..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, January 13, 2014

..perubahan diri memerlukan 'reset minda' dan 'celik hati'..

Wanna share a very nice article..copy paste dari utusan online.

APAKAH yang membezakan antara psikologi dengan spiritual? Psikologi melibatkan minda dan spiritual melibatkan hati. Banyak orang membuat ‘kajian psikologi’ (tentang minda/akal), tetapi jarang-jarang orang yang membuat ‘kajian spiritual’ (tentang hati). Banyak orang boleh menjadi ‘ahli kata’ (tasawuf), tetapi tidak banyak orang boleh menjadi ‘ahli hati’ (ulama sufi).

Kita perlu menjaga dengan baik kedua-duanya sekali, (minda/akal dan hati). Sebab dalam hidup ini, kalau kita hanya seorang yang bijak tetapi tidak baik hati, orang tidak suka. Sebaliknya jika kita tidak bijak tetapi kita baik hati, orang suka akan kita. Oleh sebab itu amat perlu kita perbetulkan hati kita (dari segi niat dan sikap kita), untuk memperbetulkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan, kita perlu melaksanakan kedua-duanya sekali, iaitu ‘reset minda’ dan ‘celik hati’. Kerana jika kita ‘reset minda’ sahaja, iaitu berubah daripada berfikir secara negatif kepada berfikir secara positif, tetapi tidak ‘celik hati’ pasti tidak akan ada tindakan.

Hal ini adalah kerana kita bertindak daripada hati bukan daripada akal. Maknanya, kita ‘tahu’ kita perlu berubah setelah akal/minda dapat berfikir secara positif, tetapi jika hati kita belum ‘mahu’ berubah tidak akan ada apa-apa perubahan kepada diri kita. Hati melibatkan perasaan dan emosi; perasaan positif akan 
memberikan semangat positif. Kesedaran adalah perasaan, kesedaran akan timbul hanya di hati.

Sesuatu perubahan itu hanya berlaku dengan formula, ‘Tahu - mahu/sedar - tindakan’ atau lebih jelas lagi, ‘Tahu (akal) - mahu (hati) - mampu (badan)’. Kemampuan kita untuk melaksanakan apa yang kita ‘tahu’ dan apa yang kita ‘mahu’ bergantung kepada fizikal/badan kita yang mampu melaksanakan tindakan dan mendisiplinkan diri dalam melaksanakan tindakan, yang akhirnya terhasillah hasil kehidupan (kebahagiaan, ketenangan, kesihatan, dan kekayaan).

‘Reset minda’ mesti disertai dengan ‘celik hati’, barulah akan diikuti dengan hasil tindakan yang akan membuahkan hasil kehidupan. Demikian jugalah formula ‘peristiwa + respons = hasil kehidupan’, yang membawa maksud, setiap peristiwa (positif/negatif) mesti diikuti dengan respons atau tindak balas (positif/negatif), dan kesan daripada responsnya itu yang menentukan hasil kehidupannya (positif/negatif).

Perlu diingat bahawa setiap respons/tindak balas itu datangnya daripada hati. Oleh sebab itulah perlunya kita menjaga niat hati kita dalam setiap tindak-tanduk kita (‘celik mata hati’). Kalau kita ‘celik mata hati’ apa-apa sahaja peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita, sama ada baik atau buruk, positif atau negatif, kita akan memberi respons yang baik/positif.

Oleh sebab itu marilah kita membina wawasan dan niat baharu, iaitu untuk berubah. Pertama, mengubah keperibadian diri atau personaliti dari segi naluri dan kerohanian. Berubah daripada minda yang negatif kepada minda yang positif. Daripada hati yang buta kepada celik hati. Daripada mengejar cita-cita dalam kehidupan kepada mencari makna dalam kehidupan. Daripada memenuhi keperluan hidup kepada mencari tujuan hidup. Daripada suka mencari berita kepada suka mencari ilmu. Daripada suka kata saya sudah tahu kepada saya ingin tahu. Daripada sifat kasar kepada sifat lemah lembut. Daripada berwajah masam kepada sentiasa tersenyum. Daripada malas kepada rajin. Daripada orang yang selalu sakit kepada orang selalu sihat. Kesihatan akan memberikan kita kebahagiaan dan ketenangan.

Berubah
Kedua, berubah dalam menjalin dan menjaga hubungan sesama manusia. Daripada suka menerima kepada suka memberi. Daripada mencari perhatian kepada memberi perhatian. Daripada suka bersaing kepada suka bekerjasama. Daripada ingin dihormati kepada menghormati. Daripada sombong dan mementingkan diri kepada menjaga silaturahim. Daripada suka bercakap kehebatan tentang diri kepada suka mendengar tentang kehebatan orang lain. Daripada orang yang suka melihat dan menilai orang kepada orang yang suka melihat dan menilai diri sendiri. Daripada orang yang gemar menyebar aib orang kepada orang yang menutup aib orang. Daripada hendak betulkan orang kepada hendak betulkan diri sendiri. Daripada orang dimaafkan kepada orang yang memaafkan. Daripada orang yang ingin difahami kepada orang yang memahami. Daripada ingin mencari kebahagiaan kepada ingin memberi kebahagiaan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.

Ketiga, berubah menjadikan diri kita insan yang beriman. Kita berubah daripada berada dalam zon syaitan kepada berada dalam zon Allah. Daripada hidup bergelumang dengan maksiat kepada hidup penuh taat kepada Allah. Daripada banyak membuat dosa kepada banyak mencari pahala. Daripada selalu mengeluh kepada selalu bersyukur. Daripada ingat dunia kepada ingat akhirat. Daripada cuma beribadah (pergerakan ketika beribadah) kepada ubudiyah (beribadah dengan hati dengan rasa penuh kehambaan kepada Allah). Daripada terlalu bergantung kepada orang kepada bergantung hanya kepada Allah. Daripada mencari penghargaan manusia kepada mencari reda Allah. Orang yang paling bebas ialah orang yang bebas daripada penghargaan manusia.

Kita semua akan mati tetapi masing-masing bertindak seolah-olah tidak akan mati. Kalau setiap orang ‘tahu’ (reset minda) dan ‘sedar’ (celik hati) bahawa suatu masa kita akan mati, tentu kita tidak akan buat apa yang kita suka buat. Bayangkan kita berada di Padang Mahsyar nanti dan bayangkan buku timbangan macam mana (yang berat di sebelah kanan atau yang berat di sebelah kiri) yang menunggu kita di sana? Agak-agaknya bagaimanakah nasib kita kalau kita tidak berubah dalam membayangkan kehidupan di Negeri Abadi itu?

Kalau kita membayangkan nasib kehidupan kita di sana pasti kita akan berubah dan tidak akan melengah-lengahkan perubahan. Sebab apabila sudah sampai masa ajal kita, tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan kematian tidak mengenal usia.

“Bilakah waktu yang paling penting dalam hidup kita?" Jawapannya, ‘sekarang.’ Maka, kalau hendak berubah, berubahlah sekarang. “Siapakah yang paling penting dalam hidup kita?" Jawapannya, “Orang di hadapan kita atau yang terdekat dengan kita. Maka berubahlah dan ajak isteri/suami dan anak-anak berubah. “Apakah perkara yang paling penting dalam hidup kita?" Jawapannya, ‘Berbuat baik.’ Maka berubahlah untuk diri sendiri dan keluarga, serta berubahlah ke arah kebaikan. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak".


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140112/re_10/Perubahan-diri-memerlukan-reset-minda-dan-celik-hati#ixzz2qFdlMzrB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, January 3, 2014

..happy new year 2014..and I am hungry..

Saya lapar..lapar..lapar..

Tadi lunch makan roti wholemeal yang ada kismis.

Kenyang jugak la tadi.

Tapi sekarang dah lapar.

Nak bancuh Nestum jap.

Oh ye..lupa..dah new year ye..Happy New Year..welcome 2014.

Resolusi new year..KURUS..berat dah naik 10kg in 5 months..what a great performance..:(

Baju semua dah ketat.

Macam mana nak tahan nafsu ni..adeh.

Semalam dah start tak makan malam tapii...makan coklat..erk..boleh ke.

Hari ni..petang satgi ingat nak makan laksa yang takde laksa..timun n telur je..boleh kot.

Hai la perut dan lidah..bertahanlah..

Sesungguhnya overweight itu adalah tak best..ke dah obes..isk..ngeri²..

Dah..dah nak bancuh Nestum..


..lebih indah..

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding-dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding-dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana

Di sekelilingmu ada dinding-dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...