..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, August 27, 2013

..saya tak ada motivasi..??


Artikel ni saya ambil dari blog Wardina Safiyyah..semoga bermanfaat untuk bacaan semua..

Kadang kala ada yang merungut.."saya tak ada motivasi langsung Kak Dina” Apa itu motivasi? Mari kita cuba kenali. Motivasilah yang akan membimbing diri dan tingkahlaku kita, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi MOTIVASI mempunyai pengaruh yang sangat BESAR dalam menentukan masa depan dan kesejahteraan hidup kita semua.


Adakah anda orang yang penuh dengan motivasi atau sebaliknya? Moga Allah melindungi kita dari sifat malas dan tidak bermotivasi. Ahli psikologi mendefinasikan motivasi sebagai suatu proses dalaman yang akan mempengaruhi tingkahlaku “ the internal process that activates, guide and maintain behavior” Motivasi memberi kita SEBAB kenapa kita melakukan sesuatu perkara.

Saya belajar dari teori psikologi bahawa terdapat dua faktor motivasi yang akan mendorong kita melakukan sesuatu.

1) Motivasi DALAMAN (Internal)
2) Motivasi LUARAN (external)

Persoalan sekarang, biasanya apabila anda melakukan sesuatu, adakah anda bermotivasi dari dalam atau anda melakukannya kerana motivasi luaran?

Motivasi DALAMAN - ini lahir dari dalam jiwa kita secara semulajadi. Ini termaksuklah keperluan fisiologi kepada makanan dan minuman, keperluan psikologi dan keperluan sosial. Ianya lahir dari minat.. minat datangnya dari dalam. Apabila kita berMINAT dengan agama, maka kita bermotivasi untuk belajar mengenainya. Kita minat dengan muzik kita bermotivasi untuk menghafal dan ambil tahu tanpa apapun bayaran.Dan apabila minat itu lahir dari dalam kita biasanya tak perlukan apa-apa habuan pun tidak mengapa, kita tak kisah. Katalah pelukis, minat sangat melukis habis berjam-jam melukis, tak makan, tak minum tak apa, kadangkala bukannya ada orang beli pun, tapi dia tetap buat dan si pelukis ini puas. Puasnya datang dari dalam. Puas hati dan gembira. Ada orang suka tolong orang, suka jadi sukarelawan, tak dapat apa pun tapi dia MINAT. Jadi MINAT merupakan salah satu faktor penting yang akan mendorong kita. Tanya kembali-apa yang anda minat?



Motivasi LUARAN - pula datangnya dari persekitaran. Dari habuan, hadiah, insentif ganjaran, takut hukuman, pujian. Misalnya belajar sebab nak A bukan sebab MINAT belajar, itu pun faktor luaran juga. Motivasi luaran boleh jadi sesuatu yang berbentuk material atau tidak. Pujian bukan material tetapi ia tetap dikira sebagai habuan. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu atau untuk mengelak hukuman. Ianya berbeza dari motivasi dalaman.

Hari ini saya ingin mengajak pembaca dan diri saya untuk melakukan sesuatu dan untuk kita bersama-sama mencari motivasi dalaman kita. MOTIF kita BUKAN untuk mendapatkan benda semata.

Ada kritikan pedas yang diberikan oleh pakar mengenai motivasi luaran. Jika kita melakukan sesuatu hanya untuk habuan…berhati-hati kerana MOTIVASI LUARAN MENCURI MOTIVASI DALAMAN.

Contoh?
Kata seorang ahli sukan (Deckers, 2005) “Saya dahulu suka sangat bersukan, sehingga lah saya dibayar, kemudian saya melakukannya kerana wang bukan lagi kerana minat”

Satu kajian menunjukkan bahawa guru yang bekerja untuk wang lebih SUKAR dan mengambil masa yang lebih LAMA unuk mencari idea, cepat marah dan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dari mereka yang tidak dibayar/tidak melakukannya kerana wang” –Chicago Erikson Institute Advanced Studies in Child Development-


Tapi tak semua ganjaran itu buruk, ianya kadangkala memang diperlukan. Namun saya tetap berpendapat bahawa ganjaran dalaman adalah jauh lebih baik seperti kata arwah mendiang Steve Jobs – “Do something because you love it…OR if you don’t, find a way to love it.” 

Cari jalan untuk suka apa yang kita lakukan, Seperti kata Prof Al Mahdi pengasas Khalifah Method. Anak-anak kita (diri kita juga) perlu dilatih memberi ganjaran sendiri apabila kita melakukan kebaikan dan meninggalkan dosa. Gembira dari dalam bila kita buat baik dan sedih dari dalam bila kita buat benda yang tidak baik.

Perlu juga diingat bahawa motivasi kita ini sering berubah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Manusia ini tak pernah statik. Iman turun naik, motivasi pun apatah lagi. Motivasi kita melakukan sesuatu banyak berkait rapat dengan EMOSI kita. Jika kita gembira biasanya motivasi akan naik kerana hormon seperti dopamine dan serotonin juga naik. Bila kita sedih kita rasa penat dan tak bermaya, jadi ini juga akan mempengaruhi motivasi kita. Walaupun tak semestinya kerana kadangkala kekecewaan, kegagalan dan kesedihan memberi kita lebih banyak motivasi untuk merubah diri dan berjaya.

Tetapi apakah motivasi paling berkesan untuk saya? Itulah dia janji dan ayat Allah di dalam Quran… bukalah baca.. baca dan bacalah lagi dan lagi.

Dua ayat pendek ini cukup untuk memberi saya dan seharusnya kita semua motivasi. Ayat Quran penuh dengan motivasi… penuh dengan pengharapan dan peringatan.

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya” “Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah nescaya dia akan melihat balasannya” 99:7-8

Zarah itu kecil, terlalu kecil..oh sungguh kecil! Orang Islam didorong dan bermotivasi kerana Iman. Apa khabar Iman kita?. Tanya diri apabila kita tidak bermotivasi.

Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...