Wednesday, January 19, 2011

..antara dua darjat..

Cite Antara Dua Darjat by P Ramlee sangatla menyayat hati..cinta dua insan berlainan darjat diangkat menjadi satu tema yang melankolik dan menusuk kelabu.  Tapi sekarang ada lagi ke cinta antara dua darjat?  Tak dinafikan pada zaman sekarang, wang adalah sesangat penting.  Saya suka ungkapan ni..

"Money is not everything but everything is money."

Dalam sesebuah rumahtangga, isu kewangan antara sebab yang menimbulkan punca pergaduhan, ni berdasarkan pembacaan saya la.  Itulah pentingnya mencari pasangan yang sekufu.  Tapi sekarang, bukankah taraf hidup makin meningkat dan kebanyakan masyarakat adalah golongan pertengahan.  Tak kaya, tak miskin, sedang-sedang sahaja.  Kalau kaya sangat, masa pulak takde.  Bukankah miskin namanya tu..miskin masa berkualiti bersama keluarga.

Selain itu, peluang terbuka luas untuk menambah pendapatan di bumi Allah ini.  Sama ada melanjutkan pelajaran atau buat bisnes.  But of course, setiap yang kita buat perlukan perubahan dalam hidup dan juga pengorbanan.  Kalau hidup tu lurus je, takde cabaran tak thrill.  Tapi bersediakah saya?

Sama ada memberi ruang kepada pilihan atau biarkan hidup kita dikawal oleh peluang?
** dari status YM seorang sahabat hari ini.


No comments:

Post a Comment