..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Monday, April 18, 2016

Diet Atkins lagi: Day 1

Hi..

Dah tak reti menulis sebab dah lama sangat tinggal blog ni. Tak tau nak cakap bape banyak sawang.

Hari ni tingin nak update sebab nak start balik Atkins Diet. After so many love-hate relationship with Atkins, and now back to Atkins sebab rasanya it's the best diet for me so far. Sebab I can eat when having meal with my husband.

Berat memang tak mo cakap la..sampai tension tengok berat. Malas nak cakap. Stressssssssssss!!!!
Baby pun mcm tak nampak rupa pun..tu pun stress.

So starting from today, I wanna change myself. Be discipline! Selalu perasaan malas melanda.

Kadang tu urusan dengan Tuhan yang 5x tu tak khusyuk. Pastu melambat2kannya..jahilnya diri ini. Astaghfirullahalazim.

Now I'm having my breakfast with 2 fried eggs and kacang panjang and skit sambal ikan bilis + cili padi.

Nanti try cuba update lagi pasal diet.


Monday, March 23, 2015

..atkins: day 1..

Lama tak cite pasal Atkins.

Well..saya dah sampai peringkat obesiti.

So solution yang saya rasa berkesan is Atkins diet, tiada yang lain.

First day..huhu..nak cuba istiqamah for 14 days dulu. Another 13 days to go..haha.

Based on previous experience, it really works.

Menu hari ni..

Day 1

Pagi: 2 biji telur 3/4 masak + black pepper
In between: infused water [lemon + mint]
Lunch: Ayam black pepper + sawi
Dinner:..will update soon.. 

Semalam saya dah makan macam² sebagai persediaan sebelum teringin yang bukan².

Selamat dah makan durian crepe, semperit, rolled bahulu, old town signature iced blended..sume tu keteringinan yang melampau yang memang bagi gemuk.

Dah berangan dah ni..nak pakai sume baju yang ada dalam almari. Sekarang ni just boleh tengok je..tak boleh sarung..arghhh!!! Hari² pakai jubah custome made..tu pun dah ketat kat tangan.

Musim² panas ni..panas..ketat..isk..I cannot tahan one.

Kene cut makan dah..Atkins is the best so far. Fast result and boleh aa bertahan sebab boleh makan cuma skip carbohydrate je.

Kali ni saya tak harap turun mendadak banyak². Sikit² tapi berterusan.

Boleh ke diet sampai jadi cenggini...erk..
Maya, you're so perfect!



Thursday, March 12, 2015

..setelah lama tidak bersua..

Dah lama tak bersiaran kat blog yang terchenta ni. Apakah yang terjadi?

MALAS.

Tu sebenarnya.

Banyak cerita. Tapi tak reti nak cerita. Yang penting..saya dok kisah2 nak diet tapiii...hasilnya..makin bertambah berat. Atkins ke mana, exercise ke mana.

Tapi...

Saya baru tersedar...

Hari ni hari ke-4 saya exercise secara konsisten. Exercise pagi2 sebelum keje.

Saya datang awal opis..try sampai kul 7.30am tapi asyik sampai 7.35 or 7.40 je. Hmm..kalut la pagi2. Kene cuba awal lagi.

Pastu saya dengan opismate lagi 2 orang menari salsa bercikgukan Youtube kat lab.

Sebab apa kat lab? Sebab lab ada pc dan projector n speaker. Hihi.

Kunci pintu, bukak tudung, bukak jacket..there you are. Menari tak ingat.

Penat..berpeluh, pastu mandi kat toilet opis..tukar baju, solat dhuha..bersiap..lapar dan terus gi kantin..makannnnnnn.

Perasaannyaa...hmmm..sangat fresh..energetic. I love the feeling.

Hari ni ada hal sikit so takleh sampai opis awal sebab kene hantar husband pegi tmpt keje.

So saya cycling dalam rumah for 25 mins...bestttt sangat bila berpeluh.

Pagi ni datang keje...fresh. Rasa nak melompat2. Tapiii..makan pun selera...haha..sedap je semua.

Nape saya joget salsa? Simple salsa je pun...guna video ni..



Simple je step ni..nampak senang..tapi takde la senang sangat. Berpeluh boleh tahan gak.

Kalau salsa macam ni...



mau patah pinggang saya..haha. Badan lentik gitu.

Cerita lain.....

Saya...dah nak sambut 2nd anniversary lagi lebih kurang 2 bulan tapi belum ada ciri-ciri mengandung lagi. Uhuk2..sedih. Tak pegi check Dr pn lagi. Husband bz. Keje hari2. Bisnes baru nak berkembang.

Cite pasal husband ni..hmm..kagum dengan semangat dia. Dia keje keras sangat tapi kadang2 persekitaran tak membantu. Manusia dengan perasaan hasad dengki ni tak habis2. Baru saya tau camne dunia perniagaan sebenarnya. I hate all those people. Nape la perangai camtu..huhu.

Banyak membebel..cukupla kali ni. Nak makannnn...







Friday, October 24, 2014

Thursday, October 23, 2014

..i love both of u..

Just now..having breakfast with 2 lovely people in my heart..my father and my hubby. Saya order air suam je..salu saya pau sikit nescafe ais hubby..nak minum skit je. Tapi hari ni bapak ada..saya pau jugak teh tarik bapak..haha.

I love them so much..so much...

Tuesday, October 21, 2014

..my birthday: 211014..



Happy Birthday to me. Alhamdulillah..cukup 36 tahun hidup di muka bumi ini. Syukur kepada Tuhan yang memberi rezeki dan rahmat kepada saya sekeluarga.

Dapat hadiah terawal dari Mr Hubby as early as yesterday..tetiba ada je beg kertas atas katil..hehe..thank you sayang..love you so much.

Tapi actually ada lagi hadiah untuk diri sendiri yang agak.....hmm.....bagi saya besar la jugak. Baru je sign tadi. Maybe this week kot hadiah diri sendiri tu sampai. Tak sabar nak tunggu.

Teringat besday tahun 2011, ada hadiah besar untuk diri sendiri. Kali ni pun..alhamdulillah..dipermudahkan rezeki oleh Allah. Syukur.

Till the next besday..sekiranya diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.,insyaAllah.

Friday, October 3, 2014

..alhamdulillah..

Alhamdulillah..syukur..rezeki hari ni..

  • Chocolate chip crunch
  • Almond choc mini pretzel
  • Aurora shawl
  • Ephyra
Tak banyak..tapi syukur..Allah sangat mengasihani hamba-Nya..







Tuesday, September 30, 2014

..hasil gayaan tudung anggun zara..

Ni adalah entry syok sendiri..cubaan pakai shawl macam anggun zara..tiru entry youtube dalam post sebelum ni.




Sama tak? Muka of course la tak..sebab model cun. Tapi boleh la..cara gayaan tudung camni..kene pakai inner neck.

Monday, September 29, 2014

..long shawl tutorial by anggun zara - inara..



Tingin nak pakai tudung camni,,esok nak try la..kene bangun super awal kot..

Friday, September 19, 2014

..kenduri kawin di JB..

Lalalala..happy..happy..

Tak happy sangat tapi saje bagi rasa happy..lalalala..

Tak happy sebab berat dah naik..stop Atkins kejap sebab pegi kenduri..sampai membawak ke hari ni..haha..enjoy eating nasik beriani..junk foods..chocolate..cakes..maggie goreng..capati..egg benjo..isk..sedapnye..

Sedap sampai tak berani nak timbang..huhu..

Tapi orang dok kata kurus lagi..haha..ok la tu..

Ingat minggu depan nak start balik la..susah oo nak mula balik..

Plus nak exercise jugak..

Cukup dah enjoy makan²..

Tapi aktiviti makan² ni memang best la..

Actually nak cite, last week pegi kenduri best friend of mine..got married already.

Alhamdulillah..sume kawan rapat saya dalam group Belalang Penyek (apa punya nama daa..) or singkatannya Nyeks dah selamat berteman.

Jauh oo..sampai ke JB kendurinya.


Sweet kan pengantin..congrats Lina!!!

Dalam gambar ni, saya la yang tergemuks sekali...haha..tu pn dah turun 5kg..kalau tidakkk..oppss..

Dan saya jugak pakai tudung paling terang..haha..kalau tak baju pun nak pakai terang..tapi hubby suh pakai baju yg warna lembut ni.

Dia tak suka baju terang²..macam orang tua katanya..tapi saya suka je...hihi..tengok la..tak baju terang..tudung lak terang.

Patutnya Nyeks ada 6 orang tapi tak cukup sorang, Nor..takleh datang sebab sepupu hubby dia kawin.

Sume dah beranak pinak..Yan - 5, Efi - 2 (dalam perut ada no 3), Ati - 2, saya - 0 (dalam perut pun takde..huhu..)

I miss all of them..dah kawan since 1996..campur tolak dah 18 tahun..lamanyaaaaaa. Bila eh nak jumpa lagi..miss u guys..

Thursday, September 4, 2014

..my breakfast today..


Resipi suka hati..
  • 2 biji telur rebus dilecek
  • Kobis
  • Bawang holland
  • Capsicum
  • Cili padi
  • Mayonis Kewpie
  • Black pepper
Senang je..dah siap makanan berkhasiat dan patuh Atkins. I'm still on Atkins diet tapi minggu ni ada gak cheat seskit macam makan cendawan goreng tepung..erk..tepung tuuu..makan sikit je la..dan makan keropok ikan..sikit gak la..penurunan pun slow sikit tapi janji turun kan..tak boleh tahan nafsu..huhu

Ni pun tak sabar nak tunggu hari Sabtu..my cheating day..nak makan kek. Seksa jugak ye menahan nafsu makan. Sabtu tu tak lama..lusa je. Tapi bila cheating day..berat akan naik 500-600gm..huhu..sayangnya...


Sunday, August 17, 2014

..atkins diet: from monday to saturday (6 days)..

I totally love this diet. In 6 days..I've lost 2.8kg..nearly 3kg..for this stage, I wanna loose another 7kg to make it 10kg. I'm too fat. Yang bestnya ada baju yang boleh masuk dah. Esok boleh la melaram pi opis.

After I lose 10kg..I'll try another 10 kg to make it 65kg..quite a long journey huh. Tu la sape suh makan banyak. Agaknya dah kurus senang sikit kot nak preggy, InsyaAllah.

My menu:

Saturday
Breakfast: Telur dadar + minced chicken + cendawan
Lunch: Try nak buat butter prawn tapi tak jadi, so makan je la apa yang jadi tu + salad
Dinner: 2 portion ayam goreng kunyit (makan kat kedai)

Sunday (today)
Breakfast: Scrambled egg + tiau miau
Lunch (early lunch): Cadang nak buat ayam kukus
Dinner: Belum tau, malam ni kene tdo umah mak mertua (satgi diet lari lak..takutnya..adeh..maybe beli kot..tengok la nanti)

Ok..nak pi iron baju seksiap..nak melaram esok..yehooo!!!

Friday, August 15, 2014

..atkins 5th day..

Hari ni Atkins hari ke-5..pagi tadi timbang..after 4 days Atkins..yeah..turun lagi..0.8kg..so total penurunan in 4 days is 2kg. Wow..wow and wow! Orang lain maybe turun banyak lagi dari ni..tapi memang dah besar rahmat dah..at least nampak la figure lain kat weighing scale tu.

Semalam pun last day puasa 6..so hari ni kita raya. Saya makan KFC sambut raya..haha.. Tapi KFC tanpa kulit tepung yang rangup tu ye. Sos dia cicah seskit je. Tak habis pun sepeket. Lepas tu makan coleslaw. Rasanya macam manis and ada gula. Hmm..ok kot..cheat sikit je. Hopefully tak tambah carb banyak sangat.

Malam ni ingat nak kukus ikan salmon, buh brokoli and ratah. Mu hubby makan je dengan nasi. Senang je..hehe.

Secara ringkasnya, menu hari ini adalah:

Friday
Breakfast: Scrambled egg + kobis + capsicum + bawang + udang
Lunch: 2 ketul ayam KFC bahagian dada (dibuang tepung) + 1 cup coleslaw
Dinner: Nak kukus ikan salmon + brokoli

Best..best!!!!
My dream..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...