..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, June 7, 2010

..cerita kenduri..

Musim-musim cuti sekolah ni, ramai sungguh orang kawin..musim kenduri sudah bermula..semua pakat nak buat kenduri..

Arakian tersebutlah kesah dua orang wanita yang excited nak pegi kenduri, seorang berbaju pink dan seorang lagi berbaju coklat. Setelah bersiap dan bermakeup, maka bertolaklah kedua-dua wanita ini ke rumah kenduri yang ingin dituju.

Sesampainya di kawasan kenduri, berbekalkan map dalam kad jemputan, mereka tercari2 lokasi sebenar kenduri tersebut. Lalu mereka terjumpa satu kawasan yang penuh dengan orang, so pastilah di situ destinasi yang dituju. Namun untuk memastikan ketepatan destinasi, maka bertanyalah seorang dari mereka pada salah seorang pakcik yang dah balik dari kenduri.

"Ni rumah Cikgu Kamil ke?"

Pakcik tu reply..

"Ya betul..kat situ."

So dengan confidentnya kedua² manusia ini berjalan lenggang-lenggok ke rumah kenduri tersebut. Sesampainya ke rumah pengantin, mereka sempat melihat pasangan pengantin berbaju kuning keemasan yang pada hemat mereka sangatlah cantik.

Wanita yang berbaju pink bertanya kepada seseorang dalam khemah, nak tuju ke mana sebab terdapat dua khemah yang agak jauh, ditakuti rumah yang berasingan. Rupa2nya itu adalah tuan rumah dan menjemput mereka untuk makan di mana2 khemah pun tak mengapa kerana kenduri yang sama. Tetiba wanita berbaju pink perasan ada yang tidak kena sedikit, lantas bertanya,

"Ni rumah Cikgu Kamil ke?"

Tuan rumah pun menjawab,

"Bukan, rumah Cikgu Kamil atas lagi."

Oppsssss..dan oppsss...tetapi tuan rumah tetap menjemput kedua² wanita itu untuk menjamu selera di kenduri tersebut. Kedua² wanita itu berasa sungguh malu dan menolak dengan lembut pelawaan tuan rumah lalu berlalu dengan pantas ke kereta. Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaa..salah kenduri..nasib baik belum makan lagi..pengalaman pertama bagi kedua² mereka..salah rumah kenduri...huhu....

-------------------------------------------------------------------------------
Senarai pelakon sketsa di atas:
Wanita berbaju pink - Mak saya
Wanita berbaju coklat - Saya
Lokasi: Kampung Nagalilit, Padang Serai (rumah kawan mak saya)

Tarikh: 5 Jun 2010

4 comments:

desperate mama said...

pakcik tu la yg salah kot... iye iye je reply kata 'ya'.... dah dua wanita anggun tu tersipu sipu di situ... hehehe

Melur Putri said...

A'ah..salah pakcik tu la..ntah² pakcik tu pun salah kenduri..huhu..

shaz said...

he..he..cam pernah jadi kat ksha gak... sesama la kita kena sorang skit no...
:)

Melur Putri said...

haha..pernah kene gak ke? ada geng..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...