..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Thursday, December 23, 2010

..saya terima awak..

Yehaa!!  Betulll..saya dah terima awak.  Siapa awak? Erk..  Tak kesah la sape awak tu..yang penting saya dah terima.  Betul ke ni..waduh2..lepas ni ada apa lak..well..saya tak pun tak sure lagi...tungguuuuuuu!!!

Best lak feeling sekarang2 ni..hehe..alhamdulillah..bersyukur kepada Tuhan di atas anugerah ini.  Anugerah yang saya tunggu sekian lama..matahari yang hilang telah digantikan dengan pelangi yang indah..  Benarkah ini pelangi yang saya cari?  Harapnye betul lah..semoga Tuhan merestui perjalanan hidup saya..Aminnn.

Monday, December 20, 2010

..i think i'm in dot dot dot..

Thank God..this CNY nothing going to happen..lega..lega...kalau tak..kalutttt..mintak postpone skit..amik masa skit..kalau tak, rasa nak luruh jantung..nasib baik ada yang memahami..bersedia menerima dan menunggu..

Masa? Hmm..saya yang akan tentukan bila dah sedia..tapi pk2...mcm best lak kan kalau jadi on CNY ni..hehe..tapi tertakluk kepada keadaan dan ketentuan..

Saat ini, waktu ini..I think I'm in ...................................

Cepat sangat rasa gelombang tu datang...gejolak di jiwa..berdebar2..tertunggu2..tersenyum sorang2 macam orang tak betul..waduhh..apa ini..apakah ini cobaan atau kenyataan...cobaannnnn...hai mambang tanah, mambang api..mambang dot dot dot..

Adakah ini satu anugerah??

Mission skrg..kurusssssssss..kemas rumah...dan gali ilmu untuk melengkapkan diri menjadi seorang..............erk..seorang apa ye..haha..

Thursday, December 16, 2010

..biar betullll..

Raya Cina..ni what????? Raya Cina..hilang akal ke apa..hmm..x sampai 2 bulan je lagi..x sempat kurus pn..waaa!!!  Rumah lum abis kemas...waaa!!  Macam2 kene buat.. waaaa!!!  Erk...biar betulllll...

Betul ke jadi ni..first time ni..x penah lagi jadi camni..isk²..x kan nak halang..hati ni suka ke idak?  Suka la skit² kan..erk..erk...nak buat apa ni..seram sejuk satu badan..asyik nak gi toilet je..Kecut perut jugakk..  Awak tu dah bersedia ke..erk..

Macam mana nk jadi normal balik ni..jantung dub dub..helppppp!!!!

Tuesday, December 14, 2010

..kata fahrin ahmad untuk hari ini..

Got from Fahrin's fb..

"Menyedihkan bila kita rasakan hidup kita statik.. Dah mencuba, berusaha tetapi keadaan tetap dlm kitaran yang sama.. Apa yang kita buat seolah tiada yang betul.. Kita mengikut rentak, rentak terus berubah.. Kita dah mencuba yang terbaik, tetapi tidak pernah mencukupi.. Sesungguhnya, makna dan erti hidup adalah infiniti tiada penghujungnya. Dan selagi nyawa dikandung badan, putus asa bukanlah pilihan."

Nice words..applies to me as well..  

..my new spec..


I just purchased a new spec..saje abiskan duit..huhu..asalnya mak yg buat spec..masa tu dh berkenan Levis ni..nampak klasik n retro..  Tapi masa tu pk²..cam takde keperluan lagi..check power pun x naik sgt..cuma silau mata kiri naik 25%..so tak la kritikal mana pun.

Lepas dah amik spec mak, g balik kedai tu sebab ada problem skit dgn spec mak..tetiba perasaan untuk memiliki Levis ini semakin membuak²..pastu dapat lak kupon dalam RM44 utk diskaun..maka dengan ini..saya telah merembatnya..

Ada beza ke eh antara.....................

*spec lama*
 *spec baru*

Monday, December 13, 2010

..bad day..

Today is a bad day.  Actually dah tau pun sebab apa.  Sebab saya la jugak.  Salah sendiri so dapat la punishment kan.  Tapi tak serik² pun..dok buat jugak.  Ni pasal keje la..pasal cite opis.  Suka sangat buat keje last minute.  Sebab apa buat last minute..sebab saya memang tak suka buat mende tu...tak sukaaaaaaaaaaaa sangat. But rules is always RULES.  Kalau ingkar, terima la balasannya kan.  Arghhh!!!  Nak ngadu kat sape ni..waduh²..

Selain tu, banyak mende lain yang saya tak siapkan lagi..pun pasal kje gak..grrr...saya memang malas sangat..ujung thn mcm² kene settlekan..prepare report la apa la..grrrr..tension ah..

Dan saat ini saya masih bersukaria tulih blog ni..haha..boleh ke camtu..boleh la kot..arghhhhh!!!!!!!!!!!! What a bad day..sume nak urgent...grrrrr!!

Saturday, December 4, 2010

..2nd meeting with that someone..

Semalam, I met him for the 2nd time..kali ni dia dtg dengan casual wear..sbb dia cuti kawin...erk..bukannn...adik dia yg kawin...dia mcm org kuat la kot.  First jmpa dia pakai bj keje.  Hmm..not bad..I like his style.  Dia beria nak jmpa sebelum saya gi Singapore ptg ni.  Actually ada opis trip g Singapore, nk brtolak ptg ni..esok nk jenjln g Sentosa Island..nk g Universal Studio..dh purchase tiket online pn..yeahhh!!  Monday baru bebetul opis trip..melawat National University of Singapore.

Sambung cite pasal tajuk entry balik..hmm..nak cite apa ye.  He's good, nampak brtanggungjwb n bla2.  Baru masuk 2 minggu we all kenal..jmpa baru seminggu..nampak ke arah +ve la kot.  Saya tak berani nak cakap pape sebab masih terlalu baru..bende2 cenggini takes time gak..kdg ok..kdg tak ok.

Semalam jmpa dia kt Mcd, nape la saya malu2 nk makan fries tuu..sejak bila ntah saya malu dgn food..huhu.  Tapi saya buat biasa2 je..cover2..kalau gelabah saya akan banyak cakap.  Saya perlukan teman bual actually..dah jmpa ni syok la pulak..tapi takat tu je..utk level lain..belum lagi kot..

Mohon yang terbaik untuk semua..aminnn.

* Nak pack brg gi holiday..Singapore..here i come!!!!  Singapura waktu malammmm..lampu neon indah berkilauan...

Sunday, November 28, 2010

..i met someone..

Hari ni..i met 'someone'.  Untuk kesekian kalinya, pintu hati saya bagai diketuk kembali.  Tak tau la apa maknanya ketukan itu.  Ketukan nak masuk pintu ke atau ketukan saja2.  Hati ini lak rasa macam welcome je suh masuk...haha..biar betulllll.....

Rasa seronok pulak berbual..ye la..saya dah lama x berbual dengan seorang kawan..tambah2 lak orang baru kenal..rasa teruja sebab banyak nak tau n banyak nak diceritakan.  Even rasa macam bosan untuk start all over it again tapi kali ni rasa macam best je.  Hish..slow and steady..cool....jangan tergesa2..

Risau jugak kalau pertemuan kali pertama ini diakhiri dengan penyudah yang negatif sama ada di pihak dia atau saya.  Alhamdulillah, menurut katanya, akan ada perjumpaan yang seterusnya dan saya menerima dengan senang hati.  Adakah...?

Hanya masa dan takdir yang menentukannya, yang penting hati ini bagai dicuri..kuch kuch hota hai?  Aiseh..hindustan la pulak..layan je la....

Tum paasse aye
Yun Muskurayee
Tum nena jane kya
Sapne de khaye
Aabto mera dil
Jaane ka sota hai
Kya karoon ha ye
Kuch kuch hota hai

Wednesday, November 3, 2010

..perkahwinan..

Rajin lak post entry..baru terbaca artikel yang agak best tentang 'perkahwinan' dari blog http://faridah-gotnotime.blogspot.com.  And I would like to share with all of you here...

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa? 

Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin. 

Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya. 

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah. 

Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama. 

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar. 

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” 

Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu? 

Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah. 

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah. 

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan. 

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik. 

Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya. 

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya. 

Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman. 

Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik? 

Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas. 

Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya? 

Konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat. 

Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa. 

Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup? 

Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya. 

Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan. 

Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin? 

Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

Tuesday, November 2, 2010

..so sweet aa this girl..

Lisa Surihani..best actress FFM23..sweet aa dia dlm clip ni..kurus je..nmpk decent je..


..taken from http://www.rotikaya.com.

..ragam manusia..

Macam nampak sawang je kat blog ni..kesan lama tak update..kemalasan melanda saya.  Blogwalking suka, blogupdating malas..haishhhh...

Saya tak sangka bilangan follower bertambah jadi 13..haha..ye la dulu ada 2 orang je..blog lain beribu2 follower tak heran pun kan..haha..anyway terima kasih la pada mereka yang jadi follower blog saya yang ntah pape ni..

Apa nak merepek ye hari ni..hmm..kalau cite pasal keje bosan lak..

Cite pasal ragam manusia pun best gak ye..hehe..

Macam2 ragam manusia hari ni, x kesah la kat tempat keje ke..kat shopping complex ke..kat kenduri ke..mana2 la..

Tapi ragam manusia2 yang yang dianggap sebagai matang pun adakalanya melucukan jugak.  Saya paling pantang kalau masalah rumahtangga dibawa ke opis..sungguh tidak professional gitu..ntah la..rumah dan tangga saya belum ada lagi..taktau la camne citenye ye.

Memang la ada kes yang saya tengok sendiri..hal rumahtangga dibawa ke opis dan akhirnya menyusahkan rakan2 seopis yang lain.  Time meeting setuju manjang..lepas tu ada cakap belakang..tu yang malas tu..boleh lak majuk x nak join aktiviti or program..isk..dari satu segi memang menyusahkan..tapi dari segi lain.........lawak....haha..

Usia dah matang tapi suka majuk..agaknya bila dah makin berusia..makin banyak masalah..jadi emosi mengalahkan kewarasan.

Tapi kita tak tau masalah orang lain..tahap mana masalah yang dihadapi, so saya tak boleh cakap lebih2.  Cuma harapan saya...be professional!

Kadang2 bila berkaitan ketidakpuasan hati pada seseorang individu juga menyebabkan kita tidak rasional di atas tindakan atau keputusan yang diambil.  Di sini kematangan dan pengalaman seseorang diperlukan untuk mengawal diri dari melakukan sesuatu yang bias.  Perlu diingatkan, kita harus membenci sikap dan perlakuan individu, bukan diri individu itu sendiri kerana seseorang itu dijadikan Tuhan ada kelebihan dan kelemahan.

Kelemahan itu pula boleh ditegur dengan cara yang paling halus agar tidak mengecilkan hatinya, bukan dengan tindakan cakap belakang & kutuk sana sini tapi hasilnya..dosa mengumpat ajela.  Masalah masih tidak dapat diatasi.

Masalah komunikasi berkesan juga merupakan salah satu faktor.  Kadang2 apa yang difahami lain, yang disampaikan lain.  Manusia sering melakukan kesilapan.  Wajib ada sikap memaafkan dan sedia menerima teguran di atas kesalahan yang dibuat dalam sesuatu komuniti.  Jangan sesekali mengungkit kisah2 lama kerana what past is past.  Yang penting macam mana nak hadapi masa hadapan.

Banyak la membebel..haha..macam mak nenek bagi nasihat lak..tapi nasihat ni apply kat diri saya jugak untuk improve diri sendiri.. :)


Nak share something yang saya dapat dari blog http://redmummy.com.

Thursday, October 21, 2010

..21102010..


Hari ni..sambut besday lagi..yang ke..hmm..watpe nak rahsia² kan..yang ke-23 32..

Rasa macam baru je sambut besday last year..ni sampai besday lagi..kejap je masa berlalu..dapat banyak besday wish dari kawan² thru sms, facebook, ym, blog ni n face to face..tima kasih banyak² ye sebab ingat besday saya..

Baru baca dalam majalah Solusi..salunya masa besday, orang wish panjang umur..mungkin boleh ditambah sikit lagi..dipanjangkan umur untuk melakukan amal dan kebaikan..normally bila bertambah umur..maksudnya makin pendeklah umur kita di dunia ini.

Apa apa pun..tak nak excited sangat..biasa² je..tapi hari ni pakai baju baru..hehe..sebab salu besday mesti saya pakai baju baru..

Wednesday, October 20, 2010

..20102010..

Saya diserang selsema dan hidung tersumbat..sungguh tak selesa..nak buat keje pn mcm terbantut..waduh..how i wish hidung ni letak kat mana² kejap..bila selsema dah baik, baru letak balik kt muka ni..boleh ke eh..

Hari ni 20102010..cantik la tarikh hari ni..dulu ada la berangan nak kawin tarikh ni..haha..berangan je la..calonnya enggak ada..tapi setiap kejayaan tu hasil dari angan² kan..tapi bukan angan² mak jenin ye..

Actually hari ni best gak..kuar dari norma biasa..saya menerima sms n phone call dari kawan²..best gak la..at least berbunyi jugak la hp saya ni..n saya boleh berbual tentang hal² tidak berkaitan dengan kerja..tapi bukan bergayut time keje ye..

Terasa lama tak lepak dengan kawan²..gi shopping ke..makan² ke..tgk movie ke..sebab kawan² cenggitu dah lama pupus..bukan pupus la..sume dah ada family sendiri..so sape la kita ni kan..so yg ada..saya je..sorang² n kdg² dgn mak or adik tapi derang tak available all the time..and of course takleh buat aktiviti lepak n gediks sesuka hati..

Ntah nape saya rasa bosan..kat opis bosan..kat umah bosan..bistu apa yg tak bosan ye..nak buat apa ye..actually macam² leh buat tapi saya sendiri yang malas..haha..tahap adrenalin naik turun..x stable..

Kalau la ada arjuna yang dapat menemani hati yang sepi ni..alangkah bestnya..;)

Tuesday, October 19, 2010

..keabadian cinta..

Nak cite skit ttg cite yang tgk smlm..kat Astro Prima, 105, tajuk cite..Keabadian Cinta..

Masa tgk info..nampak nama Remy Ishak n Tiz Zaqyah..tetiba teruja nk tengok..yg saya tgk ni rasanya ulangan..x tau bila actually first time on air..x kesah la..memula cam boring skit..sambil tgk..sambil update blog ni semalam..tapi ada sesuatu yg menyebabkan saya boleh pay attention kt cite ni..ada 3 cite dlm satu cite..terpk gak style² cite sepi n cinta..maybe pengarahnya sama..rupanya betulll...khabir bhatia n mira mustafa..

Kesah pertama

Percintaan dua budaya antara Cheryl Samad n Gavin(bf Sharifah Amani), omputih..mak Cheryl Samad pulak Fatimah Abu Bakar(mak Sharifah Amani)..terpk gak..nape tak Sharifah Amani je berlakon..lagi senang..mak dia..bf dia.. Bapak Cheryl Samad lak Jalaluddin Hassan.  Derang berchenta tapi ada masalah skit..tak kene di hati..last² kahwin gak..

Kesah Kedua

Percintaan Tiz Zaqyah dengan Eizlan Yusuf, kawan baik bapak Tiz merangkap boss Tiz...so bila bapak Tiz dapat tau..ngamuk la kawan.  Tiz cute sangat dalam cite ni..n nmpk chubby bila dia x pakai busana muslimah..sexy.  Tiz sanggup pilih Eizlan Yusuf dari bapak sendiri..tp sebagai orang yang matang..Eizlan sanggup lepaskan Tiz..x best la pulak berchenta dengan anak kawan baik sendiri kan..

Kesah Ketiga

Ni yg plg best..idea lain dari yg lain..Remy Ishak yg pekak+bisu berkenan kat Sari Yanti yg buta..how to communicate..susah..x boleh..bisu tak boleh guna sign language utk cakap dgn org buta..tapi sebab chenta..sume boleh..takde alasan..  Memula nak tackle, Remy tulih surat n mintak kawan dia tlg baca utk Sari Yanti..hari² tulih surat sampai Sari Yanti tangkap jiwang..tapi kawan dia potong line lak nak tackle Sari Yanti..konon² surat² tu sume dia yg tulih..tapi agaknya mata hati org buta lebih tajam kot..dia x caya..n dia tau Remy is the one..cuma dia rasa kecewa sbb derang x boleh bersama sebab kecacatan tu..
Tapi..demi sebuah chenta..Remy sanggup masuk kelas braille..so dia boleh tulih dlm braille n Sari Yanti leh faham..kalau dh chenta kan..best sungguh...syahdu je rasa..2 thumbs up for Remy Ishak..

Baru dapat trailer dia dr website http://razif7.blogspot.com


Baru tau..first time on air on 14 Feb 2010 kat Astro Citra..saya tak amik pakej tu..huhu..takpe la..janji dpt tgk gak..nice story..mmg jatuh chenta la dgn Remy Ishak..jadi pekak+bisu pn xpe..;)

Monday, October 18, 2010

..miri-brunei-kuching trip..

Hari tu..111010-141010..teman mak gi jenjalan miri-brunei-kuching..sebab mak tingin sgt nk gi brunei..yg anjurkan trip ni auntie edah, my auntie kt kuantan..

  • miri: x best..

  • brunei: biasa2 je..

  • kuching: boleh la..dh penah pegi sekali dulu..

Macam boring je..trip ni disertai oleh sume warga2 pencen persatuan guru..n of course i'm the youngest..nak gediks lelebih pn x boleh..sopan je..haha..

A few pictures taken as below..
 @imperial hotel, miri
 @empire hotel, brunei
 posing kt boutique, empire hotel
 duta bmw baru..;)
 kt masjid..posing syok sndiri
 ..dan lagi..
 ..dan lagi..
 ..ada lagi..
 ..dahle tu..
 dalam bot..gi kg air
 umah atas air @kg air
 ..dan lagi..
 hidangan famous kt miri..lalapan
 dgn kucing @kuching
 cultural village, santubong
 ..dan lagi..
atas titi kaum bidayuh
 nak gi mana ye..ntah..
 dgn org bidayuh version perempuan
 dgn org bidayuh version lelaki
 tangga kat rumah bidayuh
 rumah org ulu..x naik pn..x sempat
 ..dan lagi..
rumah melanau

  
entrance cultural village

 makan kek lapis kat kedai kek lapis dayang salhah..famous ni..ct n dato' k pn g sini
 Tu je la skit sebanyak about my trip..:)

Monday, September 27, 2010

..orang kaya kahwin..

Just got this dari forum CARI..

Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin, anak gadis Allahyarham SM Nasimudin, pengasas empayar perniagaan NAZA Group.

Tak tau nak cakap camne..majlis kahwin idaman saya la kot..ada duit semua boleh jadi..tengok je la kat bawah ni.

..jahat..

Tetiba kan...tersuka lak lagu Stacy ni..sukaaaa la...jahatnya kamu...;)


Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

..chip di luar..chip di dalam..

Hari ni baru ada mood nak upload gambar biskut choc chip yang saya buat untuk raya..last saturday buat lagi sebab nak bagi sedara..tapi buat satu adunan je..salu tu 3 adunan sekaligus..

Bentuk biskut ni tak comel sangat..tapi rasanya..wow wee..crunchy..ada kacang..ada choc chip kat luar dan dalam..macam choc chip tumpah gitu..

A few pics of my choc chip..enjoyyy!! Kalau nak order boleh je..anytime..;)

* satu balang  ada 50 keping, harga RM19.




Thursday, September 23, 2010

..iklan raya..

Masa musim raya ni, banyak iklan raya..kontroversi iklan raya pun ada..yang TV3 buat tu..isk²..camne la leh derang tak perasan dengan unsur² agama lain dalam iklan tu..

Dalam banyak² iklan raya, saya paling tersentuh dengan iklan raya FINAS..tak boleh tengok..asal tengok je mesti air mata menitis..malu je takut² mak nampak..sib baik la ada spec ni cover..serius sedih part dalam fitting room tu..


Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada..sedih ah..isk..oppss..tgk lagi sekali ni..mata dah merah ni..isk...

..macam biasa..

"Hari Raya..Hari Raya....Hari Raya akan tiba..jangan kita..jangan kita..jangan asyik berbelanja.."

Lagu kumpulan Sweet September (erk..actually baru google sape yang nyanyi). Saya suka lagu ni..tapi ntah nape tahun tak banyak kali dengar..yang selalu dengar..lagu Pulang di Hari Raya by Noor Kumalasari (ni pun baru google sebab tak tau tajuk..huhu..tapi tau la sape yang nyanyi).

Hari Raya..hmm..xde apa pun yang best..semua macam biasa..biasa dan biasa..cuma tempahan biskut raya banyak lak kali ni..banyak dari salu la..salu tu tak banyak..kali ni..sampai biskut buat untuk makan pun kene beli..lepas raya pun dapat order lagi..hish..takpe..rezeki²..biskut apa tu..hmm..gambar ada dalam camera kat umah..nanti²la upload..

Masa buat biskut tu, rasa tak sedap kat mulut saya sebab dah boring kot..tapi masa sekarang² ni..dok kunyah n puji biskut sendiri..isk..masuk bakul angkat sendiri betul..

Raya saya kat Johor..macam biasa..tolong² kat dapur pun macam biasa..beraya umah sedara mak (sedara saya jugak la tapi saya x bpe nk kenal even dok beraya tiap tahun) kat Johor pun macam biasa..drive sengsorang takde ganti² pun macam biasa..

Masuk keje..keje pun banyak macam biasa..dan mood saya pun macam biasa..kadang ok kadang tak..badan saya pun macam biasa..tak naik tak turun..berisi serupa tu jugak..

Cuma ada usaha dan tekad nak gigih pegi gym untuk kuruskan lagi badan lepas raya ni. Esok la kot nak pegi..hari ni, tak boleh pegi sebab posa.  Hari Selasa lepas dapat pegi sekali..badan terasa penat dan berat tapi best bile peluh kuar..puassss...

Gambar raya sekeping pun xde sebab macam takde mood nak tangkap..so takde la gambar raya..lagipun baju raya pun tak siap..tailor saya tengah sakit jiwa..grrr...cuma pakai baju beli kat Vietnam hari tu..tu pun sib baik beli..kalau tak..beraya la tanpa baju raya..huhu..

Tapi ada beberapa keping gambar saya hari ni kat opis..gambar syok sendiri..




Friday, September 10, 2010

..salam eid-ul-fitr..

Kepada semua pengunjung blog ni..Salam Eid-Ul-Fitr diucapkan..semoga raya tahun ni membawa seribu kerahmatan kepada semua..

Wednesday, August 25, 2010

..kek batik biskut marie..

Yehaaaa..kek batik siappp..alhamdulillah..menjadi gak..kene cergas dan bersemangat..kalau tak, apa pun tak menjadi...saya guna resipi yang paling mudah dan ringkas n taraaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bahan²:
  • 250gm butter
  • 1 tin susu pekat manis (505gm)
  • 1/2 tin serbuk koko Van Houten
  • 1 bungkus biskut Marie (350gm)
Cara buat:
  • Panaskan butter dalam periuk.
  • Bila cair, masukkan susu pekat manis.
  • Kacau sampai sebati.
  • Masukkan serbuk koko.
  • Kacau lagi sampai sebati dan mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan biskut marie yang dah dipatahkan dan tutup gas.
  • Siap untuk dimasukkan dalam bekas or loyang, then simpan dalam fridge.
Saya bungkus dalam plastik sebab ikut cara dari blog ni.. tempat saya amik resepi.

Resepi yang mudah, ringkas, sedap, yummy...dan cepat siap..start buat pukul 7pm..siap pukul 7.30pm..lepas terawih dah boleh makan..next time boleh la saya letak almond chunk lak kan..bagi crunchy..semalam tak sempat beli.

Tuesday, August 24, 2010

..mood..

Hari ni dah hari ke-14 berpuasa..sejak semalam sehingga hari ini saya berada dalam mood yang tidak selesa.  Tidak bersemangat dalam melakukan apa keje pun..hatta dari melipat baju sehinggalah menjalankan tugas di opis..dan juga untuk gi terawih..sebelum ni ceria je..isk..nape ye..waduh2..perlu teman sembang maybe..rasa sunyi je..isk..tapi kalau sembang pun macam la siap keje..ye tak..

Tingin nak makan kek batik biskut marie le..hmm..macam nak buat..sempat ke tak nk buat petang karang..hmm..lps terawih dpt makan..menarik gak kan..nak kene cari resepi la pulak..maybe it will cheer up my mood..

Muka² orang takde mood..


Semalam saya datang awal sgt ke tempat keje..awal gila...I'm the first..hari ini dalam sejarah..tapi tak boleh masuk opis sebab takde kunci..huhu..pintu kt opis tukar baru so sy belum dpt duplicate key..tapi hari ni saya lewat pulak..actually awal dr rumah tapi lori kt depan tu slow bangat..saya tak boleh potong..tension je..dh le lewat 4 saat..so dapat la satu mata merit..nyampah tul..grrr..

Tadi saya surf abaya kat net n main Super Mario Brothers masa break...tingin nak beli abaya tapi tak jumpa yg best..kot² ada sesape ada idea nak beli kt mana..

Jap lagi nak balik awal la..gi cari mende2 nak buat biskut marie..kalau menjadi..leh snap n buh dalam blog kan..kalau jadi buat dan kek batik tu menjadi la..takut skrg je semangat..nanti dtg lak mood malas..haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...