..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Thursday, December 28, 2006

..kisah si bawal putih dan MUNGKIN..

Lama juga kisah si bawal putih terhenti. Mungkin di atas kerja-kerja yang terpaksa diselesaikan dan juga fikirannya yang masih kacau bilau, resah tidak menentu. Pertemuan si bawal putih dengan sang terubuk telah tercatat pada satu tarikh di hujung minggu. Sehari menghabiskan masa bersama, bercerita, berbicara dari hati ke hati. Si bawal putih mengerti perasaan sang terubuk walaupun sukar diyakini tapi itulah luahan hati. Dengan kematangan yang ditonjolkan, si bawal putih hampir tertawan tetapi hati kecilnya jelas berbisik, inikah yang kucari? Hubungan kembali terjalin tetapi si bawal putih ragu akan hatinya sendiri, bimbang harapan palsu diberi. Meskipun kini berhubungan, namun hanya berlandaskan persahabatan, masih belum tergerak si bawal putih untuk pergi lebih jauh, mungkinkah akan tiba harinya nanti?
Kisahnya bersama sang putera terhenti di situ, mungkin lebih baik sebagai teman sepermainan, tetapi andai suatu hari nanti, terjadi keajaiban, si bawal putih pasrah, segalanya berkemungkinan! Sementara sang tenggiri masih mengharapkan jawapan, walaupun tidak ditegaskan, namun dia sabar dalam penantian. Begitu banyak cerita, kisah dan hikayat berjela, si bawal putih kini lebih tenang dan makin mengerti hakikat hidup ini, ditakdirkan penuh pancaroba, dia akur pada ketentuan-Nya, bukan masanya untuk mengecap bahagia seperti mereka yang lain. Yakin pada Yang Maha Esa, bangkit dengan azam dan semangat baru, fokus pada tanggungjawab diri, keluarga dan negara, demi kesejahteraan semua.

..M U N G K I N..
ku berjalan seorang diri
memakai pakaian yang ku gemari
tak sedari dari tadi
ada pemuda sedang memerhati
terus dia mendekati
sampai aku jadi oh naik ngeri
ku bertanya oh mengapa
dia hanya tersenyum dan tertawa
dari pandangan matanya yang sayu itu
ku mengerti
tutur budi bahasa yang memikat hati
ku senangi ku jatuh hati
oh!sungguh..oh!sungguh..
berdebar hatiku memandangmu
oh!sungguh..oh!sungguh..
mungkin dia jua pun begitu
mungkin..
aku bingung aku rindu
tak percaya ini jadi padaku
ku tertawa ku naik gila
mungkinkah aku telah jatuh cinta
..E L L A U S A..

Wednesday, December 13, 2006

..kisah si bawal putih bersama sang tenggiri..

Di sebuah perairan nun di utara, tinggal sang tenggiri di sebuah gua, mendidik anak bangsa, dengan semangat wira. Satu ketika dahulu, di gua itulah, sang tenggiri dan si bawal putih membesar bersama, mengenal ilmu akhirat dan ilmu dunia. Setelah sekian lama terpisah, mereka bertemu kembali, masing-masing dengan pengalaman sendiri. Bertemu, bertukar-tukar cerita, mengembalikan nostalgia, seakan kembali ke zaman muda. Jalinan persahabatan dianyam semula, mencetus hubungan ikhlas penuh mesra. Sang tenggiri juga sendiri, melewati hari-harinya yang sepi, munculnya si bawal putih sesekali, dapat jua ruang waktunya terisi. Sang tenggiri hatinya murni, walau sesekali tuturnya mengguris hati, namun telah difahami sejak azali.
Pertemuan demi pertemuan diatur, bersama berkencana, berlagu ria lupakan seketika segala lara. Kadangkala sang tenggiri mengadu, jiwanya sunyi menyusuri hari, idamkan suri menghiasi hati. Satu hari nan indah, sang tenggiri suarakan hasrat hati, jiwanya sudah terpaut pada seorang puteri. Ini adalah pengalaman pertama, pada si bawal putih, nasihat dipinta, bagaimana memikat si puteri rahsia. Si bawal putih berasa gembira, sahabatnya bakal bertemu bahagia, panduan dititip dengan sempurna. Namun sang tenggiri takutkan bayangan sendiri, rendah diri memenuhi hati, risau hajatnya disalaherti. Identiti si puteri menjadi rahsia, belum waktunya dicanangkan siapa. Semakin lama semangat ingin tahu si bawal putih semakin kuat, siapakah gerangan si puteri yang hebat, sehingga sukar dirinya dijerat.
Akhirnya, di suatu keheningan malam, kala hidupan lain turut berdiam, sang tenggiri membuat pengakuan, tidak lain tidak bukan, si bawal putihlah si puteri idaman. Suasana senyap sunyi, bagai memahami situasi, si bawal putih terpaku sendiri, tidak disangka ini yang terjadi walau sesekali pernah terdetik di hati. Pada sang tenggiri, maaf dipohonnya, tidak berani menjanjikan apa-apa, kerana dirinya belum bersedia, lantaran baru usai episod derita, juga anggapannya sekadar kawan biasa. Si bawal putih perlukan masa dan ruang, mencari-cari apa yang hilang dan mencongak-congak perkara mendatang.
Kini si bawal putih memahami, hakikat perasaan ini, disukai oleh yang tidak dicintai, seperti mana kisahnya dengan sang putera, cinta itu tidak boleh dipaksa, bertepuk sebelah tangan bunyinya tiada. Bukankah bagus kalau perasaan itu sifatnya benda, hanya memenuhi ruang kosong yang ada? Tetapi perasaan itu satu anugerah, tidak boleh diletakkan di tempat yang salah, hanya kepada-Nya tempat berserah.

Friday, December 8, 2006

..kisah si bawal putih bersama sebuah lakonan..

Hidup ini satu lakonan, ada pelbagai watak untuk melengkapkan sesebuah ceritera. Setelah semua peristiwa pahit getir dilalui, si bawal putih terpaksa meneruskan lakonan untuk terus hidup. Lakonan yang berkesan perlukan pelakon yang hebat. Pelakon yang hebat perlukan 'feel' yang kuat. 'Feel' yang kuat perlukan semangat. Semangat untuk teruskan lakonan agar lebih cemerlang.
Kadang-kadang perlu juga ruang untuk jadi diri sendiri. Lakonan ini menyesakkan naluri. Untuk satu senario yang aman, lakonan harus diteruskan selari dengan kehidupan. Si bawal putih masih di sini dalam keadaan yang tidak pasti. Tercari-cari di manakah hatinya kini, di dasar laut, mungkin..atau di daratan..atau juga di balik awan?
Berminggu peristiwa berlalu, sang putera laut keluar dari pertapaan, sudah tamat tempohnya barangkali? Atau sekadar berehat sebelum meneruskan kembali ke fasa yang lebih tinggi? Hanya dia sahaja yang tahu. Hakikat yang ada sukar diterima, menyuramkan suasana tapi kita berupaya merubah apa yang ada, tentunya dengan izin Yang Maha Kuasa.
Sang putera jua pelakon hebat, lakonannya menyerlah, gejolak hati tidak diendah. Tika menyendiri, mungkin dia memikir sendiri, ambil iktibar apa yang terjadi. Si bawal putih kekal begitu, yang berlalu biarlah berlalu(yang belum berlalu berikan laluan :þ). Positifkan minda dengan harapan baru, semoga tahun baru menyuluhkan sesuatu, dalam menyusuri arus yang penuh berliku.

*courtesy of MRS ENSEMBILAN..

Thursday, December 7, 2006

..kisah si bawal putih bersama sang terubuk..


Arakian kisah si bawal putih yang berhati walang, jiwanya sedih, merintih malang. Beberapa tika mengharung duka, lari ke pulau hilangkan sasau, tanggungjawab hakiki tidak dihirau. Ketenangan didamba cara bersendiri, semangat dicari untuk bangkit kembali. Dalam tempoh kebangkitan, sang terubuk muncul menagih kasihan. Alkisah dahulunya sang terubuk pernah merajai hati, menemani si bawal putih gembira menyanyi. Masalah demi masalah dihadapi, sehingga si bawal putih terpaksa menarik diri.
Namun tanpa disedari, hingga kini, sang terubuk masih lagi menanti dan terus menanti sehingga pintu hati si bawal putih terbuka lagi. Si bawal putih serba tak kena, makan tak lalu, tidur tak lena, tapi mandi basah la juga (sebab dok dlm air :þ). Hatinya terubat jua, lantaran punya tempat bermanja walau hati berlayar lara, keliru dengan situasi melanda. Sekadar menghilangkan sunyi, salam sang terubuk disambut seikhlas hati, tanpa ada sebarang niat, sekadar sahabat walau di sudut hati, sang terubuk idamkan janji yang pasti.
Hari demi hari ditempuhi, si bawal putih kembali ke alam nyata, hidup perlu diteruskan, walau apa juga rintangan, harus tabah hadapi dugaan. Bersama teman-teman, segaris riang menghiasi senyuman, sembunyikan gelora di dalam, agar wujud keadaan yang tenteram.
Satu keputusan telah dibuat, sang terubuk mengajak bertentang mata yang empat, sesuatu yang tersirat mahu disurat. Si bawal putih meneka-neka hati hati sendiri, masihkah ada ruang buat sang terubuk? Sanggupkah bersama-sama hadapi ombak dan ribut? Adakah sang terubuk sudah punya wawasan? Masih lagi tanda tanya, tetapi yang penting, semudah inikah hati berubah? Minggu depan tarikh ditetap, adakah pertemuan ini bakal melakar sejarah?

*courtesy of LINA..

Tuesday, December 5, 2006

..PHE2110..

Cantik tak PHE2110? My dream white object...erk actually it's a MyVi.. I'm gonna have one soon..insyaallah by next year, 2007. Why PHE2110? My birthdate la..tapi tahun dirahsiakan..hehe..some more PHE cam cute je..it pronounces "FEZiiO" ~ PHE2110..but FEZiiO tu apa eh..ntah.. Tercabar gak hati tengok member sebelah sambar Honda City PHB247 baru..ganas siut..kaler itam lak tu..247..hmm..I think I know why..if I'm not mistaken la..unrevealed secret.. ;)




Actually I thought of buying Neo but 2 pintu buat slack la..nak pakai lama ni..last² MyVi jugakla idaman hati..kaler putih cam bawal putih tp bawal putih kaler silver..hmm..apa kaitan MyVi & bawal putih eh..

  • Bawal putih - susah nak dapat tp cedapp..
  • MyVi putih - susah nak jaga tp sporty..
Adala seskit persamaan dia eh..n sesama nama 'putih' pe..better I stop dr start merepek..tadi tetiba I remember this phrase..

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita tunggu dan mencari matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi."

Tapikan, nak dapatkan pelangi kene ada hujan dan matahari..camne ye..dah la..nak sambung buat keje..meh opis mlm² ni.. :þ

..kisah si bawal putih bersama sang putera laut dan si duyung..


Kisah bermula dengan kehidupan si bawal putih yang hidupnya sunyi, ceria di luar, kabus di dalam..berenang-renang di dasar laut, bergembira bersama teman-teman.

Pada satu hari yang dingin, si bawal putih ingin berubah angin, ingin meraih pengalaman, lalu lautan pasifik diterokanya. Hidupnya berubah, punya halatuju yang lebih konsisten, lebih bertanggungjawab.
Dalam arus kehidupannya, ketemu pula dia seorang putera nun jauh di dasar laut sedang dalam tempoh pertapaan yang entah bila akhirnya. Sudah lama cerita putera laut ini diketahui namun baru kini ketemu. Sang putera laut diintip si bawal putih dari hari ke hari dan menunggu bila agaknya putera bangun dari pertapaan. Memerhati perlahan-lahan sifat sang putera, mengamati perlakuan dan menilai setiap perbuatannya sudah menjadi perkara rutin si bawal putih. Sesekali tatkala sedang tekun menumpukan perhatian pada pertapaannya, sang putera diusik si bawal putih lantas mengganggu konsentrasinya. Wah! Respond not bad. Tetapi sekali diusik, sekali la respond. Dua kali usik, dua kali respond.
Dalam diam, si bawal putih mengagumi misteri sang putera. Harapan dijalin, angan-angan dianyam..satu hari sang putera pasti miliknya. Dunia penuh kegirangan dihiasi rama-rama comel berterbangan, didekat ia lari, dikejar ia hilang, dipaling ia datang. Ah, indahnya saat itu! Si bawal putih menari-nari riang, berenang ke sana berlagu ceria, berenang ke sini mencipta mimpi. Si duyung, teman si bawal putih turut teruja. Melihat si bawal putih tersenyum bahagia. Dititipnya nasihat dan perangsang, agar bahagia berpanjangan.
Namun, satu detik, hari gelap yang memusnahkan segala-galanya. Si duyung datang membawa perkhabaran duka. Sang putera merisik duyung larangan katanya. Si duyung kelu lidah berbicara lantaran dia sudah punya penjaga. Kepada si bawal putih, si duyung meratap, kasih diharap pada yang silap. Si duyung punya penjaga budiman. Kasih dan cintanya hanyalah pada budiman tersayang. Sang putera tersedar dari anganan, duyung pujaan bukan tandingan. Hati yang rawan, siapa kan kasihan.
Si bawal putih membawa diri, harapan murni berkecai kini. Sang putera kini menghilang, terbenam terus di laut dalam, membawa kenangan pahit yang takkan padam. Namun, si bawal putih masih menaruh harap, agar satu hari sinarnya akan mengerlap, bersama impian yang tak kunjung malap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...