Arakian kisah si bawal putih yang berhati walang, jiwanya sedih, merintih malang. Beberapa tika mengharung duka, lari ke pulau hilangkan sasau, tanggungjawab hakiki tidak dihirau. Ketenangan didamba cara bersendiri, semangat dicari untuk bangkit kembali. Dalam tempoh kebangkitan, sang terubuk muncul menagih kasihan. Alkisah dahulunya sang terubuk pernah merajai hati, menemani si bawal putih gembira menyanyi. Masalah demi masalah dihadapi, sehingga si bawal putih terpaksa menarik diri.
Namun tanpa disedari, hingga kini, sang terubuk masih lagi menanti dan terus menanti sehingga pintu hati si bawal putih terbuka lagi. Si bawal putih serba tak kena, makan tak lalu, tidur tak lena, tapi mandi basah la juga (sebab dok dlm air :รพ). Hatinya terubat jua, lantaran punya tempat bermanja walau hati berlayar lara, keliru dengan situasi melanda. Sekadar menghilangkan sunyi, salam sang terubuk disambut seikhlas hati, tanpa ada sebarang niat, sekadar sahabat walau di sudut hati, sang terubuk idamkan janji yang pasti.
Hari demi hari ditempuhi, si bawal putih kembali ke alam nyata, hidup perlu diteruskan, walau apa juga rintangan, harus tabah hadapi dugaan. Bersama teman-teman, segaris riang menghiasi senyuman, sembunyikan gelora di dalam, agar wujud keadaan yang tenteram.
Satu keputusan telah dibuat, sang terubuk mengajak bertentang mata yang empat, sesuatu yang tersirat mahu disurat. Si bawal putih meneka-neka hati hati sendiri, masihkah ada ruang buat sang terubuk? Sanggupkah bersama-sama hadapi ombak dan ribut? Adakah sang terubuk sudah punya wawasan? Masih lagi tanda tanya, tetapi yang penting, semudah inikah hati berubah? Minggu depan tarikh ditetap, adakah pertemuan ini bakal melakar sejarah?
*courtesy of LINA..
No comments:
Post a Comment