..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Wednesday, October 21, 2009

..today is my besday..21 oct..


Happy birthday to me..yg ke..erk..age is just a number..hmm..I'm 31 today..still young..:) young at heart..

Bersyukur kepada Allah SWT kerana melanjutkan usia sehingga ke hari ini, saya boleh bernafas dan menikmati hidup, dikurniakan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sempurna, rezeki yang tak putus-putus, keluarga yang sangat menyayangi saya dengan setulusnya, terutama mak dan bapak, kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya..syukur pada Allah..

Rahmatilah hidupku, berikan aku petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai-Mu, ya Allah. Tabahkan hatiku, berilah kekuatan dalam menjalani dugaan dan ujian-Mu..

Terharu pagi tadi bila mak wish dan peluk saya..isk..isk..

Thanks a million kepada semua yg sms saya..call saya..email saya..msg kt facebook to wish my besday..I really appreciate that..

Monday, October 19, 2009

..kebahagiaan sejati..





"Kebahagiaan sejati bagi seorang wanita dan isteri adalah mempunyai seorang suami yang memahami dan menghargai insan-insan yang dikasihinya..."

credit to http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm




I'm waiting for the moment..seorang suami yang memahami..hmm..saya tahu dia ada..somewhere out there..cuma kesabaran yang saya perlu..di samping doa yang tak putus..





.

..mohon yang terbaik untuk semua..

I'm quite stable right now..and I've made my decision..tak menyewa lagi..ulang-alik dari Kulim, rumah parents..barang-barang akan diangkat slowly...decision ni pun disokong oleh my parents..they knew what happened..bersyukur pada Allah kerana saya dikurniakan ibu bapa yang sangat memahami dan sentiasa bersama saya di kala susah senang..sesungguhnya kasih sayang itu adalah dari-Mu, ya Allah.

Cuma penat sikit la..ulang-alik tiap hari..tapi lama-lama should be ok kan..orang lain boleh buat..kenapa tidak saya.

Saya perlu ambil masa untuk redakan hati dan perasaan sebab urusan hati ni sangat complicated. Bercuti mungkin.. Saya plan nak pegi UK gi tgk adik..tapi pk² balik dan bincang dgn mak..pegi umrah lagi best kan..tak sure lagi..akan saya usahakan..dan saya mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Kalau dekat² saya plan nak pegi Cameron la kot..dlm masa terdekat ke..bergantung kepada keadaan..

Saya juga berdoa mohon yang terbaik untuk semua dan terima kasih kepada sesiapa yang melukakan hati saya..terima kasih je yang mampu diucapkan.

Monday, October 12, 2009

..sajak adi putra..

Petikan sajak Adi Putra dari rancangan AC?

Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu

ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan — paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mat

credit to http://ligakampung.com

Sunday, October 11, 2009

..I'm trying to calm down..but..

Kalau boleh..dalam blog ni..nak cite yang molek2 je..tapi..last Friday..I got to know..the useless mamat..is now having a relationship with my new housemate..and they're buying house together..apakah? How can it be..why can't he think.. actually dh dekat nak masuk 3 bulan saya tak balik umah sewa..ulang-alik ke umah parents di Kulim sbb hati tak tenteram..(saya baik gitu2 je dgn housemate lain)..

Saya baru je plan nk start dok umah sewa balik by tomorrow sbb rasa dah lega sikit..tapi lepas dapat tau this thing..ntah la..rasa macam nak stay dgn parents terus..

Dugaan apakah ini..saya cuba berusaha untuk redha..but I just can't face both of them...

Monday, October 5, 2009

..dalam senyum..terselit kagum..

Today..at the opis..ada orang dtg jual/promote produk Mary Kay..tapi yg lawaknye..he's an.......Indian guy..vendor yg salu dtg promote office equipment kat saya.. Saya tegur dia..

"Dah tukar bisnes nampak.."

"Part time je..LCD, printer org x beli hari2.."

Dia promote betul2 semangat ni...siap offer nak buat demo..dengan muka loy je..

Ni la semangat orang bukan Melayu..sanggup redah apa je..malu tolak tepi..yang penting usaha..ala2 mcm David Teo..redah je..dalam senyum..terselit kagum..

..ceritera cinta sejati..

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih nak mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Perasaan cinta itu nermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. So, jika korang nak berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila korang cuba menutup mata korang dari orang yang korang cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati kroang dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lastlast korang terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenak korang itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kite bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. .
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tak bererti dan korang kena biakannya pergi.Kamu tahu bahawa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cinta mampu mellembutkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah keajaiban cinta!


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi seperti yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia seperti setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

* credit to http://arifjer.blogspot.com

Saturday, October 3, 2009

..berita kepada kawan..

Banyak sungguh bencana alam yang berlaku..taufan Ketsana di Filipina, tsunami di Pulau Samoa dan gempa bumi di Padang, Sumatera.. Semoga mangsa dan mereka yang kehilangan yang tersayang tabah menghadapi ujian ini.. Bait-bait lagu ini mungkin sesuai..

perjalanan ini
terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk
di sampingku kawan

banyak cerita
yang mestinya kau saksikan
di tanah kering bebatuan

tubuhku terguncang
dihempas batu jalanan
hati tergetar menatap
kering rerumputan

perjalanan ini pun
seperti jadi saksi
gembala kecil
menangis sedih ...

kawan coba dengar apa jawabnya
ketika di kutanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

sesampainya di laut
kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak
kepada matahari

tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri
terpaku menatap langit

barangkali di sana
ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana

mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada
rumput yang bergoyang

~ebiet g ade~

Thursday, October 1, 2009

..cinta embunan pagi..



berseri indahnya bagai pelangi

berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
namun ku tiada juga begini
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

cintamu sesegar embunan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yang membakar, mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan

engkau yang aku sayangi
siakan hidupku ini
lautan madu ku beri
engkau racuni

ku sedari hina diri ini
kosong tiada bererti
biarlah diriku pergi
ku ubati lukaku sendiri

ku cuba gagahi bangun sendiri
biarpun sayapku telah tiada lagi
namun ku tak berdaya menghadapi
di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
untukku tempuhi suratan kehidupan
walaupun di hati rasa terkilan
tapi apakan daya semua takdir Tuhan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...