AUSTIN - Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.
Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.
"Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram," kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.
"Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia," tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.- Agensi
** credit to Kosmo! Online
Huhu..mana pegi lemak dia semua ye..sian lak kene penyakit camtu..tapi best la leh menikmati semua jenis makanan..cuma muka dan badan la jadi cepat tua..hmm..tak nak la camtu..
Yang saya lak..pantang makan lebih sikit, mula la badan naik..agaknya kalau makan 15 minit sekali..badan confirm rupa tong drum..huhu..dia teruja kalau berat naik 0.4kg..saya lak teruja kalau berat turun 0.4kg..dari 10kg yang saya target..jauh lagi perjalanan..hari ni gi gym..yes..yes..yes!!!