..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Friday, August 19, 2011

..baru abis satu..

Saya baru siap satu keje. Hmm..ada keje lain lagi tapi..haishhh..amik nafas dulu..

Layan fb jap tadi. Isk..ramai kawan2 saya yang dah berjaya in career, life..huhu..terdetik gak dalam hati perasaan jeles. Tapi cepat2 beristighfar..semua ketentuan Tuhan. Tuhan Maha Adil dan setiap sesuatu yang dijadikan ada hikmah di sebaliknya. Kita manusia perlu sentiasa berserah pada-Nya.

Hari ni masuk hari ke-6 saya tak posa..haha..insyaallah, esok dah boleh posa balik. Jom kita rebut malam2 terakhir Ramadhan. Dan saya kene siapkan tempahan kuih raya. Adeh..nak dekat 2000 pieces. Sempat ke ni. Malam ni lepas terawih..production jalannnn. No more malas2.

Saya nak share satu resepi simple yang saya jumpa kat youtube. Actually saya ada terbaca kat blog budu masin ni camne nak buat korean egg roll. Saya pun cari la kat youtube..


Dan pada satu petang yang hening..saya pun cuba try test tengok...dan hasilnya...taraaaaa!!!



Senget benget..hehe..tapi ok la..first try..jadi gak bentuk love. So boleh jadi part of menu bukak posa..ratah telur dgn sos. Boleh jadi menu diet Atkins saya nanti..yummy!!!

Cite lain? Hmm..baju raya semua dah siap diamik dari tailor. Dah siap basuh pun. Ingat next week masa antar tempahan biskut raya kat customer, boleh la nak gi shopping blouse ke..apa ke..bukan apa, banyak baju lama saiz besar2..haha..perasan kurus la sangat.

Ok, tu je cite hari ni.

Friday, August 12, 2011

..penilaian..

Hmm..dush!! Saya memang banyak keje dan tanggungjawab. Tadi ada penilaian pertengahan tahun bersama boss besar dan boss kecik saya. Apa yang saya sedar selama ini telah di'highlight' oleh derang. Hmm..bagusss. Saya lagi bersemangat actually. Saya boleh buat. Bagus untuk mendengar pandangan dan teguran. Terima kasih banyak2 boss sekelian. Very much appreciated.

3 perkara yang disentuh:

  • Time management
  • Staff readiness
  • Task delegation

Memang saya sibuk dan banyak keje. Tapi bila perasaan xde mood yang kerapkali datang dan bilik yang berselerak, fokus selalu hilang. Lepas tu saya sibuk, berkursus la, bersukan la..I admit that that I was out of tune a bit. So, perkara yang kene buat dulu, meh nak list out:

1. Kemas bilik.
2. Backup data dalam pc sebab pc saya kene virus.
3. Tukar ke pc baru.
4. Rangka jadual perjumpaan bersama staf.
5. Kaji work progress sorang2 including myself.
6. Come out dengan graf pencapaian.
7. Cadangkan tugas yang mahu digugurkan.
8. Push work in progress.
9. Present pada boss.

Masa diambil: 30 hari (tolak hari cuti, cuti raya dan weekend)

Semoga saya berjaya. Saya baru terdengar kat radio IKIM FM,

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat berkat untuk memulakan sesuatu".

Yeah, saya nak amik semangat ni..:)

Tuesday, August 9, 2011

..yang ditunggu dah tiba..

Rekod la hari ni, 3 kali update blog. Nampak sangat 'banyakkkk' keje. Bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn................hari ni keje slow skit sebab bibir tersangat² kering even minum air berliter² semalam dan hari² sebelumnya. Lepas berbuka semalam pun kering. Then macam bengkak. Nak kata tak cukup air, macam really impossible la sebab saya minum air berliter². Maybe sebab panas dan dok dalam aircond je.

Tapi apa kaitan bibir kering dengan buat keje slow? Erk..ntah.

Yang ditunggu telah tiba? Hehe..jeng jeng jeng..
















































My new edition of Marc Jacobs dah sampai. Excitednya. Excited gila. Dah lama saya mengidam, dari tahun lepas. Nak tukar jam baru. Dan saya ni cerewet la sangat dalam memilih jam. The parcel just arrived tak sampai sejam tadi dan saya terus pergi kedai jam untuk potong bracelet dia bagi pendek sikit. Almaklum, badan saya beso tapi tangannye kecik. Kalau badan naik, tangan maintain je kurus..;) Syukur dengan anugerah Allah..

Normally kalau saya dapat barang baru yang agak mahal, akan terjadi something pada barang tu. Takut ah. Dalam keadaan berjaga² ni. Antara kes yang pernah terjadi:

Jam baru dapat hadiah masuk contest: Scratch sikit langgar dinding kot. Lepas tu tak langgar apa dah.


My first car: Bumper langgar tiang garaj lepas umurnya baru 2 hari.


My first baju sutera beli dengan duit sendiri: Langgar paku kat meja masa first time pakai gi opis.


Kasut kulit baru beli masa masuk keje USM kaler cream: Terseret jalan tar menyebabkan stain yang tak hilang.


Yang herannya lepas insiden pertama tu, barang tu elok je..takde apa² insiden dah. Betapa clumsynya saya. My new Marc Jacobs ni yang bakal memasuki usia sejam dalam masa 5 minit lagi akan cuba saya jaga dengan sebaiknya. Sayang oo. Tapi saya tetap risau. Huhu..

..bonus raya 1/2 bulan gaji..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi. PM baru umum semalam kakitangan kerajaaan dapat bonus 1/2 bulan gaji dan minimum RM500. Pesara kerajaan pun dapat RM500. Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan ni..bape hari je lagi. Ada kawan cakap on 15 Aug. Penatla staf Jbtn Bendahari ye, kalut² buat akaun.

Actually budget saya dah lari ni, so kehadiran bonus ni membawa rahmat yang tak terhingga rasanya. Memang budget saya lari. Lari la sesangat. Sebabnya, saya tak menyimpan banyak..huhu..khas untuk persediaan masuk rumah baru. Erk..rumah saya dah siap, dah boleh amik kunci. Lalalala. Sepatutnya best la kan. Tapi..isk..nak masuk air n elektrik, pasang grill..perlukan ongkos..waaa!!

By this October..maka akan berkuranglah gaji saya kerana dipotong dengan agak banyaknya selama...hmm..30 tahun..erk..lama gila.

Eh..tajuk pasal bonus, nape cite pasal rumah..erk..excited la jugak seskit sebab rumah dah siap. Tapi saya tak duduk la. Sewakan kot, maybe. Belum ada plan. Nape tak duduk? Takkan nak dok sorang²? Takuttttt!!!!! Hai..sapela soulmate yang nak teman saya nanti...*wink*.

Bonus yang dapat ni memang khas utk topup as saving yg tak seberapa khas utk rumah. Saya takde la nak shopping raya sakan. Sebab saya dah shopping earlier..haha. Cuma tadi terbeli perfume Lancome Hypnose kat http://thebeautyholics.blogspot.com. Actually dah lama abis tapi tak beli² lagi..asyik pujuk diri cakap tak perlu, tapi tadi..dah selamat transfer duit..:)

Gambar rumah saya..
Memang ada amik pic actual tapi malas nak cari ada kat mana.

..kuih cara oh kuih cara..

Sape tau kuih cara tu camne? Dalam family saya kuih cara lebih dikenali sebagai kuih penyu sebab bentuk macam penyu. Tapi istilah kuih penyu tu hanya berkisar dalam family saya yang 6 orang tu je. Bahasa masa kecik² terbawak² zaman dah besar panjang ni.

Apa yang nak saya kongsi kat sini adalah tentang kesah yang tak ingin kita dengar di bulan puasa yang berkat ini.

Saya: Eh, ada kuih 4 RM 1 la. Kat penang pun ada harga camni. Murahnya.
*cakap dalam hati bila tengok ada label harga pada tray kuih cara kat satu gerai ni.*

Saya: Pakcik, boleh bagi kuih ni 2?

Pakcik tu pun bungkus la 2 set kuih cara tu. Nape saya cakap set? Sebab kuih cara selalunya ditangkup dua.  Lain la kalau cara berlauk. So harga supposenya 50 sen la kan sebab dia tulis situ 4 - RM1, so 2 - 50sen la.

Pakcik: RM1. *Sambil menghulurkan plastik kuih cara tu kat saya.*

Saya: Eh, bukan 50 sen ke..kan 4 - RM1.

Pakcik tu menggeleng kepala sambil menunjukkan 4 ketul  - RM1, bukan 4 tangkup RM1.

Saya: What? *dalam hati je la*.

Dan saya terus bayar dan bergegas pegi. Tak hingin dah jalan tempat lain. Memang hidup² kene tipu. Kalau dia ikhlas, bila saya mintak 2, nape pack 2 tangkup? Bagi je la 2 ketul.

Rasa kuih cara tu..hmm...gula hanya setitik kat tengah kuih tu. Tawar. Saiz lak..hmmm..macam gambar kat bawah:



RM1 kuih besar tu..isk..kalau sedap takpe la jugak. Memang betul² amik kesempatan. Padahal kat tempat saya di Kulim, still boleh dapat kuih seposen lagi even saiz kecik. Still derang boleh untung. Rasa pun not bad.

Monday, August 8, 2011

..salam ramadhan..

Hari ni dah 8 Ramadhan..baru nak update blog..baru nk wish Salam Ramadhan. Sebab apa eh..

Takde lain..melainkan malas nak update blog..huhu..alasan yang sangatla tak best..tak bernas..tak bijak..tak...bla bla bla..

Apa ada pada hari ke-8 Ramadhan?  Hmm..diet Atkins saya? Erk..tak boleh la..hancusss. Mak masak macam²..mana boleh ngelak. Tapi saya banyakkan air..seboleh mungkin 2-3 liter masa berbuka dan sahur. Naik senak perut..haha..tapi air perlu kan..dahla musim panas ni. Air manis saya minum 2-3 teguk je. Sekadar nak merasa. Yang tu saya boleh tahan.


Tradisi rumah kami, mesti ada teh tarik bila berbuka. Saya yang buat..lepas seminggu puasa..semalam baru la teh tarik saya rasa sedap tanpa perlu di'repair' oleh mak saya lepas berbuka..huhu..kalau tidak..sama ada pahit, manis sangat or tawar. Practice makes perfect, ye tak..hehe..


Then saya makan buah..sangat banyak. Especially rambutan yang dipetik di rumah jiran saya. Dia bagi kebenaran untuk amik bila² masa je sebab dia tak dok situ. Rambutan dia sangat marvellous!! Rapuh, manis dan bijik kecik. Bulu dia pendek2. Isk..petang2 cite pasal rambutan..meleleh air liur je.


Kuih? Saya makan gitu² je..tak beria. Boleh tahan nafsu lagi la takat ni. Kalau gi beli kuih tu, main amik sikit2 kuih je. Kalau adik balik je beli murtabak. Alhamdulillah. Cite pasal kuih..saya ada cite yang agak tak menarik kat bazaar Ramadhan. Bila ye nak cite. Gambar evidence dah amik. Malas lak nk transfer ke pc..adeh. Tengok tu..malas lagi. Letak gambar google je la dulu.


Sepanjang puasa ni, syukur kepada Tuhan kerana saya boleh berterawih selama 8 hari dah..even buat 8 rakaat je n sambung witir kat rumah.


Saya juga berazam nak baca Quran minimum 2 page sehari walau sesibuk mana sekalipun beserta maknanya sekali. Semoga Tuhan memberkati, Aminnn.


Order kuih raya saya..alhamdulillah..choc chip cookies dah mencecah 1000 pieces. Naik seram bulu roma saya. First time dapat order sebanyak ni. Pape hal, saya dah ambik cuti seawal 24 Ogos khas untuk siapkan tempahan cookies. Tapi seboleh mungkin, saya nak buat sikit2 la. Tapi tempahan masih dibuka. Sesapa nak order..sila klik gambar kat bawah ni ye untuk maklumat lanjut.


Memang sedap..saya yang tukang buat ni pun belum rasa bosan lagi ngunyah.. Ada je stok kat rumah..:) Puji cookies sendiri..hihi.

Another biskut pun saya belum upload lagi. Tengok..kemalasan tahap maksimum. Haiyooo!!

Actually nak update..berat saya naik 1-2kg lepas tak ber'Atkins' lama..tapi hari ni, dah back to berat asal masa Atkins. Horrayy!! Sebab salunya masa posa, berat saya naik, bukan turun. Hmm..saya tak nak seksa diri. Saya nak enjoy all the food tapi sebelum pape, saya minum air dulu dengan banyaknye. Perut penuh jadi takleh sumbat banyak.

Nanti rajin, saya update lagi. Huhu..bila la nak rajin tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...