..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, December 26, 2011

..5 hari..

Apa yang 5 hari?

5 hari diet ke..hmm..no no no..

5 hari makan non stop ke..no no no..

5 hari bz keje..

5 hari holiday?..erk...no no no..

Apa yg 5 hari tu?






I met someone...haha...utk kali yg ke..hmm..ntah..x larat nak kira. Dah nasib saya..mmg begitu takdirnya. Baru 5 hari kenal thru fb. Dah jumpa lps 2 hari kenal. Dia ni lajuuu...saya nampak tujuan dia ke arah...yessss..mencari calon yang sesuai..maybe faktor usianya yg..5 years older than me.

So lepas jumpa and we exchange phone no..2-3 hari ni galak bersms je la..n semalam dia call..borak..bermulalah episod kenal2..tanya2. Dan saat blog ni ditulis..we all tgh bersms..haha..terasa lama dah x sms gini..hilang skill dah kot..and faktor ketuaan..;)

Kene start proses perkenalan from a-z.. saya x tau la camne halatuju kali ni..just berserah pada ketentuan-Nya. Belum solat istikharah lagi..waduh..malasnye...x baik betul kan..

Yang bestnye..baru dpt tahu rupanya hp sy boleh berbunyi banyak kali dalam sehari...kalau tak..senduu..rasa cam xde hp je..yg ada cuma sms iklan yg berlambak2..

Just enjoy the moment..

Wednesday, December 14, 2011

..gaji baru sbpa..

Blog ini dah bersawang..dan diabaikan..kenapa ye..kenapa? Saya sendiri takleh jawab..huhu.

Di kala ini, di waktu ini..semua penjawat awam teruja dan tertanya² tentang gaji baru sbpa termasuklah diri saya yang kerdil ini. Kerdil ke..huhu. Tak kot. Makin membesar gitu..I gained 3kg..huaaa.

Kk..back to the main topic..gaji sbpa. Saya dapat tau sifir gaji ni macam confirm la...rujuk sini ye. Tapi ini untuk skim F. Skim lain tak sure lak. Anyway credit to http://rzmiesblog.blogspot.com.

Macam mana pengiraan? Mengikut sumber² yang boleh dipercayai..somebody who attend the SBPA meeting in KL yesterday..pengiraan adalah seperti berikut:

Contohnya gaji semasa adalah pada P1T1. Sila amik nilai gaji di P1T2..naik satu tangga gaji. Nilai gaji tersebut dibandingkan dengan jadual sifir baru di sini. Ambik nilai tertinggi yang paling hampir. Sekiranya perbezaan adalah kurang dari jumlah pergerakan gaji semasa, pilih nilai tertinggi yang di sebelahnya.

For example, beza P1T1 dan P1T2 adalah RM100. Sekiranya nilai P1T2 dan nilai gaji terhampir dalam sifir baru adalah kurang dari RM100, maka pilih yang terhampir seterusnya. Begitulah kira²nya.

Pengiraan ini hanya benar buat masa ini setelah mendapat input dari mereka yang terlibat dalam meeting tersebut. Pape pun..baik tunggu yg official kan. Tak lama je lagi..2012 is just around the corner.

Tuesday, December 6, 2011

..sedapnye suara si cilik ni..

Blog ni dah nak dekat bersawang ye..kesan lama x update..yess..saya tukar template tapi kan..still xpuas hati..x sempat nak makeup kan lagi n maybe tukar template lain kot. Tak sempat nak celoteh macam²..tapi just nak share video si cilik ni..sedap aa suara dia..comel lak tu.

Wednesday, November 30, 2011

..daisy marc jacobs perfume..

I wanna let go this item as well. It's been sprayed less than 10 times.




Daisy Marc Jacobs EDT
50ml
Retail: RM192.00
Note: Too many perfume in my closet.
Sold
* Please add RM10 for postage

Interested? Please email me at ryne78@yahoo.com.

..clarks court shoes..

I wanna let go this item. It's been used only once or twice. Ada calar² sikit kat bahagian tumit.



Calar sikit

Calar sikit
Size: UK5.5 (MY 7.5) - fits A size
Colour: Brown
Heels: 3"
Retail: RM288.00
Note: I really love it but my foot is B size
Sold
* Please add RM10 for postage

Interested? Please email me at ryne78@yahoo.com.

Friday, November 11, 2011

..mischievous kiss..


At last..abis jugak tgk cite Mischievous Kiss lakonan Kim Hyun Joong dan Jung So Min. Hmm..what to say...memang best...rasanya dah addicted to Korean drama la. Actually memang dah suka sangat kat Kim Hyun Joong.

Kesah ni tentang seorang budak yang biasa² je, Oh Ha Ni (Jung So Min) yang memendam perasaan selama 4 tahun kat Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong) seorang budak yang genius. Dia dah luah hati thru surat masa kat high school tapi ditolak mentah² oleh Baek Seung Jo. Biasa la budak terror and budget handsome (tapi mmg handsome pun) mana la nak dekat budak yang biasa² je lepas tu result dia lak salu corot. Nak jadi cite rumah Oh Hani Ni runtuh sebab gempa bumi dan kawan ayah dia yang kebetulan adalah ayah Seung Jo ajak tinggal serumah sementara. Mak Seung Jo lak suka kat Oh Ha Ni sebab dia takde anak perempuan. Oh Ha Ni pulak happy sangat sebab dapat dok serumah dengan Seung Jo. Macam² la terjadi between both of them. Seung Jo asyik ignore dia n kutuk dia je. Oh Ha Ni pun bape kali give up tak nak suka dah kat Seung Jo tapi tak boleh jugak. Yang bestnye..at last Seung Jo suka gak kat Oh Ha Ni walaupun dia tak bape nak tunjuk. Dia suka tapi tak faham dengan perasaan sendiri. Lambat sikit nak sedar. Bukan lambat sikit tapi lambat banyak. Dia suka dengan perangai clumsy Oh Ha Ni yang cute. I love this story so much, especially bila tgk muka Kim Hyun Joong. watak heroin biasa² je.

Hmm..lepas ni cite Korea mana lak nak tengok eh. Tapi cite ni memang sweet dan buat saya tersenyum sorang² bila tingat part² yang cute.

Wednesday, November 9, 2011

..ada untukmu..

Tetiba kan..terdengar lagu ni kat era pagi tadi. Isk..tersentuh nadi dan jiwa dengar lagu ni..romantik semacam. Sedap gak suara Nubhan ni. So hari ni asyik dok ulang dengar lagu syahdu ni..



Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

..wordless wednesday: muka xde mood..

Tuesday, November 8, 2011

..sejalur cahaya..

Hari ini..saya berharap..akan ditunjukkan jalan. Saya dah rasa lost. Lost in somewhere. Stuck maybe. Sesuatu yang ditunggu tak nampak bayang pun lagi. Sesungguhnya saya menjadi rindu. Rindu akan sebuah harapan..sebuah kehadiran yang menjadi semangat. Saya dah rasa hampir kalah walaupun pada dasarnya nampak masih lagi bertahan. Tapi apa yang saya boleh buat. Mungkin saya tak bersungguh² memohon dan hanya mengharapkan keajaiban terjadi. Salah saya. Tapi memang benar saya sangat mengharap walaupun saya dapat rasakan susahnya menemui apa yang saya inginkan. Saya masih lagi dalam kegelapan. Namun harapnya janganlah kegelapan ini berterusan tanpa pengakhiran. Saya perlu keluar dari ruang yang gelap ini tapi saya belum menemui jalannya. Sudah terlalu lama rasanya berdiam dalam ruang tanpa cahaya. Masihkah ada peluang untuk saya temui sejalur cahaya itu?

..salam aidiladha 1432H..

Salam Aidiladha. Saya biasa² je. Juadah pagi raya pun macam pagi Aidilfitri. Takde pakai baju raya pun even ada sebab glamer sangat. Tak pegi solat sunat raya sebab saya 'off'. Cuma saya dan mak ada buat korban di Kemboja thru http://www.ezqurban.org/. Mudah dan senang. Lagi pun kesian pada rakyat di Kemboja yang tak cukup makan. Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan especially daging korban.

Dari kiri: Saya, Azri, Aizat, Izyani
Dari kiri (duduk): Bapak dan mak
Gambar di atas adalah keluarga bahagia saya. Cukup 6 orang tapi ni masa Aidilfitri hari tu, bukan Aidiladha. baru nak upload..hehe. Raya kali ni, kami 5 orang je. Adik bongsu, Azri ada kat UK. Dia balik setahun sekali je masa hari raya dan kebetulan memang waktu cuti panjang dia. Kami adik beradik muka tak bape nak sama ..;)

Kami 6 orang je..takde bertambah menantu ke cucu ke..takde. Intact 6 orang lagi. Bila la nak dapat tambahan ye dan harapannya sayalah orang pertama yang bertanggungjawab dalam urusan 'pertambahan' tu.

Masa raya haji ni jugak ada orang tempah my choc chip cookies. Alhamdulillah..rezeki. Agak² boleh diperkembangkan tak bisnes kecil-kecilan saya ni eh. Minat jugak..hehe.

My choc chip cookies..

Saya jual RM20 je utk 50 pieces. Ada orang kata rasa choc chip saya macam Famos Amos. Orang kata, bukan saya ye. Betul la kot..hehe. Masuk bakul angkat sendiri ni. Tapi saya memang sukala makan cookies buatan saya ni. Ntah..crunchy semacam...sedappp..:)

Thursday, November 3, 2011

..novel M.A.I.D..


Hari ni nak cite tentang novel yang saya baca, tajuk M.A.I.D.  Saya telah terbeli novel ni, a day after my birthday. Harga RM26.00. Mahal jugak bagi saya yang jarang beli novel. Salu pinjam kat library je. Camne saya boleh terjebak beli novel ni...hmm..at first terjumpa website ni... http://www.penulisan2u.my. Ada berjenis² novel dan cerpen dalam tu..saya agak puluhan tapi maybe ratusan. Pilih je nak baca yang mana. Dalam banyak² tajuk..tersuka lak tajuk M.A.I.D. Saya pun start la baca..baca dan baca sampai episod ke 21.

Dia tulis situ, suh beli novel tu untuk baca ending..ceh..ceh..dan ceh. Memula rasa tak bape penting sangat nak tau ending..tapi keinginan membuak². Sebab? Cite tu besttttt..best la sangat. So dah terpegi kedai buku dan terbeli buku tu dan terbaca sampai habis within one week. Tebal jugak..tapi saya baca dari tengah je sebab memang dah tau dah perjalanan cerita.

Banyak sangat mukadimah..meh saya cite sikit apa yang best sangat novel ni. Cite pasal serang budak nama Noorul. Dia kehilangan keje so nak cari keje baru untuk bantu mak di kampung. Dia keje kat Penang, kampung kat Sg Petani je. Tetiba terjumpa keje sebagai maid dengan gaji RM1000. Banyak gak untuk post maid. Rupa²nya dia jadi maid harian pada seorang lelaki muda yang kaya, Harris. Dia tak payah jumpa lelaki tu sebab waktu keje dari pukul 8pg-6ptg time Harris pegi keje. Masalahnya Noorul tak pandai masak langsung so macam mana la dia nak masak untuk Harris. Hmm..memang lawak. Dalam diam² dia jatuh chenta pada lelaki tu walaupun lelaki tu sangatla cerewet sampai dia panggil Mr F, F for Fussy. So semakin lama dia semakin sayang and on the same time geram dengan perangai Mr F. Memang best la bila baca insiden² yang terjadi between both of them. Sweet. What's next? Hmm..takkan nak cite kan..bacala novel tu kat http://www.penulisan2u.my or belila novel tu. Bagi saya memang best la.

Thursday, October 27, 2011

..amazing..

Tengok lama² pada titik merah tu.









Cuba kira berapa banyak titik hitam.









Adakah bulatan² itu berpusing?









Adakah biji² ini bergerak?

..doa solat dhuha..

Suka doa solat dhuha yang dah dinasyidkan ni...

Monday, October 24, 2011

..boys over flowers..

Selamat hari Isnin..di usia 33thn 3 hari...:)

Hari ni nak cite pasal drama Korea Boys Over Flowers yang berjaya saya habiskan dalam tempoh  2 minggu++. Fuhh..rekod tu..asik ngadap dia je..25 episod..dengan duration setiap episod lebih kurang 63minit++.
Rasa² macam buang masa gak tapi disebabkan cite tu best tahap melampau so...sanggup la bersengkang mata tengok. Orang lain maybe dah tengok..saya je yang tertinggal bas. Ala..biasala..dari dulu pun memang saya asyik tertinggal bas walaupun saya adalah jenis orang yang kelam-kabut.

Saya tengok cite tu kat http://www.maaduu.com/. Siap dengan subtitle semua. Nama² seperti Geum Jan Di, Gu Junpyo dan Yun Ji Hoo asyik berlegar² je dalam kepala. Ketiga² nama tu adalah antara watak utama dalam cite tu. Suka sangat bila derang pronounced 'Geum Jan Di' dan 'Gu Junpyo'..sedap je dengar. Dah lepas abis drama tu, baru la saya tergedik² nak cari nama betul pelakon² tu sume. Saya dah jatuh chenta la kat Ji Hoo aka Kim Hyun Joong..watak yang pendiam dengan muka takde perasaan..camni...

Tapi sekali dia tersenyum nampak gigi..walaaaaa..duniaku terasa berbeza..berseri² gitu..


Letak 3 gambar..sebab..erk..dia hensem sesangat la dan cool je.

Gu Junpyo aka Lee Min Ho lak jatuh 2nd hensem walaupun dia lead actor.
Satu gambar cukup..hehe...

Untuk aktress lak..sukaaaaaa le sesangat kat Geum Jan Di aka Koo Hye Sun..buat memek muka macam mana pun tetap cute.



Sinopsis malas nak taip..copy paste je dari sini.

Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys known as the F4. After saving a boy from jumping off the roof of Shinhwa High School, she is admitted into the school on a swimming scholarship. Jan Di tries to avoid confrontation with the F4 at all cost because she knows what happens to those that stand against them. However, when Jan Di's friend, Oh Min Ji, accidentally gets ice cream on the leader of the F4's shoes, she's forced to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo. What will happen though, when she falls in love with someone from the F4 and Goo Joon Pyo start feeling something for her too? Will the love triangle disrupt F4 and change their lives forever?

Kesimpulannya cite ni memang best dan boleh buat saya nangis, senyum dan happy. Ada babak kene dumped dengan boyfriend. Saya yang pernah ada dalam keadaan camtu tau sangat rasanya camne. Tu yang nangis x ingat tu.

Rupa²nya baru saya tau cite ni is the Korean version of Meteor Garden (Taiwan). Padan pun masa memula tengok rasa macam dah penah tengok tapi tak bape ingat..rupa² cite yang sama.

Oleh kerana saya telah jatuh chenta kat Kim Hyun Joong..makanya saya telah menggoogle cite apa lagi yang dia berlakon. Tak banyak pun..banyak yang dia jadi cameo je. Cuma dapat satu ni..Mischievous Kiss. Gonna watch it thru http://www.mysoju.com sebab kat http://www.maaduu.com/ macam takde je. Cite ni 16 episod je..tak banyak macam BOF..sampai 25 eps. Hopefully best.

** Erk..am I too old to watch and admire such adorable and young Korean artists? Hmm..

Friday, October 21, 2011

..happy birthday 211011..


Happy 33rd Birthday to..

me, myself and I..

Thanks to semua yang wish through verbal, sms and fb..

"Aku bersyukur pada-Mu ya Allah di atas rahmat-Mu sepanjang 33 tahun aku menumpang di atas bumi-Mu. Aku memohon pada-Mu ya Allah agar diberkati usiaku, dipermudahkan dalam melayari kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat. Kepada-Mu aku berserah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Amin."

and this is present for myself..hadiah terawal seminggu..
kuncinya
my new house as I blogged before

Takde sape bagi hadiah..so bagi kat diri sendiri je la..:)

Thursday, October 20, 2011

..after 7 years..

Me myself in the same baju kurung but different tudung....after 7 years..


At last..boleh pakai balik baju yang 7 tahun dok dalam almari. 7 tahun ye. Lama gila baru dapat kecik dan muat baju tu. Lama ye menternak badan..hehe. Left pic was taken somewhere in 2004 masa gi teman mak ambik Pingat Pangkuan Negara (PPN) dari Agong. The right pic was taken just now in my room in the office. How time flies..huhu.

Wednesday, October 19, 2011

..tak tau nak update apa..

Macam tajuk tu..memang tak tau nak update apa tapi nak update gak. Nak cite apa ye.

**pause..

Ha..baru ada idea. Semalam time lunch saya dah terkeluar ke pekan Parit Buntar dan telah terbeli..bukan satu..bukan dua..tapi 4 helai kain. Isk..banyaknye..kata mode berjimat.

Takde..ada kawan saya baru bayar hutang RM100..tu yang rasa² ada duit lak..haha..RM100 je pun tapi borongnye lebih dari nilai tu.

Mulanya nak beli kain untuk buat blouse..lepas tu terpk nak beli untuk buat skirt lak. Then terbekenan kain sutera wangi..kedai tu lak pandai marketing, beli 2 pasang, 1 pasang tu half price. Hmm..apa lagi..duit ada di tangan kan. Semuanya ada 'ter'..huhu.

Tapi ok gak la..since baju saya skrg ni sume dah beso². Hari ni pakai kebaya tapi kebaya masa gemuk so kebaya ni dah rupa baju straight..xde cutting. Tak lawa le..tak best..;)

Minggu ni stop Atkins sat cuma elak nasik je. Rasanya ok kot. Esok n lusa nak puasa..insyaAllah. Semoga kuat semangat.

Tuesday, October 18, 2011

..pink hijab..

Me today in pink hijab..lama tak pakai tudung bawal..hari ni tetiba je nak pakai..tudung senget tapi boleh la..style skrg kan pakai tudung senget..hehe...

..cous cous..

What is cous cous? Cous cous is a food consist of grains made from semolina. It was traditionally made from the hard part of wheat Tritucum durum. It is originated from North Africa diet and derived from arabic 'kuskus'. Tak faham ke? For more information please refer to this blog, http://www.yukikuni.com/blog/2006_10.htm. Cari kat wiki, tak bape menarik penerangan dia.

Kesimpulannya ia lebih light dari nasik tapi kenyang. Mana dapat eh bende alah ni? Adik saya kat UK belikan. Dia pun tak penah cuba. So dia balik hari tu cuba sama². Rasanya..hmm..not bad la sebab dah siap² campur rempah. Ada banyak flavour.

The package
Cous cous belum masak
Cous cous yang dah masak lepas dituang air panas dan ditutup selama 5 minit
Close up sikit..ready to eat...

Monday, October 17, 2011

Thursday, October 13, 2011

..seminar marketing power dr azizan..

Semalam saya pegi Seminar Marketing power br Dr Azizan. Dr Azizan yang agak sedap gak badannnya tapi sedap lagi idea dan pemikirannya.


Seminar tu dibuat di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya. Saya pegi dengan mak n bapak sebab seminar waktu malam kan. Takut jugak nak balik malam² so kene bawak peneman. Saya adalah antara pendaftar terawal so dapatla harga RM10 sorang utk 3 orang n guess what..kami bertiga dapat hadiah buku percuma, "Rahsia mnejadi kaya dan berjaya, dunia & akhirat" that cost RM35 for free. Ingat ke semua dapat tapi rupanya tak. Saya rasa memang bertuah la sangat semalam.

this is the free book
Duduk 2 jam dalam seminar dia tak rasa boring. Semangat sentiasa membuak² untuk berjaya. Dia pandai tarik audience untuk dengar apa yang disampaikan. Dia ada buat kelas advance 3 hari di KL on this 26 Oct kot kalau tak silap. Mak dan saya teringin nak pegi tapi bapak macam tak bape nak bagi sebab jauh. Hmm..takpelah belum rezeki. Kalau daftar semalam boleh dapat harga murah la dalam ratus²an. Kalau tak, harga jadi ribu²an.

Saya rasa kelas tu sangat berguna untuk berubah. Dia tak target kepada peniaga je. Yang belum berniaga pun dia cuba cetuskan semangat untuk berniaga. Semalam ada jugak dia panggil mereka yang berjaya untuk share pengalaman. Yang paling menarik, pelakon Shidi, hubby Vanida Imran pun datang share experience. Dia cakap dia bisnes emas. Normally monthly dia dapat antara RM20k-RM30k sebulan...erk bagi saya banyak gila dah tu. Tapi lepas ikut seminar..dia dapat RM450k..menghampiri setengah juta dah tu. Wow!! Gila kaya. Macam mana tak semangat, ye tak?

Shidi punya la hensem and I manage to snap my pic with him. Taraaa...



Mintak tolong org tangkap tu sebab gambar macam tak bape nak ok. Tapi puas hati la. Sib baik gambar tak gemuk..hihi..perasan.

Semalam abis semua dalam kul 11pm. Bawak bapak n mak makan kat Kassim Mustafa, Bandar Sunway dekat² situ jugak. Actually petang tu dah makan tauhu sumbat n cous cous (I'll blog about it later) buat lapik perut sebab balik keje semalam lapo tergedik².

Mula² rasa lapo tapi rasa ok..tapi rasa tingin nak makan. Tingin sangat minum teh tarik. What? Teh tarik?? Atkins?? Erk...Order dua gelas je..saya share dengan mak. Lepas tu dengan penuh rasa bersalahnya, saya order set tandoori dgn nan cheese..pun share dgn mak. Bapak saya order mee goreng. Saya pun makan dengan perasaan agak bersalah tapi hentam je la. Sampai rumah terus tdo. Pagi tadi timbang..tadaa...ilang lagi 100gm. Hmm..kalau tak makan semalam mesti lg banyak gm yang hilang kan. Takpe²..give myself a break la dan tandoori semalam memang sedap gila..to the max.

Pagi ni bangun lambat, x sempat prepare bfast and luckily I got cous cous. Makan sikit dah kenyang. Hopefully boleh maintain berat ni. Ok..dah..wat keje jom.

Wednesday, October 12, 2011

..update berat lagi..

Nak update berat lagi...lalala..guess what..timbang tadi ilang lagi 500gm..dah dapat kembali ke berat asal..syukurrr... Tapi nak turun lagi. Diet must go on..at least sampai Jumaat ni..terbabas seskit takpe. Semalam pun saya makan limau sunkist sesuka hati tanpa rasa bersalah. Menu saya semalam yang saya rasa ok la:

Breakfast:
1 biji telur rebus masak sambal

Morning break:
2 ketul cucur udang (mak buat)

Lunch:
Seketul ayam goreng rempah
Sayur bayam
Kacang bendi
Sambal belacan

Tea break:
Sepeket kacang tanah berempah

Dinner:
Ketam
Ikan goreng
Kerabu umbut kelapa
Keropok ikan
Limau sunkist

** Air kosong secukupnya dalam 3-4 liter

Kenyang gak..and loose weight as well...best..best. Rasanya carbs intake lebih skit tapi still menjadi. Cuma jauhkan nasik. Kalau makan nasik..hancusss la. Tak pegi gym pun sebab kemas bilik tak abis lagi. Hari ni lak ada kene attend seminar kul 8.30pm kat Hotel Sunway Seberang Jaya so tak boleh lagi gi gym. Esok kot insyaAllah.

Bilik saya dah berubah wajah sikit tapi still lum abis kemas. Tapi ada semangat lain di situ...semangat baru hadir bila ada perubahan. Kalau rajin saya snap gambar bilik ni bila dah siap kemas.

Monday, October 10, 2011

..another 700gm..

Saya kene food poisoning hari Sabtu lepas..kerap betul kene food poisoning tahun ni..isk. Tapi kali ni saya tak muntah cuma cirit-birit yg melampau. Sekejap² nak pegi toilet..rasanya adala dalam 10x or maybe more..sampai takde apa yang nak dibuangkan. Saya tak lalu makan oily food. Atkins saya ke mana ntah sebab saya perlu makan tapi bukan ayam or telur sume..x lalu. Dah sakit kan. So hasilnya..hilang lagi 700gm. Hilang sebab sakit tapi still hilang gak kan. Best jugak bila berat dah dekat² nak sampai berat asal lepas puasa hari tu.

Saya suspect food poisoning sebab makanan dari cafe sebab tu la makanan terakhir saya hari Jumaat lepas. Malam saya tak makan pape. Sabtu pagi dah kene. Isk..cafe yang sama masa saya kene food poisoning last year. Saya amik lauk ikan temenung masak sweet sour dan sayur pucuk paku masak lemak. Adakah saya perlu boikot cafe tu? Ke perut saya yang tak tahan..isk. Yang pastinya, tak nak makan dah kat cafe tu. Jadi fobia la pulak. Tapi selama ni memang opis saya dok order/cater makanan dari cafe tu untuk pape event.

Hari ni nak cari makan kat tempat lain la pulak. Hari ni..pakai blazer kaler merah n seluar putih. Nak pinjam semangat warna merah..semangat membara..nak lawan mood Monday blues. Hari ni nak kemas bilik dan start with new environment. Go..go!!

Kemas jadi camni pun lawa gak kan..

Friday, October 7, 2011

..budget 2012 update: bonus setengah bulan gaji..


Alhamdulillah..kakitangan kerajaan macam saya dapatla setengah bulan gaji dan juga kenaikan gaji antara 7%-13%. Kenaikan gaji tu tak detail lak gred mana2 tp saya ada instinct yg saya dapat 7% je..huhu. Takpe..at least lega sikitla bila nak bayar rumah bulan2 starting from next month.

Antara lain yg sy dgr adalah bantuan sebanyak RM5K kepada mana2 kakitgn awam yg ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD secara separuh masa. Kene mohon sebab seat limited. Hmm..macam nak mohonla. Nak berubah kan..:)

Detail budget yg lain kene tgk berita la malam ni n baca paper esok.

..budget 2012: live streaming..

Boleh tengok bajet 2012 live streaming kat sini...

http://live.tv3.com.my/bajet2012/live.asp

Baru start tengok..isk..x sabar lak nak tahu apakah yg best...

..dia untukku..


Semalam tengok Manisnya Kurma ini Semanis Kurma..tajuk dia best jugak..

Arnab suka makan muruku.
Tajuk kita malam ni..Dia Untukku..

Lawak jugak pantun derang ni. Hmm..best pengisian dia sebab memang kenala dengan saya ni. Siapakah dia untukku tu ye. Tetamu jemputan semalam adalah Ustaz Asyraf, juara Imam Muda musim pertama with his wife yang sangat la cantik dan lembut. Dia dah preggie 8 bulan.

Antara yang saya dapat semalam adalah sikit tips² untuk mendapatkan jodoh yang terbaik:

Solat Istikharah bukan untuk memilih jodoh antara dua calon. Tapi untuk mendapatkan bantuan dalam menentukan halatuju hidup kita tak kira dalam soal jodoh, kerja, rezeki, hidup dan sebagainya. So kene salu solat istikarah la sekarang ni ye. Lepas tu ada doa yang boleh diamalkan.

  • Surah Toha, ayat 131 & 132
  • Surah Al-Mukminun, ayat 29
  • Surah Anbiya', ayat 89

Surah Toha, ayat 132 & 132

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى

131: Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
132: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Al-Mukminun, ayat 29

وَقُل رَّبِّ أَنزِلْنِي مُنزَلاً مُّبَارَكاً وَأَنتَ خَيْرُ الْمُنزِلِينَ
29: Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat '.


Surah Anbiya', ayat 89

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
89: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: 'Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi'.


 Credit to http://www.mymasjid.net.my/al-quran/.

..700gm in 3 days..

Hari ni..after 3 days not-strict-Atkins..I manage to loose another 400gm..so total 700gm in 3 days..not bad, huh.

Semalam tak pegi gym..sebab? Memang asal nak pegi tapi semalam saya dilanda sindrom bengong dan malas terlampau tahap cipan. Ditambah pulak dengan phone call dari staff kat gym tu. Saya saje x angkat phone. Mesti nak tanya ttg decission saya sama ada nak proceed atau tidak dengan package ribu² hari tu. Isk..serabut². Memang tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Huhu.

Hari ni asalnya nak pegi..tapi....isk..banyak tapi la pulak kan.... Tapi..hari ni ada budget 2012. Nak dengar la..nanti salu ujung² ada la berita gumbira or sedih utk kakitangan kerajaan macam saya ni. Pegi gym pun x tenteram..huhu. Semalam actually dah rasa nak giveup dah Atkins. Tingin nak makan junkfood tapi cakap dalam hati..sabar..sabar... Bila tengok penimbang pagi tadi..rasa bersemangat nak teruskan. At least 2 weeks kan..insyaAllah saya cuba. So hari ni..ceria²kan diri..ye..smile..:)

..ayah steve jobs Islam?..

Dah meninggal dah Steve Jobs..pengasas Apple, at the age of 56 disebabkan kanser pankreas. Muda lagi. Tapi normally orang bijak² dan terkenal mati awal. Ada jugak produk Apple yang saya guna..iPod n iPad..baru² ni je la. iPod beli sendiri, iPad menang peraduan (adik yang menang).

Saya baru dengar kat IKIM tadi, deejay Pian cakap biological father Steve Jobs is a Muslim. Hmm..saya pun google la cari. Hmm..memang betul. Nama ayah dia Abdulfattah John Jandali, a Syirian Muslim dan merupakan professor sains politik di University of Nevada dan kemudian jadi vice president Boomtown Hotel Casino, Reno, Nevada. Actually Steve Jobs is an out of wedlock baby. Mak dia Joanne Simpson, graduan Amerika berketurunan Swiss dan Jerman. The couple later kawin lepas ayah Joane meninggal dunia. Kiranya biological parents dah siap² pandai.

Later he was adopted by Paul Jobs and Clara Jobs. Paul Jobs is a machinist from Midwest. Mula² mak Steve Jobs, Joanne tak bagi sebab dia nak cari family yang well educated to raise her child but then she agreed under the firm condition that later they send him to college.

Hmm..asalnya..bakanya Steve Jobs ni dari Muslim flesh jugak even yang jenis tak bape kuat iman sangat. Tapi tak tau la sekarang..kot² dah insaf, kan.

Steve Jobs in memory
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Steve_Jobshttp://allaboutstevejobs.com/

Thursday, October 6, 2011

..bila ia terjadi..

Apakah yang terjadi..erk..

Ala..takde apa pun..just rasa puas bila bijik kecil yang lama ada di muka ni dapat dipecahkan hari ni. Bukan jerawat biasa..ntahla jenis apakah itu. Berbulan² bermaustatin di muka saya..dan ia liat. Hari ni belek² muka..tetiba boleh lak pecah..ada ketulan bijik keras di dalamnya. Lega. Hopefully jangan ada parut la. Tapi perasaan puas sangat sebab bila pegang pipi tak rasa ketulan tu dah. Haha..cite ni pun nak masuk blog.

Lagi satu..apa yang terjadi..hmm..saya pegi gym sehari..tapi saya rasa badan ringan lak..boleh lak berlari atas treadmill..salu tu jalan cepat je..bila lari rasa best satu macam.. Cycling lak rasa penat..huhu. It's a good start I guess. Dan berat? Hmm..setelah 2 hari Atkins dan satu hari exercise kat gym..ilangla 300gm..jadila kan. Kali ni saya tak ikut sangat diet Atkins. Saya amik jugak buah dan sayur² yang agak tinggi carbs. Janji nama sayur. Alhamdulillah.

Tapi yang tak bestnye..masa pegi gym hari tu..ada pulak staff kt situ suggest saya ikut intensive training so boleh capai berat ideal saya dengan sihat. Memang la bagus tapi feesnye..paling murah RM3k++ for 3 months..tapi dia suggest amik RM6K++ for 6 months. Isk..mahal gila. Kononnya boleh buat installment. Gila apa..abis tu bulan² saya nak makan apa? Tak nak hutang dah..tanakkkkkk. Hmm..on that day selamat ngelakkan diri kononnya cakap nak pk dulu. Hari ni nak gi gym lg...hmm..alasan apa lak nak bagi. Memang la berat saya ni terlebih skit BMI tapi sikit je...lagi 5kg kurang..rasa boleh dah meet BMI, rasanya saya boleh capai. Tapi tu la..apa alasan terbaik nak elak ni..hmm..come on..think²..kalau berterus terang je..I can't afford..too expensive and I have no budget for this package...boleh gak kan?

Ada lagi satu yang terjadi..hmm... Mimpi...hehe..semalam saya mimpi dalam mimpi tapi ingat² lupa lak. Saya mimpi terlepas flight nak gi meeting kat Korea sebab tertinggal passport kat rumah. Ex-bf saya yang hantar saya balik amik naik motor...haha..tapi still x sempat. Tapi sempat lagi singgah beli pizza hut tapi kat pizza hut tu ada jual bun coklat. Then lepas tu tersedar dari mimpi kot..tapi still dalam mimpi..dapat lak nota 'love' dari smbody yg saya admire dari jauh. Dalam mimpi tu bebunga² je hati..haha..bangun tdo pun berbunga jugak. Apakah?

So hari ni datang keje..ceria je. Mimpi pun leh jadi pemangkin pada hati yang ceria eh. Lalala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...