..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Sunday, November 28, 2010

..i met someone..

Hari ni..i met 'someone'.  Untuk kesekian kalinya, pintu hati saya bagai diketuk kembali.  Tak tau la apa maknanya ketukan itu.  Ketukan nak masuk pintu ke atau ketukan saja2.  Hati ini lak rasa macam welcome je suh masuk...haha..biar betulllll.....

Rasa seronok pulak berbual..ye la..saya dah lama x berbual dengan seorang kawan..tambah2 lak orang baru kenal..rasa teruja sebab banyak nak tau n banyak nak diceritakan.  Even rasa macam bosan untuk start all over it again tapi kali ni rasa macam best je.  Hish..slow and steady..cool....jangan tergesa2..

Risau jugak kalau pertemuan kali pertama ini diakhiri dengan penyudah yang negatif sama ada di pihak dia atau saya.  Alhamdulillah, menurut katanya, akan ada perjumpaan yang seterusnya dan saya menerima dengan senang hati.  Adakah...?

Hanya masa dan takdir yang menentukannya, yang penting hati ini bagai dicuri..kuch kuch hota hai?  Aiseh..hindustan la pulak..layan je la....

Tum paasse aye
Yun Muskurayee
Tum nena jane kya
Sapne de khaye
Aabto mera dil
Jaane ka sota hai
Kya karoon ha ye
Kuch kuch hota hai

Wednesday, November 3, 2010

..perkahwinan..

Rajin lak post entry..baru terbaca artikel yang agak best tentang 'perkahwinan' dari blog http://faridah-gotnotime.blogspot.com.  And I would like to share with all of you here...

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa? 

Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin. 

Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya. 

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah. 

Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama. 

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar. 

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” 

Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu? 

Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah. 

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah. 

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan. 

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik. 

Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya. 

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya. 

Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman. 

Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik? 

Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas. 

Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya? 

Konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat. 

Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa. 

Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup? 

Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya. 

Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan. 

Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin? 

Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

Tuesday, November 2, 2010

..so sweet aa this girl..

Lisa Surihani..best actress FFM23..sweet aa dia dlm clip ni..kurus je..nmpk decent je..


..taken from http://www.rotikaya.com.

..ragam manusia..

Macam nampak sawang je kat blog ni..kesan lama tak update..kemalasan melanda saya.  Blogwalking suka, blogupdating malas..haishhhh...

Saya tak sangka bilangan follower bertambah jadi 13..haha..ye la dulu ada 2 orang je..blog lain beribu2 follower tak heran pun kan..haha..anyway terima kasih la pada mereka yang jadi follower blog saya yang ntah pape ni..

Apa nak merepek ye hari ni..hmm..kalau cite pasal keje bosan lak..

Cite pasal ragam manusia pun best gak ye..hehe..

Macam2 ragam manusia hari ni, x kesah la kat tempat keje ke..kat shopping complex ke..kat kenduri ke..mana2 la..

Tapi ragam manusia2 yang yang dianggap sebagai matang pun adakalanya melucukan jugak.  Saya paling pantang kalau masalah rumahtangga dibawa ke opis..sungguh tidak professional gitu..ntah la..rumah dan tangga saya belum ada lagi..taktau la camne citenye ye.

Memang la ada kes yang saya tengok sendiri..hal rumahtangga dibawa ke opis dan akhirnya menyusahkan rakan2 seopis yang lain.  Time meeting setuju manjang..lepas tu ada cakap belakang..tu yang malas tu..boleh lak majuk x nak join aktiviti or program..isk..dari satu segi memang menyusahkan..tapi dari segi lain.........lawak....haha..

Usia dah matang tapi suka majuk..agaknya bila dah makin berusia..makin banyak masalah..jadi emosi mengalahkan kewarasan.

Tapi kita tak tau masalah orang lain..tahap mana masalah yang dihadapi, so saya tak boleh cakap lebih2.  Cuma harapan saya...be professional!

Kadang2 bila berkaitan ketidakpuasan hati pada seseorang individu juga menyebabkan kita tidak rasional di atas tindakan atau keputusan yang diambil.  Di sini kematangan dan pengalaman seseorang diperlukan untuk mengawal diri dari melakukan sesuatu yang bias.  Perlu diingatkan, kita harus membenci sikap dan perlakuan individu, bukan diri individu itu sendiri kerana seseorang itu dijadikan Tuhan ada kelebihan dan kelemahan.

Kelemahan itu pula boleh ditegur dengan cara yang paling halus agar tidak mengecilkan hatinya, bukan dengan tindakan cakap belakang & kutuk sana sini tapi hasilnya..dosa mengumpat ajela.  Masalah masih tidak dapat diatasi.

Masalah komunikasi berkesan juga merupakan salah satu faktor.  Kadang2 apa yang difahami lain, yang disampaikan lain.  Manusia sering melakukan kesilapan.  Wajib ada sikap memaafkan dan sedia menerima teguran di atas kesalahan yang dibuat dalam sesuatu komuniti.  Jangan sesekali mengungkit kisah2 lama kerana what past is past.  Yang penting macam mana nak hadapi masa hadapan.

Banyak la membebel..haha..macam mak nenek bagi nasihat lak..tapi nasihat ni apply kat diri saya jugak untuk improve diri sendiri.. :)


Nak share something yang saya dapat dari blog http://redmummy.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...