"Seorang guru tidak memaksa murid untuk taat kepadanya. Seorang ketua tidak menagih kesetiaan daripada yang diketuainya. Seorang bapa tidak meminta-minta anak dan isteri menghormatinya. Jika semua itu diperolehinya, juga adalah suatu kebetulan."
"Demikianlah jika anak-anak muda di Malaysia menuntut autonomi daripada orang tua-tua, mereka juga hendaklah membenarkan orang tua mentafsirkan keadaan dan kuasa mengikut makna mereka. Orang tua pula hendaklah tidak memaksa anak muda memberi makna kepada sesuatu perkara, kejadian atau fenomena dengan makna yang sama dengan mereka. Berilah makna kepada zaman masing-masing dan jika kebetulan makna itu sama, ia adalah satu 'hadiah'."
"Kesimpulannya, diam-diam saya ingin membisikkan ke telinga isteri saya bahawa, 'saya tidak akan hidup di dunia ini untuk memenuhi kehendak anda, dan saya juga tidak meminta supaya anda hidup untuk memenuhi kehendak saya. Jika kehendak anda dan kehendak saya serbasama, itu adalah suatu kebetulan yang sangat indah.'"
Credit to http://www.utusan.com.my
2 comments:
Thanks for the sharing
Lama tak nampak Encik Sharinginfoz kat blog saya..at first i thought u r a lady..;)
Post a Comment