..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Saturday, January 9, 2010

..cite cameron lagi..

Semalam tangkap banyak gak gambar..saya memang suka bergambar..semalam saya jalan gi mana ye..tengok pokok..tengok strawberry..gi MARDI..tgk pokok epal tapi buah takde..pokok pear, pokok anggur, tomato..tu je la...

Kami dinner tomyam yang mak masak dengan sayur yang dibeli di sini..sedappp...hari ni nak balik dah...huhu...tak tau nak pegi mana lagi hari ni...

Saya upload few of my pictures..

Friday, January 8, 2010

..salam dari cameron highlands..

*gambar google je..lum sempat amik gambar lagi..*

Berjaya jugak akhirnya saya sampai ke Cameron Highlands untuk percutian keluarga..saya sampai semalam, pada pukul 4 petang setelah beberapa halangan yang dihadapi..antaranya tayar kereta pancit sesampainya di Simpang Pulai..nasib baik tak naik bukit lagi..saya pulak jenis tak tau pape..hehe.. adik yang ikut dari belakang cakap..syukur Allah menyelamatkan kami sekeluarga..

Sesampainya di Brinchang..rasa tak sejuk sangat..maybe kat town..tapi sampai je kat Villa Dahlia..sejukkkk..ni baru suhu dalam..saya agak sekitar 18-24 darjah celcius..macam mana la agaknye adik saya kat UK sekarang..suhu -6..isk..tak dapat bayang..tapi tingin gak nak merasa..satu hari nanti..insyaallah..akan sampai jugak kt UK..

Actually..saya sangat sibuk sejak masuk bekerja pada tahun 2010..namun memandangkan percutian ini telah dirancang awal..saya proceed juga..tetapi..along the way..saya dihujani dengan a few phone calls..nasib baik boleh hands free..tapi my parents pulak rasa annoyed..ye la..I'm driving..agak bahaya..semalam pun saya duduk ngadap laptop to reply few emails..erk..saya gila keje ke..erk..

K..back to this Cameron matters..semalam saya shopping sayur dan buah kat sini..untuk dinner plannye nak masak tomyam..tapi dah penat..beli KFC je..the best part is saya berjaya control nafsu tak makan ayam KFC ..mkn coleslaw skit n makan salad yg baru beli tu..tapi saya makan skit sosej yang digoreng kat sini..*sosej pn gemuk gak..huhu..*

Yang paling sedap..strawberry cecah coklat..haha..siap bawak Hersheys chocolate syrup..tapi bukan tu je yang dibawak..kami bawak..udang, french fries, sosej, nugget, beras, sos, gula, garam, bawang, serai dan segala macam mak nenek ada..tengok keadaan barang2 yang dibawak tu..macam nak pindah terus kat Cameron ni...hehe..

Apartment yang saya sewa selama dua malam ni dengan harga RM180 semalam sangat selesa..ada tiga bilik tdo, ruang tamu dgn tv berastro, ruang makan dan dapur yang almost complete..tak perlu bawak pinggan mangkuk, kuali dan sebagainya..ada microwave, fridge, gas stove..rasanya sangat berbaloi..scenery pun cantik..

Hmm...hari ni plan nak jalan2 tapi tak tau nak gi mana..lum plan..baru nak tengok map..harapnya program hari ni berjalan dengan lancar dan diberkati Allah..aminn..

Friday, January 1, 2010

..happy new year 2010..


Happy New Year..2010...selamat tinggal 2009 yang penuh kepahitan..semoga 2010 menjanjikan sesuatu yang membahagiakan..

Normally dalam tahun baru..akan cite tentang azam la kan..hmm..bagus untuk letakkan target yang nak dicapai pada tahun ni..

Azam saya..

@ Nak loose weight..target saya by 28 February..I can loose 10kg..and another 5kg by 31 March..
--> Tindakan: Pegi gym 3 kali seminggu under personal instructor..dan jaga makan mengikut menu yang diberikan.

@ Rancang setiap kerja yang dilakukan dan siapkan tanpa bertangguh.
--> Tindakan: Teruskan penggunaan features dalam Ms Outlook dan Samsung Omnia saya..

@ Teruskan pelajaran di peringkat Master
--> Tindakan: Dah dapatkan supervisor dan tajuk since bulan Oktober tapi belum siapkan proposal..kene siapkan dalam weekend ni.

@ Kurangkan shopping
--> Tindakan: Dah shopping seksiap hujung tahun 2009..haha..

@ Simpan duit lebih banyak setiap bulan sebelum bayaran rumah bermula
--> Tindakan: Limitkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja.

@ Selesaikan hutang credit card
--> Tindakan: Duit claim yang belum dapat lagi akan digunakan untuk tujuan ini.

@ Pergi umrah pada bulan Mac
--> Tindakan: Kumpul duit extra dan tingkatkan pembacaan dan pengetahuan bagaimana menunaikan ibadah tersebut.

@ Rajin bangun untuk solat sunat di awal pagi
--> Tindakan: Tidur awal setiap malam.

@ Teruskan amal solat sunat dhuha
--> Tindakan: Cari masa di antara waktu kerja.

@ Baca Yassin setiap pagi
--> Tindakan: Bangun awal dan seterika baju siap² untuk seminggu(salu iron baju pagi²..tu yang jadi tak sempat tu..) .

@ Baca Al-Quran setiap malam selepas Maghrib/Isyak
--> Tindakan: Mandi awal.

@ Amalkan rutin mengemas bilik kat rumah dan opis setiap hari
--> Tindakan: Bangun awal untuk siapkan semua.

@ Belajar masak..ingatkan nak belajar satu menu seminggu (akan ditingkatkan)
--> Tindakan: Bermula lepas Februari, lepas tercapai target kurus.

@ Teruskan kelas menjahit kat Epal..lama dah tinggal
--> Tindakan: Start by first week of February.

@ Online business..nak jual gelang kristal..tak buat² lagi..huhu..
--> Tindakan: Start by 2nd week of February.

@ Rajin dan bersemangat
--> Tindakan: Bilik yang kemas yang menjadi pemangkin kepada semangat.

@ Kawal perasaan marah dan jangan lepaskan pada orang
--> Tindakan: Berfikir sebelum melepaskan kemarahan dan banyakkan istighfar.

@ Sabar, jangan kerap potong cakap orang dan bertindak defensive, dengar dan bagi komen kemudian
--> Tindakan: Banyakkan bersabar.

Banyaknye..tercapai ke eh..a'ah..lagi satu lupa...isk..target dari dulu sampai sekarang yang tak tercapai lagi..

@ Mendirikan rumahtangga
-->> Tindakan: Panjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar ditemukan dengan pasangan yang sesuai dan menyayangi saya setulusnya kerana Allah SWT.


Erk.. besar lak font dia..hehe..tu menandakan saya memang serius untuk mengakhiri zaman bujang ni dan mohon ditemukan dengan seseorang..dan saya benar-benar berharap 2010 ini akan menokhtahkan penantian saya ini...Aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...