..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, January 11, 2011

..hantu kak limah balik rumah..

Lama gila tak tgk movie kat cinema..asal nak gi mesti xde sape nak temankan.  Banyak gak cite yg saya miss.  Nak buat camne, xde rezeki nak tgk.  Nanti download je la kot..hari tu tingin nak tgk cite Rapunzel 3D tu..tapi x kan nak pegi sorang2 kot.

Tapi, semalam masa lunch, tetiba keinginan untuk tgk movie membuak2.  Saya call 'dia' and ajak dia teman tgk, since cite tu start kul 5.45pm n dijangka abis kul 7.15pm..so ngam2 la Maghrib..tak payah balik malam *mak x bagi blk mlm..in fact tgk wayang dengan 'dia' pn mak x bagi*.  Saya tengok cite hantu kak limah, macam tajuk entry ni sebab ramai orang cakap best n kutipan pn dh byk juta.  'Dia' pn macam tingin nak tgk sebab kwn2 dia rekomen cakap best..cite Melayu yang tak rugi nak tgk.  This the first movie that I watched with him.

So, rush la pegi TGV Cinemas kat AEON Seberang Perai..saya kuar terlambat sikit dari opis sebab ada amanat tahunan dari Vice Chancellor..melalut panjang lak dia..so kalut gile..dalam kalut2 tu boleh lak salah jalan..dengan kete yang sangat banyak..  'Dia' dah sampai kul 5.30pm..saya..hmmm..kul 5.58pm baru sampai..haha..cian dia tunggu..katanya dah berakar tunggu saya..dia dh siap beli tiket..so we all masuk lambat la skit..

Cite tu...hmm..the synopis taken from http://anakperak.com/.
Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?

For me, cite ni..hmm..kategori biasa2 je..taktau la kat mana attraction factor sampai kutipan jadi RM7 juta++.  Ada la seskit yang buat saya ketawa..part org yg paralyzed boleh lari tolak wheel chair sebab takut hantu, pastu masa hantu kak limah nyanyi lagu enjit2 semut, semua org yg nk bakar umah kak limah pn ikut nari sama..and lagi satu, style angkat tangan yang melintuk-liuk.  Yang lain..hmm..masih berfikir lagi..kat mana ye yang best sangat.  Si 'dia' pun cakap bende yang sama.  So kami sehati sejiwa la..ahakss..ngengada je saya ni.

Cite abis kul 7.30pm so kalut la saya balik lepas say thanks to him sebab banje tiket tu.  Tup2 hari ni, dia ckp dia x suka saya cakap timakasih kat dia sebab rasa macam orang asing.  Dia nak mesra2 gitu.  Isk2..boleh ke camtu.  Tu je la citenya..

2 comments:

shaz said...

emmm...ksha pi tengok gak ngan family... ok la nak buat orang gelak...leh release tensen.. part gaya depa lari tu...alif sampai tergelak..

Melur Putri said...

Hmm..ok la..menghiburkn jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...