat yang hilang...ooo...tapi kene cari semangat tu balik.



Hari ni juga..saya nak bangkit..

"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula..."

Friday, September 27, 2013

..4 months & 3 days ago..




The akad nikah..dah 4 bulan++ rupanya..semoga berkekalan sehingga ke Jannah..aminn...

Sunday, September 15, 2013

..resipi chapati dan kuah dhal..

Got the recipe from a friend of mine..when attending a workshop at Century Pines Resort, Cameron Highlands..

CHAPATI

KUAH DHAL

Bahan-bahan ( 6 orang )

· 1 cawan kacang dal

· 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)

· 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat

· 2 biji kentang dibelah

· sedikit serbuk kunyit

· **1 inci halia diracik

· **2 biji bawang putih diracik

· **3-4 biji bawang kecil dimayang

· **sedikit daun kari

· **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis

· **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)

· 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)

· minyak untuk menumis

· garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.

2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.

3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.

4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau.

5. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.

6. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

 

Thursday, September 12, 2013

..i am in the meeting..

Blog ni dah bersawang..viewer yang sikit pun makin bertambah sikit..

Apa ke halnye la..blogging masa dalam meeting ni..

Sebab meeting ni saya tak bape suka atau pun secara kesimpulannya..memang saya tak suka meeting pun..tapi saya kene meeting..gomen staff..huhuhu..

Agaknye..saya dah dipengaruhi oleh my other half..huhu..*cewah cewah..dah terms baru..my other half gitu*..dia cakap..meeting banyak2 tapi tak menghasilkan duit watpe..huhu..betui gak..gaji tetap je..takpe la..dah keje saya..dah 10 tahun keje..gini je la..belum ada rezeki naik pangkat lagi..tu sebab kdg2 mood down jugak..tapi bangkit balik..pastu down balik..tak stable..

Kali ni ada lagi iklan naik pangkat..saya cuba nasib lagi..mana nak tau ada rezeki..kalau xde rezeki..redha je la..what to do..hidup mesti terus gitu..kita kene cari other passion to make our life meaningful..thanks my other half.

Esok nak pegi Cameron..ada bengkel..takut nak pegi sorang2..so ajak my other half..tolong drive and teman..Cameron kan sejuk..kalau tdo sengsorang..macam sedih je..*ek eleh..selama bertahun2 ni tdo sorang ok je..huhu..*

Sekarang musim hujan..pagi petang hujan..sejukk..baju pun tak kering..lembab je..pastu baju bertimbun saya tak lipat..huhu..apa nak jadi la Azura ooiii..angin malas dah datang..walaupun saya agak rajin di dapur..bukan masak hari2 tapi memastikan kesehatan dapur terjaga..dulu saya x kesah..mak ada..huhu..sangatla malas. Dah dok umah sendiri..nah..amik ko..

Lantai dah lama x mop..eeeiii..tadi pagi sib baik si dia tolong buang sampah..bukan lama sgt pun sampah tu..baru 2-3 hari je..since tak penuh lagi saya x buang la..dh nampak ulat..lembab2 ni ulat suka kot...eeiii..

Life as a wife is totally different..ada yang best..ada yang tak best..part tak best tu bila kene jadi suri rumah la bila balik umah..dulu2..balik je boleh bumm kalau penat..sekarang dah x boleh aa. Yang best..ada teman..nak tdo pun ada teman..tak rasa lonely..ada orang nak bercakap..ada orang nak pandang. Rutin weekend saya adalah basuh baju, vacuum rumah, kalau rajin saya masak dan gi lepak umah mak saya dan juga umah mentua since dua2 dekat..tapi dekat lagi umah mak saya.

Saya belum tau lagi apa fav dish my other half..adala satu dua yang saya tau. Santan dan ubi kentang memang dia pantang..so memang saya tak beli. Dia suka maggie sup, kueytiau kungfu, tomyam, ayam grill, ikan cencaru belah belakang, ikan bawal goreng, sambal belacan..erk..saya masak ke sume tu..huhu..ye saya masak ye..except ikan belah blkg sbb hari tu tak jmpa ikan cencaru kat market. Wow wee..congrats to myself..haha..so far dia suka cuma sekali tu buat terpedas sbb terlebih lada hitam.

Dah masak macam2..confirm la makan kan. Bila dah makan malam selalu dan x exercise maka jadila saya seorang yang overweight..waaa!!! Melebih2 beratnya. Baju pun dah sendat. Dah 2 hari saya cuba x mkn malam..makan skit je..mintak si dia suapkan. Sejuk2 ni cepat lapo. Selera saya lak makin menjadi2. Bila la nak exercise ni.

Saya dah berdua for nearly 4 months..tp betul2 dalam nearly 3 months je la sebab dalam bulan Julai saya gi jenjalan tinggal dia..3 minggu gitu. Banyak nak cite edisi jalan2 saya tu..tapi penyakit 'M' melanda. 'M' - malas. Si dia cakap kalau 'M' tu takde..memang perfect..tp sib baik dia x marah..huhu.



Ok la kot bebelan hari Khamis ni. Tak tau bila lagi nak bebel. Hopefully ada reader la lagi..huhu.

Wednesday, September 11, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG: PEKERJA CAR WASH DIPERLUKAN

::Pekerja Car Wash diperlukan:: Pencuci Kereta dan Sale Admin



Waktu bekerja: 8.00pg - 6.30ptg
Gaji: Boleh dirunding, gaji dibayar secara harian
Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
Waktu bekerja: 7 hari seminggu, off day mengikut giliran
Part time / full time
Makanan dan tempat tinggal disediakan.


Pengetahuan serta mahir selok belok kereta adalah satu kelebihan.

Jawatan diperlukan SEGERA!

Sekiranya berminat, boleh hubungi 017-543 3587 / 019-528 0651.



Tuesday, August 27, 2013

..saya tak ada motivasi..??


Artikel ni saya ambil dari blog Wardina Safiyyah..semoga bermanfaat untuk bacaan semua..

Kadang kala ada yang merungut.."saya tak ada motivasi langsung Kak Dina” Apa itu motivasi? Mari kita cuba kenali. Motivasilah yang akan membimbing diri dan tingkahlaku kita, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi MOTIVASI mempunyai pengaruh yang sangat BESAR dalam menentukan masa depan dan kesejahteraan hidup kita semua.


Adakah anda orang yang penuh dengan motivasi atau sebaliknya? Moga Allah melindungi kita dari sifat malas dan tidak bermotivasi. Ahli psikologi mendefinasikan motivasi sebagai suatu proses dalaman yang akan mempengaruhi tingkahlaku “ the internal process that activates, guide and maintain behavior” Motivasi memberi kita SEBAB kenapa kita melakukan sesuatu perkara.

Saya belajar dari teori psikologi bahawa terdapat dua faktor motivasi yang akan mendorong kita melakukan sesuatu.

1) Motivasi DALAMAN (Internal)
2) Motivasi LUARAN (external)

Persoalan sekarang, biasanya apabila anda melakukan sesuatu, adakah anda bermotivasi dari dalam atau anda melakukannya kerana motivasi luaran?

Motivasi DALAMAN - ini lahir dari dalam jiwa kita secara semulajadi. Ini termaksuklah keperluan fisiologi kepada makanan dan minuman, keperluan psikologi dan keperluan sosial. Ianya lahir dari minat.. minat datangnya dari dalam. Apabila kita berMINAT dengan agama, maka kita bermotivasi untuk belajar mengenainya. Kita minat dengan muzik kita bermotivasi untuk menghafal dan ambil tahu tanpa apapun bayaran.Dan apabila minat itu lahir dari dalam kita biasanya tak perlukan apa-apa habuan pun tidak mengapa, kita tak kisah. Katalah pelukis, minat sangat melukis habis berjam-jam melukis, tak makan, tak minum tak apa, kadangkala bukannya ada orang beli pun, tapi dia tetap buat dan si pelukis ini puas. Puasnya datang dari dalam. Puas hati dan gembira. Ada orang suka tolong orang, suka jadi sukarelawan, tak dapat apa pun tapi dia MINAT. Jadi MINAT merupakan salah satu faktor penting yang akan mendorong kita. Tanya kembali-apa yang anda minat?



Motivasi LUARAN - pula datangnya dari persekitaran. Dari habuan, hadiah, insentif ganjaran, takut hukuman, pujian. Misalnya belajar sebab nak A bukan sebab MINAT belajar, itu pun faktor luaran juga. Motivasi luaran boleh jadi sesuatu yang berbentuk material atau tidak. Pujian bukan material tetapi ia tetap dikira sebagai habuan. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu atau untuk mengelak hukuman. Ianya berbeza dari motivasi dalaman.

Hari ini saya ingin mengajak pembaca dan diri saya untuk melakukan sesuatu dan untuk kita bersama-sama mencari motivasi dalaman kita. MOTIF kita BUKAN untuk mendapatkan benda semata.

Ada kritikan pedas yang diberikan oleh pakar mengenai motivasi luaran. Jika kita melakukan sesuatu hanya untuk habuan…berhati-hati kerana MOTIVASI LUARAN MENCURI MOTIVASI DALAMAN.

Contoh?
Kata seorang ahli sukan (Deckers, 2005) “Saya dahulu suka sangat bersukan, sehingga lah saya dibayar, kemudian saya melakukannya kerana wang bukan lagi kerana minat”

Satu kajian menunjukkan bahawa guru yang bekerja untuk wang lebih SUKAR dan mengambil masa yang lebih LAMA unuk mencari idea, cepat marah dan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dari mereka yang tidak dibayar/tidak melakukannya kerana wang” –Chicago Erikson Institute Advanced Studies in Child Development-


Tapi tak semua ganjaran itu buruk, ianya kadangkala memang diperlukan. Namun saya tetap berpendapat bahawa ganjaran dalaman adalah jauh lebih baik seperti kata arwah mendiang Steve Jobs – “Do something because you love it…OR if you don’t, find a way to love it.” 

Cari jalan untuk suka apa yang kita lakukan, Seperti kata Prof Al Mahdi pengasas Khalifah Method. Anak-anak kita (diri kita juga) perlu dilatih memberi ganjaran sendiri apabila kita melakukan kebaikan dan meninggalkan dosa. Gembira dari dalam bila kita buat baik dan sedih dari dalam bila kita buat benda yang tidak baik.

Perlu juga diingat bahawa motivasi kita ini sering berubah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Manusia ini tak pernah statik. Iman turun naik, motivasi pun apatah lagi. Motivasi kita melakukan sesuatu banyak berkait rapat dengan EMOSI kita. Jika kita gembira biasanya motivasi akan naik kerana hormon seperti dopamine dan serotonin juga naik. Bila kita sedih kita rasa penat dan tak bermaya, jadi ini juga akan mempengaruhi motivasi kita. Walaupun tak semestinya kerana kadangkala kekecewaan, kegagalan dan kesedihan memberi kita lebih banyak motivasi untuk merubah diri dan berjaya.

Tetapi apakah motivasi paling berkesan untuk saya? Itulah dia janji dan ayat Allah di dalam Quran… bukalah baca.. baca dan bacalah lagi dan lagi.

Dua ayat pendek ini cukup untuk memberi saya dan seharusnya kita semua motivasi. Ayat Quran penuh dengan motivasi… penuh dengan pengharapan dan peringatan.

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya” “Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah nescaya dia akan melihat balasannya” 99:7-8

Zarah itu kecil, terlalu kecil..oh sungguh kecil! Orang Islam didorong dan bermotivasi kerana Iman. Apa khabar Iman kita?. Tanya diri apabila kita tidak bermotivasi.

Wallahu'alam.

Saturday, July 13, 2013

..europe and england tour..

I am right now at Bristol, England. Huhu...jauhnya kan..posa2 ni. Actually datang sini utk konvo my youngest brother..which is scheduled on 16 July 2013. Nak buat camne kan..terpaksala berpuasa kat sini..kene lak time summer..posa lama ooo...subuh kul 2.45am n maghrib kul 9.25pm..fasting time yg sgt panjang..mencabar keimanan sungguh..sib baik weather dia ala2 sejuk gak la..walaupun summer..matahari mmg tegak atas kepala..langit takde awan..tapi ada angin yang bertiup..merasa la jugak posa di negara orang.

So alang2 dh ada kat sini..seminggu sblm posa dh smpi..so jalan2 la gi Berlin, Venice n Paris naik Easyjet..budget flight mcm Airasia n tdo kat budget hotel. Jln2 kt situ naik train n bas. Nasib baik my brother cekap baca peta..so saya dengan mak ikut je la. Pas ni nak gi tour area sini n London lak..huhu..jalan sakan.

Ni baru lepas sahur n solat subuh. Nak tdo..esok nak drive lak kat sini..gi Cardiff ke mana ntah. My brother yg plan semua. Gambar mmg tgkp banyak..kalau rajin..balik nnt boleh la buat cite skit dgn gambo. Gambo kawin pn tak settle2 lg..huhu. Good night and selamat berpuasa.

Gambar ni masa kt depan The Louvre, Paris..self captured guna my galaxy s2. Gambar lain sume dlm dslr my brother.

 

 

Monday, June 24, 2013

..may 24 to june 24..

One month already..dari sorang jadi berdua.. dari berdua jadi...............erk..belum lagi..hehe...masih berdua..

Gambar kahwin tak buh pun lagi..nape malas sangat nak resize..isk..

Ada satu ni je..
Hari ni ngantuk sangat..nape la..isk..Monday blues kot..banyak bende pending tapi banyak jugak yang siap..Hari ni hubby amik balik keje..best pulak sekali sekala ada driver..erk..jangan marah ye sayang..;)

Dah tu je..nak gi solat..kalua rajin..nanti update lagi la..

Friday, May 24, 2013

..today is the day..

Today is the day..after so many days counting..

Macam dah siap semua tapi tuan punya diri..tak tau la rasa apa..

Macam2 dugaan dan halangan..

Camni rasanya buat kenduri ye..

Bape jam je lagi title 'Cik' akan digugurkan officially..

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..Aminn..

 

Monday, May 20, 2013

..4 days..

Another 4 days till the date..bz tapi rasa nak update blog..

Perasaan time ni..x sempat berdebar2 sebab dok bz dgn preparations..lots of things to do..and nasib baik guna planner dalam hp..rasa tersusun sikit..

Minggu2 terpenat dalam hidup saya..untuk melangkah ke alam baru..

Hopefully semuanya smooth..semoga Allah memberkati..aminn..

Friday, May 17, 2013

..another 7 days..

Rupa saya yang macam tak siap..counting days..last day in the office..actually hari ni half day..nak balik dah ni..last Friday dengan status 'Cik'..insyaAllah..mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar..




Monday, May 13, 2013

Friday, April 19, 2013

..another 35 days..

Another 35 days..and..erk..camne eh..tak tau la rasa camne..

Ada debar ke..hmm..



Persediaan boleh kata 80% la..

Nanti kene pecuttt..

Berat badan..so bad......meningkat..tapi tadi makcik cleaner cakap kurus..erk..biar betul...siap tanya lagi..makan apa jadi kurus..apakah jadi pada matanya?

Try nak diet..saya dah mula tak makan malam dan sangat jarang sentuh nasik..tapi makan aiskrim..haha..nape aiskrim ada dalam fridge..seharusnya la saya makan..

Senamrobik dah tak pegi..adalah sangat malas..

Mood sekarang tak stable..period tak datang..lewat dah 12 hari..mesti sebab stress..stress sebab apa ye..balik rumah asyik tdo je..

Keje..banyak tak beres..adehhh..what happen to me????

Bilik saya...adalah semak...sesemak kepala saya..sama la kat opis and kat rumah..

Rasa macam nak lari dok sorang²..jauh dari semua orang..erk..nak pegi mana ye..

Ni ke perasaan nak kahwin..erk..

Yang saya tahu sekarang ni..$$$ mengalir deras..huhu...

Apa lagi ye..hmm..kompang dipalu..pengantin baru..duduk bersanding..tersipu malu..haha...

Ni bukan cincin saya..cincin saya lagi cantik..hehe..perasan..

..ephyra: 8 hari..


After 8 days consuming Ephyra..erk..ada beza ke dari entry yang ni..

Wednesday, April 17, 2013

..ephyra: 6 hari..

After 6 days..excited pulak..haha..perasan bibir lebih merah..ke perasan sorang²..x pakai lipstick..


Tuesday, April 16, 2013

..ephyra: 5 hari..

Saya try consume kolagen Ephyra..after 5 days..erk..ada beza ke..x sure..meh tgk..

Tak pakai spec..pelik lak rasa

With spec..the real me..:)
Actually ingat nak kurangkan hitam bawah mata..berkesan ke..erk..takpe..nanti kita tgk after 15 days lak..


Friday, April 12, 2013

..i gain weight..

Yessss..another 42 days to go and i gain weight..heavier than ever..waaa!!!!! What to do...

I dont think Atkins diet is an option..sebab..kene salu kuar skrg ni..susah nk ikut diet tu..low calories diet maybe kot..tapi masalahnya kt umah..mak masak sedap2..ni la time nk mkn mak masak..lepas ni..pandai2 la awak hidup..

Takut baju pengantin ketat..aduhhhh..

Helppp...

 

Friday, April 5, 2013

Tuesday, April 2, 2013

..sophie paris promotion..


Sophie Paris dah ada katalog baru. Saya pun dah create page kat Facebook. Sekarang tengah buat offer 5% off for every purchase. Feel free to like https://www.facebook.com/sophieparisazura. Macam-macam ada dalam page tu.

Anyway, beg hijau kat atas ni cantik sangat. Ada sesape nak order ke? After discount tinggal RM166.25 je. Material dia tahan. Beg  dan barang lain boleh tengok kat https://www.facebook.com/sophieparisazura. 

Kalau interested, boleh email kat ryne78@yahoo.com or sms/whatsapp 013-5211078.

Monday, March 18, 2013

..shine your way..

I really really love this song..specially dedicated to my dearest Mr Z..another 2 months to go dear..shine your way..



Just before the dawn,
When the light’s still gone,
Shine, shine your way,
And you may not know, where to go,
Shine, shine your way

Open road but it’s still dark,
Build a fire from a spark,
And shine, shine your way,
Feed the feeling in your heart,
Don’t conceal it then you’ll start,
To find, find your way

No one can stop, what has begun,
You must believe when I say

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
Shine your way

There’s an open sky,
And a reason why,
You shine, shine your way,
There’s so much to learn,
And now it’s your turn,
To shine, shine your way

There’s a feeling deep inside,
You can let it be your guide,
To find, find your way,
And there’s no time for us to waste,
Got to take a leap of faith,
And fly, fly away

Don’t have to walk,
Now you can run,
Nothing can get in your way

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
Shine your way

Morning is breaking,
Darkness is fading,
We found a way to the light,
It’s such a beautiful sight

Any time, anywhere,
Turn around and I’ll be there,
To shine, shine your way

Like a star burning bright,
Lighting up the darkest night,
I’ll shine, shine your way

"Now I can see,
You are the one,
Sent here to show me the way

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
We’re on our way,
Shine, shine, shine,
That’s what we say,
Shine, shine, shine,
Shine your way"

There’s a reason why
You shine, shine your way

All of our tears will dry faster in the sun
Shine your way

Friday, February 15, 2013

..sophie paris..

Lama ye tak berblog..huhu..dan semakin gumuks..haishhh..

Size doesn't matter huh..

Hari ni tak nak cite pasal diet n what not..tapi nak cite pasal Sophie Paris.

Ada yang pernah dengar tak..produk handbag from France..called Sophie Paris.

Dah lama tingin nak jual handbag tapi tak tau nak amik dari mana. And I am so cerewet on quality and design of the handbag. Tapi bila dah quality sangat..harga lak mahal..huhu..

But now saya dah jumpa apa yang saya cari..Sophie Paris is the one. Quality and yet affordable. You can get a French design handbag below than RM100..wow!! Mana nak dapat kat tempat lain..tapi jangan la compare dengan Coach, Marc Jacobs, Micheal Korss, Prada, Gucci, LV..tu sume harga riban2..

Ni main puluhan2 n ratusan2 je..ratusan pn tak lebih RM300 pn..sangat2 la mampu milik..nak tukar handbag sebulan sekali pun boleh..hehe..

Saya dah jadi agen..hehe..so sesape yang nak beli boleh contact saya ye. Penghantaran akan dibuat dalam masa 7 hari.

Dah buat page kat fb, boleh pegi kat http://www.facebook.com/sophieparisazura. Kat sini boleh view link untuk latest catalogue. 
Fb ni tak complete lagi.

Ataupun boleh refer link ni, http://www.sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html, untuk view.


Kalau berminat, boleh contact me at 013-5211078 or email at ryne78@yahoo.com.






Monday, January 14, 2013

..entry happy..

Lalalala..

Selamat pagi Isnin nan nyaman..

Haha..happy nampak?

Kalau bukan kita yang happykan diri sendiri..sape lagi..

Happy..happy..macam ada lagu Amy Mastura tajuk Happy je rasanya..erk..ada ke..jap nak google..

Ada..haha..happy..happy..



Nape happy..hmm..berat turun sekilo..yesssss...yesss...diet low carbs but not that low..weekend kita makan semua bende..yummyyy...

Turun sekilo pun dah besar rahmat rasanya..berat tak abis² dok naik and stagnant je selama ini walaupun diet tak makan malam..rasanya sebab minum air manis kot..kalau boleh hari² nak minum teh ais..tu dah mai angin la tu..

Bila susah hati...makan..bila senang hati pun makan..dah tu..camne la nak kurus..

Lalala..happy..lalala..

Wednesday, January 9, 2013

..saya nak kurus..


Sekarang ni...baru masuk hari ketiga..saya sedang cuba untuk buat Atkins diet yang tak bape strict..saya cuba tak makan nasik, bihun dan seangkatan dengannya...kurangkan carbs..

Tak tau la kenapa saya tak boleh buat Atkins gila² macam dulu..huhu..sekarang berat pun dah naik balik..dulu kononnya semangat diet tapi..half way..huhu..

But I just read this article..15 Kepercayaan Karut (Mitos) Tentang Mengurangkan Berat Badan, Nutrion dan Permakanan..ada lak keburukan ketosis ni..hmm..

So now..what to do..eat moderately..jangan minum air manis dah..banyakkan air kosong.

Tapi tu la..semangat kene kuat..dah lama gak tak pegi senamrobik..huhu..malas betulla..padahal kat depan rumah je pun.

Tadi dengar slot Prof Muhaya kat ikim.fm..dia cakap lebih kurang camni la..dalam setiap perkara yang kita lakukan, perlu ada 3 elemen ni:

  • TUJUAN
  • KONSEP
  • FOKUS
OK..till then..nak solat jap..


Tuesday, January 8, 2013

..happy new year 2013..

Lalala....2013 is here already..

Today is the 8th day in 2013..

Me..hmm..having lots of conflicts in 2012..but hopefully 2013 will shine..

2013..maybe I will accomplish one of my last year vision..so many visions and yet not even one is been accomplished..so bad..huhu..bila nak berubah ni..

Azam tahun baru? Hmm..carry forward azam tahun lepas, boleh tak..huhu..

2013..here I come..with a good hope..plus doa..may Allah bless me always..

Dengan semangat baru..I know that I can do it!!

Happy New Year!!

Friday, January 4, 2013

..halaqah: mengurus ujian..

Tengah dengar Ustazah Nor Hafizah Musa (pensyarah UTM) dalam Halaqah dengan tajuk Mengurus Ujian.

Ada satu doa yang saya tertarik untuk amalkan..sebutan arabnya saya tak sure...tapi ini terjemahannya..

"Ya Allah! Perlihatkan kepadaku yang benar itu benar dan berilah aku kemampuan supaya aku dapat mengikutinya. Ya Allah! Tunjukkan kepadaku yang batil itu batil dan berilah kekuatan bagiku menjauhinya".

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 155-157, Allah berfirman,

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.”

Ketika melihat orang dilanda bencana..bacakan doa ini,

"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang".

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...