Saturday, December 5, 2009

..nur kasih eps 20-26..

I'm at Eastin Hotel, Penang..just finished watching Nur Kasih episod 26..hmm..airmata saya gugur juga..part2 dgn mak ni..memang tak boleh tahan..saya berjaya gak habiskan Nur Kasih..eps 20-26 kat hotel ni..malam sebelum ni tdo kul 3.30am sebab tak boleh stop..masa lunch tengok skit lagi..n the last one this morning..malam semalam terlena awal masa tengok Anugerah Skrin..tu sebab bangun awal pagi ni..alhamdulillah terjaga awal pagi..bolehla saya melaksanakan ibadah yang sewajarnya..

Nur Kasih..cerita yang sarat nilai2 kekeluargaan dan melahirkan sinar keinsafan..syukur kerana saya berpeluang menonton cerita ni..watak Aidil dan Lia, Adam dan Nur..sangat terkesan di hati..watak antagonis Sarah..Katrina..watak Mak Jah and etc..

Antara nilai yang saya dapat dari cerita ini..setiap yang terjadi adalah ketentuan Allah, siapalah kita hendak menidakkannya..dan setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya yang hanya diketahui Allah..dan "Tuhan takkan menduga kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung."..quote dari Adam in eps 26..

1 comment: