..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, May 15, 2007

..kisah si bawal putih dan sang patin dan…

Lama sungguh si bawal putih menyembunyikan diri. Pelbagai kisah yang tidak tersingkap namun bakal terungkap. Dalam menempuh laluan yang tidak bertepi, sang patin hadir menjelmakan diri. Hadirnya bagai mengisi ruang sepi, yang kontang berhari-hari. Sang patin diperkenalkan oleh seorang sahabat lewat dikhabarkan hati si bawal putih masih belum berteman. Sang patin pernah merasa hidup berdua serta punya dua cahaya mata, comel dan manja. Musibah melanda, perpisahan tidak dapat diseka, ditinggalkan sendirian penuh luka. Mujur punya anak penawar duka, namun dirinya mendamba kasih seorang hawa, menyeri hidupnya yang penuh lara.

Sang patin bagaikan tertawan, tenggelam dalam sekilas pandangan, merasakan si bawal putih sebaik pilihan. Si bawal putih terkesima, apa yang terjadi tidak diduga, tidak disangka pertemuan pertama membuka ceritera, akan adanya episod yang seterusnya. Pada si bawal putih, sang patin luahkan, berputik sudah rasa kasihnya, berbunga sudah rasa sayangnya, jika betul cara dan gaya, ingin dipetik menjadi surinya. Kalimah manis bagai disira gula, hati si bawal putih terbuai seketika, mujur ia sedar semula lantas berpijak di bumi nyata. Siapa tidak mahu diri dipuja, siapa tidak mahu diri dimanja, padanlah Siti tertawan dek Datuk Knya, begitu hebat penangan sang duda. Diam-diam si bawal putih bertafakur, kepada Tuhan dimohonnya doa dan ampun, agar jalan yang dilalui, jalan yang betul. Bila ditanya hati sendiri, apakah perasaan yang datang bertandang, suka dan sayang adakah seiringan? Hati ini masih lagi sangsi, perasaan kini berbelah bagi. Mujur, sang patin faham keadaan yang melanda dan sanggup menerima kemungkinan yang ada.

Sebenarnya jika digali dan diteliti, hati si bawal putih masih di situ. Setia pada yang satu. Sukar nak dialihkan. Mengapa begitu kuat sekali tarikannya? Mengapa begitu kuat sekali casnya? Walaupun definisinya masih sahabat, walau sudah ditegaskan tak mungkin ia kembali, namun dengan kehadiran sang patin, perasaan ini semakin melekat kuat di situ. Mengapa harusnya begini? Seharusnya sang patin berjaya mengalihkan perhatiannya. Tetapi, makin cuba dihampiri, makin jauh sang patin di hati. Makin berbatu sahabat cuba dijauhi, makin dekat ia seolah menghampiri. Hampir lemas si bawal putih cuba menidakkan apa yang tidak sepatutnya. Akhirnya kalah juga ia dengan mainan perasaannya sendiri. Meski sudah diketahui jawapannya, sudah diketahui hujung pangkalnya, namun hati masih ingin mencuba, harapan semakin nyala membara. Kala malam bulan mengambang, si bawal putih sendirian terkenang-kenang, keakraban hubungan ini di manakah kesudahan, keselesaan hubungan ini di manakah akhiran? Terasa dirinya bodoh, terasa dirinya..arghh!!

..TERLALU CINTA..
jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
aku semakin terseksa kerana tak memilikimu
ku coba jalani hari dengan pengganti dirimu
tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan..maafkan diri ini
yang tak pernah bisa menjauh
dari angan tentangnya
namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia
..ROSSA..

Tuesday, February 13, 2007

..bawal putih RM60 sekilogram di pasar PJ..

KUALA LUMPUR: Walaupun Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2007 dikuatkuasakan kelmarin, ramai peniaga menjual barang kawalan melebihi harga siling, sesetengahnya melambung sehingga 100 peratus.

Malah, sesetengah peniaga tidak mempamerkan tanda merah jambu bagi barang kawalan musim perayaan.

Tinjauan Berita Harian di Pasar Pagi Jalan 17/27 Seksyen 17, Petaling Jaya dan Pasar Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam mendapati kubis bulat import dijual RM4 sekilogram, berbanding harga maksimum RM2.50 sekilogram.

Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor) pula dijual sehingga RM60 sekilogram, berbanding harga maksimum RM35 sekilogram, manakala udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram) antara RM60 hingga RM78, berbanding harga siling RM35.

Peniaga memberi alasan pemborong membekalkan barang itu pada harga tinggi, selain kekurangan bekalan sedangkan permintaan berlebihan.

Khamis lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga maksimum 11 barang yang pertama kali turut membabitkan pemborong bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan berlebihan.

Menterinya, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata 1,490 harga maksimum borong dan 1,490 harga maksimum runcit ditetapkan, berkuatkuasa di 138 kawasan di seluruh negara selama 15 hari mulai kelmarin.

Setiausaha Parlimen KPDNHEP, Hoo Seong Chang, ketika dihubungi Berita Harian semalam, memberi amaran kementerian akan bertindak tegas terhadap peniaga terbabit termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

Hoo berkata, semalam saja pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak melakukan 1,601 pemantauan harga barang kawalan musim perayaan di pelbagai premis di negeri itu.

Ketua Penguat Kuasa Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Nawang dan Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Mohd Nadzri Osman, memberi jaminan akan menghantar segera pegawai penguat kuasa bagi memeriksa harga barang di pasar berkenaan.

Dipetik dari Berita Harian, 13 Februari 2007

** Naik lagi harga..isk..dulu RM43 sekilo..ni RM60 lak..hmm..ada ke org nak beli ni..;)

Thursday, February 8, 2007

..dalam hati ada cinta..

..kadang² dalam hidup ini, sesuatu yang berlaku itu tidak pernah kita duga..bila nak jadi, jadilah, kalau tak jadi maka tak jadilah..hati dan perasaan sesuatu yang sangat penting..kita jumpa seseorang, kita suka padanya..jodoh dan pertemuan, Tuhan yang tentukan..tapi nak buat macam mana kalau dalam hati ada cinta..


**quote from Elly Suriati dalam drama Dalam Hati Ada Cinta

..12 perkara untuk menjadi wanita unggul..

1. Pancarkan Nur di wajah
  • buat apa yang Allah suruh
  • meninggalkan apa yang dilarang-Nya ~ sentiasa berwuduk, zikir, selawat
  • untuk memudahkan jodoh ~ amalkan baca surah Yusuf, ayat 4, rajin berpuasa pada hari lahir, doa.."Ya Allah Ya Tuhanku, jika jodohku susah, maka permudahkanlah, jika jodohku jauh, dekatkanlah, jodohkan aku dengan lelaki yang bertaqwa dan beriman pada-Mu, ya Allah.."

2. Akhlak yang terpuji

3. Ilmu pengetahuan

**5 petua perlu diamalkan untuk yang bersuami:

  • layan suami dengan elok tidak kira siang atau malam
  • sikat/minyakkan rambut suami
  • gunting misai suami
  • sikat janggut suami
  • potong kuku suami

**Insyaallah, kita dapat 5 perkara:

  • dipermudahkan sakaratul maut
  • kubur kelak bagaikan salah satu taman di syurga
  • nama terpadam dalam senarai ahli neraka dan tersenarai dalam ahli syurga
  • mudah melintasi titian siratul mustaqim bagaikan kilat
  • Allah beri minuman dari air dalam syurga

4. Senyuman manis buat suami tercinta

5. Berhias dan berdandan untuk suami tersayang

6. Meluangkan masa untuk merawat diri

7. Hati yang dipenuhi sifat mahmudah

  • lebih makan dan lebih tidur ~ hidup miskin

8. Penampilan yang menarik mengikut syariat

**3 golongan mengikut Rasululllah SAW tidak akan berbau syurga

  • berpakaian tetapi jarang
  • jalan berlenggang-lenggok
  • mendedahkan rambut

9. Segera meminta maaf dan sedia memaafkan

10. Bersabar menempuh dugaan hidup

**Surah Al-Hasyri, ayat 21 ~ untuk lembutkan hati anak/suami:

  • baca dan urut perlahan-lahan pada perut ketika mengandung
  • baca dan tiup perlahan-lahan pada ubun-ubun bayi/budak
  • baca dan hembuskan pada leher suami ketika dia tidur

11. Sentiasa menderma dan berniat ke jalan kebaikan

12. Bersifat penyayang kepada anak² dan mendidik mereka menjadi insan yang soleh dan solehah

  • kita terlebih dahulu perlu berbuat baik kepada ibu dan ayah kita

**Dipetik dari ceramah Ustazah Nor Bahyah pada 3 Februari 2007

Tuesday, February 6, 2007

..a colourful week..

Pagi 6 Februari 2006, in the office..last week..I went to Bengkel Event Management at DPU, main campus. Best..tapi agak ngantuk seskit..bengkel tu 2 hari je..seronok dapat dengar pengalaman dari En Jamal Nasir, the profesional event manager. Boleh ke jadi cam dia eh..event kecik² pun dah rasa semput.. On the second day gi bengkel dgn member naik kete baru dia..dah lama baru leh try bawak..actually lama dah tingin..hehe..hmm..dah nama pun Honda..mmg best la..mcm ada satu kepuasan bawak..ye le selama ni dok bawak Kancil je..macam langit dan bumi la beza dia..tunggu my MyVi la bila nak dapat tp still takleh tank Honda City.
Last Friday lak, my car was been hit by a black mpv or jeep, I'm not sure. Sebab masa kene langgar tu tergamam sat and wondering betul ke kete aku kene langgar..tgh lalok dengar lagu kat radio..and when I turned back, the driver asked me to drive aside..so fahamla..betul kene langgar. The driver admitted his mistake and willing to pay me the workshop cost, he gave me his hp no and RM200 advance. Fuhh..sib baik dia jenis baik..takut gak kot kene pembuli jalanraya ke apa ke..my hp dah kat tgn dh nak call my dad, kot² kalau pape jadi. Lepas tu I was like gigil nak drive..isk isk..fobia sat..but lama² dah ok..and the driver who named Lan called me on Saturday morning asking the matter..gosh..a very responsible guy.
On Saturday evening, I attended a Hi-Tea with Ustazah Nor Bahyah at Seri Malaysia, Kulim with my mom..she was so pretty..and as usual, ceramah dia fuhh..punya la semangat..ada lawak skit lebih kurang..kira ok la..and berbaloi la dengan RM30 yang dilaburkan tapi mamam dia x cedapp..Ceramah dia tentang 12 perkara untuk menjadi wanita unggul..if I have time I'll jot down what is the 12 things. First dia cite pasal jodoh la..hehe..my fav topic tu..dia suh amalkan surah yusuf ayat 4 salu and puasa on our birthday untuk mudahkan jodoh..mudah²an..hmm..that's all..and nak get back to work..kul bape dah ni..nanti² sambung cite pasal ceramah Ustazah Nor Bahyah tu lagi..

Sunday, February 4, 2007

..kisah si bawal putih bersama haru..biru..kacau..bilau..

Sang terubuk yang masih menunggu di sana tiba-tiba berhasrat untuk mengunjungi si bawal putih pada hujung minggu akan datang. Apakah perasaan si bawal putih? Gembira? Atau masih tertanya-tanya? Buntu. Setelah sekian lama masa yang ada, tidak cukupkah untuknya berfikir dalam membuat keputusan yang jitu? Sesungguhnya si bawal putih sunyi mengharungi hari, lantas kehadiran sang terubuk sangatlah dinanti. Siapakah sang terubuk di hati? Sekadar pengubat sepi? Tak baik mainkan hati orang, itu pesan mak lang dan pak lang. Soal hati dan perasaan buatnya berpinar-pinar. Dia hampir penasaran.
Ini kali kedua pertemuan diatur setelah lafaz perpisahan diungkap. Berpisahkah dia? Jika berpisah, apakah ertinya pertemuan ini? Seharusnya dia mampu mengelakkannya. Alasan si bawal putih, sekadar kawan. Kawan. Mampukah sepasang kekasih satu ketika dulu telah berpisah, dan kini menjadi kawan. Tidakkah terselit secebis rasa? Rasa yang menjadi mainan jiwa semusim nan lalu. Apa yang jelas, yang nyata, si bawal putih masih mengulit anganan bertemu putera impian walaupun tidak kesampaian. Dia akur pada hakikat itu, perasaan tidak boleh dipaksa namun apakan daya itulah rasanya. Dia faham, arif benar bahawa dia mengejar bayangan yang tak pasti, sedangkan sang terubuk setia menanti. Duhai hati..haru..biru..kacau..bilau..

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku... "
-Surah Yusuf, ayat 4
-

Friday, February 2, 2007

..kisah si bawal putih bersama sebuah kegembiraan yang tidak dimiliki..

Kegembiraan adalah sesuatu yang berhak dinikmati oleh sesiapa sahaja di muka bumi. Setiap yang hidup pasti pernah merasa bahagia, pasti pernah merasa gembira. Tapi bagaimanakah perasaan gembira yang tidak dapat dinikmati, tidak dapat dimiliki? Kompleks bunyinya tapi itulah yang dirasai si bawal putih. Kebelakangan ini, kegembiraan menguasai ruang hidupnya namun tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Takut kegembiraan yang ada bakal diganti dengan kedukaan. Kedukaan yang tidak sanggup dihadapinya walaupun berbagai-bagai usaha dilakukan sebagai persediaan. Tapi pabila memikirkan, dia berhak merasa gembira walau seketika, dia membiarkan dirinya hanyut sejenak. Dia tahu dia telah salah mentafsirkan kegembiraan itu. Walaupun dia tahu, namun dia tetap mentafsirkannya dengan cara yang salah kerana dia bahagia begitu. Kerana dia yang menginginkan begitu. Kerana itulah kemahuannya. Kemahuan dan keinginan yang tidak dikabulkan. Dia takut merasa gembira walau hakikatnya dia gembira. Perasaannya tidak mudah disembunyikan. Air mukanya membayangkan situasinya. Itu kata kawan-kawan terapat. Masing-masing bebas melontarkan pendapat. Mahalnya harga sebuah kegembiraan, sebuah kebahagiaan.

Sunday, January 21, 2007

..ya atau tidak..

Lama dah cari lirik lagu ni, well I enjoy the melody as well as the wordings..sekarang baru je main kat HotFm..

..Y A A T A U T I D A K..
mudahnya jikalau ada alat pengesan cinta
tak perlulah ku meneka-neka
adakah senyumanmu punya
dua makna berbeza
tersurat atau tersirat sebaliknya
tapi bila ku tunggu
undangan ku disambut
kau dingin tak mahu
ataupun malu?
keliru ku keliru
membaca isi hatimu
punyakah perasaan?
aku teragak-agak
takut ku tersilap langkah
ku sekadar insan peramah
ku perlu jawapan
katakan ya atau tidak
hey! apa maksud jelinganmu
bagai memberitahu isyarat ingin bersamaku
di sini menanti penuh berdebar
di sana mengorak langkah
jangan nanti baru menyesal tak sudah
tapi bila ku tunggu
ruang terbuka pintu
kau dingin dan hanya kaku membisu
ikutkan kata hati ingin ku luahkan saja
tarikanku di dalam diri...
nanti apa pula yang kau sangka
usah kau bermain hati
tak usah bermain teka-teki
jika aku yang kau mahu...
berikanlah jawapanmu
ku tunggu dan tertunggu
tanda sama setuju
untuk mempertaruh cinta di kalbu
..E R R A F A Z I R A..

..kisah si bawal putih bersama sebuah persahabatan..

Kehadiran tahun baru membawa satu pengertian baru buat si bawal putih. Satu penghijrahan secara perlahan-lahan, mungkin mengambil masa namun perlu positif dan sanggup menerima kenyataan walaupun pahit. Persahabatan yang satu ketika dahulu agak dingin kini kembali mesra. Walaupun terasa kekok, malu dan penuh tanda tanya namun si bawal putih benamkan sahaja perasaannya itu. Rahsia yang bersisa tidak perlu disingkap, walau keinginan meluap-luap. Berteman, bersahabat bagai mengubat kesepian. Persoalannya adakah kemesraan ini kekal berpanjangan? Adakah musim dingin akan lenyap terus atau ia akan kembali? Si bawal putih akui, dirinya serba kekurangan, namun tahun ini, akan dikaji, akan ditilik segala kekurangan dan si bawal putih mahu muncul dalam dalam kebangkitan baru, dalam pakej yang baru. Mampukah ia?
Namun satu yang agak sukar diubah, walau kini perhubungannya dengan sang terubuk bagai mula menunjukkan bibit-bibit yang manis, tetapi hatinya hanya satu, dan satu itu telah diserahkan kepada sebuah persahabatan. Hatinya masih kering, keras untuk mengakui dan menjanjikan sesuatu buat sang terubuk. Si bawal putih tahu, tiada gunanya menaruh harapan pada sebuah persahabatan kerana hasilnya telah diduga, tetapi buat sementara biarlah hatinya berbunga, buat sementara biarlah hatinya ceria..walaupun segalanya bersifat sementara. Sementara menunggu hatinya betul-betul yakin, pabila saatnya tiba, bertemunya seseorang yang bisa mencairkan hatinya, yang bisa membuatnya bahagia. Sejalur harapan masih di situ, andai dia gagal lagi, adakah perlu dia melarikan diri lagi kali ini? Jelas, si bawal putih tidak serik membahayakan diri, bermain api kerana soal hati, dia sendiri tidak mengerti. Telah cuba dihapus, cuba dihanyutkan dek arus, namun ia utuh di situ, lantas bagaimana caranya lagi? Persahabatan yang ada akan kekal selamanya menjadi sebuah persahabatan walau apa yang terjadi, itu tekadnya kerana segala-galanya bermula dari sebuah PERSAHABATAN.


..S A H A B A T..
sahabat
perjuangan ibadah kita
hakikat insan dihidupkan
dimatikan bila tugas selesai
itulah janji Tuhan
sahabat
apa lagi yang tak pasti
kebatilan akan pastinya runtuh
Islam kan tertegak atas kebenaran
tegakkan keyakinan
sahabat
apa lagi yang kau ragukan
adalah sunnah Rasulullah
yang sedikit akan pasti menang
dengan bantuan Allah
sahabat
apa lagi yang kau sedihkan
darjatmu tinggi di sisi Tuhan
kiranya kau insan bertakwa
kiranya kau insan beriman
..G R U P A P R E S I A S I S E N I..

** Jika ketenangan dan keredhaan-Nya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita sehingga ke suatu masa, kita akan rasa indahnya tawakal kepada-Nya dan itulah nikmat dalam jagaan-Nya..
dari seorang sahabat

Wednesday, January 17, 2007

..bukan mengelak..

maafkan aku kawan
kerana tidak bersemuka
malu……?
curiga….?
simpang jauh
takut….?
baik tidak payah hidup
itu bukan sifat aku
kau tentu sedia maklum
keadaan aku sekarang ini
sesuatu telah terjadi
harap kau mengerti

tika ini aku cuba melaraskan kembali
situasi yang telah lama aku tinggalkan
kerana terikatnya satu keadaan
pada masa tertentu mesti ditunaikan
jika ingin kembali seperti sediakala
kata-katamu aku ingat hingga kini
pasti tidak akan aku persiakan
kerana aku juga ingin hidup
seperti insan lain juga
kekadang aku membayangkan
betapa aku hidup gembira
itu suatu masa dahulu
sebelum terlantar begini

sekarang
tidak berguna….?
entahlah…..
apa akan jadi hari esok
kita tunggu dan lihat
jangan……jangan tunggu sahaja
mesti lakukan sesuatu
jika inginkan perubahan
itu katamu
aku ingat selalu
terima kasih
kerana memahami aku.

**nukilan seorang teman..mohawk mohican

..biru, balar, kelam dan senja..

petang itu….biru
bukan petanda ceria
malah tambah keruh
begitu ramai yang mencemuh
biarkan……
akan terhenti cemuhan itu
jika rentetan masa tertunda
aku bukan meminta pada yang tiada
maung pasrah mungkin mengerti
pada mainan jiwa ini

petang itu balar……
biarpun hati tercalar
jangan disentuh mawar itu
durinya berbisa
tapi kedegilan menguasai diri
tetap yakin pada yang salah
kerana di situ terserlah
keagungan serta keegoan
apa lagi tidak diendahkan
sakit rasanya…….

petang itu kelam……
sudah tahu apa akhirnya
dapat dititik pada dasar peminta
siapa yang kejam….?
dia atau mereka…..?
buat buta hati
walau disakiti
anggukkan sahaja
pada kehendak mereka
moga di suatu hari
pengertian akan teserlah
di minda mereka

senja………
kian menghampir
sedarlah dari lena
bangun dari mimpi ngeri
hilangkan rasa egomu
pasrahlah pada yang Satu
agar suci jiwa
minda terbuka ceria
kerana pada-Nya kita berserah
di suatu hari nanti
pasti……

**nukilan seorang teman..mohawk mohican

Monday, January 15, 2007

..seindah senyummu kasih..



Seindah Senyummu Kasih..tajuk novel tu..baru beli..actually lama dah cari..sebab tgk kat tokeikedai.net, wording dia..fuhh..suka..dah buh dlm my first post..let me quote again..

"Hati ini mencintaimu namun layakkah aku berada di sisimu? Aku cuma satu daripada jutaan buih di pantai yang sering mengharapkan butiran pasir mengingati kehadirannya. Namun mampukah pantai mengingati buih yang silih berganti dan pergi? Itulah aku..yang sering menduga-duga hati sendiri tanpa berani mencabar siapa sebenarnya aku di hatimu."

I really love those words..pastu smlm pegi kedai buku Harfa, ingat nak cari material buat peraduan NST..alih² nampak lak buku tu, then terus beli..tak pk apa dah..bila baca..hmm..takde la best sangat..baru ms 114 dari 282ms..x tebal sangat..cite pasal a girl ni nama Raihan..hmm..sedap gak nama tu..:) *ada member UTM dulu pun nama tu gak..terbayang lak muka dia..* Cite pasal kat kolej...curi-curi lak baca last page dia..cam happy ending..hmm..jarang sangat beli novel..salu pinjam je kt librray or kat kawan..last beli masa kat UTM dulu..haha..novel Raja Azmi kat Pesta Konvo UTM..tu pun beli sebab dpt diskaun and dpt sign Raja Azmi n Rashid Sidek, tajuk dia Jendela Putih kalau tak silap..cite dia best..tapi mana ntah I put that novel..

Apa lagi je yang jadi ye..last Friday, ada birthday party kat opis..it's mine and a few others'..besday thn lepas sambut tahun ni..takpe la..janji ada gak yg sambut kan..dapat la cash RM15..nak beli apa ye..beli tudung..hmm..let me think..kene tambah skit le duit sendiri..berkenan satu baju tu kat Kedai Haji Sany..harga RM150..after less..hmm..ada RM15 je..x cukup kosong..hehe..

Last weekend, lepak kat umah je..adik sume xde kt umah..bosan..tgk tv..xde yang best..sekali layan Grey's Anatomy, dia tayang balik love life sorang²..la ni baru tau..best lak jadinya..dulu xtau sangat..ni adik la yang ajar tgk cite tu..cite cam ER..dalam dok lepak² tu baru tingat, banyak peraduan lum siap..dateline sume minggu ni..kalut la..smlm tdo kul 3 pagi..contest NST tu..best..I manage to do alone..tadi dah hantar..la ni ada dua lagi x buat..kene cepat ni..angan² nak menang Naza Sorento..haha..sebut pasal menang..my adik punya ex-housemate menang RM1juta baru ni dalam peraduan TM. Iskk..cam x caya..tapi kene percaya..rezeki dia..I masuk gak..tp xde rezeki..after all tak harap sgt pun..takde apa lain nak update dah..cuma nanti kene sambung cite bawal putih..ada cerita lain lak..:þ

Friday, January 12, 2007

..bawal putih RM43 sekilo..

KUALA LUMPUR: Harga pelbagai jenis sayur, ikan dan barang keperluan di kebanyakan tempat di seluruh negara terus meningkat semalam berikutan kekurangan bekalan dan tindakan pemborong membekal pada harga tinggi.Tinjauan di seluruh negara mendapati, harga secara umumnya masih tinggi, walaupun ada beberapa jenis sayur dan barang keperluan asas mencatat sedikit penurunan berikutan pemulihan sistem pengangkutan selepas banjir semakin surut.Keadaan cuaca menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air serta angin kencang dan laut bergelora menjadi faktor utama pelbagai jenis ikan terus mencatat harga tinggi kerana nelayan tidak ke laut.Pergerakan harga semalam berbanding kelmarin paling ketara di Johor Bahru dengan sawi, kacang buncis, kacang panjang, bawang besar dan ubi kentang turun, manakala bawang putih, udang sederhana, cili merah dan tomato meningkat.Kawasan yang mencatatkan paling sedikit perubahan harga ialah di Ipoh dengan hanya harga ikan kembung meningkat berbanding kelmarin, manakala harga 14 barang lain yang dipantau kekal seperti kelmarin.Bawal putih kekal pada RM43 sekilogram di Georgetown iaitu harga tertinggi berbanding di tempat lain. Harga ayam proses di bandar utama seluruh negara dijual pada harga antara RM4.50 dan RM8 sekilogram (kg), ikan kembung (RM6-RM14), cencaru (RM4.50-RM10), bawal putih (RM12-RM43) dan udang sederhana (RM10-RM28).Cili merah (RM4-RM10), sawi (RM1.60-RM5), bayam (2.50-RM4.50), kubis (RM2-RM3.50), tomato (RM3-RM6), kacang buncis (RM3.50-RM8.50), kacang panjang (RM3-RM6.50), bawang merah (RM2-RM5), bawang besar (RM1.90-RM3) dan kentang pula (RM1.70-RM3).Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Mohamad Dolmat, ketika dihubungi berkata, kekurangan bekalan ikan disebabkan nelayan tidak ke laut terutama di Pantai Timur kerana laut yang bergelora.“Sukar untuk menjangkakan sehingga bila keadaan ini akan berterusan,” katanya. Beliau berkata, beberapa jenis ikan semakin sukar diperoleh di pasar sekarang. tetapi Nekmat mempunyai stok ikan seperti tenggiri yang biasanya diperoleh daripada negara lain.

Dipetik dari Berita Harian, Jumaat 12 Januari 2007

** Mahal ye harga bawal putih.. tu sebab orang susah nak beli.. :þ

Thursday, January 11, 2007

..kisah si bawal putih bersama sebuah kesepian..

"Meniti malam-malam nan suram, kesepian mencengkam, setiap urat dan nadi serasa mati, melihat mereka berlainan wajah, berbilang karenah, bermacam madah, hati terasa gundah kerana graf hidup masih di situ, mendatar tanpa lonjakan, satu garisan meluncur di paksi-y, dengan nilai kecerunan hampir sifar. Semua bermula dari diri, dek terlalu memikirkan hal yang satu, agenda hidup tergendala, hidup bagai sia-sia. Bagaimanakah untuk bangkit? Apakah wujud sinar di hadapan sana? Sedangkan diri sudah terasa hilang jiwanya, diri ini bukan lagi diri yang dulu, yang sentiasa menempatkan diri di antara yang terbaik, di antara yang teratas, kini diri ini ditinggalkan arus dengan seribu penyesalan," luahan hati si bawal putih mengenangkan keadaan diri.
Sampai satu ketika dia hanya berserah tetapi bukan itu yang dimahukan. Mengapa takdir tidak memihak padanya, tetapi itu tidak boleh dipersoalkan. Bermula dari dalam, si bawal putih perlu mencari apa yang kurang, ujian yang datang bukan kepalang, kesabaran yang jitu menjadi benteng, walaupun acapkalinya tewas, namun tiada ada apa yang boleh dibuat, semua itu di luar kekuasaan. Kuatkah dia hidup tiada berteman? Kuatkah dia hidup menepis semua anggapan? Kuatkah dia hidup melihat semua berpacaran? Kuatkan dia hidup apabila sering ditinggalkan? Kuatkah dia hidup apabila sentiasa menerima kekalahan? Adakah ini sudah tersurat? Perlukah dia mencari yang tersirat? Di manakah akhirnya pencariannya itu? Hidup terasa hilang maknanya. Kadangkala matlamat goyah kerana tidak selari dengan kehendak. Di manakah dirinya perlu diletakkan? Segala dugaan jelas menyumbang kepada kematangan, pendinding ke arah dugaan yang lebih hebat kelak. Apa pun juga yang terjadi, hidupnya perlu diteruskan..

Friday, January 5, 2007

..mimpi..

Semalam best sangat mimpi..sampai rasa cam tak mau bangun tdo..alih² bangun lambat..bejot some more..lagi la syok tdo..camne nih azam nk gi opis awal..isk..tapi sebab mimpi best sangat..how I wish it'll become true..tapi orang kata mimpi yang kite ingat tak akan menjadi..isk..takpe la..janji dapat merasa skit ke'best'an tu jadi la.. Mimpinya, tetiba je balik umah, my parents dah siap²kan persediaan nak kawin untuk esoknya, ahaks..me myself tak tau pape pun..tapi actually tau jugak seskit tapi x bape sure..esoknya I call him tanya x gi keje ke and asked for confirmation..n he said..dia x gi la keje and yess today is the day..tak kan x jadi kot..hmm..pastu bla²..kami dinikahkan..haha..kenduri kecik² je..kenduri besar buat later..yang best Tun Dr Mahathir datang..haha..siap bawakkan roti jala..my favourite tu..camne eh dia tau..tapi sume tu mimpi je la.. How I really really wish my dream will come true..although rasa cam impossible..mission impossible..:) As per yesterday, dah start jenjalan dgn Kak Sha..pusing satu round je tu pun dah rasa mengah..ni la bahana lama x jalan..pastu balik umah pening lak..hari ni insyaallah..jalan lagi..tapi sorang je la..
Semalam, nampak myvi putih depan school awam, hensem la..spoiler dia smart..nak tgk dekat² segan lak..pastu smlm gak nmpk lagi sebijik myvi putih yang dah calar..isk..kene jaga sungguh² ni..camne ye..ok la..nanti ada story best² sambung lagi..

Wednesday, January 3, 2007

..tiga januari dua kosong kosong tujuh..

Happy New Year!! Kejap je dah 2007..well..bertambahnye tahun..means bertambahnya umur..hmm..azam tahun ni apa ye..one of them is nak capai azam tahun lepas..ahaks..selain tu..adalah tambah azam baru 2007 ni..hopefully tercapai la..susah gak nak capai actually..tapi ada gak yang boleh capai, contohnya kete baru yang x tau keluar bila..tapi tahun 2007 ni la jugak..kalau boleh dapatle plat PHE2110, tapi kalau x dpt, x daya la..apa lagi azam ye..hmm..

-nak lebih dekatkan diri dengan Tuhan
-nak jadi lebih rajin dan rancang kerja dengan sistematik, x nak bertangguh..
-nak datang awal opis..
-nak jadi lebih berkeyakinan
-nak slim down..kurangkan berat dan yang dah terlebih ni..:) ~ start diet n jogging..pg esp..
-nak jadi wanita ayu..hihi..
-nak shopping untuk diri sendiri, new image..tp lepas dh hilang 10kg le..
-kalau boleh nak tamatkan zaman bujang tahun ni, kalau ada jodoh la..*tapi calon lum ada..mana nak tau miracle..:þ, I always pray for it*
-nak gumbirakan hati mak n bapak..
-nak belajar masak betul²..
-nak serius sambung balik apa yang terbengkalai..
-control budget, jangan terbabas..n selesaikan hutang yang ada..isi minyak pakai cash..
-rajin basuh kete bila dapat kete baru esok..kete warna putih..need extra care..
-rajinkan diri masuk peraduan..
-apa lagi ye..hmm..pape je la..yang boleh meningkatkan diri..

banyaknye..boleh tercapai ke semua ni ye..insyaallah boleh kot..kalau² ada lagi..nanti² tambah..setakat ni..tu je la yang terpk..hari ni tak buat keje sangat..ingat nak buat planning utk staf..tengok balik bidang tugas dan update mana² yang patut..but the mood is not there yet..n hari ni gak nak balik kulim..x bawak baju tdo umah makcik..hehe..esok² le..n hari ni, start jogging..sbb pagi dah start the day dgn roti canai..camne nak diet ni..isk..ok la..cite si bawal putih lum ada sambungan lagi sebab idea lum datang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...