Tuesday, May 22, 2012

..ayat untuk hadapi perasaan putus asa..

Setiap manusia di muka bumi ini pernah merasa putus asa apabila menghadapi ujian dan dugaan. Itu memang fitrah seorang manusia. Tapi jangan layankan sangat. Saya pun banyak kali alami perasaan tu. Ada ayat Quran dari surah Al-Imran, ayat 200 (ayat terakhir) untuk diamalkan.

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


Saya dengar Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah cakap kat Suria FM last week. Terus cecepat catat. Kepada mereka yang memohon kepada Allah tetapi masih tidak dikabulkan, bersabarlah. Tuhan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Sesuai diamalkan selalu kepada mereka yang berharap kenaikan pangkat, zuriat, jodoh dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment