Yeah...new year datang lagi..so normally kalau new year mesti ada ada new resolution kan..
Hmm..back to 2011..I just carry forward 2010 resolution..but this year..kene tengok balik and update..
@ Nak loose weight..
--> Pencapaian: Dah tercapai separuh..7kg..tp naik 2kg balik..isk...tapi dh start Atkins..today..
--> Tindakan: Go Atkins diet + gym.
@ Rancang setiap kerja yang dilakukan dan siapkan tanpa bertangguh.
--> Pencapaian: Tak berapa mencapai..huhu.
--> Tindakan: Kuatkan azam..selesaikan semua tugas bermula dengan yang mudah dan tanamkan sifat bertanggungjawab.
@ Teruskan pelajaran di peringkat Master
--> Pencapaian: Try mohon cuti belajar bergaji penuh tapi boss tak bagi.
--> Tindakan: Akan diusahakan utk part time.
@ Kurangkan shopping
--> Tindakan: Tambahkan simpanan.
--> Pencapaian: Tak bape menjadi, tapi ada jugak reserve duit sikit utk pasang grill rumah.
--> Tindakan: Digugurkan sebab rumah dah start bayar..huhu.
@ Selesaikan hutang credit card
--> Pencapaian: Berjaya settle tapi ada pulak yang baru.
--> Tindakan: Guna duit claim untuk bayar.
@ Pergi umrah pada bulan Mac
--> Pencapaian: Tak pegi² lagi sebab ada halangan, tapi insyaallah 22 Mac 2012 ni.
--> Tindakan: Kumpul duit extra dan tingkatkan pembacaan dan pengetahuan bagaimana menunaikan ibadah tersebut.
@ Rajin bangun untuk solat sunat di awal pagi
--> Pencapaian: Kadang buat kadang tidak tapi ada jugak pencapaian.
--> Tindakan: Tidur awal setiap malam dan bangun bila jam bunyi.
@ Teruskan amal solat sunat dhuha
--> Pencapaian: Tahun² sebelumnya ada pencapaian, jarang miss. Dah ada kesedaran kot.
--> Tindakan: Istiqamah.
@ Baca Yassin dan surah Al-Mulk setiap pagi
--> Pencapaian: Tak dapat buat sebab selalu kalut nak datang keje.
--> Tindakan: Bangun awal dan seterika baju siap² untuk seminggu.@ Baca Al-Quran-surah Al-Mulk/Al-Waqiah setiap malam selepas Maghrib/Isyak
--> Pencapaian: Tak dapat buat sebab selalu malas.
--> Tindakan: Mandi awal dan kuatkan semangat.
@ Amalkan rutin mengemas bilik kat rumah dan opis setiap hari
--> Pencapaian: Bilik opis berkemas tapi bilik kat rumah tak.
--> Tindakan: Jadikan rutin mingguan.
@ Belajar masak..ingatkan nak belajar satu menu seminggu (akan ditingkatkan)
--> Pencapaian: Gagal sebab hangat² tahi ayam dan malas.
--> Tindakan: Wajib ada di dapur setiap hari.
--> Pencapaian: Gagal, keahlian pun dah tamat.
--> Tindakan: Digugurkan.
@ Online business..
--> Pencapaian: Gagal, tapi nak tukar jual bende lain yang akan difikirkan.
--> Tindakan: Tukar bende lain untuk dijual. Dah nampak satu bisnes tapi kene pegi kursus dulu.
@ Rajin dan bersemangat
--> Pencapaian: Semangat selalu naik turun.
--> Tindakan: Bilik yang kemas yang menjadi pemangkin kepada semangat.
@ Kawal perasaan marah dan jangan lepaskan pada orang
--> Pencapaian: Getting better, selalu berfikir sebelum lepaskan kemarahan.
--> Tindakan: Istiqamah dan banyakkan istighfar.
@ Sabar, jangan kerap potong cakap orang dan bertindak defensive, dengar dan bagi komen kemudian
--> Pencapaian: Getting better.
--> Tindakan: Istiqamah dan banyakkan bersabar.
@ Mendirikan rumahtangga
--> Pencapaian: Setakat hujung 2011 dan awal 2012 ni, I've met someone. Hopefully he's the one.
--> Tindakan: Teruskan berdoa akan diberi keupayaan untuk membuat pilihan yang tepat.
New resolution added:
@ Solat awal waktu
--> Tindakan: Dengar azan je, dah bersiap untuk solat. Jangan tangguh² dan solat di akhir waktu.
@ Datang awal ke pejabat
--> Tindakan: Bangun awal. Sebelum ni asyik lambat je..sangat lambat. Apa nak jadi ni...huhu.
@ Kosongkan wardrobe
--> Tindakan: Pack baju lama² dan jual/sedekah. Buang semua bende yang dah lama tak sentuh.
So ada 20 resolution..ada yang digugurkan, ditambahbaik dan baru. Hopefully tercapai and may 2012 shines. Happy New Year to all!!
No comments:
Post a Comment