..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, January 31, 2012

..entry terakhir januari 2012..

Alhamdulillah..saya dah berjaya memberanikan diri melunaskan mission ni tadi. Saya tau x baik hampakan perasaan orang. Sekarang dah rasa bersalah. Tapi kene fikir masa depan juga dan jangan permainkan hati orang macam pernah orang buat kat saya dulu. Perit rasa. Biar cakap awal2, walaupun ada perasaan yang terguris tapi luka tak dalam dan boleh sembuh dengan cepat.

Semoga ini yang terbaik untuk semua dan ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

..day 3 | your idea of the perfect first date..

This theme is tricky. Perfect first date eh. Apa ye. Saya ni banyak kali dah first date..huhu. Tapi tak jugak menjadi sampai la umur dah 3 series. Belum jodoh la tu.

Jap nak ingat balik first date yang pernah saya lalui....hmmm..satu pun tak bape best..leh? Hehe..

The perfect first date in my imagination......

He ask to meet after a number of sms and phone calls to know briefly about each other. I'm wearing something that reflects my character. He dress up casually not just 'asal boleh'. We meet at a classy cafe. Starbucks, Coffee Bean will do as well as I like coffees. He brings a lovely rose, red color as a first date gift. He pulls put chair for me. He asks me what to eat/drink and will order his order the same as mine. We chat about ourselves. Later, of course he will pay the bill.

After the we go out of the cafe, he will accompany me to my car. After an hour we went out, he will call asking whether I'm already home or not and asking for the next date.

How sweet..:)

..what is my breakfast for today..?


Pizza ke? Taklah..bukan pizza..diet Atkins mana leh makan pizza. Telur dadar je dgn sosej. Sedapppp...

Cara-cara nak buat..senang je.

Bahan-bahan:
  • Sebiji telur
  • Sebatang sosej
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Capsicum
  • Sekeping cheese
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
Cara-cara:
  • Sosej dipotong bulat dan dan digoreng dengan sedikit minyak dalam non stick pan.
  • Ketepikan di sebelah pan.
  • Masukkan bawang, tomato, cili hijau, capsicum dalam pan sekejap.
  • Pukul telur, masukkan sedikit garam dan masukkan ke dalam pan. Gaulkan sekali dengan sosej dan bahan-bahan lain.
  • Biar telur memenuhi keseluruhan pan.
  • Taburkan cheese yang dipotong kecil².
  • Taburkan serbuk lada hitam.
  • Agak² dah masak, lipat dua.
  • Siappp.

Senang dan ringkas untuk bawak bekal for breakfast.

Monday, January 30, 2012

..dengan ini saya berjanji bahawa..

Dengan ini saya berjanji bahawa bermulanya hari ini, saat ini..saya akan memulakan diet Atkins dengan sesungguh hati kerana berat saya sudah mencapai tahap yang tidak diterima lagi. Last weekend saya dah makan dengan banyaknye sebab plan nak start diet hari ini.

Dengan sesungguh hatinya, saya perlu buat sesuatu dengan lemak2 yang sangat banyak ni. WAJIB!!

Breakfast saya pagi ni - telur 3/4 masak yang sudah menjadi telur 4/4 masak..huhu. Dan dimakan dengan kicap. Heaven! Tengah mencari resipi breakfast utk Atkins supaya tak boring pagi2 asyik makan telur rebus je..huhu.

Kalau jumpa yang best, saya akan share kat sini.

Saya tahu saya boleh buat. Saya tahu sebab saya pernah buat. Saya kene kuat semangat. Hari ni hari pertama Atkins!

..ajl 26 milik awan nano..

Baru habis tengok AJL 26. Not bad..semua yang nyanyi best2 sampai tak boleh nak predict sape yang boleh menang..tapi result dah menentukan Awan Nano by Hafiz, composed by M.Nasir and lyric by Budi Hekayat menangggggggg!! Agaknye kalau M.Nasir masuk AJL..orang lain takde harapan la ye.

Keputusan penuh AJL 26:

Tempat pertama: Awan Nano, Hafiz
Tempat kedua: Beribu Sesalan, 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura)
Tempat ketiga: Karma, Faizal Tahir
Vokal terbaik: Hafiz, Awan Nano
Persembahan terbaik: Alyah, Kisah Hati

Puas hati gak dengan result AJL 26 ni compare to last year. Power aa Hafiz, dua tahun berturut2 menang vokal terbaik. Sempoi je dia pakai t-shirt and track suit sebab ikut tema persembahan Awan Nano. Kasut pn tak pakai rasanya. Save budget..hehe..tengok2 dapat jadi Juara Lagu..mesti dia terkejut tahap maksimum.  Tak sempat nak dress properly. Suka tengok rambut Hafiz kali ini..salu dia ikat..x bpe suka tengok.
Anyway..congrats Hafiz!!

Congrats Hafiz!! (pic credit to rotikaya.com)

Friday, January 27, 2012

..pendapat golongan muda vs veteran..

Kadang2 kita ada pendapat berdasarkan pembacaan kita dari various sources. Zaman internet ni, semua maklumat di hujung jari. Kesahihannya agak meragukan, terpulang kepada kita sama ada mempercayainya atau tidak. Untuk mempunyai skill menapis, kita perlu banyak pengetahuan yang diperoleh dari pembacaan dan pengalaman. Dan sebagai seorang yang berusia awal 30-an, saya rasa agak yakin untuk melontarkan pendapat dari segi kepincangan yang berlaku dalam sesebuah organisasi, pengurusan dan sebagainya.

Tetapi apabila pendapat saya hasil dari sumber pembacaan disangkal oleh orang yang lebih tua dan mempunyai banyak pengalaman dan kekal berpegang pada fahaman dahulu yang tidak boleh dirobek, saya rasa hak saya seolah2 dinafikan. Saya menghormati golongan veteran selaku mereka yang lebih banyak makan garam dari saya, tetapi sekurang2nya hormati hak saya. Saya tak paksa orang menerima pendapat saya, cuma berikan sedikit ruang untuk menyuarakannya, bukan terus menolak 100%.

Saya rasa sikap begini yang membunuh kreativiti setiap anak muda yang cuba mengetengahkan idea2 yang segar dan membetulkan kesilapan yang pernah dibuat oleh orang sebelumnya. Senario ini yang berlaku dalam kebanyakan jabatan kerajaan yang menyebabkan sistem pentadbiran yang kurang cekap gagal diubah. Adakah perlu tunggu sehingga golongan veteran ini pencen baru perubahan dapat dilakukan? Tidak dinafikan, golongan ini perlu menjadi penasihat berdasarkan pengalaman tetapi pada masa yang sama perlu membuka minda menerima perubahan.

Ini sekadar pendapat saya sebagai belia yang rasa bertanggungjawab dalam peranannya sebagai seorang rakyat di bumi bertuah ini.

..keep your head up..

I've been waiting on the sunset
Bills on my mindset
I can't deny they're getting high
Higher than my income
My income's breadcrumbs
I've been trying to survive
The glow that the sun gives
Right around sunset
Helps me realize
This is just a journey
Drop your worries
You are gonna turn out fine.
Oh, you'll turn out fine.
Fine, oh, you'll turn out fine.

But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
You gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
I know it's hard, know it's hard,
To remember sometimes,
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

I've got my hands in my pockets,
Kickin' these rocks.
It's kinda hard to watch this life go by.
I'm buyin' in the skeptics,
Skeptics mess with,
The confidence in my eyes
I'm seeing all the angles,
Starts to get tangled
I start to compromise
My life and the purpose.
Is it all worth it,
Am I gonna turn out fine?

Oh, you'll turn out fine.
Fine, oh, you'll turn out fine.
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
You gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
I know it's hard, know it's hard,
To remember sometimes,
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

Only rainbows after rain
The sun will always come again.
It's a circle, circling,
Around again, it comes around again.
I say only rainbows after rain
The sun will always come again.
It's a circle, circling,
Around again, it comes around

But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
You gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
I know it's hard, know it's hard,
To remember sometimes,
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

Keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
Keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
Keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

I said ohhhh no no no no

Saya dah salu dengar lagu ni tapi tak pernah hayati lirik. Tapi tadi baru dapat email from my BFF..the one and only Lina. Baru saya hayati lirik..lagu semangat rupanya..pelangi akan datang selepas hujan dan matahari akan bersinar semula..yeahh...I believe in that..akan ada sinar di hujung sana..

..day 2 | your favorite movie..

Hari kedua blog 30 days blog challenge. My favorite movie is..ada lebih dari satu la..hehe..boleh la...

The first one is..MY BEST FRIEND WEDDING with Julia Roberts, Dermot Mulroney, Cameron Diaz and Rupert Everett. Cite ni..hmm..what can I say..tengok banyak kali pun tak jemu. Jatuh chenta kat Dermot Mulroney tapi dia tak banyak berlakon cite lain pun..ke saya yang x tau eh..and of course the main actress Julia Roberts..sukaa sangat.
Sinopsis cite ni adalah tentang Julianne (Julia Roberts) berharap boleh kawin dengan kawan baik lama dia..Michael (Dermot Mulroney) lepas lama x jumpa. Tapi rupanya Michael dah jumpa calon isteri..Kimberly (Cameron Diaz). Michael mintak Julianne jadi pengapit. So dia amik peluang tu tu untuk mengkacau-bilaukan hubungan Michael-Kimberly. Macam² helah dan trick yang dia buat dan dia dapat sokongan dari kawan baik dia, George (Rupert Everett) which is a gay. But at last, Michael kawin gak dengan Kimberly. Serius sayu gak cite ni, even banyak komedi..satu kesah cinta yang tak kesampaian. Cite ni cite tahun 1997, masa saya baru 2nd year study. Sampai sekarang pun saya suka tengok. Banyak lagu best²..saya siap beli lagi kaset soundtrack dia. Antara lagu yang saya ingat..I'll Say A Little Prayer, Wishing and Hoping, The Way You Look Tonight, What The World Need Now Is Love, I Just Don't Know What To Do With Myself.

Babak yang paling best and romantic ever..


The second movie is..DILWALE DULHANIYA LE JAYENGE. Publish in 1995 tapi saya tak tau lagi kewujudan cite tu masa tu. Saya hanya tau somewehere around 1996-1997 masa study gak sebab kawan saya minat gila cite tu sampai sanggup beli CD harga RM40. Zaman study dulu RM40 kira mahal gila la. Saya pun pinjam la untuk tengok. Masa tu takde subtitle tapi faham gak bila tengok the acting and ada kawan yang tolong translate and cite..so kira ok la. Sampai sekarang, kalau ada tayang kat TV saya mesti nak tengok jugak. Tapi kalau TV3 salu banyak cut..huhu..tak best.

Pelakon²nya adalah Shahrukh Khan and Kajol. Saya sukaaa sangat derang dua ni. Kiranya tengok sampai nangis² la. Cite dia tentang sorang gadis India, Simran (Kajol) yang dibesarkan di London akan dikahwinkan dengan jodoh yang ditetapkan ayahnya yang sangat garang di Punjab. Sebelum kahwin, dia mintak permission ayah dia untuk tour Europe dengan kawan². Masa tour tu, dia terjumpa Raj (Shahrukh Khan) dalam incident tertinggal train. So dari situ la derang rapat. Masing² ada rasa chenta tapi tak nak ngaku. Bila dah balik rumah, ayah Simran marah sangat bila dapat tau Simran ada hati kat orang lain so dengan cepatnye dia bawak balik Punjab nak bagi kawin dengan jodoh yang dah ditetapkan. Demi chenta, Raj sanggup pegi Punjab untuk pikat hati Simran dan jugak family dia walaupun derang dalam persediaan untuk kahwin. But knowing Shahrukh Khan dalam filem² dia..mesti dia dapat punya chenta hati dia walaupun dah jadi milik orang..hehe..biasa la.
Lagu cite ni pun sangatla sedap..antaranya Ho Gaya Hai Tujhko To Pyaar Sajna, Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam, Mehndi Laga Ke Rakhna (suka gila lagu ni). Cite ni cite paling lama ditayangkan di India..sampai tahun 2011 pun masih ditayangkan di Maratha Mandir theatre in Mumbai. (Sumber dari sini)


My favorite song ever..

and also this..

Thursday, January 26, 2012

..petua permudahkan jodoh..

Tadi sempat tengok Semanis Kurma tajuk Andartu@Bermadu..which is dua2 sebolehnya saya tak nak. Tetamu jemputan adalah Maznah Zolkifli, bekas pengacara tv3 dulu..and kalau tak salah dia Duta Belia Negara. She's 36. Sorang lagi tetamu ialah Prof Izi Hj Ali.

Petua untuk memudahkan jodoh dari Ustaz Akasyah..6T:

Tabah, Tenang, Tersusun, Tekun, Tawaduk, Telus

9 amalan ringan jodoh dari Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah:

1. Doa setiap kali solat 5 waktu
2. Doa waktu tgh mlm
3. Mohon ibu bapa tolong doakan
4. Puasa semasa hari lahir - puasa hajat
5. Solat sunat taubat
6. Pohon restu ibu bapa
7. Amalkan membaca surah Yunus, ayat 18
8. Amalkan membaca surah Az-Zarriyat, ayat 22
9. Amalkan membaca surah Yusuf, ayat 4.

Untuk elakkan sihir dikhuatiri penyebab terhalang jodoh..baca surah Al-Qasas, ayat 24.

Best gak bila ustazah bagi nama baru bagi golongan ni..bukan andartu, bukan andalusia tapi ANDALIA - Anak Dara Mulia. Maznah lak suh panggil single lady.

Semoga semuanya dapat dimudahkan..insyaAllah..aminn.

..day 1 | your favorite song..

Hari ni saya start cabaran 30 days..my favorite song..it can be more than one kot eh.

My first one is..SERIBU BAYANGAN by DAMASUTRA.
Dengar lagu ni kan..syahdu je. Saya suka sangat lirik dan melodi dia. Lagu kesukaan zaman berzaman.


Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti
Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya
Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya
Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina
Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa
Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


The second one is..WHAT IF by KATE WINSLET.
Even Kate Winslet's vocal it not that superb..I love her husky voice..sexy..hehe..and of course the lyric and melody..somehow it really touch my heart.


Here I stand alone
With this weight upon my heart
And it will not go away
In my head I keep on looking back
Right back to the start
Wondering what it was that made you change
Well I tried
But I had to draw the line
And still this question keeps on spinning in my mind
What if I had never let you go
Would you be the man I used to know
If I'd stayed
If you'd tried
If we could only turn back time
But I guess we'll never know
Many roads to take
Some to joy
Some to heart-ache
Anyone can lose their way
And if I said that we could turn it back
Right back to the start
Would you take the chance and make the change
Do you think how it would have been sometimes
Do you pray that I'd never left your side
What if I had never let you go
Would you be the man I used to know
If I'd stayed
If you'd tried
If we could only turn back time
But I guess we'll never know
If only we could turn the hands of time
If I could take you back would you still be mine
'Cos I tried
But I had to draw the line
And still this question keep on spinning in my mind
What if I had never let you go
Would you be the man I used to know
What if I had never walked away
'Cos I still love you more than I can say
If I'd stayed
If you'd tried
If we could only turn back time
But I guess we'll never know
We'll never know

..bila lori takde..

Best sangat musim CNY..perbezaan yang ketara bagi saya yang drive 38km setiap hari pegi dan 38km balik keje melalui jalan kampung ini adalah...LORI TAKDE. Best sangat. perjalanan ambik masa 40 minit je..banding dengan kewujudan lori yang menyesakkan..it takes at least 50 mins to an hour. I hate those lorries..huhu.

Takde ke undang2 saying that all lorries can only be on the road starting from 9am onwards. During 7- 8.59am..you guys are prohibited from entering any road in Malaysia. Haha..boleh ke..suka suki saya je kan.

Kalau dapat buat la kan..bestnye..boleh mengurangkan kemalangan jalan raya..sebabnya normally lori ni la penyebab jalan jem, accident etc..ni based on my experience ye..after so many years travelling to work.

Tapi sape la nak baca blog saya ni kan...hehe..
..red lorry yellow lorry..

Wednesday, January 25, 2012

..telling the boss he is wrong: career suicide or fast lane to promotion?..

Most of us baulk at the idea of indicating, even in the slightest manner, that the boss is anything but god-like in his decisions and ideas.
“Let’s do X merger” “Yes, boss!”
“I think the sky is green today” “Yes, boss!”
People who do nothing but agree sycophantically are scorned as ‘yes’ men, but is the alternative even possible? We’ve all felt the pressure to stay in the boss’ good books, and one of the easiest steps seems to be to agree with said boss. Right?
Wrong.
Stating a fact or airing an opinion that contradicts your boss is not necessarily career suicide. In fact, doing so may show that you have courage as well as a working brain, both of which are positive characteristics that may work well in your favour when it comes to your annual appraisal! That said, you are not advised to embarrass your boss or openly cause dissent, because that would be unprofessional and can come off as petty or vicious. Here are 5 easy steps you could take to make your point or stand without ruffling any feathers.
1. Above and beyond everything else, remember that your boss is still your boss. That means respecting his or her authority; so watch that tone. It’s important to phrase your points carefully, eg: “I understand your point, but…” Avoid, at all costs, saying things like “This is MY area of expertise,” as it will automatically make your boss go on defensive mode and may lead to sparring matches from which you will definitely emerge the loser.
2. Be professional. You want to be heard and not shut out immediately, so avoid whining or taking things to a personal level. Do say things like “X way will save the company up to RM Y” and avoid saying things like “My way is better.” The best way to get your boss’ attention is to show that your point is being made with the company’s best interests at heart.
3. Set a proper time for the discussion. One good way to ensure that your points are heard is to plan your timing well. Arrange a time that is convenient for your boss as well as yourself, by asking either verbally or through writing – via email would be a good option, so your politesse is recorded. You will find that with proper timing comes better results! After all, you wouldn’t like it either if you were ambushed on your way to the car park with criticisms or complaints so don’t inflict it on others.
4. Don’t give up after one try. Nobody will change their opinions overnight, so just one great presentation may not be enough to turn your boss’ frown upside down. But that doesn’t mean you should throw in the towel and call it quits: If you truly feel that your idea is a fantastic one, persist in trying to pitch your idea. But be pleasant about it! Try saying “I took your previous comments into consideration, and have revised the plan some more. Could I have 5 minutes of your time to show you the amended copy?”
5. That said, you also need to know when to let it go. While you shouldn’t give up after one try, 10 tries is just too much. If you sense your boss is starting to avoid you, or worse, resent you then it’s time to step back gracefully. And by gracefully, we mean avoiding statements like “I’m invisible around here,” and “Nobody listens to employees.” Try statements like “Thank you for your consideration” or “Thanks for listening to my views” instead; and if you know what’s good for you, never climb over your boss’ head and approach his boss instead! The bottom line is, it is possible to have your own opinions and stands. Bosses are not (usually) totalitarian dictators, so a mature discussion about the best move for the company should be perfectly doable.
Good luck!
by Lim May lee
Credit to mystarjob.

..cabaran 30 hari berblog..

Saya baru surf satu blog ni..and I got this..

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

I have to write about those topics in my blog..menarik gak kan..will try..one day one entry..boleh ke eh..takpe..kita cuba.
* Plan ni tertangguh lagi..isk..ada halangan..takpe..akan ada satu hari yang sesuai..with Allah bless..
** Challenge ni pun best gak..haish...

..a new me..

Hmm..hari ni..insyaAllah..saya akan cuba mulakan perubahan..penghijrahan untuk menjadi 'a new me'. Actually belum bersedia pun lagi. Tapi saya kene paksa diri kan. Kalau bukan diri sendiri yang initiate atau paksa untuk berubah, sape lagi..ye tak. Saya pernah lakukan perubahan tapi tak kekal..balik semula kepada asal...

"Perubahan itu sukar tetapi untuk mengekalkan perubahan adalah cabaran sebenar."

So sekarang...nak berubah dengan lebih bersemangat. Cari peluang yang ada dan jangan sia-siakan masa. Jadikan masalah sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Jangan putus asa sekiranya gagal kerana di sebalik kegagalan terdapat seribu peluang untuk berjaya.

Saya petik kata² Prof Muhaya dalam slot Islam Itu Indah di radio IKIM, 11 Januari 2012..
"Orang yang berjiwa kecil menjadikan masalah kecil jadi besar..orang yg berjiwa BESAR membesarkan dirinya sehingga semua masalah nampak kecil."

Kena semangat..yehaaaa!!! Semoga Allah permudahkan...Aminnn..
..it's me..a new me..
** Hari ni saya cuba selesaikan perkara ni yang tertangguh..semoga berjalan elok dengan izin Allah..

Friday, January 20, 2012

..berdamailah dengan takdir..

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

 Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.





Credit to belogfadah.

..pernikahan ally iskandar dan farah lee..

Tahniah pada Ally Iskandar yang selamat bergelar suami kepada Farah Lee. Dengan dua kali lafaz..terus dapat title 'puan'. Bila ye turn saya pulak..huhu...sabar..sabar..dan sabar..walaupun kadang² air mata ni tumpah jugak.

Kk..tak nak layan perasaan..below are their pictures..sweet la Farah Lee..suka tengok muka dia..and of course her figure..kurus..jeles..hihi..



Ally cakap dia tak pernah ucap "I Love U" Kat Farah. It's just..sorang cakap nak cari wifey..sorang cakap nak cari hubby..and there you are..sebuah masjid telah terbina. Soal jodoh adalah urusan Tuhan..kalau nak jadi..jadila..kunfayakun. Tak susah pun. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Aminnn.

Story and pics credit to ohbulan.

Thursday, January 19, 2012

..uji konsentrasi anda..

Sila jawab dengan spontan. Baca satu demi satu dan harus FOKUS!!!

SOALAN 1
1. Kertas A4 apa warna dia?

2. Asap warna dia?

3. Tisu warna dia apa?

4. Lembu minum apa?


SOALAN 2
1. Rambut anda warna apa?

2. Tulisan ini warnanya apa?

3. Jalan raya warnanya apa?

4. Kelawar tidurnya bila?


SOALAN 3
1. Warna cendol apa?

2. Daun kelapa warnanya apa?

3. Warna bagi kebanyakkan daun?

4. Harimau makan apa?











JAWAPAN


Soalan 1: Kalau jawab SUSU, konsentrasi anda terganggu..sebab lembu minum AIR, bukan susu.

Soalan 2: Kalau jawab MALAM, konsentrasi anda terganggu..sebab kelawar tidur SIANG. 

Soalan 3
Kalau jawab RUMPUT, konsentrasi anda terganggu..sebab harimau makan DAGING.  



This entry was taken from here.

..ujian | baju dah tak muat..

Lalalala..happynye..berat naik..lalalala..best kan...

Berat naik pun happy ke..erk..

Mesti la...

Arghhhhhhhhhh!!!!! Banyaknye naik...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!



Macam nak nangis...takpe²..jadikan masalah tu satu pemangkin untuk satu kejayaan..saya sedang diuji..huhu..di atas kekhilafan saya selama ini...makan tak control and lack of exercise..dan juga dosa-dosa yang lain..

Saya baru baca dalam majalah Solusi, isu no. 19 tentang musibah yang Allah turunkan pada umatnya:



1. Kafarah - Musibah ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai 'tebusan' untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran itu.


2. Bala - Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.


3. Ibtila' - Musibah yang dikenakan ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan. Musibah ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Dengan ibtila', seseorang hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah.

Paling tidak, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah.

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahgian besar dari kesalahan-kesalahanmu." (surah al-Syura 42:30)

Tazkirah sikit pagi Khamis..:)

Tuesday, January 17, 2012

..satu pagi yang blur..

Pagi² ni saya dah bertekad nak diet balik. Berat dah turun hari tu..tapi akibat melantak x ingat..boleh lak naik smpi 3kg. Tak ke..hishhhh...geram kat diri sendiri la actually. So pagi ni Atkins. Susah gak ye nak start balik. Tapi nak kurus punya pasal kan. Then, ptg ni nak gi gym kot, insyaAllah. Lama dah tak pegi. Bayor bulan2 serupa tu gak. Rugi². Tapi benda yang payah skrg ni adalah saya suka sangat mengunyah. Nape dulu boleh overcome eh problem ni. Isk..kene tuko..makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..isk².

Tadi saya dapat phone call dari user. Aduan tentang email.

User: Hello, saya tak tau alamat emel azura dengan poskod.

Saya: *Blur* Maaf, saya tak faham. Boleh ulang balik tak soalan encik?

User: Saya nak tanya alamat email azura dengan poskod.

Saya: *Nape nak tanya alamat emel saya..pastu poskod lak tu*

Then..ada suara lain cakap kat phone:

User2: Hello, staf tadi nama Azaura. Dia nak tanya username dan password email. Dia dah lupa.

Saya: *Baru faham.*  Oo..ok. Saya akan maklumkan sebentar lagi ye Encik. Boleh saya dapatkan nama penuh dia ye. Saya perlu setkan password baru dulu.

Rupa²nya nama dia dekat nak sama dengan nama saya..Azaura. Sebut laju..dah saya ingat dia tanya alamat email saya. Tak ke blur jap. Then..tanya lak poskod...hish..password n poskod..tak ke jauh tuuu...

Friday, January 13, 2012

..at last..

Setelah melakukan solat istikharah berkali²..alhamdulillah..saya akur dengan gerak hati saya. Saya yakin. InsyaAllah, Allah tunjukkan jalan. Saya juga mendapat sokongan dari mak dan sahabat. Esok bakal jadi penentu. Semoga ini yang terbaik untuk saya dan semoga Allah permudahkan. Amin.

Konon² muka confident la tu...;)

Thursday, January 12, 2012

..sbpa ditangguhkan..

Baru je baca kat beritasemasa.com...sbpa ditangguhkan..aduh². Maknanya tak dapat gaji baru la bulan ni..x bestnye..baru berangan² kan..bukan nak beli apa pun..cuma nak tambah saving n bagi kat parents..dan kumpul duit utk renovate umah baru. Tapi dah tangguh..isk..anyway x tau la sahih ke idak. Katanya keputusan dibuat semalam, 11 Januari 2012. Maklumat lanjut..refer sini.

Monday, January 9, 2012

..my new tudung style..

Last 2 weeks..saya dah terbeli scarf empat segi saiz kecik sebab corak dia cantik sangat. Normally orang ikat scarf camni..


or camni...

or cam pegi ngaji kecik² dulu..jenis nampak leher..

Tapi tak boleh la kan sebab kene tutup aurat. Terpk gak camne la nak gayakan dengan betul..tapi kata hati saya..beli dulu..nanti baru pk camne nak pakai..bukan satu ye..tapi 5..oppss..banyaknye..sebab murah dan cantikk..so hari ni saya plan nak pakai..bersiap lama gak sebab nak cari cara yang sesuai untuk gayakan..dan hasilnya...tadaaaa....
































Kira boleh aa tu..hehe...macam hoodie la jugak..anyway it's my own style...:)

..what is love? | jennifer lopez..

People told me I should write a love song
Girl you sound so angry
You could use some variation
But I'm lonely
Negative relations
I been hurt so many times
I don't have the patience

But I wish, for so long
For someone to come and show me, me by example, cus i've been waiting
I've tried every age
I'm so tired of the game
I wanna be somebody's girl

Would you show me the way..

What if,
I never find and i'm left behind
Should I keep hopin for love
What if,
I'm still the same,
Status doesn't change
Gotta keep hopin for love

What is love?
Somebody show me
What is love?
Cus if you told me
What is love?
I wouldn't be lonely
What is love?
Please show me..
What is love?

I've had blind dates
Hooked up with some real flakes
I've gone out with church boys, musicians are the worst
I've tried so hard
Cus i'm just so die hard
Try my best to play the part
Wish you could see inside

But I wish, for so long
For someone to come and show me, me by example, cus I've been waiting
I've tried every age
I'm so tired of the game
I wanna be somebody's girl

Would you show me the way..

What if,
I never find and I'm left behind
Should I keep hopin for love
What if,
I'm still the same,
Status doesn't change
Gotta keep hopin for love

What is love?
Somebody show me
What is love?
Cus if you told me
What is love?
I wouldn't be lonely
What is love?
Please show me..
What is love?

Nana nana nananana nanana nananana nana
What is love?
Nana nana nananana nanana nananana nana...

I've been alone for the past three years on valentine's day
Christmas is no exception
Birthday's with naughty presents
Been back n forth, same action
I just need this to happen
I've been singin love's praises

If you would show me..
What if,
I never find and I'm left behind
Should I keep hopin for love
What if,
I'm still the same,
Status doesn't change
Gotta keep hopin for love

What is love?
Somebody show me
What is love?
Cus if you told me
What is love?
I wouldn't be lonely
What is love?
Please show me..
What is love?



Hmm...best lagu ni...kene gak dengan jalan cerita hidup saya...nananana..what if..what is love...somebody show me...nanananana..

..anwar ibrahim bebas..

Keputusan dari Berita Harian online..boleh refer sini... Anwar bebas dari kes liwat. Alhamdulillah..kebenaran dapat ditegakkan. Takde la sokong sangat tapi tak suka fitnah² ni..bende yang aib lak tu.

Boleh gak refer cite kat sini... Sodomy II: Anwar not guilty.
Anwar dan Wan Azizah berpelukan sebaik Hakim membacakan keputusannya.

Video di perkarangan mahkamah.

..rasa nak nangis..

Hari ni hari Isnin. Saya rasa takde mood. Ada macam2 masalah bermain dalam kepala. Saya tak boleh fokus. Helppp..baru hari ke-9 tahun 2012, tapi momentum saya dah terbantut. I wanna get out of this feeling. Hati sayu je..nak nangis. Apa yang saya idamkan tak banyak tapi saya tak dapat. Hanya kepada Tuhan saya berserah. Serious I'm not in a good mood..nak gi solat dhuha la..then gi beli coklat..makan..nak redakan perasaan..:(

Friday, January 6, 2012

..dah tak mendung..

Haha..biasa la..perasan mendung kadang² datang..rupanya tak mendung cuma suram..huhu. Tapi esok mesti best..ada agenda jalan²..lalalala..best2...lalalala..jalan²...

Thursday, January 5, 2012

..azura..

I'm waiting to watch this film....why? Because it's my name..holla..wanna watch it at cinema if ada orang teman...soalnye..ada ke..erk..

..sudikah awak menjadi isteri kedua saya..?

Nak share satu cite yang best...tersentap jap bila baca..sanggupkah?

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. “Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
 
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya. “Saya ingat kita lama berkawan, awak maujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fulanah mula sebak. “Tak. Maksud saya…” “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar. “Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua asih bwak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. “Ada hikmah,” bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah. Hujung minggu berjalan seperti biasa.
Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya.
Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin
.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.”Kenapa saya?” tanya Syazni ingin tahu. “Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. “Baiklah,” jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untukmembantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah.
Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.”Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. “Ye sayang?” jawab Syazni sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. “Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,
” Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini.
Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini. “Kita dah sampai,” Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. “Itu isteri pertama abang,” Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut “Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni. “Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. “Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“PERJUANGAN… ” jawab Syazni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...