..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

..hafiz juara mania kali pertama..


Saya ni takdela tgk sgt Mania kat Astro tapi since banyak org cite ckp best..mlm final ni saya tengokla..tambah pulak ada Siti Nurhaliza buat performance. Show yg paling saya suka tadi...HAFIZ. Nampak comel je dia malam ni..dan cara dia bawa lagu I Believe I Can Fly..perghhhhhh!!!! Ahmad Dhani cakap dia tak expect ada penyanyi dari Asia boleh nyanyi lagu tu sebaik ini. His pronouncation is superb...

Dan keputusannya...as stated in my blog title..HAFIZ jadi juara..and he won RM500k..1/2 juta tuuu..STACY second and she got RM200k..followed by JAC, RM100k..based on my reading..JAC ni calon favorite tapi nombor 3 pun not bad. HAZAMA dan ARIL tak dapat pape. Sian jugak kat HAZAMA..ARIL saya tak suka sangat show dia.

Ahmad Dhani lak dpt RM300k..sebab HAFIZ anak didik dia..isk..kaya juta2 rupiah dia malam ni..

Congrats HAFIZ!!!!!!!!

Wednesday, March 28, 2012

..abby abadi dah bertudung..



Alhamdulillah..sekembalinya Abby Abadi dari menunaikan umrah, beliau telah bertudung. Semakin ramai artis bertudung sekarang ni..nampaknya nur Islam telah perlahan-lahan meresapi jiwa mereka. Baru-baru ini, pelawak Enot pun dah bertudung. Comel je.


Antara artis lain yang sudah bertudung...
wilma muhammad
nora
noraniza idris
anne ngasri
wardina
catriona ross
sharifah aini
jojie *kakak ella*
siti nordiana
irma hasmie
aida khalida
farah af2
farah asyikin one in a million
ana raffali
diana amir
Ramai jugak artis yang dah berhijrah..semoga mereka berterusan mendapat hidayah dari Allah SWT.

Tuesday, March 20, 2012

..video yusry & lisa surihani honeymoon..

Loving sangat couple ni..suka ah tgk..Lisa cute n Yusry macho.
Video honeymoon ni as previewed dalam Propaganza kat Astro Ria last Sunday, 12pm..


Bila eh nak dapat peluang honeymoon camni..huhu..untungnya Lisa..

Credit to beautifulnara.

Monday, January 30, 2012

..ajl 26 milik awan nano..

Baru habis tengok AJL 26. Not bad..semua yang nyanyi best2 sampai tak boleh nak predict sape yang boleh menang..tapi result dah menentukan Awan Nano by Hafiz, composed by M.Nasir and lyric by Budi Hekayat menangggggggg!! Agaknye kalau M.Nasir masuk AJL..orang lain takde harapan la ye.

Keputusan penuh AJL 26:

Tempat pertama: Awan Nano, Hafiz
Tempat kedua: Beribu Sesalan, 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura)
Tempat ketiga: Karma, Faizal Tahir
Vokal terbaik: Hafiz, Awan Nano
Persembahan terbaik: Alyah, Kisah Hati

Puas hati gak dengan result AJL 26 ni compare to last year. Power aa Hafiz, dua tahun berturut2 menang vokal terbaik. Sempoi je dia pakai t-shirt and track suit sebab ikut tema persembahan Awan Nano. Kasut pn tak pakai rasanya. Save budget..hehe..tengok2 dapat jadi Juara Lagu..mesti dia terkejut tahap maksimum.  Tak sempat nak dress properly. Suka tengok rambut Hafiz kali ini..salu dia ikat..x bpe suka tengok.
Anyway..congrats Hafiz!!

Congrats Hafiz!! (pic credit to rotikaya.com)

Friday, January 20, 2012

..pernikahan ally iskandar dan farah lee..

Tahniah pada Ally Iskandar yang selamat bergelar suami kepada Farah Lee. Dengan dua kali lafaz..terus dapat title 'puan'. Bila ye turn saya pulak..huhu...sabar..sabar..dan sabar..walaupun kadang² air mata ni tumpah jugak.

Kk..tak nak layan perasaan..below are their pictures..sweet la Farah Lee..suka tengok muka dia..and of course her figure..kurus..jeles..hihi..



Ally cakap dia tak pernah ucap "I Love U" Kat Farah. It's just..sorang cakap nak cari wifey..sorang cakap nak cari hubby..and there you are..sebuah masjid telah terbina. Soal jodoh adalah urusan Tuhan..kalau nak jadi..jadila..kunfayakun. Tak susah pun. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Aminnn.

Story and pics credit to ohbulan.

Thursday, October 13, 2011

..seminar marketing power dr azizan..

Semalam saya pegi Seminar Marketing power br Dr Azizan. Dr Azizan yang agak sedap gak badannnya tapi sedap lagi idea dan pemikirannya.


Seminar tu dibuat di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya. Saya pegi dengan mak n bapak sebab seminar waktu malam kan. Takut jugak nak balik malam² so kene bawak peneman. Saya adalah antara pendaftar terawal so dapatla harga RM10 sorang utk 3 orang n guess what..kami bertiga dapat hadiah buku percuma, "Rahsia mnejadi kaya dan berjaya, dunia & akhirat" that cost RM35 for free. Ingat ke semua dapat tapi rupanya tak. Saya rasa memang bertuah la sangat semalam.

this is the free book
Duduk 2 jam dalam seminar dia tak rasa boring. Semangat sentiasa membuak² untuk berjaya. Dia pandai tarik audience untuk dengar apa yang disampaikan. Dia ada buat kelas advance 3 hari di KL on this 26 Oct kot kalau tak silap. Mak dan saya teringin nak pegi tapi bapak macam tak bape nak bagi sebab jauh. Hmm..takpelah belum rezeki. Kalau daftar semalam boleh dapat harga murah la dalam ratus²an. Kalau tak, harga jadi ribu²an.

Saya rasa kelas tu sangat berguna untuk berubah. Dia tak target kepada peniaga je. Yang belum berniaga pun dia cuba cetuskan semangat untuk berniaga. Semalam ada jugak dia panggil mereka yang berjaya untuk share pengalaman. Yang paling menarik, pelakon Shidi, hubby Vanida Imran pun datang share experience. Dia cakap dia bisnes emas. Normally monthly dia dapat antara RM20k-RM30k sebulan...erk bagi saya banyak gila dah tu. Tapi lepas ikut seminar..dia dapat RM450k..menghampiri setengah juta dah tu. Wow!! Gila kaya. Macam mana tak semangat, ye tak?

Shidi punya la hensem and I manage to snap my pic with him. Taraaa...



Mintak tolong org tangkap tu sebab gambar macam tak bape nak ok. Tapi puas hati la. Sib baik gambar tak gemuk..hihi..perasan.

Semalam abis semua dalam kul 11pm. Bawak bapak n mak makan kat Kassim Mustafa, Bandar Sunway dekat² situ jugak. Actually petang tu dah makan tauhu sumbat n cous cous (I'll blog about it later) buat lapik perut sebab balik keje semalam lapo tergedik².

Mula² rasa lapo tapi rasa ok..tapi rasa tingin nak makan. Tingin sangat minum teh tarik. What? Teh tarik?? Atkins?? Erk...Order dua gelas je..saya share dengan mak. Lepas tu dengan penuh rasa bersalahnya, saya order set tandoori dgn nan cheese..pun share dgn mak. Bapak saya order mee goreng. Saya pun makan dengan perasaan agak bersalah tapi hentam je la. Sampai rumah terus tdo. Pagi tadi timbang..tadaa...ilang lagi 100gm. Hmm..kalau tak makan semalam mesti lg banyak gm yang hilang kan. Takpe²..give myself a break la dan tandoori semalam memang sedap gila..to the max.

Pagi ni bangun lambat, x sempat prepare bfast and luckily I got cous cous. Makan sikit dah kenyang. Hopefully boleh maintain berat ni. Ok..dah..wat keje jom.

Wednesday, September 14, 2011

..sweetnye lisa surihani n yusry kru..


So sweet aa this couple. Jelesssssssssssssssss. Lisa..ko ni nape la kurus sangat. Mimpi la nak dapat badan camtu..rangka dah besar siap..huhu.. Nak kurangkan lemak² tu dah dalam proses..insyaAllah..tapi nak kecikkan rangka..erk..ada ke diet utk tulang..hihi..merepek tul..

Baju Lisa sweet n simple..sukaaaaaa. Badan kecik, leh aa pakai baju ketat² camtu..x nampak seksi pun. Nanti nak buat baju kaler camtu la..buat kebaya..ikut shape skit tapi loose..boring aa..baju kurung.

Gambar² lain..
Sukaaaa gambar ni..lawaaaaaa...
dgn bakal abg ipar..




All pictures taken from beautifulnara.

Monday, June 13, 2011

..ada apa pada akademi fantasia..?

Ada apa dengan cinta...eh..silap..ada apa dengan Akademi Fantasia?

Selepas 9 tahun bersiaran tapi saya mula langgan Astro masa AF4.  Sebelum tu tengok kat youtube je..ye ke youtube..saya pun x ingat..

Tapi yang saya ingat..masa lunch hour salu saya tengok Mawi masa AF3..macam best.

AF2 final kalau tak salah saya tengok kat umah kawan saya..yang ayah dia baru dapat Datukship baru-baru ni...:)  Thanks ye..

And now dah AF9..since AF7 dan seterusnya saya tak bape ikut dah AF ni..kalau tertinggal a few concerts..or a few perfomance kira tak kesah sangat la.  AF9 pun camtu gak..tapi tetiba dapat tau ada konsep gugur then ada calon lain masuk..and here comes Fina and Hazama.

At first tersuka lak kat Fina..sebab suara dia lantang..nyanyi macam best je..Hazama..hmm..because of the look..so macam so-so je la..haha..x hensem sangat..;)

Lama² tengok Fina macam budget bagus je..macam x suka lak..pastu suka pakai baju dedah²..erk..tak seksi la dik..seksa..kurus sangat gitu..isk..x bape cantik.  Maybe she's too young..only 18..so baru lepas sekolah rasa nak explore macam².  Tapi tu la..saya dah x suka.

Suka kat Azri sebab cute tapi performance tak consistent.  And there comes Hazama dengan lagu Soul Sister (Train).  Erk..lagu tu tak saya tak pernah dengar.  Tetiba tersuka.  Rasa macam lagu dia sendiri.  Cara dia gerak atas pentas..energetic.  Dressing simple but it suits him.  Muka dah cerah sikit..dah nampak lak comel.  Tak pasal² saya suka lagu Soul Sister tu.  Everyday pasang kat Winamp...berulang² kali.

Then dia nyanyi lagu Sendiri (May).  Saya expect dia tarik kat bahagian.."...menanggung derita iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..."  Tapi dia tak tarik..takpe la..tu cara dia..tapi tak pasal² saya gi download lagu tu.  Tersuka lak.

Sejak tu..saya expect Hazama is the winner.  Surf kat net..jumpa lagu Pokok.  Sukaaaa jugakk..tingin nak tengok dia perform nyanyi lagu ni.  Cara dia on the stage..saya suka la..dia lain..macam saya suka Tomok masa One in a Million dulu.

Komen Ramli MS semalam.."Hazama tiga empat tiang jauh dari peserta lain.."  Memang pun..saya setuju sesangat.  Erk..entry ni macam saya minat gila kat Hazama..haha..tapi takde la sampai AFUNDI HAZAMA.  Tidak sesekali nak habiskan duit untuk vote derang ni..nasib le kalau tak menang..tapi memang harap la menang.

Semalam masa tinggal dua orang antara Lena n Hazama..confident je saya cakap Hazama menang.  Tak dapat bayang kalau Lena menang...huhu..  Sian Hazama..5 tahun dia tunggu..memang berbaloi la..tunggu bukan tunggu kosong..tapi dia usaha dari bawah.  Really respect u la Hazama.

Wait..entry ni pasal Hazama ke AF..erk..belasah je la...ada kaitan gak tu..

Lagu terbaru Hazama..Cinta Teragung...beshhhhh!!! Layannnnn...

Monday, April 4, 2011

..anugerah bintang popular berita harian (abpbh) 2010: result and my point of view..


Just finished watching APBBH 2010..

I loike Shaheizy Sam..new winner of Bintang Paling Popular.  Dalam ucapan, boleh lak dia say thanks to Siti Nurhaliza sebab tarik diri tahun ni, so dia boleh menang...haha..lawak betul.  Tapi betul la..bila Siti ada, sume orang sure takde harapan esp part Penyanyi Wanita Paling Popular.  So bila Siti tarik diri, berdebar jugakla la tau sape yang menang.

Tadi Sam sempat lagi snap diri sendiri guna hp sebelum naik pentas.  Agaknye nak rakam saat2 paling manis tu untuk dikenang.  Nampak gaya malam ni Sam tak tdo la..takpun tdo peluk trofi..ahakss..

Keputusan penuh as taken from BeautifulNara.

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam
Yeah..agak menepati ramalan saya..sebab pilihan saya either Zizan or Sam.  Sam memang terbaik.

20 bende yang saya suka dan tak suka..

1.  Siti Nurhaliza..comel and best gila dia nyanyi..suka lagu Bukan Cinta Biasa bila ditukar arrangement.
2.  Performance Ella, Alyah and Shima.  Mati2 saya ingat Shima lagu Teringin tu tapi nampak muda lak.  Rupa2nya Shima, artis baru.  Suara dia..hmm..ke laut.  Alyah pun saya tak bape suka.  Agaknya lagu Ella tu, hanya Ella sorang je la boleh nyanyi sedap.  Ella nyanyi sorang pun takpe.
3.  Anuar Zain.  Even saya dah tak bape suka dia, tapi lagu Sedetik Lebih tadi..menggegar jiwa..
4.  Suka perfomance NAJAZ (Nabil, Along, Johan, Angan n Zizan).  Zizan rap not bad tapi kan saya suka Nabil la jugak.  Come on Nabil, build up your reputation back.
5.  Irma Hasmie as penyampai.  Lawanya dia bertudung satin.  Isk..tingin la pulak nak pakai tudung gitu.  Anyway, kat Arena Stars tu, tak terserempak dengan Nabil ke..oppss..
6.  Hans Isaac..gorgeous!!  You're exactly like me.  Bape kali anugerah pun..status still bujang as you said.  Jom kita, Hans..hehe.   Tapi tadi masa dia nak sampaikan anugerah, macam kalut2 je..dia malas layan remeh2 ni.  Straight to the point.
7.  Suka performance Yuna, simple tapi tak suka tudung serkup dia, macam nak pegi swimming.  Suka tudung n outfit masa dia pegi amik hadiah.
8.  Kak Engku..kurussss.  Jeles ah.  Dia makan hati jadi kurus..tapi saya..hmm..takpe2..Atkins ada..
9.  Gabungan pengacara Kak Engku, Shira and Zizan memang best.  Hidup je dan kali ni takde perli dan sindir orang teruk sangat.  Lawak Zizan memang terbaik.
10. Lisa Surihani lawa gila.  Lawa la sesangat.  Isk..taktau nak cakap macam mana..memang lawa..baju dia pun lawa.  Makeup pun lawa.  Pendek kata..almost perfect.  Tengah in ke style pakai lipstick kaler tak terang tapi kilat.
11. Rita Rudaini even pregnant pun nampak lawa.  Tang perut je naik, yang lain sume slim.
12. Anita Sarawak ramping gila n muka nampak muda..hishhh..
13. Fasha Sandha bebetul terkejut dia menang.  Serius dia tak sangka.  Yelah dengan kontroversi macam2, agaknye dia ingat orang tak suka dia.  Rupanya kali ke-5 dia menang.  Banyak kali gak tu.
14. Kategori kebal:  Fafau n FBI (Penyampai Radio), Aznil (Pengacara), Rabbani (Nasyid).  Nor Khiriah ulang last year punya performance kot as female comedian.
15. Ana Raffali nampak slim, makin comel.
16. Lagu Kalau Berpacaran tadi takde Sohaimi Mior Hassan macam tak best, ganti sape ntah budak gebu tu.
17. Farhan dah kurus...bestnye dia..nak kurus macam dia gak le.
18. Adira tu memang cute, makeup ke tak makeup ke, tetap cute.
19. Last, masa nak umum Bintang Paling Popular, memang tak tahan lawak dengan Usop Wilcha.  Ingat ke nama dia, rupanya Wilcha-wheelchair.  Lawak Usop dengan sole2 and tangan melambai2 dia tu memang best gila.
20. Remy Ishak handsome ah..

Tuesday, February 1, 2011

..remy ishak & maya karin dalam cun..

Cute la pulak tgk videoclip ni..lagu dalam filem Cun.  Ni cite wajib tengok kot tahun ni.  So sweet aa Remy n Maya.  Jadi couple betul2 pn not bad..
Credit to Forum Cari.


Nota kaki: Saya tengah weng..nak buat keje pun tak jadi..hopefully jap lagi boleh settle masalah ni..tgh tunggu signal dari pakcik tu..

Thursday, January 27, 2011

..david teo bagi riban2..

Bestnye kalau jadi staf David Teo.  Dapat rumah la kete la..cash..fuhhhhh...

Staf dia dapat umah semi-D 2 tingkat..mana nak dapat company camtu..haii...terkenang rumah saya yang lum start bayar tu..kalau dapat seketul free kan best...huhu...

Ada gak yang dapat banglo, kete Alphard, Merc.  David Teo, tak nak amik saya keje ke?  Kalau camni keje teruk hari2 pun xpe..berbaloi2.
Credit to Forum Cari.
Nora Danish dapat RM10K

Si comel Lisa Surihani dapat RM15K

Farid Kamil siap peluk David Teo..dapat RM30K u..

Mamat ni dapat banglo..wow!!

Shaheizy Sam dapat pakej umrah utk 3 orang and umah semi-d 2 tingkat..woww..wowww!!

Sam lagi..

Mamat ni dapat Merc..

Pakcik ni dapat Alphard

Makcik ni dapat rumah semi-d 2 tingkat..berjiran dgn Shaheizy Sam la kot..

Tuesday, January 25, 2011

..gambar ayu raudhah & zaquan adha lagi..

Suka la sangat tgk gambar pengantin derang ni..isk²..camne nak translatekan kesukaan ni..ni ada gambar lagi dari http://beautifulnara.com. Rozita Che Wan pn ngancam...

Monday, January 24, 2011

..perkahwinan ayu raudhah & zaquan adha..

Tahniah pada pasangan sama cantik sama padan..Ayu Raudhah & Zaquan Adha.  Suka sangat tgk gambar derang kahwin..macam mana ntah..sukaaaaa la sesangat.  Ayu Raudhah lawa sangat, dulu saya tak bape suka tgk dia except bila dia bertudung dalam drama je tapi gambar kawin ni..isk..lawa gila.. and Zaquan Adha..hensemmm.. Orang kata jangan tengok pada penampilan rupa paras je, yang penting hati budi..tapi kalau rupa paras elok dan dijaga, hati pun berbunga2 kan..but paling penting tu hati budi kena elok la.  Rupa paras tu bonus, bukan senang kan nak dapat gitu..kalau dah dapat, kene jaga elok² la..

Semoga perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pictures credit to http://beautifulnara.com.


Yang paling sweet, suka tengok video di balik tabir persiapan perkahwinan..suka tengok monkey tu and Ayu Raudhah looks gorgeous here..seri pengantin.. credit to http://piccalasso.com/.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...