..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, February 13, 2007

..bawal putih RM60 sekilogram di pasar PJ..

KUALA LUMPUR: Walaupun Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2007 dikuatkuasakan kelmarin, ramai peniaga menjual barang kawalan melebihi harga siling, sesetengahnya melambung sehingga 100 peratus.

Malah, sesetengah peniaga tidak mempamerkan tanda merah jambu bagi barang kawalan musim perayaan.

Tinjauan Berita Harian di Pasar Pagi Jalan 17/27 Seksyen 17, Petaling Jaya dan Pasar Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam mendapati kubis bulat import dijual RM4 sekilogram, berbanding harga maksimum RM2.50 sekilogram.

Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor) pula dijual sehingga RM60 sekilogram, berbanding harga maksimum RM35 sekilogram, manakala udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram) antara RM60 hingga RM78, berbanding harga siling RM35.

Peniaga memberi alasan pemborong membekalkan barang itu pada harga tinggi, selain kekurangan bekalan sedangkan permintaan berlebihan.

Khamis lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga maksimum 11 barang yang pertama kali turut membabitkan pemborong bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan berlebihan.

Menterinya, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata 1,490 harga maksimum borong dan 1,490 harga maksimum runcit ditetapkan, berkuatkuasa di 138 kawasan di seluruh negara selama 15 hari mulai kelmarin.

Setiausaha Parlimen KPDNHEP, Hoo Seong Chang, ketika dihubungi Berita Harian semalam, memberi amaran kementerian akan bertindak tegas terhadap peniaga terbabit termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

Hoo berkata, semalam saja pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak melakukan 1,601 pemantauan harga barang kawalan musim perayaan di pelbagai premis di negeri itu.

Ketua Penguat Kuasa Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Nawang dan Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Mohd Nadzri Osman, memberi jaminan akan menghantar segera pegawai penguat kuasa bagi memeriksa harga barang di pasar berkenaan.

Dipetik dari Berita Harian, 13 Februari 2007

** Naik lagi harga..isk..dulu RM43 sekilo..ni RM60 lak..hmm..ada ke org nak beli ni..;)

Thursday, February 8, 2007

..dalam hati ada cinta..

..kadang² dalam hidup ini, sesuatu yang berlaku itu tidak pernah kita duga..bila nak jadi, jadilah, kalau tak jadi maka tak jadilah..hati dan perasaan sesuatu yang sangat penting..kita jumpa seseorang, kita suka padanya..jodoh dan pertemuan, Tuhan yang tentukan..tapi nak buat macam mana kalau dalam hati ada cinta..


**quote from Elly Suriati dalam drama Dalam Hati Ada Cinta

..12 perkara untuk menjadi wanita unggul..

1. Pancarkan Nur di wajah
  • buat apa yang Allah suruh
  • meninggalkan apa yang dilarang-Nya ~ sentiasa berwuduk, zikir, selawat
  • untuk memudahkan jodoh ~ amalkan baca surah Yusuf, ayat 4, rajin berpuasa pada hari lahir, doa.."Ya Allah Ya Tuhanku, jika jodohku susah, maka permudahkanlah, jika jodohku jauh, dekatkanlah, jodohkan aku dengan lelaki yang bertaqwa dan beriman pada-Mu, ya Allah.."

2. Akhlak yang terpuji

3. Ilmu pengetahuan

**5 petua perlu diamalkan untuk yang bersuami:

  • layan suami dengan elok tidak kira siang atau malam
  • sikat/minyakkan rambut suami
  • gunting misai suami
  • sikat janggut suami
  • potong kuku suami

**Insyaallah, kita dapat 5 perkara:

  • dipermudahkan sakaratul maut
  • kubur kelak bagaikan salah satu taman di syurga
  • nama terpadam dalam senarai ahli neraka dan tersenarai dalam ahli syurga
  • mudah melintasi titian siratul mustaqim bagaikan kilat
  • Allah beri minuman dari air dalam syurga

4. Senyuman manis buat suami tercinta

5. Berhias dan berdandan untuk suami tersayang

6. Meluangkan masa untuk merawat diri

7. Hati yang dipenuhi sifat mahmudah

  • lebih makan dan lebih tidur ~ hidup miskin

8. Penampilan yang menarik mengikut syariat

**3 golongan mengikut Rasululllah SAW tidak akan berbau syurga

  • berpakaian tetapi jarang
  • jalan berlenggang-lenggok
  • mendedahkan rambut

9. Segera meminta maaf dan sedia memaafkan

10. Bersabar menempuh dugaan hidup

**Surah Al-Hasyri, ayat 21 ~ untuk lembutkan hati anak/suami:

  • baca dan urut perlahan-lahan pada perut ketika mengandung
  • baca dan tiup perlahan-lahan pada ubun-ubun bayi/budak
  • baca dan hembuskan pada leher suami ketika dia tidur

11. Sentiasa menderma dan berniat ke jalan kebaikan

12. Bersifat penyayang kepada anak² dan mendidik mereka menjadi insan yang soleh dan solehah

  • kita terlebih dahulu perlu berbuat baik kepada ibu dan ayah kita

**Dipetik dari ceramah Ustazah Nor Bahyah pada 3 Februari 2007

Tuesday, February 6, 2007

..a colourful week..

Pagi 6 Februari 2006, in the office..last week..I went to Bengkel Event Management at DPU, main campus. Best..tapi agak ngantuk seskit..bengkel tu 2 hari je..seronok dapat dengar pengalaman dari En Jamal Nasir, the profesional event manager. Boleh ke jadi cam dia eh..event kecik² pun dah rasa semput.. On the second day gi bengkel dgn member naik kete baru dia..dah lama baru leh try bawak..actually lama dah tingin..hehe..hmm..dah nama pun Honda..mmg best la..mcm ada satu kepuasan bawak..ye le selama ni dok bawak Kancil je..macam langit dan bumi la beza dia..tunggu my MyVi la bila nak dapat tp still takleh tank Honda City.
Last Friday lak, my car was been hit by a black mpv or jeep, I'm not sure. Sebab masa kene langgar tu tergamam sat and wondering betul ke kete aku kene langgar..tgh lalok dengar lagu kat radio..and when I turned back, the driver asked me to drive aside..so fahamla..betul kene langgar. The driver admitted his mistake and willing to pay me the workshop cost, he gave me his hp no and RM200 advance. Fuhh..sib baik dia jenis baik..takut gak kot kene pembuli jalanraya ke apa ke..my hp dah kat tgn dh nak call my dad, kot² kalau pape jadi. Lepas tu I was like gigil nak drive..isk isk..fobia sat..but lama² dah ok..and the driver who named Lan called me on Saturday morning asking the matter..gosh..a very responsible guy.
On Saturday evening, I attended a Hi-Tea with Ustazah Nor Bahyah at Seri Malaysia, Kulim with my mom..she was so pretty..and as usual, ceramah dia fuhh..punya la semangat..ada lawak skit lebih kurang..kira ok la..and berbaloi la dengan RM30 yang dilaburkan tapi mamam dia x cedapp..Ceramah dia tentang 12 perkara untuk menjadi wanita unggul..if I have time I'll jot down what is the 12 things. First dia cite pasal jodoh la..hehe..my fav topic tu..dia suh amalkan surah yusuf ayat 4 salu and puasa on our birthday untuk mudahkan jodoh..mudah²an..hmm..that's all..and nak get back to work..kul bape dah ni..nanti² sambung cite pasal ceramah Ustazah Nor Bahyah tu lagi..

Sunday, February 4, 2007

..kisah si bawal putih bersama haru..biru..kacau..bilau..

Sang terubuk yang masih menunggu di sana tiba-tiba berhasrat untuk mengunjungi si bawal putih pada hujung minggu akan datang. Apakah perasaan si bawal putih? Gembira? Atau masih tertanya-tanya? Buntu. Setelah sekian lama masa yang ada, tidak cukupkah untuknya berfikir dalam membuat keputusan yang jitu? Sesungguhnya si bawal putih sunyi mengharungi hari, lantas kehadiran sang terubuk sangatlah dinanti. Siapakah sang terubuk di hati? Sekadar pengubat sepi? Tak baik mainkan hati orang, itu pesan mak lang dan pak lang. Soal hati dan perasaan buatnya berpinar-pinar. Dia hampir penasaran.
Ini kali kedua pertemuan diatur setelah lafaz perpisahan diungkap. Berpisahkah dia? Jika berpisah, apakah ertinya pertemuan ini? Seharusnya dia mampu mengelakkannya. Alasan si bawal putih, sekadar kawan. Kawan. Mampukah sepasang kekasih satu ketika dulu telah berpisah, dan kini menjadi kawan. Tidakkah terselit secebis rasa? Rasa yang menjadi mainan jiwa semusim nan lalu. Apa yang jelas, yang nyata, si bawal putih masih mengulit anganan bertemu putera impian walaupun tidak kesampaian. Dia akur pada hakikat itu, perasaan tidak boleh dipaksa namun apakan daya itulah rasanya. Dia faham, arif benar bahawa dia mengejar bayangan yang tak pasti, sedangkan sang terubuk setia menanti. Duhai hati..haru..biru..kacau..bilau..

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku... "
-Surah Yusuf, ayat 4
-

Friday, February 2, 2007

..kisah si bawal putih bersama sebuah kegembiraan yang tidak dimiliki..

Kegembiraan adalah sesuatu yang berhak dinikmati oleh sesiapa sahaja di muka bumi. Setiap yang hidup pasti pernah merasa bahagia, pasti pernah merasa gembira. Tapi bagaimanakah perasaan gembira yang tidak dapat dinikmati, tidak dapat dimiliki? Kompleks bunyinya tapi itulah yang dirasai si bawal putih. Kebelakangan ini, kegembiraan menguasai ruang hidupnya namun tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Takut kegembiraan yang ada bakal diganti dengan kedukaan. Kedukaan yang tidak sanggup dihadapinya walaupun berbagai-bagai usaha dilakukan sebagai persediaan. Tapi pabila memikirkan, dia berhak merasa gembira walau seketika, dia membiarkan dirinya hanyut sejenak. Dia tahu dia telah salah mentafsirkan kegembiraan itu. Walaupun dia tahu, namun dia tetap mentafsirkannya dengan cara yang salah kerana dia bahagia begitu. Kerana dia yang menginginkan begitu. Kerana itulah kemahuannya. Kemahuan dan keinginan yang tidak dikabulkan. Dia takut merasa gembira walau hakikatnya dia gembira. Perasaannya tidak mudah disembunyikan. Air mukanya membayangkan situasinya. Itu kata kawan-kawan terapat. Masing-masing bebas melontarkan pendapat. Mahalnya harga sebuah kegembiraan, sebuah kebahagiaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...