..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, July 30, 2012

..sketsa lagi..

Satu lagi sketsa dibawakan khas oleh the owner a of a lovely heart..:)

Z: Lepas ni sayang nak pegi gym kat A*** F*** lagi ke?

A: Mesti la nak pegi, nanti gemuk.

Z: Suka la tu...nak pi sembang² dengan orang lain.

A: La...orang nak gi workout la..bukan nak gi sembang tak tentu pasal.

Z: Dah² tak yah pegi dah.

A; Habis tu..nanti saya gemuk camne?

Z: Ada satu gym ni..ada sorang personal trainer perempuan. Nanti saya bawak sayang pegi.

A: Ye ke..alhamdulillah..memang dok cari personal trainer perempuan. Sebelum ni, mana orang tau.

Z: Selamat sikit dengan perempuan..jangan train dengan lelaki dah. Lagi² bila saya takde.

A: Ye la sayang.


Sunday, July 29, 2012

..hari ke-9..

Hari ni hari ke-9, umat Islam menyambut puasa di bulan Ramadhan. Saya? Hari ke..erkk..ye..saya kantoi x puasa sebab...biasala perempuan..hehe..

So saya dalam keadaan sihat cergas bertenaga..saya makan balance left over berbuka dan juga sahur..seskit je la..

Tadi..saya dan mak dah kuar pegi beli...hmmm..beli apa ye..beli dan survey barang persiapan..kan dah nak raya..hehe..lega bila banyak barang dah tgk dan beli..takdela tertangguh..nak raya sakan ke tahun ni eh..tgk dulu camne..budget macam lari je..tapi syukur sebab dapat 1/2 sebulan bonus..boleh cover apa yang patut..

Ngantuk lak..nk lelap jap dalam 10 minit..japgi nak seksiap potong bawang n segala sebab hari ni mak nak masak moi(bubur kanji)..sedapnye...yummyyyyy!! Ngalahkan orang posa..huhu..

Sunday, July 22, 2012

..2 Ramadhan 1433H..

Hari kedua berpuasa..alhamdulillah..1 Ramadhan telah saya lalui dengan jayanya..syukur..

Walaupun begitu, masih banyak amalan sunat yang saya tak upaya nak buat. First day puasa..mengada2 sikit tapi azam kene kuat kan.

Terawih dah 2 malam saya buat 8 je..yang penting ikhlas..hehehe..walaupun actually patutnya boleh buat 20 sebab imam baca surah pendek and surau depan rumah je..

Hari ni jugak..22 Julai 2012 adalah hari ulangtahun mak saya yg ke-64..Happy Birthday mak..semoga mak sentiasa dalam rahmat Allah. Kaklong sayangggg mak...

Puasa kali ini agak bermakna..at lasttt...i'm not alone anymore..besides my family..i have another someone to think of..alhamdulillah..bersyukur sangat di atas rahmat-Nya..:)

I always want to say this phrase with someone and at last I got it..

"Sayang sayang..sayang sayang sayang?"

"Sayang sayang..sayang sayanggggg sayang..."


Mode jiwang la pulak..hehehe..

Nak share checklist Ramadhan that i got from the net..

Selamat berpuasa semuaaaaa....

Wednesday, July 18, 2012

..selamat menyambut ibadah puasa..ramadhan 1433H..

Awalnya saya wish puasa..hehe..actually nak tunjuk rakaman video dari opis saya...

Perhatikan saat ke-35..hihi..



** scene yang 2 saat tu..10x take..huhu..bukan senang..camne la nak masuk on air..sah2 x layak..

Monday, July 16, 2012

..sketsa di petang rabu..

Satu sketsa di petang Rabu..

Bunyi hp ringing lagu Butterfly dalam handbag tapi A tak dengar. On the way kat parking baru tergerak hati nak tgk hp..satu misscalled di situ..oppss..Z call. A pun call balik Z.

A: Hello..call eh tadi. Sorry tak dengar.

Z: Syg kat mana?

A: Kat Tesco.

Z: Nape tak angkat call tadi? Syg buat apa kat Tesco? Kata nak balik terus tadi?

A: Hp dalam handbag tak dgr. Gi cari cincin sample.

Z: Pegi dengan sape? Nape tak cakap tadi? Kita dok risau dia tak sampai rumah lagi tapi dia pegi Tesco pulak.

A: Oo..kene cakap ke..mana tau. Salu balik keje ok je nak pegi mana2. Sorang je.

Z: Syg tak boleh la macam tu. Lain kali nak pegi mana2 cakap..tak halang tapi at least bagitau la..msg pun jadi la. Tanggungjawab saya tau..nanti orang cakap syg pegi situ sini tapi saya tak tau, boleh jadi fitnah lak.

A: Ye. Mana orang tau. K la..pasni nak pegi mana2, orang cakap le.

Z: Ha..tau pun..orang dok sayang kat dia tau..risau dia pegi mana2. Elok2 bawak kete tu. Dah sampai rumah nanti msg.

A: Ok.



Tuesday, July 10, 2012

..untuk dia..

I love this song..catchy..by Sleeq featuring Najwa Latif..ada Aaron Aziz and Siti Saleha jugak..I love the videoclip as well..Najwa cute..sukaaa...

[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku 



Monday, July 9, 2012

..37 fakta menarik mengenai lelaki..


Gambar saje²..

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”.

14. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

15. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

16. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

17. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

18. Lelaki amat sayang ibu mereka.

19. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

20. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

21. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

22. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

23. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

24. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

25. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

26. Lelaki lebih banyak berfikir.

27. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

28. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

29. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

30. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Taken from here.

Hmm..sebelum ni baca di angin lalu je..tapi sekarang ni kene baca dan fahamkan betul². Banyak jugak yang saya tak tau..huhu. Anyway, betul ke semua list ni?

..mekar..

Ada sesuatu berlaku dan alhamdulillah. It's getting serious, dengan doa dan restu semua orang yang saya sayangi..saya bermohon dan berharap semuanya akan berjalan dengan baik. Benda baik tak elok dilewat-lewatkan..kan..hehe..ayat berbunga² lak saya pagi² ni.

Sabar..jujur..redha..insyaAllah bahagia. Banyak yang saya belajar..banyak yang saya tahu..banyak juga rasa yang saya alami. Saya perlu berubah untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Tingkatkan amalan sebagai tanda syukur di atas kurniaan-Nya yang tidak disangka-sangka.

Sesungguhnya hidup ini singkat dan semua yang kita dapat selama ini hanya pinjaman. Bila-bila masa Allah boleh tarik. Tetapi sementara ia masih ada..hargailah ia..jagala ia sebaik mungkin agar ia terus subur dan terus mekar..dengan izin-Nya.



Thursday, July 5, 2012

..butterfly..

Lagu yang sangat saya suka sekarang ni..dengar berulang kali tapi tak jemu² pun..OST Dejavu di Kinabalu, sung by Melly Goeslaw and Andhika. Dah jadikan ringtone hp utk versi rancak.

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That precious messed up thoughts of me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Versi biasa


Versi rancak - Happy Butterfly

Tuesday, July 3, 2012

..13 tanda anda telah jatuh cinta..


Wanna share an article that I got from here.
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Hmm..adala sikit2 yang sangkut..apakah? Terlalu cepat ke...lalalala...enjoying the moment...

Monday, July 2, 2012

..saya..erk..

Saya..erk..camne nak cakap ni..saya...hmm..saya..tak tau la..jantung tak berdegup pun..tapi rasa disayangi, rasa ada yang concern..ada yang menemani. Tapi jantung ni tak berdegup..tiadakah kuch kuch hota hai di situ? Atau adakah rasa itu telah hilang?

Ya Allah..aku berserah pada-Mu..anugerahkan aku pilihan yang terbaik..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...