..something to remind us..
Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse
Monday, September 30, 2013
..wholegrain bread Gardenia..
Tengah makan wholegrain bread cecah milo..lapo le..tadi lunch kebab je..healthy diet kot..hehe..hujan ni..cepat lapo..
Sejuk...hari ni pun pakai baju dengan inner bagai..still sejuk lagi..siap off aircond jap tadi..
Jap lagi balik kene panaskan badan..kite cycling sambil tengok movie...yahoooo..lupakan nafsu makan..huhu..mampukah? Yeah..kene mampu..nak kurus kan..
Makan wholegrain ni bagus la..perut kenyang..kita minum dulu....
..a fresh monday..
Eh..macam pernah terdengar lagu lak..susah senang..kita sama-sama..itu janjimu..itu janjimuuuu..lagu apa erk..jap nak google..
Haha..lagu Bunga dan Kumbang by Endang S Taurina..erk..baru tau tajuk lagu ni..salu main dengar je..sedap pulak ye..
Ok done with it..hari ni saya dah start diet. Hari ni saya nak start exercise. Hari ni jugak saya dah buat azam baru. Saya nak fokus dan rajin. Selama ini agaknya saya tersasar kot. Banyak berkhayal. Ingat hidup dalam fairytale kot..haha..
Hari ni berazam to be a better person..better wife..better daughter..better staff..better leader. I know I can do it. Macam tak pernah buat dulu. Pernah tapi mana pegi semangat tu. Hilang...semangat yang hilang...ooo...tapi kene cari semangat tu balik.
Hari ni juga..saya nak bangkit..
"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula..."
Friday, September 27, 2013
Sunday, September 15, 2013
..resipi chapati dan kuah dhal..
Got the recipe from a friend of mine..when attending a workshop at Century Pines Resort, Cameron Highlands..
CHAPATI
KUAH DHAL
Bahan-bahan ( 6 orang )
· 1 cawan kacang dal
· 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
· 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
· 2 biji kentang dibelah
· sedikit serbuk kunyit
· **1 inci halia diracik
· **2 biji bawang putih diracik
· **3-4 biji bawang kecil dimayang
· **sedikit daun kari
· **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
· **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
· 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
· minyak untuk menumis
· garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau.
5. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
6. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
Thursday, September 12, 2013
..i am in the meeting..
Wednesday, September 11, 2013
IKLAN JAWATAN KOSONG: PEKERJA CAR WASH DIPERLUKAN
Waktu bekerja: 8.00pg - 6.30ptg
Gaji: Boleh dirunding, gaji dibayar secara harian
Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
Waktu bekerja: 7 hari seminggu, off day mengikut giliran
Part time / full time
Makanan dan tempat tinggal disediakan.
Jawatan diperlukan SEGERA!
Sekiranya berminat, boleh hubungi 017-543 3587 / 019-528 0651.