..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse
Showing posts with label choc chip. Show all posts
Showing posts with label choc chip. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

..hari ke-12..

Sekejap dah 12 Ramadhan..time2 nak raya ni jadi kalut satu macam..lg 17 hari..dah dekat ke..hmm..17 hari tu pejam celik pejam celik je. Order choc chip cookies pun dah ada. Ada orang nak amik hari Sabtu ni 4 balang..waduh2..

Tahun ni saya tak agresif sangat amik jualan choc chip cookies..sape nak order saya buat tapi saya tak iklankan. Adik saya rajinla promote kat kawan opis dia. Tahun ni tak menang tangan kot nak buat banyak2 macam last year. Tapi rasa macam banyak jugak..aduhhh..nape la orang nak tempah...huhu.

Puasa tahun ni, ada agenda lebih penting yang nak saya tumpukan..hmm..masih lagi rahsia. Once dah jadi, baru la saya cakap. Apakah bendenye tu..haha..takde orang nak tau pun rasanya.

Semalam saya cuti..pegi amik adik kt airport Bayan Lepas..baru balik dari UK. So banyak la barang2 yang saya order dan banyak jugakla duit saya yang terbang..huhu. Tapi bila sale..murah gila2..sukar dilepaskan. Cuma tahun ni saya x order handbag dan kasut dah. Rasanya cukup dengan stok yang ada.

Saya dapat hp baru dari adik..hihi..xde la baru sangat..Samsung Galaxy SII..orang dah pakai SIII dah..takpela..janji free..orang nak bagi..terima je le..dia dh pakai nearly one year..and he's going to change to a new one. Tak tukar simcard lagi..malam ni kot baru nak belajar..saya dah siap transfer sume fail dah dari Samsung Omnia saya..dah 3 tahun saya pakai..ni baru nak merasa pakai Android.

Rasa nak tdo je masa lunch hour ni..ngantuk pulak..saya dalam meeting ni..isk..bila mau abis da...

Tuesday, November 8, 2011

..salam aidiladha 1432H..

Salam Aidiladha. Saya biasa² je. Juadah pagi raya pun macam pagi Aidilfitri. Takde pakai baju raya pun even ada sebab glamer sangat. Tak pegi solat sunat raya sebab saya 'off'. Cuma saya dan mak ada buat korban di Kemboja thru http://www.ezqurban.org/. Mudah dan senang. Lagi pun kesian pada rakyat di Kemboja yang tak cukup makan. Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan especially daging korban.

Dari kiri: Saya, Azri, Aizat, Izyani
Dari kiri (duduk): Bapak dan mak
Gambar di atas adalah keluarga bahagia saya. Cukup 6 orang tapi ni masa Aidilfitri hari tu, bukan Aidiladha. baru nak upload..hehe. Raya kali ni, kami 5 orang je. Adik bongsu, Azri ada kat UK. Dia balik setahun sekali je masa hari raya dan kebetulan memang waktu cuti panjang dia. Kami adik beradik muka tak bape nak sama ..;)

Kami 6 orang je..takde bertambah menantu ke cucu ke..takde. Intact 6 orang lagi. Bila la nak dapat tambahan ye dan harapannya sayalah orang pertama yang bertanggungjawab dalam urusan 'pertambahan' tu.

Masa raya haji ni jugak ada orang tempah my choc chip cookies. Alhamdulillah..rezeki. Agak² boleh diperkembangkan tak bisnes kecil-kecilan saya ni eh. Minat jugak..hehe.

My choc chip cookies..

Saya jual RM20 je utk 50 pieces. Ada orang kata rasa choc chip saya macam Famos Amos. Orang kata, bukan saya ye. Betul la kot..hehe. Masuk bakul angkat sendiri ni. Tapi saya memang sukala makan cookies buatan saya ni. Ntah..crunchy semacam...sedappp..:)

Monday, August 8, 2011

..salam ramadhan..

Hari ni dah 8 Ramadhan..baru nak update blog..baru nk wish Salam Ramadhan. Sebab apa eh..

Takde lain..melainkan malas nak update blog..huhu..alasan yang sangatla tak best..tak bernas..tak bijak..tak...bla bla bla..

Apa ada pada hari ke-8 Ramadhan?  Hmm..diet Atkins saya? Erk..tak boleh la..hancusss. Mak masak macam²..mana boleh ngelak. Tapi saya banyakkan air..seboleh mungkin 2-3 liter masa berbuka dan sahur. Naik senak perut..haha..tapi air perlu kan..dahla musim panas ni. Air manis saya minum 2-3 teguk je. Sekadar nak merasa. Yang tu saya boleh tahan.


Tradisi rumah kami, mesti ada teh tarik bila berbuka. Saya yang buat..lepas seminggu puasa..semalam baru la teh tarik saya rasa sedap tanpa perlu di'repair' oleh mak saya lepas berbuka..huhu..kalau tidak..sama ada pahit, manis sangat or tawar. Practice makes perfect, ye tak..hehe..


Then saya makan buah..sangat banyak. Especially rambutan yang dipetik di rumah jiran saya. Dia bagi kebenaran untuk amik bila² masa je sebab dia tak dok situ. Rambutan dia sangat marvellous!! Rapuh, manis dan bijik kecik. Bulu dia pendek2. Isk..petang2 cite pasal rambutan..meleleh air liur je.


Kuih? Saya makan gitu² je..tak beria. Boleh tahan nafsu lagi la takat ni. Kalau gi beli kuih tu, main amik sikit2 kuih je. Kalau adik balik je beli murtabak. Alhamdulillah. Cite pasal kuih..saya ada cite yang agak tak menarik kat bazaar Ramadhan. Bila ye nak cite. Gambar evidence dah amik. Malas lak nk transfer ke pc..adeh. Tengok tu..malas lagi. Letak gambar google je la dulu.


Sepanjang puasa ni, syukur kepada Tuhan kerana saya boleh berterawih selama 8 hari dah..even buat 8 rakaat je n sambung witir kat rumah.


Saya juga berazam nak baca Quran minimum 2 page sehari walau sesibuk mana sekalipun beserta maknanya sekali. Semoga Tuhan memberkati, Aminnn.


Order kuih raya saya..alhamdulillah..choc chip cookies dah mencecah 1000 pieces. Naik seram bulu roma saya. First time dapat order sebanyak ni. Pape hal, saya dah ambik cuti seawal 24 Ogos khas untuk siapkan tempahan cookies. Tapi seboleh mungkin, saya nak buat sikit2 la. Tapi tempahan masih dibuka. Sesapa nak order..sila klik gambar kat bawah ni ye untuk maklumat lanjut.


Memang sedap..saya yang tukang buat ni pun belum rasa bosan lagi ngunyah.. Ada je stok kat rumah..:) Puji cookies sendiri..hihi.

Another biskut pun saya belum upload lagi. Tengok..kemalasan tahap maksimum. Haiyooo!!

Actually nak update..berat saya naik 1-2kg lepas tak ber'Atkins' lama..tapi hari ni, dah back to berat asal masa Atkins. Horrayy!! Sebab salunya masa posa, berat saya naik, bukan turun. Hmm..saya tak nak seksa diri. Saya nak enjoy all the food tapi sebelum pape, saya minum air dulu dengan banyaknye. Perut penuh jadi takleh sumbat banyak.

Nanti rajin, saya update lagi. Huhu..bila la nak rajin tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...