..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Sunday, January 16, 2011

..khurafat..

Petang tadi, gi tgk cite Khurafat dengan adik.  Dengar kata best..since adik dah ajak..so pegi je la..lewat 15mins..huhu.  Cite dia biasa2 je bagi saya..ada elemen terkejut, takut..lakonan x bape best..tu sebab rasa biasa2 saja..

The synopsis..

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan
dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.


Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?
 


Credit to http://prodigiousburnsoul.blogspot.com 

** tak nak letak gambar..huhu.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (59) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...