Amik ko..48 jam non-stop cite tu je. For me berbaloi jugak la sebab berbanding kalau nak gi tgk kat panggung...
- Salu takleh nak pegi tgk kat panggung sebab takde teman
- Kalau pegi, duit bukan abis kat movie je..biasala..dah namanya kuar kan..mesti ada bende lain dibeli
- Nak tengok bila² pun takpe..nak ulang tgk ke kot ada part yang termiss or tak paham sebab saya jenis blur skit
Bagi saya cite Ngangkung tu bestttt..sebab ada Shaheizy Sam..suka tgk dia. Cite hantu yang lawak tapi tak bape bodoh macam Jangan Pandang Belakang Congkak yg saya tgk kat tv hari tu..sangatla bodoh dan memperbodohkan. So kalau dapat kutipan RM8juta tu mmg layak la sangat.
Saya paling suka part Shaheizy Sam menari² masa dapat tau nombor ekor dia mengena..cute and satu lagi masa scene hantu muncul di rumah Azad n wife masa tengah pegang lembing tu..pengucapan dialog tu masa tu cute dan bersahaja, then part Lan Pet Pet as bomoh naik balik rumah tu utk tgkp gambar that couple..nak masuk dalam Facebook katanya..haha..lawak tak ingat.
Overall..menghiburkan. Saya tak pentingkan mesej sangat..ala..tak payah mesej² pun..janji jangan memperbodohkan audience. Two thumbs up for this movie as well as Astro First. Lepas ni tak payah la gi panggung utk tgk movie..tapi lagi best kalau ada sekali pakej cite omputih..lagi meletup wa cakap lu..hehe..
Sinopsis Ngangkung..
Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor. Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.-Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment