..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Wednesday, November 30, 2011

..daisy marc jacobs perfume..

I wanna let go this item as well. It's been sprayed less than 10 times.




Daisy Marc Jacobs EDT
50ml
Retail: RM192.00
Note: Too many perfume in my closet.
Sold
* Please add RM10 for postage

Interested? Please email me at ryne78@yahoo.com.

..clarks court shoes..

I wanna let go this item. It's been used only once or twice. Ada calar² sikit kat bahagian tumit.



Calar sikit

Calar sikit
Size: UK5.5 (MY 7.5) - fits A size
Colour: Brown
Heels: 3"
Retail: RM288.00
Note: I really love it but my foot is B size
Sold
* Please add RM10 for postage

Interested? Please email me at ryne78@yahoo.com.

Friday, November 11, 2011

..mischievous kiss..


At last..abis jugak tgk cite Mischievous Kiss lakonan Kim Hyun Joong dan Jung So Min. Hmm..what to say...memang best...rasanya dah addicted to Korean drama la. Actually memang dah suka sangat kat Kim Hyun Joong.

Kesah ni tentang seorang budak yang biasa² je, Oh Ha Ni (Jung So Min) yang memendam perasaan selama 4 tahun kat Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong) seorang budak yang genius. Dia dah luah hati thru surat masa kat high school tapi ditolak mentah² oleh Baek Seung Jo. Biasa la budak terror and budget handsome (tapi mmg handsome pun) mana la nak dekat budak yang biasa² je lepas tu result dia lak salu corot. Nak jadi cite rumah Oh Hani Ni runtuh sebab gempa bumi dan kawan ayah dia yang kebetulan adalah ayah Seung Jo ajak tinggal serumah sementara. Mak Seung Jo lak suka kat Oh Ha Ni sebab dia takde anak perempuan. Oh Ha Ni pulak happy sangat sebab dapat dok serumah dengan Seung Jo. Macam² la terjadi between both of them. Seung Jo asyik ignore dia n kutuk dia je. Oh Ha Ni pun bape kali give up tak nak suka dah kat Seung Jo tapi tak boleh jugak. Yang bestnye..at last Seung Jo suka gak kat Oh Ha Ni walaupun dia tak bape nak tunjuk. Dia suka tapi tak faham dengan perasaan sendiri. Lambat sikit nak sedar. Bukan lambat sikit tapi lambat banyak. Dia suka dengan perangai clumsy Oh Ha Ni yang cute. I love this story so much, especially bila tgk muka Kim Hyun Joong. watak heroin biasa² je.

Hmm..lepas ni cite Korea mana lak nak tengok eh. Tapi cite ni memang sweet dan buat saya tersenyum sorang² bila tingat part² yang cute.

Wednesday, November 9, 2011

..ada untukmu..

Tetiba kan..terdengar lagu ni kat era pagi tadi. Isk..tersentuh nadi dan jiwa dengar lagu ni..romantik semacam. Sedap gak suara Nubhan ni. So hari ni asyik dok ulang dengar lagu syahdu ni..



Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

..wordless wednesday: muka xde mood..

Tuesday, November 8, 2011

..sejalur cahaya..

Hari ini..saya berharap..akan ditunjukkan jalan. Saya dah rasa lost. Lost in somewhere. Stuck maybe. Sesuatu yang ditunggu tak nampak bayang pun lagi. Sesungguhnya saya menjadi rindu. Rindu akan sebuah harapan..sebuah kehadiran yang menjadi semangat. Saya dah rasa hampir kalah walaupun pada dasarnya nampak masih lagi bertahan. Tapi apa yang saya boleh buat. Mungkin saya tak bersungguh² memohon dan hanya mengharapkan keajaiban terjadi. Salah saya. Tapi memang benar saya sangat mengharap walaupun saya dapat rasakan susahnya menemui apa yang saya inginkan. Saya masih lagi dalam kegelapan. Namun harapnya janganlah kegelapan ini berterusan tanpa pengakhiran. Saya perlu keluar dari ruang yang gelap ini tapi saya belum menemui jalannya. Sudah terlalu lama rasanya berdiam dalam ruang tanpa cahaya. Masihkah ada peluang untuk saya temui sejalur cahaya itu?

..salam aidiladha 1432H..

Salam Aidiladha. Saya biasa² je. Juadah pagi raya pun macam pagi Aidilfitri. Takde pakai baju raya pun even ada sebab glamer sangat. Tak pegi solat sunat raya sebab saya 'off'. Cuma saya dan mak ada buat korban di Kemboja thru http://www.ezqurban.org/. Mudah dan senang. Lagi pun kesian pada rakyat di Kemboja yang tak cukup makan. Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan especially daging korban.

Dari kiri: Saya, Azri, Aizat, Izyani
Dari kiri (duduk): Bapak dan mak
Gambar di atas adalah keluarga bahagia saya. Cukup 6 orang tapi ni masa Aidilfitri hari tu, bukan Aidiladha. baru nak upload..hehe. Raya kali ni, kami 5 orang je. Adik bongsu, Azri ada kat UK. Dia balik setahun sekali je masa hari raya dan kebetulan memang waktu cuti panjang dia. Kami adik beradik muka tak bape nak sama ..;)

Kami 6 orang je..takde bertambah menantu ke cucu ke..takde. Intact 6 orang lagi. Bila la nak dapat tambahan ye dan harapannya sayalah orang pertama yang bertanggungjawab dalam urusan 'pertambahan' tu.

Masa raya haji ni jugak ada orang tempah my choc chip cookies. Alhamdulillah..rezeki. Agak² boleh diperkembangkan tak bisnes kecil-kecilan saya ni eh. Minat jugak..hehe.

My choc chip cookies..

Saya jual RM20 je utk 50 pieces. Ada orang kata rasa choc chip saya macam Famos Amos. Orang kata, bukan saya ye. Betul la kot..hehe. Masuk bakul angkat sendiri ni. Tapi saya memang sukala makan cookies buatan saya ni. Ntah..crunchy semacam...sedappp..:)

Thursday, November 3, 2011

..novel M.A.I.D..


Hari ni nak cite tentang novel yang saya baca, tajuk M.A.I.D.  Saya telah terbeli novel ni, a day after my birthday. Harga RM26.00. Mahal jugak bagi saya yang jarang beli novel. Salu pinjam kat library je. Camne saya boleh terjebak beli novel ni...hmm..at first terjumpa website ni... http://www.penulisan2u.my. Ada berjenis² novel dan cerpen dalam tu..saya agak puluhan tapi maybe ratusan. Pilih je nak baca yang mana. Dalam banyak² tajuk..tersuka lak tajuk M.A.I.D. Saya pun start la baca..baca dan baca sampai episod ke 21.

Dia tulis situ, suh beli novel tu untuk baca ending..ceh..ceh..dan ceh. Memula rasa tak bape penting sangat nak tau ending..tapi keinginan membuak². Sebab? Cite tu besttttt..best la sangat. So dah terpegi kedai buku dan terbeli buku tu dan terbaca sampai habis within one week. Tebal jugak..tapi saya baca dari tengah je sebab memang dah tau dah perjalanan cerita.

Banyak sangat mukadimah..meh saya cite sikit apa yang best sangat novel ni. Cite pasal serang budak nama Noorul. Dia kehilangan keje so nak cari keje baru untuk bantu mak di kampung. Dia keje kat Penang, kampung kat Sg Petani je. Tetiba terjumpa keje sebagai maid dengan gaji RM1000. Banyak gak untuk post maid. Rupa²nya dia jadi maid harian pada seorang lelaki muda yang kaya, Harris. Dia tak payah jumpa lelaki tu sebab waktu keje dari pukul 8pg-6ptg time Harris pegi keje. Masalahnya Noorul tak pandai masak langsung so macam mana la dia nak masak untuk Harris. Hmm..memang lawak. Dalam diam² dia jatuh chenta pada lelaki tu walaupun lelaki tu sangatla cerewet sampai dia panggil Mr F, F for Fussy. So semakin lama dia semakin sayang and on the same time geram dengan perangai Mr F. Memang best la bila baca insiden² yang terjadi between both of them. Sweet. What's next? Hmm..takkan nak cite kan..bacala novel tu kat http://www.penulisan2u.my or belila novel tu. Bagi saya memang best la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...