..something to remind us..
Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse
Monday, November 30, 2009
..satu persoalan..
..nur kasih..
..hectic..
Tuesday, November 24, 2009
..Tuhan sembunyi hikmah ibadat untuk uji ketaatan..
ALLAH tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil. Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)
Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.
Misalnya solat, manusia tidak akan mengetahui hikmah dan kebaikannya secara terperinci. Bermula dengan hukum solat, rukunnya dan sudah pasti setiap pergerakannya juga kita tidak akan dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut. Malahan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang akan timbul untuk memuaskan akal.
"Mengapa solat perlu lima kali sehari?" "Mengapa ada perbezaan rakaat untuk setiap jenis solat?" "Mengapa solat Subuh di awal pagi?"
Mengapa dan terus mengapa. Akal sentiasa mencari jawapan di atas perintah ibadat yang disyariatkan Allah. Namun semua jawapan yang diberi berdasarkan kefahaman akal, ia tidak akan memuaskan sampai bila-bila. Hikmah adalah rahsia Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Bagaimanapun, Allah menjelaskan hikmah itu secara umum di dalam al-Quran. Misalnya hikmah disyariatkan solat. Firman Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat yang lain)." � (Al-Ankabut: 45)
Hikmah disyariatkan membayar zakat. Firman Allah: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)
Timbul persoalan, mengapa Allah menyembunyikan hikmah di atas ibadah yang disyariatkan-Nya. Ulama menjelaskan bahawa hikmah ini disembunyikan sebagai satu cubaan kepada hamba-Nya. Allah mencuba hamba-Nya dengan ibadah yang manusia tidak mengetahui sedikitpun mengenai hikmah pensyariatannya. Dengan cubaan ini, terlihatlah siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan menolaknya.
Andai kata hikmah ibadah tidak dirahsiakan dan akal dapat memahaminya dengan mudah, sudah pasti, manusia hanya akan beribadah kepada Allah jika sesuatu ibadah itu sesuai dengan rasional akalnya yang terbatas, dan akan mengingkari jika sesuatu ibadah itu tidak sesuai dengan akalnya. Dan ini akan membuatkan manusia menyembah akal bukannya Allah yang mencipta mereka.
Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Ibadah fi al-Islam menyatakan: "Bukanlah menjadi keharusan bahawa ibadah yang disyariatkan itu perlu ada manfaat dalam kehidupan manusia dari segi material. Malahan bukan juga sesuatu yang mesti sesuatu ibadah itu boleh difahami akal yang terbatas. Ibadah adalah ujian bagi ketaatan manusia kepada Tuhannya. Jadi, jika akal dapat mengetahui rahsia ibadah secara terperinci, maka ia tidaklah dapat memberi manfaat dan makna kepada manusia terhadap konsep ibadah dan taat kepada Tuhan."
Cukuplah seseorang mukmin mengetahui hikmah ibadah itu secara umum, dan meyakini bahawa setiap ibadah itu adanya manfaat dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak pernah memerlukan ibadah para hamba-Nya, tetapi Allah mencipta ibadah adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat hamba-Nya.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertakwa umpama hati orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku. Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang cacatkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku." � (Hadis Imam Muslim)
Banyaknya rahsia alam semesta yang tidak mampu manusia khususnya saintis menemuinya, begitu banyak juga rahsia ibadah yang tidak terjangkau oleh akal. Hal ini sebenarnya membuatkan tumbuhnya rahsia rindu manusia kepada rahsia yang tersembunyi, dalam masa sama membuatkan manusia insaf dan sedar mengenai kelemahan dirinya sendiri.
Sudah ramai manusia tersesat kerana sengaja mencari rahsia hikmah dalam setiap perkara yang disyariatkan dalam ibadah. Apabila mereka tidak menemui rahsia itu kerana akal yang terbatas, mereka mula berasa ragu-ragu di atas kepercayaan yang ada dan kemudian menjadi sesat.
Al-Imam Ghazali dalam kitabnya Al-Munqidz min adh-Dhalal berkata, "Maka sesungguhnya suatu kebodohan sesiapa saja yang mencari hikmah yang ada di sana, atau orang yang mengatakan bahawa ibadah itu dilakukan secara kebetulan dan tidak ada rahsia Allah di dalamnya."
Oleh sebab itu, perbuatan mencari hikmah dalam ibadah dengan secara terperinci sehingga dapat memuaskan akal adalah perbuatan yang salah dan keliru. Berpuas hatilah dengan keterangan umum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, kemudian sama-sama kita katakan, "Kami dengar dan kami taat."
Oleh Yussamir Yusof
Dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20091123235529/Article/index_html
..erti pengorbanan..
"Sukarkan kita memahami erti pengorbanan? Mungkinkah hati begitu kering sehingga sanggup melukakan orang lain dan menganggap hanya diri yang betul serta terbaik? Mungkin, ada benarnya kata pepatah, pepatah, rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.
Sempena kedatangan Aidiladha ini, marilah menghayati erti pengorbanan. Pengorbanan boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk, tetapi terpulang kepada kita untuk memahami, mensyukuri dan menginsafinya."
Friday, November 20, 2009
..ku percaya ada cinta..
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmah-Nya pasti
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ada hikmah yang pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi
..entah kenapa..
Apakah yang saya dapat selain daripada perasaan geram yang tak sudah2..perasaan marah yang membuak2..bercerita dengan penuh expression..mengingatkan kembali apa yang terjadi..apakah saya puas? Berbaloikah? Tetapi saya mahu bercerita..saya mahu kawan2 saya tahu betapa teruknya saya diperlakukan..tapi selepas itu..adakah saya berasa tenang? Siapalah saya untuk menuntut keadilan, kerana hanya Allah Yang Maha Adil. Semua yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Dia yang mengawal setiap sesuatu.
Saya asyik menyalahkan orang lain..tapi tidakkah saya sedar..saya pun punya kesalahan..takkan saya asyik betul je..tapi..hmm..sepatutnya apa yang saya lakukan adalah..berdiam diri..sudah sudahla tu..
Adakah saya dianiaya? Yang saya tahu..hati saya hancur..mungkin kerana saya terbang terlalu tinggi..bila jatuh terhempas..peritnya terasa..
Saya dalam proses melupakan semua tetapi satu persatu kenangan datang..benda yang saya pakai..tempat yang saya pergi..makanan yang saya makan..saya cuba elakkan tapi semuanya dekat dengan saya dan menjadi sebahagian daripada kehidupan saya..semuanya sangat dekat..takkan saya harus tinggalkan kerjaya semata-mata kerana perkara ini..saya tak dapat elakkan diri dan ini melambatkan proses pemulihan hati saya..
Saya tahu dalam diri saya ada kekuatan..saya perlu keluarkan kekuatan itu...saya perlu tingkatkan kesabaran..saya perlu perbanyakkan ilmu..
Terkadang saya lalai..malas dalam mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Orang yang bijak dan tenang lebih banyak mendiamkan diri dan menyerahkan semua urusan kepada Allah SWT.
Insya-Allah saya akan berubah untuk tidak menjadi saya yang dulu.
"Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hamba-Mu ini. Amin."
Thursday, November 5, 2009
..menaruh harapan..
lembah dan lurah ku lewati
ketenangan yang ku cari
belum ku temui
ku menghimpun doa bertahun
mencari pepohon nan rimbun
bertemu dahan nan rapuh
tak dapat ku berteduh
dulu aku sendiri
kini masih sendiri
hadapi hidup ini
susah senang diriku
tak bertempat mengadu
seperti burung kepatahan sayap
di hati kecil ku menaruh harapan
selagi hidup belum sudah
aku akan terus melangkah
ku yakin rahmat Tuhanku
di hadapan menunggu