..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, May 15, 2007

..kisah si bawal putih dan sang patin dan…

Lama sungguh si bawal putih menyembunyikan diri. Pelbagai kisah yang tidak tersingkap namun bakal terungkap. Dalam menempuh laluan yang tidak bertepi, sang patin hadir menjelmakan diri. Hadirnya bagai mengisi ruang sepi, yang kontang berhari-hari. Sang patin diperkenalkan oleh seorang sahabat lewat dikhabarkan hati si bawal putih masih belum berteman. Sang patin pernah merasa hidup berdua serta punya dua cahaya mata, comel dan manja. Musibah melanda, perpisahan tidak dapat diseka, ditinggalkan sendirian penuh luka. Mujur punya anak penawar duka, namun dirinya mendamba kasih seorang hawa, menyeri hidupnya yang penuh lara.

Sang patin bagaikan tertawan, tenggelam dalam sekilas pandangan, merasakan si bawal putih sebaik pilihan. Si bawal putih terkesima, apa yang terjadi tidak diduga, tidak disangka pertemuan pertama membuka ceritera, akan adanya episod yang seterusnya. Pada si bawal putih, sang patin luahkan, berputik sudah rasa kasihnya, berbunga sudah rasa sayangnya, jika betul cara dan gaya, ingin dipetik menjadi surinya. Kalimah manis bagai disira gula, hati si bawal putih terbuai seketika, mujur ia sedar semula lantas berpijak di bumi nyata. Siapa tidak mahu diri dipuja, siapa tidak mahu diri dimanja, padanlah Siti tertawan dek Datuk Knya, begitu hebat penangan sang duda. Diam-diam si bawal putih bertafakur, kepada Tuhan dimohonnya doa dan ampun, agar jalan yang dilalui, jalan yang betul. Bila ditanya hati sendiri, apakah perasaan yang datang bertandang, suka dan sayang adakah seiringan? Hati ini masih lagi sangsi, perasaan kini berbelah bagi. Mujur, sang patin faham keadaan yang melanda dan sanggup menerima kemungkinan yang ada.

Sebenarnya jika digali dan diteliti, hati si bawal putih masih di situ. Setia pada yang satu. Sukar nak dialihkan. Mengapa begitu kuat sekali tarikannya? Mengapa begitu kuat sekali casnya? Walaupun definisinya masih sahabat, walau sudah ditegaskan tak mungkin ia kembali, namun dengan kehadiran sang patin, perasaan ini semakin melekat kuat di situ. Mengapa harusnya begini? Seharusnya sang patin berjaya mengalihkan perhatiannya. Tetapi, makin cuba dihampiri, makin jauh sang patin di hati. Makin berbatu sahabat cuba dijauhi, makin dekat ia seolah menghampiri. Hampir lemas si bawal putih cuba menidakkan apa yang tidak sepatutnya. Akhirnya kalah juga ia dengan mainan perasaannya sendiri. Meski sudah diketahui jawapannya, sudah diketahui hujung pangkalnya, namun hati masih ingin mencuba, harapan semakin nyala membara. Kala malam bulan mengambang, si bawal putih sendirian terkenang-kenang, keakraban hubungan ini di manakah kesudahan, keselesaan hubungan ini di manakah akhiran? Terasa dirinya bodoh, terasa dirinya..arghh!!

..TERLALU CINTA..
jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
aku semakin terseksa kerana tak memilikimu
ku coba jalani hari dengan pengganti dirimu
tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan..maafkan diri ini
yang tak pernah bisa menjauh
dari angan tentangnya
namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia
..ROSSA..

Tuesday, February 13, 2007

..bawal putih RM60 sekilogram di pasar PJ..

KUALA LUMPUR: Walaupun Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2007 dikuatkuasakan kelmarin, ramai peniaga menjual barang kawalan melebihi harga siling, sesetengahnya melambung sehingga 100 peratus.

Malah, sesetengah peniaga tidak mempamerkan tanda merah jambu bagi barang kawalan musim perayaan.

Tinjauan Berita Harian di Pasar Pagi Jalan 17/27 Seksyen 17, Petaling Jaya dan Pasar Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam mendapati kubis bulat import dijual RM4 sekilogram, berbanding harga maksimum RM2.50 sekilogram.

Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor) pula dijual sehingga RM60 sekilogram, berbanding harga maksimum RM35 sekilogram, manakala udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram) antara RM60 hingga RM78, berbanding harga siling RM35.

Peniaga memberi alasan pemborong membekalkan barang itu pada harga tinggi, selain kekurangan bekalan sedangkan permintaan berlebihan.

Khamis lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga maksimum 11 barang yang pertama kali turut membabitkan pemborong bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan berlebihan.

Menterinya, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata 1,490 harga maksimum borong dan 1,490 harga maksimum runcit ditetapkan, berkuatkuasa di 138 kawasan di seluruh negara selama 15 hari mulai kelmarin.

Setiausaha Parlimen KPDNHEP, Hoo Seong Chang, ketika dihubungi Berita Harian semalam, memberi amaran kementerian akan bertindak tegas terhadap peniaga terbabit termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

Hoo berkata, semalam saja pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak melakukan 1,601 pemantauan harga barang kawalan musim perayaan di pelbagai premis di negeri itu.

Ketua Penguat Kuasa Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Nawang dan Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Mohd Nadzri Osman, memberi jaminan akan menghantar segera pegawai penguat kuasa bagi memeriksa harga barang di pasar berkenaan.

Dipetik dari Berita Harian, 13 Februari 2007

** Naik lagi harga..isk..dulu RM43 sekilo..ni RM60 lak..hmm..ada ke org nak beli ni..;)

Thursday, February 8, 2007

..dalam hati ada cinta..

..kadang² dalam hidup ini, sesuatu yang berlaku itu tidak pernah kita duga..bila nak jadi, jadilah, kalau tak jadi maka tak jadilah..hati dan perasaan sesuatu yang sangat penting..kita jumpa seseorang, kita suka padanya..jodoh dan pertemuan, Tuhan yang tentukan..tapi nak buat macam mana kalau dalam hati ada cinta..


**quote from Elly Suriati dalam drama Dalam Hati Ada Cinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...