Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman..Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
Taken from here.
No comments:
Post a Comment