..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Thursday, May 26, 2011

..samsung 52 inch..

Saya  rasa saya jenis tak ikut perkembangan teknologi semasa..sebab? Kalau nak upgrade teknologi..kene tambah duit..huhu..  Selagi boleh pakai dan tak rosak..guna je la kan.

Hp saya, selagi tak rosak..tak beli la.  Laptop..tunggu opis bagi..yg sekarang dah nak dekat 2 tahun umur dia.  Thumbdrive..x pernah beli..opis bagi gak.  (Untungnya saya..huhu..x syukur tu..isk..insaf..insaf..). External harddisk pun opis bagi..tp mine dah rosak sebab cap ayam kot.  Tak ganti² lagi..huhu.

TV kat rumah dah berbelas tahun tapi still ok.  Cap Philip, saiz 32 inch.  Bagi saya dah cukup besar dah.  Dia takde buat pasal apa pun.  Ok je.  Banyak jasa dia.  Tapi bapak saya cakap nak tukar, nak bagi view yang lagi best dan kebetulan ada offer..so here it goes..


Betapa la perak saya ni.  Teruja bila boleh cucuk USB kat tv tu..so boleh tengok semua movie yang saya download.  Best gila.  Tak terkata bestnye.  Saiz pun besar, 52 inch..tapi takut kalau iklan cite hantu..tetiba tersembul hantu kt tv tu..lagi la takut..huhu..

Semalam ajak mak saya tengok cite The Curious Case of Benjamin Button tapi last², kami dua² tetdo..cite lama bebeno..2 jam++..

So lepas ni, leh tgk movie download kat skrin besar..yahoo!!!  Sebelum ni kene buh dalam dvd..leceh ah, buat sekali je.

Lalala..tv baru..lalala..macam budak kecik je..haha..

Wednesday, May 25, 2011

..nur kasih the movie: my point of view..


Dah tengok Nur Kasih..camne eh nak cakap..so so je kot..

My expectation is very high..tapi last² macam tu je..

Suka part dia twist cite..yang tu memang tak sangka..

Overall..macam tak puas..macam Ogy kata dalam AF:

"Tak cukup..gali lagi dik..gali.."

"Akak tak dapat rasa, dik.."

Haha..saya tak sempat nangis pun..ntah..tapi yang drama memang meleleh air mata.  Terasa di hati..menusuk kalbu.  Emosi yang dicetuskan tak sempat dihayati sebab cepat sangat berubah adegan.  Nape tak buat 2 jam 30 minit masa tayangan?  Kalau lama sikit, sempat la emosi tu dirasai.

Haha..macam pakar filem lak saya ni..padahal x tau pape pun..just point of view dari seorang penonton.

Anyway, Tizz Zaqyah sangat la comel bertudung..kan bagus kalau dia bertudung terus..sweet lagi dari free hair.  Tudung² yang dia pakai pun lawa²..ke sebab orangnya lawa, tu sebab tudung pun jadi lawa..erk..

Sebelum ni saya memang suka Remy Ishak as Adam tapi dalam cite ni jadi x suka lak..saya suka budak lelaki yang jadi mangsa korban pergaduhan budak² tu..comel lak muka dia, watak dia pun saya suka.  Sape eh nama dia.

Mia Sara as always...remain cute n rasa mcam nak peluk² je..

Suara Rahim Razali as narrator best sangat.

And lastly..of course the cinematography..macam memanggil² saya gi sana..cantik sesangat..

Actually saya tingin sangat nak tengok cite Waters for Elephant tapi takde sape nak teman, rasanya dah abih dah kat panggung.  Download je la nanti.

..semalamku bermimpi..

Semalamku bermimpi...yeah..mimpi apa?  Hmm..mimpi Yusry KRU..haha..camne tu..

Mimpi Yusry dating dgn Lisa Surihani tapi saya yang jadi Lisa..

Isk..apakah saya sangat perasan menjadi seorang Lisa Surihani...isk..isk..

Walaupun Lisa dah dapat tackle Yusry...dapat berchenta dalam mimpi pun jadila..haha..

Nape mimpi Yusry?  Hmm..sebab takde sape di hati saya yang nak dimimpikan..sadis..sadis..

sangat jeles...huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...