Hidup ini satu lakonan, ada pelbagai watak untuk melengkapkan sesebuah ceritera. Setelah semua peristiwa pahit getir dilalui, si bawal putih terpaksa meneruskan lakonan untuk terus hidup. Lakonan yang berkesan perlukan pelakon yang hebat. Pelakon yang hebat perlukan 'feel' yang kuat. 'Feel' yang kuat perlukan semangat. Semangat untuk teruskan lakonan agar lebih cemerlang.
Kadang-kadang perlu juga ruang untuk jadi diri sendiri. Lakonan ini menyesakkan naluri. Untuk satu senario yang aman, lakonan harus diteruskan selari dengan kehidupan. Si bawal putih masih di sini dalam keadaan yang tidak pasti. Tercari-cari di manakah hatinya kini, di dasar laut, mungkin..atau di daratan..atau juga di balik awan?
Berminggu peristiwa berlalu, sang putera laut keluar dari pertapaan, sudah tamat tempohnya barangkali? Atau sekadar berehat sebelum meneruskan kembali ke fasa yang lebih tinggi? Hanya dia sahaja yang tahu. Hakikat yang ada sukar diterima, menyuramkan suasana tapi kita berupaya merubah apa yang ada, tentunya dengan izin Yang Maha Kuasa.

Sang putera jua pelakon hebat, lakonannya menyerlah, gejolak hati tidak diendah. Tika menyendiri, mungkin dia memikir sendiri, ambil iktibar apa yang terjadi. Si bawal putih kekal begitu, yang berlalu biarlah berlalu(yang belum berlalu berikan laluan :รพ). Positifkan minda dengan harapan baru, semoga tahun baru menyuluhkan sesuatu, dalam menyusuri arus yang penuh berliku.
*courtesy of MRS ENSEMBILAN..
*courtesy of MRS ENSEMBILAN..
No comments:
Post a Comment