..something to remind us..


Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being. ~ Kevin Kruse

Tuesday, August 9, 2011

..kuih cara oh kuih cara..

Sape tau kuih cara tu camne? Dalam family saya kuih cara lebih dikenali sebagai kuih penyu sebab bentuk macam penyu. Tapi istilah kuih penyu tu hanya berkisar dalam family saya yang 6 orang tu je. Bahasa masa kecik² terbawak² zaman dah besar panjang ni.

Apa yang nak saya kongsi kat sini adalah tentang kesah yang tak ingin kita dengar di bulan puasa yang berkat ini.

Saya: Eh, ada kuih 4 RM 1 la. Kat penang pun ada harga camni. Murahnya.
*cakap dalam hati bila tengok ada label harga pada tray kuih cara kat satu gerai ni.*

Saya: Pakcik, boleh bagi kuih ni 2?

Pakcik tu pun bungkus la 2 set kuih cara tu. Nape saya cakap set? Sebab kuih cara selalunya ditangkup dua.  Lain la kalau cara berlauk. So harga supposenya 50 sen la kan sebab dia tulis situ 4 - RM1, so 2 - 50sen la.

Pakcik: RM1. *Sambil menghulurkan plastik kuih cara tu kat saya.*

Saya: Eh, bukan 50 sen ke..kan 4 - RM1.

Pakcik tu menggeleng kepala sambil menunjukkan 4 ketul  - RM1, bukan 4 tangkup RM1.

Saya: What? *dalam hati je la*.

Dan saya terus bayar dan bergegas pegi. Tak hingin dah jalan tempat lain. Memang hidup² kene tipu. Kalau dia ikhlas, bila saya mintak 2, nape pack 2 tangkup? Bagi je la 2 ketul.

Rasa kuih cara tu..hmm...gula hanya setitik kat tengah kuih tu. Tawar. Saiz lak..hmmm..macam gambar kat bawah:



RM1 kuih besar tu..isk..kalau sedap takpe la jugak. Memang betul² amik kesempatan. Padahal kat tempat saya di Kulim, still boleh dapat kuih seposen lagi even saiz kecik. Still derang boleh untung. Rasa pun not bad.

Monday, August 8, 2011

..salam ramadhan..

Hari ni dah 8 Ramadhan..baru nak update blog..baru nk wish Salam Ramadhan. Sebab apa eh..

Takde lain..melainkan malas nak update blog..huhu..alasan yang sangatla tak best..tak bernas..tak bijak..tak...bla bla bla..

Apa ada pada hari ke-8 Ramadhan?  Hmm..diet Atkins saya? Erk..tak boleh la..hancusss. Mak masak macam²..mana boleh ngelak. Tapi saya banyakkan air..seboleh mungkin 2-3 liter masa berbuka dan sahur. Naik senak perut..haha..tapi air perlu kan..dahla musim panas ni. Air manis saya minum 2-3 teguk je. Sekadar nak merasa. Yang tu saya boleh tahan.


Tradisi rumah kami, mesti ada teh tarik bila berbuka. Saya yang buat..lepas seminggu puasa..semalam baru la teh tarik saya rasa sedap tanpa perlu di'repair' oleh mak saya lepas berbuka..huhu..kalau tidak..sama ada pahit, manis sangat or tawar. Practice makes perfect, ye tak..hehe..


Then saya makan buah..sangat banyak. Especially rambutan yang dipetik di rumah jiran saya. Dia bagi kebenaran untuk amik bila² masa je sebab dia tak dok situ. Rambutan dia sangat marvellous!! Rapuh, manis dan bijik kecik. Bulu dia pendek2. Isk..petang2 cite pasal rambutan..meleleh air liur je.


Kuih? Saya makan gitu² je..tak beria. Boleh tahan nafsu lagi la takat ni. Kalau gi beli kuih tu, main amik sikit2 kuih je. Kalau adik balik je beli murtabak. Alhamdulillah. Cite pasal kuih..saya ada cite yang agak tak menarik kat bazaar Ramadhan. Bila ye nak cite. Gambar evidence dah amik. Malas lak nk transfer ke pc..adeh. Tengok tu..malas lagi. Letak gambar google je la dulu.


Sepanjang puasa ni, syukur kepada Tuhan kerana saya boleh berterawih selama 8 hari dah..even buat 8 rakaat je n sambung witir kat rumah.


Saya juga berazam nak baca Quran minimum 2 page sehari walau sesibuk mana sekalipun beserta maknanya sekali. Semoga Tuhan memberkati, Aminnn.


Order kuih raya saya..alhamdulillah..choc chip cookies dah mencecah 1000 pieces. Naik seram bulu roma saya. First time dapat order sebanyak ni. Pape hal, saya dah ambik cuti seawal 24 Ogos khas untuk siapkan tempahan cookies. Tapi seboleh mungkin, saya nak buat sikit2 la. Tapi tempahan masih dibuka. Sesapa nak order..sila klik gambar kat bawah ni ye untuk maklumat lanjut.


Memang sedap..saya yang tukang buat ni pun belum rasa bosan lagi ngunyah.. Ada je stok kat rumah..:) Puji cookies sendiri..hihi.

Another biskut pun saya belum upload lagi. Tengok..kemalasan tahap maksimum. Haiyooo!!

Actually nak update..berat saya naik 1-2kg lepas tak ber'Atkins' lama..tapi hari ni, dah back to berat asal masa Atkins. Horrayy!! Sebab salunya masa posa, berat saya naik, bukan turun. Hmm..saya tak nak seksa diri. Saya nak enjoy all the food tapi sebelum pape, saya minum air dulu dengan banyaknye. Perut penuh jadi takleh sumbat banyak.

Nanti rajin, saya update lagi. Huhu..bila la nak rajin tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..labella..

kurus (71) life (69) emosi (60) soul food (37) ntah pape (25) lagu (21) movie (20) posa (18) love (16) artis (13) atkins (12) food (10) besday (9) motivation (8) ephyra (7) kahwin (7) volleyball (7) berita (6) new year (6) wordless wednesday (6) 30 days (5) raya (5) tunang (5) umah (5) cuti (4) info (4) ramadhan (4) Marc Jacobs (3) choc chip (3) fashion (3) relaks minda (3) resepi (3) resipi (3) budget (2) drama (2) fahrin (2) kasut clarks (2) korean drama (2) makan (2) quote (2) sale (2) sophie paris (2) tips (2) youtube (2) aerobik (1) ajl (1) aktitviti (1) anwar bebas (1) berlin (1) blogger (1) bonus (1) bunga (1) cantik (1) coach (1) cookies (1) cooking (1) gaji (1) holiday (1) hubby (1) iklan (1) jenjalan (1) jogging (1) keje (1) kenduri (1) korea (1) music (1) my things (1) nangis (1) novel (1) paris (1) pendapat (1) prof muhaya (1) rare (1) rencana (1) sbpa (1) segmen (1) shawl (1) solusi (1) spec n umah (1) sport (1) uk (1) venice (1) vera wang (1) wedding (1) work (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...